OHBULAN! |
Aznil Nawawi Maafkan Zizan Raja Lawak Atas Keterlanjuran Kata Posted: 14 Jan 2011 11:54 AM PST Mujur, Aznil Nawawi akhirnya memaafkan Zizan Raja Lawak atas keterlanjuran katanya yang kami paparkan dalam entri Aznil Nawawi Bengang Bila Zizan Melawak Guna Nama Bapa sekitar pukul 3.47 am, pagi tadi. Mesej Aznil Nawawi mungkin pendek, namun cukup untuk melegakan hati Zizan yang gundah gulana dilanda perasaan bersalah ekoran terlajak kata. Aznil dalam tweetnya berkata, "Semua org buat silap. Adik Paknil bernama Zizan x tkecuali. Paknil pun pernah buat silap n org maafkan Paknil. Paknil maafkan Zizan." Zizan kemudiannya dengan rasa kesal yang teramat sangat membalas tweet Paknil, "sy mngaku slh sy paknil.sy sgt rse rendah diri.sy xtau nk blas mcmne maaf pknil pada sy ni.time ksih paknil.sgt2." Kami kagum dengan Paknil yang sudi memaafkan Zizan selepas apa yang berlaku. Diharapkan para peminat kedua-dua selebriti ini mampu tersenyum semula, dan yang penting jangan dilaga-laga hubungan baik Aznil & Zizan. |
Aznil Nawawi Bengang Bila Zizan Melawak Guna Nama Bapa Posted: 14 Jan 2011 09:56 AM PST UPDATE : Aznil Nawawi Maafkan Zizan Raja Lawak Atas Keterlanjuran Kata Fuh! Satu perkara yang kami faham, kalau melawak guna nama mak bapak memang bikin hal. Bukan apa, itu memang isu sensitif yang mencabar penghormatan kaum keluarga. Ini yang terjadi malam tadi apabila Zizan Raja Lawak mempermainkan nama bapa Aznil dengan gelaran AznilNawawa ketika berlangsungnya Raja Lawak Musim ke-5 di Astro Ria. Kami tidak pasti apa motif Zizan, namun sudah pasti menguris hati Aznil serta kaum keluarga, terutamanya adik beradik & ibu tercinta. Seorang peminat yang prihatin telah melaporkan kepada Aznil, lantas menyebabkan pengacara popular ini bengang dan menghantar tweet berbunyi, "Kuang ajo la tu! Main nama bapak orang!" Zizan Raja Lawak yang tersedar dengan isu sensitif ini tidak menunggu lama untuk meminta maaf kepada Aznil yang lebih dikenali sebagai PakNil dengan tweet berbunyi, "Paknil demi Allah td sy trlepas ckp n scra xsgaja. sy btol2 minta maaf ngn pknil.sy akui silap sy paknil..ampunkan sy." Namun, tweet Zizan tidak berbalas menyebab dia menghantar lagi mesej memohon maaf daripada PakNil. Mungkin ada yang berkata persengketaan antara 2 selebriti ini macam pergaduhan budak-budak sekolah. Namun, ada benar juga kata PakNil dalam mesejnya terbaru, "Hrp semua fhm kdudukan Paknil. Ini bkn psl Paknil saja tapi ada 7 adik beradik Paknil yg ber'bin' & ber'binti' kan arwah ayah. Harap faham." Kerana terlanjur kata, hubungan 2 selebriti popular ini bergeser. Itu'lah orang cakap, terlanjur perahu boleh diundur, terlanjur kata lu pikir la sendiri! |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |