Harian Metro: Rap |
Posted: 03 Jan 2011 04:54 AM PST MELABUHNYA tirai 2010 menandakan kehidupan setahun sudah berlalu dan kini memasuki fasa terbaru. Masih dalam suasana serba segar, ramai lagi yang bercakap mengenai azam yang mahu digapai. Bagi pelakon jelita, Scha Al-Yahya tahun lalu banyak menyimpul pelbagai kenangan suka dan duka sepanjang terbabit dalam bidang seni. Pada pandangannya, kenangan dan cabaran yang dilalui tidak dianggap kejayaan, tetapi mengajar diri menjadi bertambah matang.
"Sebaliknya, apabila apa yang saya katakan disalah tafsir, saya mula mengambil sikap berhati-hati. Saya rasa lebih baik banyak mendengar daripada terus bercakap.
"Saya melihat kedua watak itu masih menampilkan karakter stereotaip yang pernah saya bawa iaitu merujuk pada gadis lasak seperti tomboi.
Menimba pengalaman berbeza, bekas pramugari ini tampil membawakan watak lebih feminin menerusi drama terbaru, Mimi Mencari Cinta arahan Michael Ang.
>PROFIL |
Posted: 03 Jan 2011 04:48 AM PST GIMIK segerombolan pesalah dengan wajah ditutup turun dari sebuah van di pekarangan Pasar Seni (Central Market - CM), baru-baru ini menarik perhatian ramai pengunjung termasuk pelancong. Kumpulan pesalah itu sebenarnya peserta yang bertanding dalam program pencarian bakat lawak paling popular, Gelanggang Raja Lawak 5. Seramai 12 finalis daripada empat peserta solo dan lapan berkumpulan diperkenalkan pada sidang media oleh Astro Prima. Masih mengekalkan Zizan dan Johan sebagai gandingan pengacara, Gelanggang Raja Lawak 5 akan mula bersiaran pada Jumaat, jam 9 malam bermula 7 Januari ini menerusi Astro Prima (Saluran 105).
"Gelanggang Raja Lawak masih bergantung 100 peratus SMS undian penonton. Episod pengenalan dibuka dengan program berjudul Alkisah Raja Lawak pada 30 dan 31 Disember, 9 malam. Kali ini program berjudul Cheritera selama 30 minit disiarkan setiap Rabu dan Khamis yang memaparkan persiapan peserta, digantikan dengan kapsul selama lima minit dari Isnin hingga Khamis," katanya. Selepas empat musim, Raja Lawak sudah melahirkan ramai pelawak dan pelakon komedi. Mereka berhasrat melahirkan peserta lebih baik. Selepas mengadakan sesi uji bakat di sembilan lokasi terpilih serta menilai hampir 2,000 penyertaan, 12 peserta ini dilihat terbaik bagi menyahut cabaran di Gelanggang Raja Lawak 5.
Mengulas cabaran peserta tunggal wanita yang diwakili kumpulan Kami, Nizam menyifatkan hanya mereka yang menepati 'standard' ditetapkan.
Juri terbabit untuk uji bakat adalah Afdlin Shauki, Os, Sathia, Bob Lokman dan David Teo. Bagaimanapun, dia masih merahsiakan senarai juri kerana pengumumannya akan dibuat ketika Gelanggang Raja Lawak 5 nanti. "Untuk Raja Lawak 5, kami akan tampilkan Afdlin dan Ebby Yus sebagai mentor. Kami juga akan dapatkan khidmat pelawak lain untuk berkongsi tips dan pengalaman kepada setiap peserta," katanya yang memberitahu final Raja Lawak 4 dulu mencatat 1.37 juta penonton.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |