Adsense

Jumaat, 14 Januari 2011

borak kosong

borak kosong


Tiada yang lebih ngeri selain daripada hukuman mati oleh wanita ini

Posted: 14 Jan 2011 09:00 PM PST

Di dunia ini begitu banyak cara pelaksanaan hukuman mati bagi pesalah, mula dari ditembak, dipenggal, digantung dan sebagainya. Hukuman mati nampaknya menjadi sesuatu yang menakutkan di China, di mana negara China adalah negara dengan jumlah terbesar pesalah yang dihukum mati di dunia. China adalah negara yang paling mudah memberikan  hukuman mati jenayah, terutama pembunuhan.








[Gambar] Sepasang diremaja melakukan hubungan seks di sebuah taman

Posted: 14 Jan 2011 08:40 PM PST




Mungkin gambar ini menganggu sesetengah pembaca..maaf..
tetapi ini semata-mata untuk menunjukkan betapa beraninya remaja sekarang.Sanggup
melakukan perbuatan tak senonoh ini di khalayak ramai...Cuba perhatikan
gambar diatas ..orang sibuk buat kerja ,mereka sibuk buat projek...

Kisah seorang anak yang menilai pengorbanannya dengan wang ringgit

Posted: 14 Jan 2011 07:40 PM PST

 Seorang anak yang mendapatkan ibunya sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur. Kemudian dia menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.  Ibunya segera membersihkan tangan dan lalu menerima kertas yang dihulurkan oleh si anak dan membacanya.Di dalam kertas itu dia menyediakan upah yang patut dibayar oleh ibunya setiap kali diduruh melakukan sesuatu....

Senarai upah membantu ibu:
1) Membantu pergi ke kekedai : RM 2.00
2) Menjaga adik : RM 2.00
3) Membuang sampah : RM 0.50
4) Mengemaskan Tempat Tidur : RM 2.00
5) menyiram bunga : RM 2.00
6) Menyapu Halaman : RM 2.50

Jumlah Keseluruhan : RM 11.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak.Si ibu mengambil pen dan menulis sesuatu dibelakang kertas yang sama.

1) Upah mengandungkanmu selama 9bulan – tiada harga
2) Upah berjaga malam karena menjagamu -tiada harga
3) Upah air mata yang menetes karenamu – tiada harga
4)Upah khuatir kerana selalu memikirkan keadaanmu- tiada harga
5) Upah menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu – tiada harga
6) Upah mencuci pakaian, gelas, piring dan keperluanmu – tiada harga

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku –  tiada tanda harga yang boleh menilai kasih sayangku kepada mu wahai anak ku.Syukurlah kau selamat membesar atas keringat dan perih aku.Bagi ku kau adalah harta yang bernilai yang tiada tanda harganya...

Air mata si anak berlinang setelah membaca. Si anak menyesal akan kebodohannya menilai sesuatu pengorbanan itu melalui wang ringgit.Baru kini dia tahu betapa bernilainya kasih seorang ibu kepada seorang anak.Kasih yang tidak dapat di beli dengan wang ringgit......

Polis buas rogol seorang penjaja wanita

Posted: 14 Jan 2011 06:45 PM PST

Orang yang sepatutnya melaksanakan undang-undang tetapi polis
yang seorang ini sanggup melanggarnya hanya kerana nafsu...
saya petik dari myMetro

MANILA: Seorang polis menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas dituduh merogol seorang penjaja jalanan di Ibu Pejabat Polis Manila, kata pihak berkuasa semalam.

Berpengalaman 10 tahun dalam polis, Antonio Bautista, 39, menjadi buruan selepas seorang wanita membuat aduan dia dirompak dan dirogol pada malam tahun baru. 

Sumber berkata, mangsa mendakwa Bautista merogolnya dalam pejabat tempat pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap kes salah laku polis. - AFP

[Berita Gila] Hempas anak kerana marahkan isteri

Posted: 14 Jan 2011 05:45 PM PST

Betul-betul gila lelaki ini..adakah patut anaknya sendiri di hempas
sampai patah tulang paha kanan kerana bertengkar dengan bininya...
saya petik dari myMetro

IPOH: Akibat sikap panas baran melampau, seorang lelaki bukan saja memukul isterinya dengan tali pinggang ketika bertengkar dengan wanita itu tapi turut menghempas anaknya berusia 18 bulan ke atas tilam nipis hingga bayi itu patah tulang paha kanan.

Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan di Kampung Dato' Ahmad Said, Manjoi di sini pada 7 Januari lalu, namun lelaki berusia 54 tahun itu ditahan polis kira-kira 4 pagi semalam selepas dia menyerah diri di Balai Polis Jelapang. 

Akibat kecederaan itu, bayi lelaki berkenaan terpaksa menerima rawatan selama seminggu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini sebelum dibenarkan pulang ke rumah semalam. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, kejadian berlaku ketika suspek bertengkar dengan isterinya yang berusia 38 tahun di rumah selepas pulang daripada berniaga. 


"Siasatan awal kami mendapati, ketika pertengkaran itu, suspek dikatakan menghempas bayinya ke atas tilam hingga menyebabkan mangsa parah dan dirawat di HRPB. 


"Selain itu, suspek juga dikatakan turut memukul isterinya dengan menggunakan tali pinggang hingga cedera selain mengugut wanita itu," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Dzuraidi berkata, suspek yang bekerja sendiri kini direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut. 

"Suspek kini disiasat atas tiga kesalahan termasuk Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah kepada anaknya serta Seksyen 323 dan 506 mengikut seksyen sama iaitu kerana mencederakan dan mengugut isterinya," katanya. 

Katanya, pihak hospital memaklumkan anak pasangan itu dalam keadaan stabil dan sudah dibenarkan pulang semalam. 

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan maklum balas daripada isteri lelaki itu gagal kerana dia enggan memberi kerjasama disebabkan masih kusut dengan masalah yang menimpa keluarganya. 

Bagaimanapun, tinjauan mendapati bayi itu hanya mampu terlantar atas katil di rumahnya dengan keadaan paha kanan berbalut simen. 

Malah, anak bongsu yang juga zuriat ketujuh pasangan suami isteri itu kerap menangis disebabkan kecederaan yang dialami.

[Terharu] Manusia yang punya hati dan semangat yang hebat

Posted: 14 Jan 2011 04:40 PM PST

Lihatlah betapa hebatnya hati dan semangat lelaki yang serba
kekurangan ini.Walaupun kurang sempurna ,semangatnya menutup
itu semua...







Keadaan mayat ditembak dengan shotgun

Posted: 14 Jan 2011 10:01 AM PST

Beginilah rupa keadaan mayat yang ditembak menggunakan
shotgun...hancur...



Didenda kerana tak bagi anjing gay masuk ke restoran

Posted: 14 Jan 2011 09:30 AM PST

Sebuah restoran di Australia dikenakan denda sebanyak USD1.400 serta permohonan maaf secara tertulis kerana telah melarang seekor anjing gay untuk masuk restoran.

Ian Jolly, adalah seorang buta yang memiliki anjing itu sebagai  juru pandunya. Ketika dia akan masuk ke dalam restoran anjingnya dilarang untuk masuk ke dalam restoran itu.

Pemilik restoran mengatakan, ada salah faham yang terjadi antara rakan wanita Jolly dan seorang pelayan, dia mengatakan dia ingin membawa masuk seekor anjing gay ke dalam restoran.

"Pelayan itu yakin bahwa anjing tersebut adalah anjing biasa yang orientasi seksnya dijadikan gay," ujar pemilik restoran.

Petugas restoran pun melarang anjing tersebut untuk masuk ke restoran Thai Space yang terletak di Adelaid.

Hakim pun menjatuhkan, hukuman kepada restoran untuk membayar denda  dan memintaan maaf secara bertulis.

Jolly sendiri merasa senang dengan keputusan hakim "Saya hanya ingin seperti kebanyakan orang lainnya dan boleh pergi makan malam, tanpa diganggu dan menikmati hidangan," ujarnya.

source : okezone 

"Kirim wang kepada kami atau kami rogol anak anda lagi"

Posted: 14 Jan 2011 08:45 AM PST

Demikianlah perbualan telefon antara salah seorang perogol dengan ibu kepada gadis Inggeris yang mendakwa dirogol beramai-ramai selama dua jam di sebuah hotel di sekitar Pantai Patong, Phuket, Thailand seperti yang dilaporkan Daily Mail.


