Adsense

Rabu, 12 Januari 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Ahli Perniagaan Tidak Taja Album Marsha

Posted: 11 Jan 2011 03:32 PM PST


KUALA LUMPUR: Penyanyi Marsha Milan Londoh, 26, atau lebih dikenali sebagai Marsha mengakui album EP pertamanya berjudul Yang Pertama ini dibiayai dari hasil kerja keras selama enam tahun bergelar anak seni.

Marsha turut menafikan, modal pembikinan tersebut mendapat tajaan dari mana-mana individu termasuk kekasihnya yang dikatakan seorang ahli perniagaan.

"Album ini hasil titik peluh saya sendiri tiada tajaan daripada kekasih atau orang lain. Sejak keluar dari Maestro Records saya rasakan perlu bekerja keras untuk terbitkan album sendiri.

"Ia bukan semudah yang disangka, saya terpaksa korbankan hasrat membeli kereta dan barang-barang mewah semata-mata untuk mengumpul modal ini," ujarnya ketika ditemui pada Majlis Perlancaran Album Yang Pertama, di Restoran Alexis, Selasa.

Bagaimanapun Marsha tidak menafikan ahli perniagaan berkenaan menjadi sumber inspirasinya ketika menghasilkan lagu dalam album tersebut.

"Ya, dia sedikit sebanyak sumber inspirasi kepada saya. Dia banyak beri nasihat dari segi bisnes sebab dia dari bidang tersebut.

"Namun begitu dia tidak banyak masuk campur urusan album ini," jelasnya yang menerbitkan album tersebut di bawah syarikat miliknya, Marshalondoh Entertainment Sdn Bhd.

Mengulas tentang hubungan cinta mereka, Marsha memberitahu ia masih di peringkat awal dan tiada sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

"Kami masih lagi dalam proses berkawan belum ada perancangan untuk ke alam rumah tangga dan mungkin lama lagi sebab saya mahu fokus pada kerjaya terlebih dahulu," katanya.

Sementara itu, album yang bakal berada dipasaran pada awal Februari ini memuatkan lima buah lagu antaranya ialah Ruang Kedua berduet bersama Julian Cely dari Perancis, Antara Gembira, Bila, Janji, Tak Perlu Selamanya, dan Bersama Kita.

Jelas Marsha, antara cabaran yang terpaksa dilalui sepanjang proses merakan album ini ialah terpaksa menangguhkan rakaman kerana menghidapi sakit kerongkong selama tiga bulan.

"Banyak sebenarnya cabaran ketika proses rakaman berlangsung selain dari segi kewangan, saya juga ketika itu menghaidapi sakit tekak, jadi terpaksa menangguhkan selama tiga bulan," ujarnya.

Dalam pada itu, Marsha turut memberi sentuhan pertama terhadap dua buah lagu ciptaannya iaitu Bila dan Janji.

"Sebelum ini saya pernah cuba-cuba untuk buat lagu tetapi tidak serius. Lagi pula saya tidak mencatit atau menjadikannya sebuah lagu penuh.

"Selepas membuat keputusan untuk menerbitkan album sendiri barulah saya betul-betul beri komitmen untuk menyiapkan lagu hasil usaha sendiri," katanya.

Dari segi lakonan, Marsha bakal muncul dengan filem Cun arahan Osman Ali dan beberapa drama seperti Kum Kum The Series, KITA 2, Mimi Mencari Cinta.

Qi Akui Keluar Bersama Yuna

Posted: 11 Jan 2011 03:32 PM PST


KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Qushairi Razali atau lebih dikenali sebagai Qi mengakui semakin rapat dengan penyanyi Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai.

Dia mengakui bertambah selesa berdampingan dengan calon Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) pada waktu lapang.

"Saya tidak keluar dengan orang lain secara eksklusif, tetapi jika saya mempunyai masa lapang, saya selesa meluangkan masa dengan Yuna," katanya kepada pemberita semasa pelancaran Field Trip! USA musim kedua di sini, Isnin.

Qi ialah hos rancangan pengembaraan televisyen itu yang bakal bersiaran setiap Rabu, pada pukul 9.30 malam bermula 28 September 2011 di saluran 8TV.


Kerana masing-masing meminati muzik, Qi, yang berusia 34 tahun berkata, dia senang berkomunikasi dengan Yuna yang lebih muda sembilan tahun daripadanya.

"Saya tak rasa janggal bersamanya. Mula-mula, saya mengakui segan berkawan dengannya kerana dia merupakan artis yang pernah memenangi banyak anugerah," katanya.

Menurut Qi, mereka mula berkenalan dalam rancangan Kawanku Bintang Coca-Cola baru-baru ini.

Dalam program di saluran TV9 itu, Yuna merupakan salah seorang juri manakala Qi menjadi pengacara. Dari situlah, perhubungan mereka semakin rapat.

Sementara itu, Qi memberitahu, dia hadir menyaksikan AJL25 Ahad lalu di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini untuk memberikan sokongan kepada Yuna.

Bagaimanapun, katanya, dia beredar sebaik sahaja rancangan itu berakhir kerana mempunyai kerja pada keesokan paginya.


Yuna ketika hadir di AJL25, Ahad lalu.
"Saya sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya untuk memujuk dia supaya tidak bersedih.

"Saya kata, rezeki itu masing-masing. Ada masa kita kalah, insya-Allah kita menang (lain kali)," katanya yang berharap Yuna dapat menang tetapi akur saingannya hebat-hebat belaka.

Tomok Tak Jadi Botak Kepala

Posted: 11 Jan 2011 03:31 PM PST


KUALA LUMPUR: Finalis Anugerah Juara Lagu (AJL 25) Tomok atau Shah Indrawan Ismail mengakui terpaksa membatalkan niat untuk memcukur rambutnya ketika membuat persembahan pada malam anugerah berprestij tersebut.

Menurut Tomok, idea untuk membuat kejutan itu terpaksa dibatalkan kerana terikat dengan sebuah syarikat berkaitan dengan penampilan dan imej yang ditampilkan kini.

"Pada awalnya memang saya mahu membotakkan kepala dalam persembahan tersebut tetapi saya terpaksa membatalkannya pada saat-saat akhir apabila menyedari terikat dengan sebuah syarikat berkaitan dengan penampilan.

"Buat masa ini memang saya kena kekalkan penampilan ini dan tidak dibenarkan memotong rambut," katanya.

Dalam pada itu, Tomok mengakui berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan pada malam AJL25 lalu kerana ia merupakan kali pertama dia menari sambil menyanyi.

"Saya hanya cuba untuk beri kelainan dengan menari, sebab saya rasa orang dah biasa tengok saya berlari-lari atas pentas. Saya ambil masa dua minggu untuk berlatih menari.

"Menari bukan sesuatu yang mudah bagi saya dan tidak mungkin saya akan beralih kepada genre Pop Dance ini. Jika sekali sekala tak mengapa," katanya yang mempertaruhkan lagu Berlari.

Jelasnya, biarpun tidak memenangi sebarang anugerah, dia berpuas hati dengan persembahan pada malam kemucak itu.

"Kalah atau menang adat pertandingan, apa yang penting sebagai penyanyi dan penghibur saya telah menjalankan tanggungjawab saya.

"Bagi saya, jika peminat terhibur pada persembahan saya, itu sudah memberi kepuasan kepada saya," katanya yang baru sahja keluar dengan album solo berjudul Tomok.

Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Perniagaan Di Bandung

Posted: 11 Jan 2011 03:30 PM PST


KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza yang juga usahawan produk kecantikan SimplySiti akan berkongsi pengalaman tentang perniagaan dalam satu seminar ekonomi Malaysia-Indonesia (SEMI 10) di Bandung, Indonesia pada 28 Januari ini.

Seminar tersebut diadakan bertujuan mencari formula terbaik bagi mengintegrasikan ekonomi kedua-dua negara sebagai penyumbang ekonomi terbesar di rantau Asean.

"Saya dipanggil mewakili usahawan dari Malaysia dan menjadi salah seorang panel yang akan memberi ceramah dalam seminar tersebut.



"Sebelum ini saya pernah berkongsi pengalaman sebagai artis kepada publik tetapi kali ini saya akan berkongsi pengalaman tentang keusahawanan pula," katanya pada majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-32 dan pelancaran kempen Wajah-wajah SimplySiti di Hotel JW Marriot, di sini, Isnin.

Penyanyi lagu Aku Cinta Padamu dan Cindai ini akan turut mendendangkan tiga buah lagu pada acara tersebut. Siti dijangka akan menghabiskan masa selama tiga hari di sana.

Seminar anjuran Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) ini akan turut mengembangkan kerjasama dan sinergi usahawan kedua-dua negara di dalam Asean dan di peringkat dunia.

Ia merupakan lanjutan daripada kejayaan SEMI 09 di Kuala Lumpur pada Disember lepas.

google: harijadi datuk siti nurhaliza 11.1.2011, gambar harijadi datuk siti nurhaliza 11.1.2011, terbaru harijadi datuk siti nurhaliza 11.1.2011, terkini harijadi datuk siti nurhaliza 11.1.2011, hadiah harijadi datuk siti nurhaliza 11.1.2011, macbook pro harijadi datuk siti nurhaliza 11.1.2011, foto majlis harijadi datuk siti nurhaliza 11.1.2011, harijadi datuk siti nurhaliza 11.1.2011 dan suami

TV3 Serah 20 Pita Drama 'Sakti Delima' Kepada LPFM

Posted: 11 Jan 2011 03:28 PM PST


PETALING JAYA: Pihak TV3 telah menyerahkan 20 episod pita rakaman drama bersiri Sakti Delima kepada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) selepas agensi tersebut melarang penyiaran drama berkenaan di stesen televisyen itu berkuat kuasa Isnin selepas empat episod penyiarannya.

TV3 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Isnin berkata, pihaknya mematuhi arahan LPFM dan terpaksa memberhentikan tayangan drama terbitan J.S Pictures itu yang dikatakan mempunyai unsur-unsur syirik dan tahyul.

"Pihak TV3 akur dengan arahan LPFM dan membuat keputusan untuk tidak menayang drama berkenaan menerusi slot Legenda berkuat kuasa serta-merta dan menyerahkan 20 episod pita rakaman kepada mereka untuk dibuat pemantauan.

"Ia untuk memastikan jalan cerita dan elemen yang dipaparkan tidak mengandungi sebarang unsur syirik ketara yang boleh memesongkan akidah Islam," kata kenyataan itu.

Drama yang diadaptasi daripada filem klasik Pancha Delima yang pernah dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin dan Saadiah pada tahun 1957 itu mengisahkan tentang kesaktian seutas kalung yang menjadi rebutan ramai.

Ia diberi nafas baru oleh pengarah Jinggo dan penulis skrip Sofia J.Rhyland di samping barisan pelakon-pelakon bertudung Bienda, Safura, Aida Khalida dan Catriona Ross.

Stesen televisyen itu berkata, pihaknya akan menyiarkan drama tersebut semula pada bulan April akan datang selepas ia mendapat kelulusan LPFM.

Dalam sebuah laporan akhbar Isnin, penerbit J.S Pictures yang turut berlakon drama tersebut Sheila Rusly mempersoalkan LPFM kerana melarang penyiaran drama berkenaan sedangkan ia merupakan 30 peratus adaptasi daripada filem asal Pancha Delima.

Kata Sheila, kenapa pihak LPFM perlu ada "double standard" terhadap drama berkenaan.

Sakti Delima disiarkan menerusi slot Legenda yang menemui penonton bermula Isnin hingga Khamis pukul 4.30 petang sejak 3 Januari lalu.

google: drama sakti delima, kontroversi drama sakti delima, berita terkini drama sakti delima, berita terbaru drama sakti delima, drama sakti delima tayangan, video drama sakti delima, yuotube drama sakti delima, pengarah drama sakti delima, penerbit drama sakti delima, pelakon drama sakti delima, tarikh dan masa tanyangan drama sakti delima, lpfm dan drama sakti delima

Search & Wings Teruskan Misi Konsert Legenda 'Double Trouble’

Posted: 11 Jan 2011 03:25 PM PST


PETALING JAYA: Kumpulan rock popular tanah air, Search dan Wings akan meneruskan misi kegemilangan mereka dengan mengadakan konsert 'Legenda Double Trouble' pada April ini bermula di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Vokalis Search, Amy berjanji akan memastikan konsert pada kali ini lebih gempak berbanding tahun lalu.

"Saya berjanji akan bertanggungjawab sepenuhnya termasuk sistem bunyi," kata Amy kepada mStar Online.

