Adsense

Jumaat, 14 Januari 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Usaha lahirkan pelakon berilmu

Posted:

Usaha lahirkan pelakon berilmu

Usaha lahirkan pelakon berilmu

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH


PARA pelajar bergambar bersama tenaga pengajar pada majlis pelancaran Rumah Aktor Seniman di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


PERSATUAN Seniman Malaysia (Seniman) bukan setakat aktif dengan pelbagai aktiviti untuk manfaat ahli-ahlinya, tetapi juga sentiasa berusaha membantu mempertingkatkan lagi mutu bidang lakonan tanah air.

Persatuan di bawah pimpinan Presidennya, Harun Salim Bachik itu misalnya, akan mengadakan program Rumah Aktor Seniman bagi melahirkan lebih ramai pelakon muda yang berbakat dan berilmu dalam bidang tersebut.

Menurutnya yang merupakan pelakon dan pelawak, Rumah Aktor Seniman merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan oleh persatuan itu di mana ia diiktiraf oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

"Para pelajar yang berjaya menamatkan kursus akan diberi sijil daripada Seniman. Sijil itu diiktiraf oleh Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) yang terletak di bawah kementerian itu. Ini kali pertama anjuran Seniman.

"Buat masa ini seramai 30 pelajar sudah mendaftar untuk sesi pertama kursus ini yang mengambil masa 13 minggu bermula setiap Sabtu mulai 22 Januari ini. Setiap sesi pengajian mengambil masa lapan jam.

"Kelas itu bermula pukul 10 pagi sehingga 6 petang dan yuran yang dikenakan pula hanya RM550 sahaja," katanya semasa ditemui pada majlis pelancaran Rumah Aktor Seniman di Hulu Klang, Selangor baru-baru ini.

Pada majlis yang dirasmikan Senator Dewan Negara Tan Sri Dr. Jins Shamsudin itu, turut hadir ialah Pengetua Rumah Aktor Seniman, Zulhuzaimy Marzuki; Pengarah Projek, Yusof Kelana dan para pelajar terbabit.

Jelas Harun, pengambilan para pelajar sesi pertama pengajian di Rumah Aktor Seniman itu dilakukan menerusi sesi uji bakat selain bakat dan minat setiap peserta dalam usaha menjadikan lakonan sebagai karier pada masa depan.

"Tiada kelayakan akademi yang diperlukan bagi mengikuti kursus peringkat sijil dalam program ini. Kebanyakan peserta program ini berusia 16 tahun hingga 30 tahun. Tempat terhad di mana hanya yang terpilih akan disenarai pendek.

"Kalau segala-galanya berjalan lancar, kami akan teruskan program ini pada masa depan. Ini sebagai percubaan kami dalam usaha melahirkan para pelakon berbakat dan berilmu. Mungkin pada masa depan yurannya akan dinaikkan," ujarnya.

Sementara itu, Zulhuzaimy pula berkata, Rumah Aktor Seniman bukan seperti rancangan-rancangan realiti televisyen tetapi ia sebuah institusi melahirkan pelakon sejati.

Katanya, modul pembelajaran yang ditawarkan di institusi itu mengikut apa yang diajar di Fakulti Teater Aswara di mana ia juga telah mendapat sokongan daripada akademi itu, malah ia lebih komprehensif pendekatannya.

"Kami telah berjumpa dengan dekan Fakulti Teater Aswara, Rosminah Tahir yang bersetuju dengan penubuhan Rumah Aktor Seniman ini. Malah,

kami juga menggunakan para pensyarah Aswara sebagai tenaga pengajarnya.

"Tiga pensyarah itu ialah Sharifah Akma Abdullah, Syarifah Mariam Syed Abdullah dan Rosman Ishak. Kami juga menjemput pelakon sebagai pensyarah iaitu Elly Suriati, Erma Fatima dan Fauziah Nawi sebagai pensyarahnya," katanya.

Tambah Zulhuzaimy, jika di Aswara sekali pun pengajian dalam bidang lakonan hanya melibatkan sesi selama tiga jam seminggu, sedangkan katanya di Rumah Aktor Seniman masa pengajiannya selama lapan jam seminggu.

Sepanjang minggu mengikuti pengajian di Rumah Aktor Seniman, para pelajarnya akan didedahkan dengan empat aspek dalam bidang lakonan iaitu teori, pergerakan, vokal dan persembahan serta asas lakonan.

"Kami akan memberi penilaian kepada setiap pelajar pada minggu ketiga pengajian dengan diberi tugasan tertentu dan pada minggu kelapan pula tugasan yang diberi harus dilaksanakan secara berkumpulan.

"Sementara pada minggu ke-13 pula mereka akan disuruh mengadakan persembahan lakonan selama satu jam 15 minit sama ada di Aswara atau panggung di Matic, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan seterusnya diberikan sijil," ujarnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tawaran baru Gwyneth Paltrow

Posted:

Tawaran baru Gwyneth Paltrow

Tawaran baru Gwyneth Paltrow

AKTRES jelita, Gwyneth Paltrow bukan sahaja seorang pelakon hebat tetapi juga mempunyai bakat tersendiri dalam bidang nyanyian.

Filem Duets (2000) pernah menyaksikan aktres ini menyumbangkan suaranya menerusi tiga buah lagu dan salah satunya adalah Cruisin' yang disampaikannya secara duet bersama penyanyi veteran, Huey Lewis.

Baru-baru ini, dia menjadi pelakon undangan dalam siri komedi Glee dan khabarnya dia juga telah ditawarkan untuk menjadi pelakon tetap siri popular itu.

Filem muzikal terbarunya, Country Song juga memperlihatkan kehebatannya dalam bidang nyanyian apabila menyampaikan lagu-lagu berentak country dalam membawakan wataknya sebagai seorang penyanyi country.

Atas faktor itu jugalah, Paltrow sekali lagi ditawarkan untuk membintangi sebuah filem muzikal, Rock of Ages yang akan diarahkan oleh Adam Shankman.

Walaupun masih belum memberi kata putus sama ada untuk menerimanya atau tidak, Paltrow nampaknya melahirkan minat terhadap filem tersebut.

"Saya sudah pun menerima skripnya dan ia memang menarik. Apa yang perlu saya lakukan hanyalah untuk mencari masa duduk dan membaca keseluruhannya. Saya yakin ia sebuah karya yang menghiburkan," katanya ringkas ketika ditemui pada tayangan perdana Country Stars di Los Angeles, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Selain Paltrow, penerbit filem itu juga dikatakan berminat untuk mendapatkan Tom Cruise dalam membawakan watak antagonis, Stacee Jaxx.

Malah, penyanyi dan pelakon terkenal, Mary J. Blige juga antara nama yang akan membintangi filem itu nanti.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.