Menurut gadis berusia 23 tahun itu, dia telah diserang secara seksual oleh sekumpulan lelaki warganegara Sweden dan Thailand di sebuah bilik di hotel tersebut selepas bersetuju mengikut seorang lelaki selepas menghadiri satu pesta. Tiba di bilik hotel tersebut, ada lima orang lagi lelaki sedang menunggu termasuk tiga lelaki Thai.

Dia diperkosa secara bergilir-gilir dan kemudian salah seorang daripada mereka meminta nombor telefon ibunya. Dengan diiringi gelak ketawa, lelaki tersebut meminta ibu gadis itu mengirimkan sejumlah wang, jika gagal berbuat demikian, anak gadisnya itu akan diperkosa berulang kali.

Berdasarkan laporan akhbar, gadis tersebut telah menetap di sana dengan menggunakan visa yang telah tamat tempoh, dan bekerja di sana secara haram. Kedua-dua kesalahan itu boleh menyebabkannya dikenakan hukuman penjara. Dia ke sana selepas menerima tawaran kerja sebagai jurujual "Time-Share" di pulau itu. Dia walau bagaimanapun gagal memperoleh pendapatan seperti yang diharapkan.

Selepas kejadian itu, gadis itu dikhabarkan telah pulang ke Britain dengan bantuan pihak kedutaan. Mereka memutuskan untuk tidak membuat sebarang pendakwaan kerana tindakan itu dianggap hanya sia-sia. Gadis itu dikatakan mabuk sewaktu kejadian dan mungkin gagal mengecam lelaki yang merogolnya.

sumber : www.duniacacamarba.blogspot.com 

Gaya seorang gangster dimandikan duit

Posted: 14 Jan 2011 07:40 AM PST





LETAK MAKLUMAT IKLAN

bukan main aksyen lagi......gaya gangster ni....


Inilah foto separuh telanjang yang diseludup kedalam kapal angkasa Apollo 12

Posted: 14 Jan 2011 06:45 AM PST

Sebuah foto model perempuan separuh telanjang yang diseludup ke misi luar angkasa Apollo 12 , dilelong untuk pertama kalinya. Foto itu menampilkan model kalender Playboy tahun 1969.

Foto yang menunjukan model DeDe Lind pada kalender bulan November di Playboy tersebut, sebelumnya diseludup ke Apollo 12 sebagai bahan lawak.

Gambar DeDe Lind yang tidak mengenakan pakaian di bahagian atasan ini, dimasuk kedalam pintu sebuah panel pesawat ruang angkasa itu. Apollo 12 sendiri sedang dalam misi mengirimkan manusia kedua ke bulan.

Ketika Komandan Charles Conrad dan pilot modul bulan Alan Bean berada di bulan dan membuka pintu tersebut, tersingkaplah foto dari DeDe. Para kru di bumi yang menyelundup foto tersebut dan menuliskan "Peta Tubuh di Surga".

Akibat kejadian tersebut, Apollo 12 disebut sebagai "The Flight of the Playboy Bunnies". Foto DeDe sendiri ketika ini dikatakan akan terjual pada harga 10 ribu poundsterling .

Lidah yang di tatoo

Posted: 14 Jan 2011 05:46 AM PST

Apa yang membuat mereka ini sanggup untuk melakukan
tatoo begini???Kerana glamour atau seni???



rasanya tak ada siapa yang nampak
kecuali jelirkan lidah....takkan nak jelir lidah selalu nanti
dah macam anjing pulak....

Aksi kucing yang ingin menjalinkan persahabatan dengan ikan

Posted: 14 Jan 2011 04:25 AM PST

Biasanya kucing selalu menganggap ikan sebagai santapan yang lazat dan menggiurkan. Namun sepertinya hal ini tidak berlaku untuk kucing berusia empat tahun bernama Kaiser ini. Ia rupanya melakukan hubungan persahabatan yang lebih dekat dengan ikan mas yang bernama Fishy itu.




sumber : http://unik13.info

Dalam telur rebus ada telur

Posted: 14 Jan 2011 03:45 AM PST

12949134160401984
pelik jugak kejadian ini…….dah baru rebus baru agaknya orang ini tahu ada telur lagi didalamnya..

