Adsense

Jumaat, 14 Januari 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Fazura: 'Setiap hari saya bercinta'

Posted: 13 Jan 2011 03:17 PM PST


KETIADAAN Nur Fazura Sharifuddin untuk menerima trofi Pelakon Pembantu Wanita Filem di Anugerah Skrin 2010 (ASK2010) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 24 Disember tahun lalu, menimbulkan tanda tanya.

Difahamkan, ketika majlis anugerah berprestij itu berlangsung, Fazura atau mesra dengan panggilan Faz tiada di Malaysia kerana bercuti dengan kekasih hati di London.

Apakah dalam usia 27 tahun, pelakon jelita yang mula dikenali menerusi filem Bicara Hati itu akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dan mahu bersara daripada dunia lakonan hingga tidak berminat untuk hadir di majlis anugerah dan memilih untuk bercuti.


Sejauh mana benarnya cerita itu, tidak dapat dipastikan hingga kehadirannya di majlis Tahun Baru Cina Green Cheongsam anjuran Rafflesia The Pearl Centre, Selasa lalu menjadi tumpuan untuk bertanyakan perkara itu. Fazura anggun dengan gaun labuh rekaan Rizman Ruzaini.



FAZURA...fokus karier untuk lebaran baru, 2011.


TAK DUGA...dicalonkan dan menang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Filem di ASK2010 lalu.


SOAL JODOH...Fazura serah semuanya pada ketentuan Tuhan.

Fazura mengatakan, bukan saja dia tidak menduga kemenangannya di ASK2010 menerusi lakonannya dalam filem Pisau Cukur, malah mengakui, tidak tahu namanya dicalonkan. Dia mengakui ketika itu sedang bercuti tetapi apabila ditanya destinasi percutiannya, Fazura enggan memberitahu.


Katanya, cukuplah tulis dia bercuti di luar negara saja. Malah, ujarnya kenapa dia memilih percutian di luar Malaysia kerana tiada siapa yang mengenali dirinya sebagai artis. Secara tidak langsung, Fazura berkata 'bolehlah bernafas' ketika di sana.


"Sebagai selebriti, apa saja yang dilakukan di negara ini, pasti menjadi perhatian ramai. Namun, situasi itu berbeza ketika di luar negara kerana tiada siapa yang kenal. Jadi, ia lebih memberi ketenangan untuk berbuat apa saja yang diinginkan," jelasnya.


Ditanya apakah dia merancang 'bersara' dan kini dalam proses memperlahankan karier seni, Fazura menegaskan buat masa ini dia belum lagi terfikir untuk berhenti daripada lakonan. Jelasnya, tiada istilah bersara dalam hidup seorang anak seni.


"Saya menyepi diri daripada lakonan kira-kira tahun lalu, bukan bermaksud apa-apa. Ketika itu, saya masih menerima banyak tawaran watak, tetapi menolaknya. Ia tidak menambat hati dan boleh dikatakan saya pernah buat sebelum ini.

"Umpama macam jodoh juga, kalau tak kena dengan hati takkan hendak terima. Jadi, saya sentiasa inginkan watak baru yang tak pernah dilakukan. Syukur, kedatangan 2011 ini, tirai karier saya dibuka dengan rezeki yang murah oleh Yang Maha Esa.


"Saya akan muncul dalam filem baru terbitan Red Communication Sdn Bhd tidak lama lagi dan sekarang masih lagi dalam perancangan," katanya.


Apapun kata Fazura, dia sangat teruja kerana dapat berlakon drama Tahajud Cinta dan Kitab Cinta arahan Erma Fatima. Dia akan berangkat ke Tanah Suci pada 20 Februari nanti untuk menjayakan penggambaran drama itu.

Kata Fazura, selain berlakon dia juga berbesar hati kerana hajat mengerjakan umrah termakbul.


"Kali pertama saya mengerjakan umrah pada usia 12 tahun. Selepas itu, saya tidak lagi berpeluang untuk ke Tanah Suci walaupun ketika perkahwinan Datin Paduka Umie Aida. Beliau ada mengundang saya bersama, tetapi tiada rezeki waktu itu.


"Jadi, menerusi watak bertudung dalam drama arahan Erma itu, impian saya mahu ke Tanah Suci termakbul akhirnya. Lagi pun, ia drama pertama saya akan bertudung kerana sebelum ini tidak pernah mendapat tawaran watak memakai tudung," katanya.