Selepas Melaka, konsert ini akan bergerak ke Sarawak iaitu Miri, Kuching dan Singapura.

Selain Amy, Search turut dianggotai Kid(gitar utama), Din (gitar kedua), Nasir(bass) dan Yazid (drum).

Sementara Wings terdiri daripada Awie (vokalis), Joe (gitar), Eddie (bass) dan Black (drum).

Konsert tersebut dibawakan khas oleh RYE Production Sdn Bhd serta mendapat tajaan syarikat gergasi, Digi Telecommunication Sdn Bhd (DiGi).

google: konsert legenda double trouble, terkini konsert legenda double trouble, terbaru konsert legenda double trouble, berita terbaru konsert legenda double trouble, tiket konsert legenda double trouble, gambar konsert legenda double trouble, video konsert legenda double trouble, kaset konsert legenda double trouble, vcd konsert legenda double trouble, dvd konsert legenda double trouble, harga tiket konsert legenda double trouble, lokasi baru konsert legenda double trouble, tarikh dan masa konsert legenda double trouble, penaja konsert legenda double trouble,

Krisdayanti Akui Kenal Kekasih Anang

Posted: 11 Jan 2011 03:23 PM PST


PENYANYI terkenal Indonesia, Krisdayanti mengaku mengenali wanita yang kini dikaitkan sebagai pasangan baru bekas suaminya, Anang Hermansyah.

Menurut Krisdayanti, dia pernah beberapa kali bertemu dengan wanita yang dikenali sebagai Ashanty pada majlis-majlis hiburan .

"Saya kenal Ashanty ketika di SCTV Music Award walaupun dia tidak menyanyi ketika itu tapi saya mengenalinya. Siapa pun pilihan Anang saya sokong dan berharap dia bahagia," ujarnya.

Menurut Krisdayanti lagi, dia pernah terserempak dengan Ashanty ketika sedang membeli belah dan berkesempatan memperkenalkan wanita itu kepada bakal suaminya, Raul Lamos.

"Saya pernah terserempak dengannya di pusat beli belah, saya juga memperkenalkan dia dengan Raul. Saya juga sempat berterima kasih kepadanya kerana sudi membantu Anang menjaga anak-anak saya," katanya yang berharap hubungan mereka akan sampai sehingga ke alam rumah tangga.

Fesyen Artis Di Karpet Merah AJL25

Posted: 11 Jan 2011 03:22 PM PST




















google: anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011 ajl 25, keputusan penuh anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011, live streaming anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011, siaran langsung anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011 ajl 25, masa anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011, lokasi anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011 ajl 25, tempat anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011, finalist anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011 ajl 25, artis artis anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011 ajl 25, keputusan terkini anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011, hadiah hadiah anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011, vokal terbaik anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011, lagu terbaik anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011, persembahan terbaik anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011, pemenang tempat ke 3 anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011 ajl 25 ajl 25, pemenang tempat ke 2 anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011 ajl 25, juara lagu anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011, juara anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011 ajl 25, raptai anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011 ajl 25, rehearsal anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011, gambar artis anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011, foto artis anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011, red carpet anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011, red karpet anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011 ajl 25, masa tayangan anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011 ajl 25, pemenang anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011, pengacara anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011 ajl 25, anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011 tema, tema anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011 ajl 25, keputusan penuh ajl 25 ajl 25, terkini ajl 25, terbaru ajl 25, video streaming anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011 ajl 25, youtube anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011 ajl 25, live streaming anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011 ajl 25, promo anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011 ajl 25, anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011 ajl 25 teaser, video promo anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011 ajl 25, gambar red carpet anugerah juara lagu ke 25 (ajl25), foto red carpet anugerah juara lagu ke 25 (ajl25), sekitar red carpet anugerah juara lagu ke 25 (ajl25), terkini red carpet anugerah juara lagu ke 25 (ajl25), terbaru red carpet anugerah juara lagu ke 25 (ajl25), artis di red carpet anugerah juara lagu ke 25 (ajl25), koleksi gambar red carpet anugerah juara lagu ke 25 (ajl25), siti nurhaliza red carpet anugerah juara lagu ke 25 (ajl25), lisa surihani red carpet anugerah juara lagu ke 25 (ajl25), dynaz red carpet anugerah juara lagu ke 25 (ajl25), ag hotfm red carpet anugerah juara lagu ke 25 (ajl25)

Astro First 'Penyelamat' Penerbit Filem

Posted: 11 Jan 2011 03:17 PM PST


KUALA LUMPUR: Stesen televisyen berbayar Astro bakal memperkenalkan sebuah lagi saluran baru iaitu Astro First yang menawarkan tontonan filem-filem baru bermula dari 13 Januari ini.

