Adsense

Isnin, 3 Januari 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


ADV: Facial Mask BEAUTEE Lebih Berkesan

Posted: 03 Jan 2011 03:37 PM PST

Korang tahu tak apa itu masker atau topeng muka dan apakah kepentingan memakai masker di sudut kecantikan?

Biasanya, mask ni kalau nak kekalkan kecantikan kulit muka, kita kenalah gunakan mask sekurang-kurangnya sekali seminggu. Masker dapat menyegarkan wajah dengan meningkatkan pengaliran darah dan memberikan nutrient pada kulit kita.

Facial mask ni membuang sel kulit mati di bahagian lapisan atas kulit juga bertindak membersihkan ke dalam untuk membuang segala kotoran di samping melembabkan kulit kita. Jadi, kulit kita akan jadi lebih lembut, licin dan gebu. Facial mask juga melambatkan proses kedutan. Jadi, muka nampak macam awet muda.

main

Facial mask juga memberikan ketegangan pada kulit supaya lebih anja. Sebenarnya, boleh aje nak wat treatment kat salon tapi kosnya sangat mahal. Kita boleh dapat kesan yang sama sekiranya rajin pakai mask tapi mestilah mask yang dipilih sesuai dengan keadaan kulit kita bukan main hemtam pilih mana-mana masker.

Anda boleh je nak beli masker kat farmacy tapi adakah pilihan masker anda itu tepat? Apa-apa pun yang kita buat, kena ada info yang betul. Begitu juga bila kita pakai masker ni, kena ada cara yang TEPAT supaya kita tak perlu membazir duit & berbelanja mahal untuk pakai mask.

Percaya atau tidak, ada masker semulajadi yang kita boleh buat sendiri kat umah. Siap ada buku lagi jual kat kedai lagi cara-cara buat masker guna bahan semulajadi. Tapi yang tu, korang buat bacaan sendiri kat internet sebab hari ni saya nak cerita tentang masker ready made yang MURAH dan MUDAH untuk wanita dan lelaki bekerjaya dan tak de masa nak buat sendiri.

Facial mask yang paling baik dan berkesan ada dua jenis iaitu mask jenis serbuk dan mask jenis gel. Facial mask biasanya mengandungi ekstrak buah-buahan, vitamin dan mineral.

Setiap jenis mask mengandungi khasiat yang berlainan seperti masker yang diperbuat dari tanah atau arang sangat sesuai untuk kulit berminyak kerana ia membantu menyerap minyak, manakala hidrating mask sesuai untuk memberikan kelembapan yang sewajarnya kepada kulit kusam dan kering.

Ada juga mask yang boleh hilangkan jerawat, parut bengkak dan mengatasi masalah keradangan dan kerengsaan kulit sensitif.

Cara untuk menggunakan mask ni mudah saja. Sapukan masker gel atau powder pada kulit kemudian selepas 10 minit, cuci saja muka anda.

Pastikan pilih masker yang sesuai dengan kulit muka anda dan yang boleh memulih dan meningkatkan teksture kulit kita. Pastikan juga muka kita bersih sebelum pakai mask dan selepas cuci masker tu pastikan pakai pelembab, sebab tu kita pakai ampoule dulu baru pakai mask.

Produk BEAUTEE ada mengeluarkan powder mask dan rangkaian gel mask yang bagus-bagus anda boleh klik kat bawah ni untuk pilih mana mask yang sesuai dengan jenis kulit. Beautee mask series. (treatment & 3d powder).

  1. 3D powder mask ( 10 jenis ) dan 3 jenis solution
  2. Double Action Whitening Mask RM 6
  3. Eye mask RM 5
  4. High concentrated Colagen mask RM 8
  5. Nose mask RM 5
  6. Silk Colagen mask RM 6
  7. Treatment Intensive Collagen Gel Mask RM 80
  8. Treatment Intensive Hydrating Gel mask
  9. Treatment Intensive Purifying Mask RM 45
  10. Treatment Intensive Soothing Gel Mask RM 45
  11. Treatment Red wine mask RM 45

Jenis kulit anda adakah Berjerawat/berminyak, Normal to kering, Kombinasi ( normal+berminyak) & Sensitif? Kategorikan jenis kulit anda dan pilih masker yang sesuai okay.

Kalau susah nak faham tentang mask ni, korang boleh bertanyakan lebih lanjut kepada Mas di langsingdengansiy@yahoo.com atau hantar mesej di facebook atau di WMC.

P/S MASBEAUTEE juga telah bermurah hati memberikan AMPOULE percuma untuk goodie bag di Party Ulangtahun Budiey.com ke-4. Terima kasih Beautee.

Untuk info lanjut tentang produk ini, sila layari blog : KLIK SINI

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Serikan Wajah dengan Beautee Face Ampoule Series
  • Tips & Trick Memilih Vitamin C Paling Berkesan
  • Tips & Trick Cara Mengunakan Facial Scrub
  • Tips & Trick Cara Paling Berkesan Menggunakan Pelembab
  • Regain Youthful Skin With The Innovative E2 Treatment Series
  • The Real Face of Jesus?
  • Guna Ampoule dan 24k Gold Serum Masa Photo Shoot
  • Slit-mouthed Woman: Japanese Horror Thriller
  • Filem Menarik di Popcorn & Wednesday 8TV
  • Sheila Rusly: Watak Wanita Paling Jahat Dalam Drama 2007
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    RTM Lancar Program Realiti Terbaru Tiada Lama Tiada Baru

    Posted: 03 Jan 2011 02:44 PM PST

    Budiey rasa teruja dan seronok bila mana RTM menyuarakan ingin memperbaiki dengan lebih terancang dan mengemaskini segala program TV yang akan ditayangkan sepanjang tahun 2011. Pastinya, dengan janji itu, RTM dapat mengotakannya dengan mencurah segala tenaga untuk memberikan yang terbaik buat penonton.

    Seiring dengan itu Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan rancangan realiti "Tiada Lama Tiada Baru" mulai 14 Januari ini untuk mencungkil bakat baru dalam bidang nyanyian dan mencari muka iras artis.

    DSC_0051

    Semalam, Budiey sempat untuk menghadiri Majlis Pelancaran dan Sidang Media Program Tiada Lama Tiada Baharu di Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur. Sesampai di sana, Budiey lihat acara red carpet yang menampilkan ikon-ikon sedang berlangsung. Jadi sempat ambil beberapa gambar di red carpet.

    DSC_0067

    Tonton Video Sekitar Pelancaran Program Realiti Terbaru Tiada Lama Tiada Baru:

    Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh YBhg Datuk Ibrahim Yahaya selaku Ketua Pengarah Penyiaran. Gimik pelancaran agak menarik dengan penampilan beberapa kanak-kanak comel miming meniru artis ikon.

    Pelancaran Satu-Satunya

    Dengan tagline Satu-satunya, program ini akan menampilkan Azwan Ali dan Didie Alias sebagai pengacara.

    Pelancaran Satu-Satunya

    Kedua hos yang meletop ni juga mengendalikan sidang media dan majlis pelancaran semalam dengan gaya bersahaja dan penuh santai. RTM yakin dengan kredibiliti kedua hos ini bakal memberikan kejutan tersendiri. Program ini diterbitkan oleh Puan Norfadzilah Hashim.

    Pelancaran Satu-Satunya

    Fakta menarik Tiada Lama Tiada Baharu:

    1. Mula disiarkan 14 Januari 2011
    2. Berlangsung selama 13 minggu
    3. Melibatkan 11 penyanyi bertaraf ikon
    4. 61 orang peserta bersaing
    5. Malam Kemuncak pd 15 April 2011
    6. Terbahagi kepada dua iaitu Kategori Nyanyian dan Kategori Muka Iras Artis
    7. 39 penuntut kategori Nyanyian
    8. 22 penuntut kategori Muka Iras Artis

    Program ini bukan untuk menjadi saingan kepada program realiti yang disiarkan di mana-mana stesen TV yang lain. Dek kerana mahu melahirkan bintang-bintang realiti TV yang betul-betul berwibawa lagi berkualiti dan mampu bertahan lama dalam arus perdana, maka program terbaru ini dilancarkan.

    Program sejam itu yang akan disiarkan setiap hari Jumaat sehingga 15 April ini akan menyaksikan persaingan oleh 61 peserta iaitu 39 dalam bidang nyanyian manakala selebihnya dalam kategori iras muka artis.

    Konsep Tiada Lama Tiada Baharu asalnya milik RTM namun ianya diinovasikan oleh pengacara sensasi, Azwan Ali yang dijangka dapat memeriahkan lagi penghibur di Malaysia.