Jodoh Pilihan Fazura?
MEMILIKI wajah jelita dan menawan, apakah Fazura kini sudah menemui calon yang bertakhta di hatinya? Kata pelakon drama Ezora ini, soal jodoh adalah ketentuan Tuhan dan dia menyerahkan semua itu kepada takdir. Termasuk, siapakah calon jodoh untuk dirinya.


"Bercakap mengenai jodoh ini, ia sama seperti ajal maut juga. Jadi, biarlah Tuhan yang tentukan dan saya sebagai manusia biasa, tidak memilih. Saya hanya doa dan berharap mendapat jodoh yang baik. Buat masa ini, saya belum ada rancangan perkahwinan.


"Saya pun tak tahu jodoh saya dengan siapa. Namun, andai kata jodoh itu sudah tiba saya takkan menyembunyikannya. Wakil media akan diberitahu dan turut diundang hadir ke majlis paling bermakna dalam hidup saya itu," ujarnya.


Ceria berbicara sepanjang sesi wawancara bersamanya, Fazura turut ditanya apakah 'kegembiraan' yang terpancar di wajahnya itu menunjukkan dia kini di alam percintaan. Jelasnya, maksud 'cinta' terlalu besar dan ia perkara yang sangat indah.


"Setiap hari saya bercinta pada diri sendiri, keluarga dan semuanya. Justeru, inilah kebahagiaan saya. Malah, memandangkan diri semakin matang sekarang, saya sudah tidak kisah dan ambil peduli dengan apa yang orang ingin katakan terhadap diri ini.

"Saya tahu apa yang dilakukan dan terpulang pada orang hendak bercakap apa. Saya gembira dan bahagia dengan hidup saya sekarang. Bahkan, tahun ini saya mahu memberi tumpuan kepada karier lakonan dan ingin berjaya dalam karier.


"Impian saya ingin mengumpul harta sendiri hasil titik peluh sebagai anak seni. Ini kerana, saya akan berhenti berlakon apabila sudah berkeluarga. Lagipun, ini juga janji saya kepada ibu yang kurang selesa saya terus aktif dalam bidang lakonan.


"Ibu saya mahu saya tinggalkan lakonan dan menceburi bidang perniagaan. Namun, selama setahun berehat saya berasakan pencapaian sebagai pelakon masih belum boleh dibanggakan. Banyak yang harus saya lakukan untuk meraih kejayaan," katanya.


Kemunculan pertamanya melalui Bicara Hati menang Pelakon Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-17 (FFM17) dan terbaru, Pelakon Pembantu Wanita di ASK2010.


Kata Fazura, dia menyimpan impian meraih Anugerah Pelakon Wanita Terbaik sekurang-kurangnya. Sehubungan itu, buat masa ini dia harus meneruskan karier lakonan untuk mengumpul pengalaman. Dia juga mempunyai watak impiannya.


Ujarnya jika diberi peluang, dia ingin melakonkan watak wanita yang nampak baik tetapi realiti sebenarnya, seorang pembunuh. Katanya, dia inginkan karakter baru yang mampu mencabar dirinya. Apapun, kini fokus utama Fazura adalah kerjaya.




>PROFIL
NAMA: Nur Fazura Sharifuddin
PANGGILAN PENTAS: Fazura/ Faz
TARIKH LAHIR: 27 September 1983
USIA: 27 tahun
KELUARGA: Anak ketiga daripada empat beradik
PROGRAM TV: Teensworld (RTM2), MTV Jus dan MTV Pop Inc
FILEM: Antaranya Bicara Hati, Qaisy & Laila, Senario XX, Gol & Gincu, Kayangan, Selamat Pagi Cinta!, Kantoi, Pisau Cukur, Lagenda Budak Setan dan Bujang Terlajak
DRAMA: Antaranya Inspirion, Dalam Hati Ada Cinta, Kasih Suci, Datin Diaries, Gol & Gincu The Series, Rendang Untuk Menantu, Ezora, Tahajud Cinta dan Kitab Cinta
PENCAPAIAN: Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-17 (FFM17), Pelakon Pembantu Wanita Filem ASK2010
DUTA: Olay, Avon, Nutox Skincare dan Hair Extension Hair Dreams

Pelakon Terbakar : Emma Akma Bimbang Wajah Kekasih Jadi Buruk

Posted: 13 Jan 2011 03:16 PM PST


PETALING JAYA: Pelakon drama Emma Akma Yunus,42, amat bimbang melihat wajah kekasihnya, Raffi Husin,24, menjadi buruk akibat melecur gara-gara insiden kebakaran ketika penggambaran filem Bara Jiwa Selasa lalu.

Emma berkata, Raffi mungkin mengalami kesan melecur di keliling badan, tangan serta muka dan mahu pihak produksi, Nuansa Production, bertanggungjawab membuat pembedahan plastik pada wajah Raffi jika ia diperlukan.

"Kalau boleh saya nak wajah Raffi kembali seperti asal, tiada kesan luka sana sini. Mungkin orang nampak perkara ini remeh tetapi wajah merupakan aset utama sebagai seorang pelakon.

"Sudahlah dia baru nak mulakan kariernya, tiba-tiba jadi begini pula. Bagaimanapun setakat ini Nuansa memberitahu untuk menanggung segala kos rawatannya malah Julian (penerbit) kerap bertanyakan khabar dan perkembangan kesihatan Raffi," katanya yang dihubungi mStar Online, Khamis.

Walaupun pihak produksi berjanji akan menanggung kos rawatan pelakon baru itu, Emma tetap membuat laporan polis sebagai langkah berjaga-jaga jika janji yang dibuat itu tidak dikotakan.



Kesan kebakaran pada badan Raffi di jangka kering dalam masa dua minggu.
Bagaimanapun, Emma agak kesal dengan pihak produksi filem itu kerana tidak teliti mengenai keselamatan pelakon-pelakon ketika melakukan adegan aksi tersebut.

"Memang perkara ini tidak boleh nak salahkan sesiapa pun tetapi mereka sepatutnya mengambil langkah berjaga-jaga dalam setiap perkara walaupun babak aksi yang dilakukan itu kecil.

"Bayangkan ketika insiden tersebut berlaku, memang pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berada di situ tetapi mereka tidak ada gunting untuk menggunting baju Raffi yang terbakar.

"Sebaliknya baju Raffi digunting menggunakan gunting jurusolek pula. Setakat ini kami tidak berhasrat untuk mengambil sebarang tindakan," katanya.

Raffi kini sedang dirawat di wad surgeri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan difahamkan kesan melecur pada tubuh pelakon itu akan kering dalam masa dua minggu lagi.

Dalam kejadian di Taman Seputeh, Kuala Lumpur Selasa lalu, Raffi mengalami kecederaan pada badan, muka dan tangan semasa hendak menyelamatkan diri dalam adegan kebakaran melibatkan sebuah gerai.

Selain Raffi, filem arahan Osman Ali itu turut dilakonkan Diana Danielle, Fizz Fairuz, Bront Palarae dan Remy Ishak.

Fasha Sandha Belum Mohon Maaf - Pereka Fesyen

Posted: 13 Jan 2011 03:15 PM PST


PETALING JAYA: Pereka fesyen Hazree Wahid, 29, masih belum menerima permohonan maaf daripada pelakon Fasha Sandha yang gagal mengayakan baju rekaannya pada Pertunjukan Fesyen Cheongsam Green, yang diadakan Selasa lalu.

Kata Hazree, sehingga kini, dia masih menunggu Fasha meminta maaf mengenai perbuatannya itu untuk memperbaiki semula persahabatan mereka.

"Saya masih menunggu kata-kata maaf daripada dia agar boleh perbaiki hubungan kami, tapi belum ada apa-apa lagi mesej daripada dia.

"Malah dia pula seperti marah kepada saya dan membuang saya dari dalam senarai rakan BBM telefon Blackberry miliknya.



Hazree Wahid
"Sejak kejadian Selasa lalu dia langsung tidak menghubungi saya, segala urusan berkaitan dengannya hanya diserahkan kepada pengurusnya sahaja.

"Pagi semalam (Rabu), dia menyerahkan baju Anugerah Skrin 2010 yang digayakannya melalui pemandunya sahaja," ujar Hazree yang membelanjakan hampir RM1,500 untuk menghasilkan pakaian Ceongsam tersebut.

