Adsense

Selasa, 4 Januari 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Bukan merajuk

Posted: 03 Jan 2011 04:49 PM PST

Hip

Fouziah Gous menyepi kerana Trilogi Cinta

SUATU masa yang agak panjang apabila terpaksa menjalani penggambaran drama selama empat bulan. Pengorbanan masa, tenaga, diri sendiri dan keluarga adalah permainan hidup yang harus kita bayar sebagai anak seni.

Sehingga ada yang hairan, ke mana perginya pelakon Fouziah Gous selama ini yang semakin sukar untuk di temui di mana-mana majlis seni atau sesi fotografi bersama media. Menurutnya, tanggungjawab dan komitmen yang dipikul sejak pertengahan tahun lalu membataskan segala urusannya dengan dunia luar.

"Memang ramai yang bertanyakan, ke mana saya menghilang? Saya tak hilang. Cuma terpaksa mengetepikan banyak majlis keramaian, tawaran berlakon dan sesi fotografi kerana betul-betul ingin memberikan komitmen kepada produksi drama yang saya terima.

"Bagi saya kali inilah saya betul-betul diuji dengan pelbagai cabaran, dugaan dan tanggungjawab saya sebagai anak seni. Terikat dengan komitmen yang besar di dalam produksi drama Trilogi Cinta terbitan Suhan Movies cukup besar nilainya.

"Selama empat bulan saya di lokasi untuk menyiapkan 40 episod drama yang bakal disiarkan bermula 2 Januari ini dan sebab itu saya tidak kelihatan di mana-mana majlis atau undangan sebelum ini," katanya yang mengakui sukar untuk menerima tawaran produksi lain selagi drama yang sedang menjalani penggambaran belum selesai.
Lebih lagi, dalam sibuk menjalani penggambaran, seruannya untuk menunaikan ibadah umrah pada Ramadan tahun lalu terpanggil kerana segala persediaan sudah diatur sejak awal tahun lagi.

"Saya sudah merancang untuk menunaikan Umrah lebih awal lagi sebelum saya menerima tawaran berlakon ini. Segala persiapan sudah diatur dan hanya menunggu masanya untuk pergi.

"Tawaran itu datang selepas semuanya perancangan sudah saya aturkan. Pada mulanya saya terpaksa tolak kerana niat dan semua sudah sedia, tapi alhamdulillah abang Rosyam dan pengarah Amie Maziah mengizinkan saya pergi tetapi saya harus menyiapkan 20 episod sebelum pergi," katanya yang seronok kerana penggambaran drama itu cukup banyak meninggalkan kenangan buat semua produksi.

Sebaik pulang dari Makkah, Fouziah meminta izin pengarah untuk mengenakan tudung untuk wataknya Norjinah dan ia direstui pengarah dan penerbit.

"Memang saya sangat berpuas hati ketika kunjungan ibadah saya kali ini kerana terasa sangat ketenangan dan apabila saya pulang saya meminta pada pengarah untuk memakai tudung dalam watak saya selepas episod ke 20.

"Kebetulan pada episod kali itu saya sudah bernikah dengan Rosyam Nor, ia lebih menampakkan penampilan saya lebih terjaga daripada sebelum ini. Itulah yang senang bekerja dengan produksi yang boleh menerima pandangan kita," katanya.

Dalam pada itu, Fouziah juga ada memasang impian untuk tampil bertudung di dalam kehidupannya selepas ini, namun hanya masa yang akan menentukan katanya.

"Niat itu memang sudah ada sejak dulu lagi, namun sebaiknya biarlah kita betul-betul bersedia dan sebaik kita pakai jangan sesekali kita tanggalkan.
Tidak semestinya selepas berkahwin kita harus memakai tudung kerana bertudung itu adalah perkara yang wajib bagi wanita Islam laksanakan, cuma kita saja yang abaikan.

"Manusia ini sebenarnya memang tahu dosa yang dia lakukan, tetapi kita saja yang buat-buat tak tahu, apa-apapun kita cuba renungkan kembali apa niat kita sebenarnya.

"Jika ada pilihan selepas ini memang saya sudah tidak mahu ambil watak yang seksi tetapi kita harus melihat juga sejauh mana seksi itu, jika terlalu mendedahkan tubuh memang saya tidak mahu.

"Seksi ada banyak faktor, kita berpakaian lengkap pun ada kalanya orang menganggap ia masih seksi, terpulang kepada mata orang. Kalau watak seksi itu boleh meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton buat apa kita tolak," katanya.

Penerbit menaruh harapan besar

FOUZIAH juga menghadapi tekanan apabila dicabar oleh penerbit berkaliber, Rosyam Nor untuk menyahut watak terpenting di dalam drama Trilogi Cinta.

"Saya dicabar oleh abang Rosyam untuk mengambil watak yang sarat dengan emosi. Biarpun ini adalah kali ketiga saya bekerjasama dengannya selepas drama Bicara Dari Tuhan dan Cinta Selat Tebrau, namun kali ini lebih berat lagi.

"Sebaik mendapat skrip saya rasa tertekan dan mahu saja saya menolakkan, tetapi selepas berfikir kembali, dengan mendapat watak yang beratlah ia akan lebih mengajar saya untuk lebih cemerlang dalam bidang saya ini.

"Saya tahu, abang Rosyam sering meletakkan impian yang sangat tinggi terhadap semua pelakonnya. Sebagai pelakon, kita harus sentiasa bersedia dengan apa kemungkinan yang bakal dia buat, baginya skrip hanyalah panduan asas saja lebih lagi dengan gabungan pengarah Amie Maziah.

"Kalau kita tidak boleh bawa, kita akan terus ketinggalan dengan watak-watak lain," katanya yang bersyukur kerana Rosyam berpuas hati dengan lakonannya dan akur sehingga kini sukar untuk meninggalkan watak Norjinah.

Info

NAMA: Nor Fouziah Mohd Gous
PANGGILAN: Fouziah Gous
TARIKH LAHIR: 11 Disember 1982
TEMPAT LAHIR: Hospital Kuala Lumpur (HKL)
USIA: 29 tahun
TINGGI: 165cm
BERAT: 48kg
STATUS: Bujang
KELUARGA: Bongsu daripada lima beradik
PENDIDIKAN: Diploma Kesetiausahaan (BSC), Kolej Systematic
KERJAYA: Model dan pelakon
DRAMA: Enigma, Demi, Sangga Saadah, Qa'naah, Cinta Medik, Impak Maksima The Series, Otai The Series, Pencak Akhir, Anak Mami, Kain Ketat dan SpaQ 2
FILEM: Bujang Senang, Malaikat Maut, Otai, Sifu dan Tongga, Rasukan Ablasa, Skrip 707
PENCAPAIAN: Pelakon Harapan Wanita Popular (Anugerah Shine Pantene) di ASK2007


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Langkah sudah bermula

Posted: 03 Jan 2011 04:46 PM PST

Hip

pix_gal0
Kilafairy teruskan darah seni ibu terbabit dalam dunia lakonan, nyanyian

BENARLAH kata orang tua, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Kilafairy mungkin antara contoh terbaik ketika ini.

Anak perempuan bongsu penyanyi Rohana Jalil yang baru berusia 18 tahun ini tiba-tiba saja muncul di persada seni, membuka mata banyak pihak, bukan hanya dengan bakat yang ada dalam dirinya, bahkan menerusi kecantikan dimiliki. Biarpun pernah muncul dalam beberapa program kanak-kanak di TV3 ketika berusia sembilan tahun, seperti Ikan Kekek dan Can Mali Can, namun Kila menghentikan seketika pembabitannya dalam dunia seni bagi memberikan tumpuan kepada pelajaran.