    RTM dilihat begitu optimistik dan yakin dengan program realiti TV seperti ini dan mahu mencetuskan satu lagi fenomena. Persoalannya, mampukah program ini akan mendapat sambutan seperti mana program realiti TV yang telah lama popular. Segalanya terserah pada penerimaan penonton.

    Yang penting, program ini mahu mengangkat imej dan martabat bintang-bintang atau ikon seni negara yang banyak berjasa dan terus popular khasnya bintang kelahiran RTM. Seramai 11 artis ikon termasuk Datuk Jeffrydin, Mas Idayu, Noraniza Idris, Datuk David Arumugam, Datuk DJ Dave, Datuk M Daud Kilau, Ramlah Ram, Aishah, Datuk A Rahman Hassan & Datin Azizah Mohamed, Jamal Abdillah, Hail Amir dan Uji Rashid akan terlibat sebagai mentor dalam program berkenaan.

    Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya berkata program itu akan melibatkan artis lama yang akan bertindak sebagai mentor kepada peserta.

    "Jasa pejuang seni terdahulu perlu diberi pengiktirafan dengan memberi mereka peluang untuk terlibat sama dalam industri ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan rancangan berkenaan di sini, Isnin.

    Lima anugerah utama dalam kategori nyanyian ditawarkan dalam program itu iaitu bintang terbaik, persembahan terbaik, bintang paling popular, bintang contoh dan ikon paling popular manakala kategori muka iras artis pula bagi mencari pemenang utama, naib johan dan tempat ketiga.

    DSC_0043

    Siaran langsung TLTB ini akan bersiaran langsung untuk 13 minggu dan Malam Kemuncak program ini dijangka berlangsung pada 15 April 2011.

    Program ini menerapkan pendekatan ala Kursus Luar Kampus untuk melahirkan penuntut yang serius dalam bidang seni, khasnya muzik dan nyanyian. Pensyarah yang terlibat antaranya Dia Fadila yang menjadi guru vokal dan EE pula menjadi guru tarian dan persembahan.

    Program ini memecah rekod dengan menyenarai pendek 61 penuntut yang bersaing untuk 2 kategori utama iaitu kategori nyanyian seramai 39 penuntut dan kategori muka iras artis 22 penuntut.

    Setiap minggu, program ini akan buat kejutan dengan menampilkan bintang remaja popular setiap minggu, sekaligus memberi impak kepada usaha memberikan penghargaan kepada 11 ikon tersebut.

    Dari aspek perjurian memilih finalis ke Malam Kemuncak, pecahan undian adalah undian dari ikon 50%, undian SMS 30% dan undian pemerhatian 20%. Setiap minggu, 3 penuntut akan berentap di mana seorang akan diumumkan sebagai Juara Mingguan. 11 episod persaingan mingguan akan berlangsung. 1 episod PRA AKHIR dan episod ke-13 adalah Malam Kemuncaknya.

    11 Juara Mingguan akan ke peringkat akhir bersama seorang penuntut yang dipilih secara UNDI BALIK berdasarkan peratus undian tertinggi untuk disenaraikan juga ke Malam Kemuncak program realiti Tiada Lama Tiada Baharu pada 15 April 2011.

    Anugerah yang disediakan di Malam Kemuncak adalah kategori nyanyian Bintang Terbaik, Persembahan Terbaik, Bintang Paling Popular, Bintang Contoh dan Ikon Paling Popular. Manakala kategori muka iras artis pula mencari pemenang Juara, Naib Juara dan tempat ke-3.

    Pelancaran Satu-Satunya

    Pelancaran Satu-Satunya

    Pelancaran Satu-Satunya

    Pelancaran Satu-Satunya

    Pelancaran Satu-Satunya

    Pelancaran Satu-Satunya

    Pelancaran Satu-Satunya

    Pelancaran Satu-Satunya

    Pelancaran Satu-Satunya

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • My Starz – Program Realiti TV Terbaru TV3
  • Lirik Lagu Ku Mahu Siti Nurhaliza dari Drama Akasia Spa Q
  • Ulasan Konsert Akademi Fantasia 7 Minggu Pertama
  • Lirik & Video Klip Lagu Terbaru Nitrus SISA
  • Photo of The Day: Erra Fazira Ajar Bola Sepak?
  • Lirik Lagu VIP Iwan AF8
  • Lirik Puisi Hamba – Ella
  • Quotes of The Day: Scha dan Fahrin Putus Cinta
  • Lirik Lagu Adinda Album Terbaru Dafi
  • Lirik Lagu Radio Imran Ajmain
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.