Inilah negara yang sangat anti dengan rokok

Posted: 14 Jan 2011 02:48 AM PST

Bhutan kini boleh memeriksa rumah-rumah untuk mencari rokok selundup dan melatih anjing untuk mencium bau tembakau dalam usahanya menjadi negara pertama bebas rokok.

Bhutan yang majoriti beragama Buddha, yang menganggap rokok boleh membuat karma buruk, telah melarang peredaran tembakau pada tahun 2005, tapi dengan meningkatnya penyelundupan tembakau dari negara tetangga India, pelarangan tersebut gagal memberikan efek yang nyata.

Tapi tahun ini para anggota dewan telah meluluskan undang-undang yang memperkenankan pihak polis untuk memasuki rumah-rumah, untuk menghentikan kebiasaan merokok rakyatnya. Warga dan penjual rokok yang tidak boleh menyertakan surat bukti import rokok akan dipenjara selama lima tahun.


Sementara jika merokok di ruang peribadi tidak dianggap melanggar di kerajaan Himalaya ini, tapi kerana penjualan rokok dilarang, para perokok hanya diperkenankan 200 rokok per bulannya yang boleh diimport.

Perdana Menteri Bhutan mengatakan bahawa hukum ini bukanlah hukum yang kejam dan sudah dipertimbangkan dengan baik di anggota parlimen.

Percaya tak wanita ini berumur lebih 50 tahun

Posted: 14 Jan 2011 01:30 AM PST

Amparo Grisales adalah seorang aktris dan model yang berasal dari Colombia yang telah berlakon selama beberapa dekad . Lahir pada t 19 September 1956 di Bogota, Grisales mulai berlakon pada usia 5 tahun. Di usia 13 tahun, dia mendapat peranan dalam lakonan opera. Grisales juga banyak berlakon di berbagai mini-seri di Mexico, Venezuela, Brazil, France dan Afrika Selatan.

Gara-gara nak ikut trend naik kenderaan tak pakai seluar,akhirnya kena denda

Posted: 14 Jan 2011 12:40 AM PST

Gara-gara  meniru tindakan "No Pants Subway Ride" yang dilakukan oleh warga New York, puluhan lelaki dan perempuan di kereta expres kelas satu Afrika Selatan ditangkap dan didenda, kata operator kereta tersebut,

Gautrain menyatakan 34 orang ditahan setelah mereka melucutkan skrit dan seluar panjang mereka serta naik kereta tanpa seluar dari Rhodesfield, sebelah timur Johannesburg, ke Sandton di sebelah utara kota itu. "Mereka didenda 700 rand (102 dolar AS), yang dikurangi jadi 350 rand kerana melucutkan pakaian mereka di kereta," kata wanita jurubicara Gautrain Kelebogile Machaka.

Semua penumpang tersebut  ditahan oleh polisi setiba mereka di stesen Rhodesfield, demikian laporan media setempat. "Orang-orang secara terang-terangan memandang dan mentertawai kami," kata Kuba Granicki, salah seorang yang ikut dalam kegiatan itu di Facebook, kepada harian Afrika Selatan, Beeld.

"Mereka mahu mendakwa kami dengan melakukan perbuatan cabul di depan umum, tapi kemudian menyedari bahawa tak ada perbuatan cabul," katanya. Kecenderungan tak memakai seluar di kenderaan awam telah popular dan ditiru di puluhan kota kecil dan besar utama di seluruh dunia sejak aksi itu pertama kali dilakukan di New York pada 2002.

99 kali masuk penjara dalam tempaoh 30 tahun

Posted: 13 Jan 2011 11:45 PM PST

ANEH!!. William Bradley Bankston Pecahkan Rekod Dunia 99 kali di Penjara dalam 30 tahun 

Menurut Daily Telegraph William Bradley Bankston telah masuk penjara keranaa berbagai macam kekerasan yang dilakukan seperti mabuk ditempat umum dan berkelahi serta menyerang orang ketika dia mabuk. William Bradley Bankston 47 tahun  telah dipenjara untuk ke 99 kalinya pada tahun 2010 kelmarin. Kemungkinan besar dia akan segera melepasi angka 100 pada tahun 2011.

Pada bulan Februari 2010 ketika ia diwawancarai oleh Press-Register pada kunjungan ke-97 ke penjara dia berkata "Oh, mungkin lebih dari itu,." Press-Register telah menerbitkan artikel pada 7 Februari 2010 dan hanya 2 minggu setelah artikel tersebut dimuat Bankston kembali di penjara. Untuk William Bradley Bankston penjara adalah rumah kedua dan 'dia akan kembali',  menginap di penjara.

Adat perkahwinan yang tersangat aneh

Posted: 13 Jan 2011 10:45 PM PST


Pernikahan dapat menjadi sebuah kenangan yang indah dan penuh kebahagiaan yang menandakan penyatuan dua insan. Uniknya, pernikahan seringkali dilangsungkan dengan berbagai adat.

Bahkan ada pasangan harus melalui proses adat yang aneh dan pelik Ada beberapa tradisi pernikahan yang dianggap paling aneh di dunia. Antranya :

Menculik pengantin wanita di Roma


  • Kebanyakan malam pengantin dihabiskan dengan cara romantis tetapi tidak dengan adat pernikahan di Roma. Pengantin lelaki diharuskan 'menculik' pengantin wanitanya. Budaya ini kental pada kehidupan kaum gipsi Romawi. Bila seorang lelaki berhasil menculik seorang gadis dan menyembunyikannya selama dua-tiga hari, dia akan rasmi menjadi isteri.


Menikahi haiwan di India


  • India tak asing dengan berbagai cerita takhayul, termasuk dalam pernikahan. Suku Santhal di India percaya, jika seorang bayi perempuan tumbuh gigi di bahagian atas gusi terlebih dulu, itu sebuah pertanda ia akan dimakan harimau dalam waktu dekat. Kerana itu, dia mesti menikah dengan seekor anjing  untuk menghapuskan pengaruh buruk tersebut.



  • Kisah ini dialami seorang anak usia sembilan tahun, Karnamoni Handsa, yang menikah  dengan seekor anjing. Pernikahan ini dibuat meriah dan dihadiri 100 orang tamu. Setelah upacara pernikahan 'mengusir setan' selesai si gadis dapat menikah dengan  manusia.



 'Menghitamkan' pengantin wanita di Scotland


  • Ada kebiasaan unik dalam adat pernikahan di Scotland. Saat pernikahan, pasangan pengantin memakan isi perut haiwan dan pengantin lelakinya memakai pakaian sejenis skrit. Selanjutnya, pengantin lelaki, keluarga dan teman-teman akan menyirami pengantin wanita dengan telur mentah, air kotor, sos dan susu basi. Kebiasaan 'menghitamkan pengantin wanita' merupakan ritual pernikahan yang sangat tua yang dilakukan setelah ikrar pernikahan.


 Pengantin wanita harus gemuk


  • Beza dengan standard kecantikan umumnya, di Mauritania wanita cantik adalah wanita berukuran besar. Bila seorang wanita akan menikah, mereka akan ditempatkan pada sebuah kampung yang disebut 'penampungan lemak' untuk 'menghilangkan' kedutan dan lebih menarik.


  • Ritual 'Leblouh' dalam bahasa tempatan mewajibkan gadis yang akan menikah memakan segala macam makanan agar gemuk dengan cepat. Menu makanan harian terdiri dari dua kilogram daging dan lima galon susu unta setiap hari. Jika mereka memuntahkannya, petugas pengawas akan menyiksa mereka.


Pengantin dilarang 'buang hajat'


  • Tradisi di semenanjung Kalimantan ini tak kalah aneh. Setelah ritual pernikahan yang membahagiakan, suku Tidung mewajibkan pasangan pengantin menunda membuang kotoran besar mahupun kecil (berak dan kencing) selama 72 jam atau  tiga hari tiga malam. Pasangan pengantin akan dibatasi makan dan minum serta diawasi agar tidak ke toilet. Jika menjalani ritual ini, pasangan akan menjalani pernikahan bahagia, dianugerahi anak yang banyak dan sihat.
bk-kalau macamnilah adatnya kat negara kita alamat makinramai yang tak kahwin....