Adsense

Rabu, 12 Januari 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Kurangkan cakap

Posted: 11 Jan 2011 12:58 PM PST

Hip

Sarimah kawal perangai 'gila-gila' apabila terbabit dalam teater muzikal Tun Mahathir

CABARAN yang harus dilalui seorang pengacara agar tidak terlalu banyak bercakap agak aneh bunyinya. Seperti kebiasaan pengacara diberi tanggungjawab untuk membentuk suasana sesuatu majlis, acara mahupun program agar lebih hidup.

Namun peliknya bagi pengacara berdarah Melayu dan Ireland ini, Sarimah Ibrahim yang menegur dirinya agar tidak terlalu banyak bercakap ketika menjayakan pementasan teater muzikal Tun Mahathir musim kedua nanti. Itu adalah cabarannya yang ingin menumpukan kepada jalan cerita yang banyak menyajikan fakta sejarah di dalamnya.

Teater Muzikal Tun Mahathir yang akan 21 hingga 30 Januari ini di Panggung Sari Istana Budaya (IB) ini juga menjadi pengalaman pertama Sarimah yang berbangga dapat menurutinya sama.

"Menerusi teater ini saya tidak akan lebih gila-gila kerana tidak sesuai dengan konteks zaman jalan cerita, cabaran saya adalah untuk diam dan tidak terlalu banyak bercakap.

"Saya hanya akan menyampaikan fakta sejarah mengikut jalan cerita yang diberikan penulis dan pengarah, namun kalau saya diberikan kebebasan daripada pengarah untuk menceritakan kisah ini mengikut bahasa saya lagi baik," katanya.
Lebih memberi cabaran buat Sarimah adalah menjadi pelakon yang terakhir menerima skrip memandangkan watak pencerita ini adalah watak baru yang diwujudkan bagi membantu penonton memahami jalan cerita.

"Sebaik menerima tawaran di dalam teater ini, saya terus berjumpa penerbit dan pengarah menyatakan yang saya sangat teringin terbabit sama dalam teater ini, saya terus menunjukkan jadual saya yang agak penuh, namun mereka memberikan saya watak susur iaitu pencerita.

"Memandangkan watak susur adalah watak baru sememangnya ia tiada rujukan untuk dilihat lalu saya meminta rujukan watak, sedihnya mereka menyatakan tiada rujukan untuk watak ini malah melihat daripada keupayaan saya sebagai pengacara sebelum ini.

"Apa yang saya akan buat adalah membaca, menghafal dan berlakon, kiranya agak terkejut juga sebab saya hanya ada 10 hari untuk menghayati skrip yang baru diberikan.

"Bila dapat skrip saja saya terus menulis kembali pada kad untuk memudahkan saya menghafal dan menghayati lalu mencuba beberapa sudut, sebenarnya dalam masa 10 hari itu, saya hanya ada enam hari saja untuk berlatih bersama semua pelakon bermula pada 14 Januari ini, ini satu cabaran tapi bagi saya Insya-Allah saya yakin boleh dengan pengalaman sebelum ini mengacara banyak program secara langsung, harapan saya adalah untuk menyampaikan fakta dan jalan cerita teater ini," katanya.

Sarimah juga akui tawaran itu juga amat istimewa buat dirinya yang tidak ditawarkan kepada orang lain, lalu memberikan ia pengalaman mengenali dengan lebih mendalam idolanya Tun Mahathir.

"Sebaik menerima tawaran teater ini saya cukup teruja untuk menyertainya kerana tahu ia adalah kisah Tun Mahathir, jadi saya gembira menerima watak ini.

"Sebagai watak pencerita yang sememangnya dekat dengan hati saya, ia satu penghargaan dan gembira dapat menyampaikan kisah Tun yang bukan saja kisah dia tetapi jika difikirkan betul-betul ia adalah kisah sejarah pembangunan negara,

"Tun Mahathir juga turut disanjung oleh negara lain, apa yang berlaku, pada diri saya ia seperti tanggungjawab atau ibarat sebagai guru sejarah yang menyampaikan penceritaan dalam bentuk yang menarik," katanya.