Dalam pada itu, kata Hazree dia tidak menyangka kejadian itu berlaku kepada dirinya memandangkan dia sudah biasa berurusan dengan Fasha selama ini.

"Sebelum ini dia tidak pernah menimbulkan sebarang masalah ketika bekerjasama dengan saya, dia juga merupakan artis yang saya hormati kerana berdisiplin.

"Saya juga sudah beberapa kali bekerjasama dengan dia, malah saya sentiasa menyangkal pendapat segelintir orang yang menganggap artis ini bermasalah," katanya.

Biarpun agak kecewa dengan tindakan artis tersebut, Hazree tidak menolak kemungkinan untuk memaafkan dan bekerjasama dengan pelakon Chinta itu lagi.

"Saya tidak terlalu menyalahkan dia kerana mungkin dia mempunyai alasan tersendiri, jika dia minta maaf dengan ikhlas dan bukan melalui pengurus atau orang lain saya akan memaafkan dan bekerjasama semula dengannya," kata Hazree.

Ana Rafalli Beri Penjelasan, Gugurkan Andy Dalam Facebook

Posted: 13 Jan 2011 03:14 PM PST


PETALING JAYA: Penyanyi Ana Raffali dikatakan cuak selepas diumumkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25) sehingga bertindak membuang nama Andy (Flop Poppy) dalam senarai ahli kumpulan The Marhaen yang tertera pada Kelab Peminat Facebook miliknya.

Tindakan tersebut menjadi persoalan dan pertikaian segelintir pihak yang menganggap bahawa Ana takut berhadapan dengan kontroversi disebabkan Andy merupakan salah seorang juri yang berkeupayaan mempengaruhi kemenangannya dalam AJL25.


Facebook Ana Raffali sebelum kemenangannya yang tertera nama Andy



Facebook selepas memadam nama Andy bagi mengelak kontroversi, bagaimanapun kini dia sudah meletakkan semula nama penyanyi tersebut.
Ini kerana kedua-dua mereka merupakan ahli kumpulan tersebut.

Bagaimanapun menurut Ana yang dihubungi mStar Online pada awalnya nama Andy dalam senarai Facebook berkenaan dibuang berikutan pihak yang menguruskan lama sosial miliknya itu tidak mahu kontroversi pertikaian mengenai kemenangannya terus berlarutan.

"Pada awalnya pengurusan Kelab Peminat Facebook saya memadam nama Andy sebab tidak mahu berlaku kontroversi apabila Andy yang turut menjadi pengadil AJL25 tersenarai sebagai salah seorang dari ahli kumpulan saya.

"Sudah tentu peminat akan membuat spekulasi kononnya Andy akan melakukan keputusan yang berat sebelah untuk memilih saya menang dalam AJL25 kerana dia merupakan anggota kumpulan yang turut disertai oleh saya sendiri.

"Tapi setelah saya fikir beberapa kali, agak tidak adil saya memadamkan nama Andy yang sememangnya ahli kumpulan The Marhaen kerana saya merasakan dia melaksanakan tugasnya sebagai juri atas dasar profesionalismenya," kata Ana.

Jelas Ana lagi, dia menganggap perkara tersebut hanya pertikaian daripada segelintir peminat yang tidak berpuas hati terhadap kemenangannya dalam anugerah itu.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada pemilihan Andy sebagai salah seorang juri AJL25 sedikit sebanyak mempengaruhi kemenangannya pada malam tersebut, Ana memberitahu Andy hanya salah seorang dari sepuluh orang juri yang menilai lagu-lagu bertanding.

"Walaupun dia merupakan salah seorang dari kumpulan kami tetapi keputusan menilai adalah di tangan ketua juri.

"Bila diberi tanggung jawab untuk menilai, saya percaya dia akan bekerja mengikut profesionalisme dan kredibilitinya sebagai komposer dan bukan kerana berkepentingan," jelasnya.

Ketika ditanya tentang pertikaian dan gerakan untuk menjatuhkannya di Facebook dan laman sesawang lain, Ana memberitahu perkara itu tidak mencerminkan keseluruhan pendapat masyarakat.

"Saya tahu ramai yang masih berbalah dan mempertikaikan keputusan juri terutamanya di Internet tetapi itu hanya segelintir sahaja.

"Ramai yang beri sokongan kepada saya selepas kemenangan ini dan bagi saya itu lumrah kerana setiap orang mempunyai cita rasa mengenai pemenang mereka," katanya.

Wanita Bermasalah Boleh Jumpa Farah Asyikin

Posted: 13 Jan 2011 03:12 PM PST


KUALA LUMPUR: Penyanyi Farah Asyikin (gambar) mengajak wanita yang gagal menyelesaikan masalah dalam kehidupan mereka supaya menyertai kem 'It's A Girl Thing!'.

Kem anjuran Farah yang dikendalikan secara percuma itu bertujuan untuk membolehkan golongan wanita tanpa mengira peringkat umur agar berani meluahkan masalahmasing-masing dan sama-sama mencari jalan penyelesaian.

Farah sendiri yang akan menemu bual wanita yang bermasalah sebelum memilih 30 di antara mereka untuk menyertai kem tersebut.

"Saya mahu mencari wanita yang betul-betul bermasalah untuk menyertaikem ini. Saya mula teruja untuk melakukan aktiviti ini setelah ramaipengunjung blog saya meluah masalah masing-masing.

"Saya akan cuba menyelesaikan masalah terutamanya bagi mereka yang mempunyai persamaan dengan masalah saya," katanya.

Menurut penyanyi lagu 'Hello' ini, sesiapa yang berminat untuk menyertai kem berkenaan boleh melayari Facebook miliknya atau www.farahasyikin.com.

Walau bagaimanapun Farah berharap orang ramai tidak menganggap dia sebagai perunding motivasi tetapi cukuplah sebagai seorang kakak atau adik untukmeluahkan perasaan.

"Sekarang saya sedang menyiapkan kertas kerja untuk menganjurkan kemini dan berharap ada pihak yang sudi menghulurkan sumbangan keranasaya buat kem ini secara percuma," katanya.

Bercerita tentang perancangan tersebut, kem itu akan diadakan selama empat hari, tiga malam dengan lokasinya adalah di sebuah tepian pantai yang masih belum ditetapkan.

AF9 : Rancangan Realiti Terakhir Tampil Kelainan

Posted: 13 Jan 2011 03:12 PM PST


KUALA LUMPUR: Selepas bersiaran sebanyak lapan musim bermula 2003, program Akademi Fantasia (AF9) merupakan rancangan terakhir pada tahun ini yang akan diadakan pada 2 April depan.

Pengurus Saluran Astro RIA, Azlin Reza Azmi berkata, program yang mencetus fenomena yang diadaptasi dari rancangan popular Le Academia dari Mexico itu terpakda melabuhkan tirai berikutan ingin memberi peluang kepada pelbagai program lain.

"Kami rasa sudah sampai masanya program Akademi Fantasia di rehatkan buat selama-lamanya. Jadi program yang terakhir ini pastinya merupakan program yang terbaik dari musim sebelumnya.

"Kami akan bawakan pelbagai kejutan dan merangkumkan kembali nostalgia-nostalgia dari musim pertama hingga ke lapan untuk paparan peminat setia AF bagi musim terakhir ini,"jelasnya pada sidang media pengumuman sesi uji bakat AF9, Khamis.

Bagaimanapun, Azlin menafikan perkara itu disebabkan oleh sambutan peminat terhadap program tersebut semakin berkurangan.

"Tamatnya program ini bukan kerana sambutan penyokong semakin kurang, kalau kita lihat setiap tahun program ini mempunyai pengikut tersendiri," katanya.

Dalam pada itu, Azlin turut memberitahu AF9 ini merupakan musim terbaik dan menampilkan seorang pengetua terkenal di rantau Asia. Selain itu, mereka juga bakal menggunakan khidmat pengacara terkenal tanah air.

"Kami mahu beri yang terbaik untuk konsert terakhir ini dan menjanjikan pengetua yang terkenal di rantau Asia serta hos yang sememangnya terkenal.

"AF9 pasti bakal mencipta satu memori kepada peminat-peminat setia Akademi Fantasia biarpun ia sudah berakhir," jelasnya.

Ketika ditanya tentang nama komposer terkenal Indonesia, Erwin Gutawa yang disebut-sebut sebagai pengetua AF9, Azlin enggan mengulas perkara itu.

"Tentang itu, kami akan umumkan tidak lama lagi. Buat masa sekarang ia masih belum menjadi rahsia," katanya.