Pelanggan Astro boleh menggunakan perkhidmatan tersebut dengan hanya perlu membayar RM15 bagi setiap judul filem yang ingin ditonton.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan, Astro First turut memberi pilihan masa menonton untuk setiap filem mengikut keselesaan masing-masing dalam tempoh 48 jam selepas pembelian.

"Saya percaya Astro First dapat memberi keselesaan kepada seseorang itu malah ia lebih menjimatkan jika ia ditonton oleh sebuah keluarga yang lebih daripada dua orang.

"Malah ia juga membantu para penerbit untuk memperluaskan pengedaran filem serta memanjangkan tempoh menonton yang ditawarkan di pawagam.

"Bagaimanapun, ia tidak akan membuatkan masyarakat berhenti daripada menonton wayang. Selain itu, Astro First juga sesuai bagai individu yang berusia 40 tahun ke atas yang malas untuk beratur panjang membeli tiket atau menyaksikan sesebuah filem itu dengan kapasiti penonton yang ramai," katanya.

Tambah Henry, untuk permulaan, perkhidmatan Astro First bakal menyiarkan tiga filem baru iaitu Aku Masih Dara, Damping Malam dan Ngangkung dengan bayaran sebanyak RM15 bagi setiap filem.


Lisa Surihani
Malah selepas tiga filem tersebut, pelanggan Astro juga boleh menyaksikan filem-filem lain seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Hantu Kak Limah Balik Rumah< KongSi, Kembar Siang, Tolong Awek Aku Pontianak, Senjakala, Sini Ada Hantu dan sebagainya pada bulan-bulan akan datang.

Astro First yang menyiarkan filem-filem terbaru menerusi saluran Astro 480 akan disiarkan dua minggu selepas tayangan di pawagam

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim, berkata, kemunculan perkhidmatan Astro First bakal membawakan perubahan besar dalam industri perfileman apabila ia menjadi 'penyelamat' buat penerbit filem yang gagal meraih keuntungan kutipan tiket di pawagam.

"Cara ini akan menjadi satu era baru kerana ia diibaratkan seperti penjualan secara digital.

"Secara tidak langsung ia dapat menyelamatkan filem-filem yang kurang mendapat sambutan di pawagam kerana filem yang disiarkan di Astro First turut diberikan promosi sebanyak yang mungkin pada saluran tersebut.

"Bagi penerbit filem kecil, Astro First adalah jalan yang terbaik kerana sekurang-kurangnya mereka dapat meraih keuntungan menerusi saluran tersebut. Cara ini juga dapat menyukarkan masyarakat membeli DVD cetak rompak secara berleluasa," katanya pada sidang media pelancaran Astro First di Zouk, di sini, Selasa.

Tambah Norman walaupun perkhidmatan ini akan menjadi era baru bagi industri perfileman, berkemungkinan besar pihak Persatuan Pemamer Filem Malaysia (Mafe) tidak akan berpuas hati dengan perkhidmatan baru tersebut kerana ia sedikit sebanyak ia mungkin akan menjejaskan jumlah penonton di pawagam.

Tiga langkah mudah untuk menikmati Astro First

Kunjungi media portal Astro First di Saluran Astro 480 dan;

1. Tekan butang biru di alat kawalan jauh Astro dan pilih filem kegemaran anda.2. Tekan butang biru sekali lagi untuk pengesahan.3. 13 digit kod SMS akan dipaparkan di televisyen. SMS BUY[13-digit code] ke 32999. Contoh: BUY 1234567891234

Anda akan menerima SMS pengesahan pembelian dan filem tersebut kini boleh ditonton dalam masa lebih kurang lima minit kemudian. Setiap pembelian akan dicajkan ke bil semasa pelanggan. Kadar caj telco akan dikenakan untuk setiap SMS. Untuk maklumat lanjut, layarilah www.astro.com.my/astrofirst