Satu peranan sudah cukup

Menerima watak sebagai pencerita iaitu perantara antara jalan cerita dengan penonton sedikit sebanyak turut menyamai dengan kariernya sebelum ini sebagai pengacara televisyen.

"Watak ini juga tidak jauh dari diri saya dan pencerita adalah perantara antara jalan cerita dan penonton. Jadi saya gembira menerima watak ini kerana pencerita dekat dengan hati saya dan untuk menceritakan satu cerita seperti ini satu penghargaan.

"Satu peranan ini saja sudah cukup bagi saya untuk menyampaikan penceritaan mengikut cara saya kerana saya tahu, kisah Tun ini bukan saja hanya mahu di tonton oleh rakyat negara ini malah warga asing yang mengenali Tun turut tidak ketinggalan mahu menonton teater ini, jadi saya harus berusaha menceritakan dengan lebih baik.

"Bila kita berlakon teater kita tidak boleh syok sendiri kerana setiap karektor ada peranan dan tanggungjawab masing-masing.

"Kita ambil apa yang diberi dan menyampaikan dengan sebaik mungkin serta tidak menidakkan apa yang diberikan penerbit mahukan. Menyampaikan sejarah dengan cara yang menarik, ia sangat berbeza dengan muzikal lain.

"Banyak perkara yang saya dapat tahu selepas membaca skrip buat kali pertama dan banyak perkara yang tidak disangka di sebalik kehebatan Tun Mahathir," katanya.

Info

  • Antara pelakon yang menjayakan teater ini seperti, Esma Daniel, Ezany Nazariff, Elly Mazlin, Misha Omar, Sarimah Ibrahim, AC Mizal, Azean Irdawaty, Datuk Jalauddin Hassan, Shafeiq Shazwan Zamrus, Mazhar Mahathir, Diana Johor dan ramai lagi.
  • Tiket dijual bermula dengan harga RM32, RM52, RM82, RM102, RM152 dan RM302 atau boleh ditempah dengan melayari www.ticket2u.biz.
  • Untuk maklumat lanjut mengenai teater ini boleh melayari laman sesawang www.muzikaltunmahathir@blogspot.com.

    Tukar dan tonton

  • Kumpulkan tiga atau sekurang-kurangnya dua keratan logo teater Muzikal Tun Mahathir yang dikeluarkan pada artikel mengenai teater ini yang disiarkan pada Isnin (10 Januari), Rabu (12 Januari) dan Jumaat (14 Januari).

    *

  • Setiap satu set keratan ini boleh ditukarkan dengan satu sahaja tiket Teater Muzikal Tun Mahathir.
  • Sebanyak 100 tiket disediakan dan diberikan berdasarkan 'siapa cepat, didahulukan'.
  • Tukar keratan yang terdapat dalam akhbar Berita Harian, di Bahagian Classified (Pengiklanan), Balai Berita, NSTP, Jalan Bangsar, pada Jumaat ini bermula jam 10.30 pagi.

    INFO: Sarimah
    Nama Penuh: Sarimah Ibrahim
    Panggilan: Sarimah
    Asal: Dublin, Ireland
    Tarikh Lahir: 19 Februari 1978
    Tinggi: 165 sentimeter
    Berat: 50 kilogram
    Pendidikan: A-Level
    Keluarga: Anak sulung daripada empat beradik
    Kerjaya: Pengacara, pelakon dan penyanyi
    Rancangan TV: Attic Show, Disney Channel, Hits From RIM, Kid@NTV7, Anugerah Juara Lagu 2002, Anugerah Juara Lagu 2003, Entertainment Now!, Prelude Kemuncak AIM, Force Of Nature Concert 2006, Galaksi, Fail Sulit AF, Ikon Malaysia, Ikon Asean dan The Biggest Loser Asia.


  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Idea Mamat Khalid unik

    Posted: 11 Jan 2011 12:45 PM PST

    Hip

    TUSB nafi main tarik tali, serius mahu terus bekerjasama dengan pengarah ini

    BIARPUN beberapa filem arahan Mamat Khalid terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) bermula dengan Man Laksa, Zombie Kampung Pisang, Kala Malam Bulan Mengambang diikuti dengan Estet gagal memberikan pulangan lumayan kepada penerbitnya. Namun ia tidak sedikitpun mempengaruhi Penerbit Eksekutif TUSB, Gayatri Su-Lin Pillai daripada terus bekerjasama dengan pengarah itu.

    Gayatri berkata, meskipun kebanyakan filem sentuhan Mamat kurang menjadi di panggung tetapi kebanyakan karya pengarah itu berjaya di TV. Contohnya filem Man Laksa dan Zombie Kampung Pisang yang ditayangkan berulang kali oleh stesen televisyen. Kelainan karya Mamat Khalid begitu menarik hatinya kerana Gayatri berpendapat tidak ramai pengarah memiliki idea berbeza seperti yang dimiliki Mamat. Justeru, peluang untuk Mamat terus berkarya dengan TUSB sentiasa terbuka luas.

    "Sejak dulu hingga kini saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerja dengan Mamat Khalid. Saya juga tidak pernah membantah apa saja filem yang ingin Mamat hasilkan, walaupun filem arahannya tidak banyak yang mencatat kutipan box-office.

    "Setakat ini, terus terang saya suka dan masih lagi berminat untuk bekerja dengan Mamat kerana dia memiliki idea yang unik. Bagi saya bekerja dengan Mamat menyeronokkan," kata Gayatri.

    Gayatri berkata demikian bagi mengulas dakwaan kononnya TUSB tidak lagi berminat menjalin kerjasama dengan Mamat bagi menerbitkan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah 2 selepas kejayaan versi pertamanya yang mengutip RM 7 juta. Kutipan itu melakar sejarah tersendiri kepada Mamat kerana pertama kali berjaya meraih kutipan box-office, lebih-lebih lagi selepas kegagalan Estet yang hanya mampu mengutip RM 600,000 saja.
    TUSB juga dikatakan seakan cuba bermain tarik tali apabila gagal memberikan jawapan mengikut tarikh yang dijanjikan menyebabkan ada syarikat produksi lain sudah menunjukkan minat untuk menyambar Mamat kerana yakin Hantu Kak Limah Balik Rumah 2 akan memberikan pulangan lumayan.

    Menjelaskan perkara itu, Gayatri berkata, TUSB tidak pernah cuba bermain tarik tali kerana perjanjian sudah termeterai sejak awal antara TUSB dan pengarah itu bahawa dua filem susulan akan diterbitkan selepas Zombie Kampung Pisang. Salah satu darinya ialah Hantu Kak Limah Balik Rumah diikuti dengan Zombie Ultimatum.

    Tambah Gayatri lagi, dia juga tidak kisah seandainya pengarah itu tidak mahu mengekalkan rancangan asal menghasilkan Zombie Ultimatum sebaliknya menggantikannya dengan sekuel Hantu Kak Limah Balik Rumah kerana memahami kejayaan yang diraih itu membuatkan semangat Mamat berkobar.

    "Saya tidak tahu menahu mengenai dakwaan mengatakan saya dan TUSB tidak lagi berminat untuk bekerjasama dengan Mamat. Setahu saya, sejak Zombie Kampung Pisang, Mamat sudah pun menyatakan hasratnya untuk menghasilkan dua lagi filem, susulan kepada filem itu malah saya sudah pun bersetuju.

    "Saya tidak kisah jika Mamat mahu kekal dengan Zombie Ultimatum ataupun menghasilkan apa saja judul kerana kami masih lagi berminat untuk bekerja dengannya. Kami serahkan segala-galanya kepada Mamat. Mengikut kontrak, Mamat tidak boleh beralih ke syarikat produksi lain kerana judul Zombie hak milik TUSB.

    "Mengenai dakwaan mengatakan saya tidak memberi jawapan mengikut tarikh yang dijanjikan, saya rasa itu tidak benar. Seperti saya katakan, perjanjian untuk menerbitkan sekuel ini sudah termeterai lama. Saya perlu menyiasat bagaimana isu ini boleh timbul.

    "Kami memang tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerja dengan Mamat. Tetapi jika dia mahu bekerja dengan syarikat lain, keputusan terletak di tangan Mamat. Bagi pihak TUSB, karya Mamat masih lagi diperlukan," katanya.


    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.