Sementara itu, Astro buat pertama kalinya memperkenalkan uji bakat secara dalam talian bermula 13 hingga 27 Januari ini. Bagi yang berminat boleh menghantar klip video nyanyian mereka di laman sesawang www.akademifantasia.com.my .

"Seiring dengan perkembangan teknologi, uji bakat secara dalam talian ini akan memudahkan peserta untuk turut serta dalam program ini.

"Selain dapat menjimatkan masa, para peserta juga dapat menambahkan keyakinan diri dan mengumpul peminat sendiri dengan memuat naik video tersebut ke laman web, Facebook dan Youtube," kata Azlin.

Selain itu, sesi uji bakat akan berlangsung di dua buah negeri iaitu di Sabah bertempat di Hotel Promenade, Kota Kinabalu pada 28, 29 dan 30 Januari, manakala di Kuala Lumpur pula akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 11, 12 dan 13 Januari ini.

Mereka yang berminat perlu berumur di antara 18 hingga 45 tahun dan membawa salinan kad pengenalan atau pasport untuk warga negara Singapura serta berserta dua keping gambar berukuran 4R.

Setiap peserta boleh menyanyi lagi pilihan masing-masing.

google: akademi fantasia 9 af9, akademi fantasia 9 af9 promo, pengumuman akademi fantasia 9 af9, uji bakat akademi fantasia 9 af9, lokasi akademi fantasia 9 af9, lokasi ujibakal akademi fantasia 9 af9, tarikh ujibakat akademi fantasia 9 af9, masa ujibakat akademi fantasia 9 af9, syarat syarat ujibakat akademi fantasia 9 af9, pengetua akademi fantasia 9 af9, tenaga pengajar akademi fantasia 9 af9, cikgu cikgu akademi fantasia 9 af9, umur ujibakat akademi fantasia 9 af9, akademi fantasia 9 af9 secara online, akademi fantasia 9 af9 secara dalam talian

Teater Muzikal Lat Kampung Boy Di Istana Budaya Mac Ini

Posted: 13 Jan 2011 03:09 PM PST


KUALA LUMPUR: Karya kartun Lat Kampung Boy karya Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat akan dipentaskan dalam bentuk teater muzikal di Istana Budaya pada 16 Mac hingga 3 April ini.

Teater terbitan bersama Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan Tall Order Production (TOP) dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) itu merupakan teater pertama yang mengadaptasi daripada sebuah novel grafik ke bentuk teater muzikal.

Menurut penerbit TOP serta pengarah teater tersebut, Hans Isaac, pementasan teater ini juga bersempena ulang tahun kelahiran Lat ke 60 yang disambut pada 5 Mac.



Han Isaac
"Bukan mudah untuk menghasilkan teater ini. Saya dan Harith Iskander (pengarah bersama) telah berjumpa dengan Lat di rumahnya di Ipoh, Perak dan kami tinggal di sana selama tiga hari untuk mengenali Lat secara lebih dekat.

"Pada hari pertama, memang terlalu banyak yang diceritakannya sampaikan kami dah jadi pening. Jadi pada hari kedua pula, saya dan Harith memilih beberapa cerita yang dikongsi itu dan bertanya semula secara lebih mendalam.

"Kemudian, Harith membuat skrip tersebut dan ia diberikan kepada beberapa penggiat seni lain yang antaranya Mamat Khalid dan Adlin Aman Ramli untuk dikaji dengan lebih teliti.

"Bayangkan skrip tersebut ditulis semula sebanyak 15 kali semata-mata untuk memantapkan pementasan teater tersebut," katanya pada sidang akhbar teater muzikal LAT Kampung Boy, di Istana Budaya, di sini, Khamis.


Lat
Tambah Hans, kos teater tersebut adalah lebih besar daripada pementasan Cuci The Musical yang diterbitkannya pada tahun lalu.

Ini kerana penggunaan barangan teknikal baru akan dimasukkan dalam teater tersebut untuk menghasilkan efek bunyi yang mantap serta visual-visual yang dilihat seperti sebuah teater animasi.

"Memang sukar untuk menggambarkan bagaimana teater ini dipentaskan kerana ia membabitkan lakonan realiti serta visual animasi yang saya sendiri juga tidak tahu hasilnya kerana kami akan menggunakan barangan teknikal terbaru untuk pementasan ini.

"Selain itu sebanyak 10 buah lagu baru juga akan dicipta khas sempena teater ini dan lagu yang dihasilkan nanti pastinya di luar jangkaan sesiapa pun," katanya.

Antara pelakon yang bakal menyertai pementasan Lat Kampung Boy ialah Awie sebagai Lat, Atilia (Faizah - isteri Lat), Jalil Hamid (Bapa Lat), Datuk Rahim Razali (Pak Samad), Douglas Lim (Franky, kawan baik Lat) dan Sandra sebagai Mrs Hu.

Tiket berharga dari RM30 hingga RM230 boleh dibeli menerusi laman web Ticket2u.biz atau hubungi 03-41478600.

DJ Fuzz Tulis Buku, Tubuh Akademi

Posted: 13 Jan 2011 03:08 PM PST


PETALING JAYA: Atas kesedaran untuk menyuntik minat remaja dan kanak-kanak terhadap profesion seorang pengacara lagu (DJ), DJ Fuzz atau nama sebenar Farzwa De Attaher Emir, 33, bukan saja menubuhkan Akademi DJ Mixology, malah dia juga kini sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku mengenai selok-belok dan dunia seorang DJ.

Menurut DJ Fuzz, pendedahan yang tidak meluas terhadap profesion DJ di kalangan masyarakat Malaysia merupakan faktor utama yang menggerakkannya untuk mengambil inisiatif itu.

Bercerita tentang buku yang masih lagi berada dalam peringkat penulisan itu, DJ Fuzz berkata, pengisian buku berbahasa Inggeris itu bakal mendedahkan selok-belok dunia DJ dan cara-cara untuk bergelar DJ secara terperinci.

Menariknya, buku yang belum mempunyai tajuk itu dihasilkan daripada kaca matanya yang berpengalaman dalam bidang itu selama 11 tahun.

"Saya seorang yang suka mengajar. Memang sejak dulu pun, apabila ada pelajar-pelajar yang menghubungi saya untuk bertanyakan tentang selok-belok bidang ini, saya akan beria-ia memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara itu.

"Daripada situ, saya terfikir mengapa tidak saya hasilkan sebuah buku lengkap yang menghuraikan dengan mendalam tentang bidang ini.

"Saya mula menulis sejak Mac tahun lalu lagi. Ia akan memaparkan tentang dunia DJ dari kaca mata dan pengalaman saya," katanya yang merancang untuk memasarkan buku itu, pertengahan tahun ini.



DJ Fuzz kini sedang giat menyiapkan buku pertamanya tentang dunia dan kerjaya DJ.
Walaupun kerjaya sebagai DJ mempunyai kedudukannya tersendiri di kalangan masyarakat di Amerika Syarikat dan Eropah khususnya, senario itu masih asing bagi masyarakat Malaysia.

Ironinya, kecenderungan dan minat anak muda di sini adalah memberangsangkan biarpun bidang itu tidak begitu popular.

Buktinya, sejak dia menubuhkan akademi itu lima tahun yang lalu, lebih daripada 100 pelajarnya kini telah bergelar DJ.

"Idea penubuhan akademi ini dicetuskan oleh rakan saya Altimet. Pada awalnya, saya cuma mengadakan tutor secara kecil-kecilan di rumah bersama beberapa orang kanak-kanak dan remaja saja.

"Lama-kelamaan, ia mula mendapat sambutan yang lebih menggalakkan. Bermula dari rumah pada sekitar 2004 atau 2005, saya kemudiannya menyewa sebuah rumah kedai di Kelana Jaya bagi menampung kapasiti kelas yang semakin besar.

"Kira-kira dua tahun lalu, akademi ini semakin berkembang dan saya berpindah ke Amcorp Mall. Kini saya mempunyai kira-kira 20 hingga 30 orang pelajar yang terdiri daripada kanak-kanak sekolah hinggalah lewat 20an," kata anak kepada pembaca berita veteran Farit Ismeth Emir ini.

Akademi DJ Mixology yang terletak di Amcorp Mall (Petaling Jaya) dan Perangin Mall (Pulau Pinang) itu menawarkan kursus pembelajaran dalam masa tiga bulan kepada sesiapa saja yang berminat menjadikan bidang ini sebagai kerjaya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.djfuzz.com.my atau mixologydjacademy.blogspot.com.