Apatah lagi menjadi harapan orang tuanya, Rohana dan Jangir Khan, agar dia terlebih dulu memperoleh sesuatu keputusan yang baik, mahupun segulung diploma atau ijazah, sebelum langkahnya dalam dunia nyanyian mahupun lakonan dipanjangkan.

Justeru, Kila memperlahankan rentak buat hampir sedekad sehinggalah dia menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kini melanjutkan pula pengajian di sebuah kolej di Ampang dalam bidang pemasaran dan pengurusan fesyen.

Tentu sekali ia bidang yang cukup dekat di hatinya.
Ditemui pada sesi mencuba barang kemas Rafflesia di ibu kota, sebelum melangkah gemalai paca acara permaidani merah Anugerah Skrin 2010 baru-baru ini, gadis peramah ini mengaku, minatnya pada dunia seni bercambah sejak usianya masih begitu muda.

Turut sama menceriakan suasana pada sesi mencuba perhiasan berkenaan ialah Scha Alyahya, Eja, Diana Danielle, Julia Ziegler, Juliana Evans dan Nur Fathia.
"Jika waktu kecil dulu saya sering menyanyikan lagu Hindustan dan dangdut, namun kini saya disaran mencuba irama pop balada sebagaimana dipersembahkan Beyonce dan Rihanna," katanya membuka cerita bagaimana dirinya kini bernaung di bawah syarikat KRU Studios.

Semuanya bermula apabila dia mengikut Jaafar Onn ke set penggambaran siri Hotel Mania, tidak lama dulu. Di situ, dia tiba-tiba diminta berdiri di hadapan kamera. Melihat potensi yang ada pada gadis ini, pengarahnya, Nizam Zakaria menyunting Kila untuk berlakon dalam sebuah episod siri terbabit.

Disebabkan berbakat dalam nyanyian, dia diminta merakamkan lagu untuk dimuatkan sama dalam siri ini, di KRU Studios. Sebaik saja selesai, Edry yang kebetulan berada di pejabat, mendengar rakaman berkenaan dan memaklumkan penemuan terbaru itu kepada abangnya, Norman.

"Rezeki saya nampaknya bersama syarikat yang banyak melahirkan nama popular berkenaan. Kini, Edry sedang memilih single terbaik untuk memperkenalkan nama saya dalam bidang seni suara. Dialah yang meminta saya menyanyikan lagu berentak pop ballad," dedah Kila.

Bermula dengan cerita hantu

TIDAK cukup dengan peluang merakamkan suara, wanita muda ini juga dilamar mereka untuk membintangi filem seram bersama juara Akademi Fantasia 8, Shahir Zawawi. Turut beraksi bersama mereka dalam filem itu ialah Shira Ayub dan Along Eyzandy.

"Alhamdulillah, sepanjang penggambaran diadakan, kami tidak berdepan sebarang pengalaman menakutkan. Mungkin berkat doa dibacakan ustaz setiap hari sebelum penggambaran, kami dilindungi daripada sebarang gangguan.

"Maklum saja, penggambaran itu dilakukan di hutan Hulu Langat. Sebagai manusia biasa, kita perlu bersedia bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya.

Selepas terbabit dengan filem yang mungkin menemui penonton pada April atau Mei 2011 itu, Kila ditawarkan pula beraksi dalam siri seram, Mistik Alam Hitam.
"Entah mengapa, rezeki saya pada peringkat permulaan ini lebih menjurus kepada cerita hantu," katanya sambil menghadiahkan senyuman.

Pada hakikatnya, Kila seorang gadis yang sukakan filem lasak dan komedi romantik. Jauh di lubuk hati, dia teringin sekali untuk berlakon sebagai wirawati yang melakukan pelbagai aksi mendebarkan dalam sebuah filem.

"Saya mungkin kelihatan seperti gadis yang lembut pada luaran, tetapi sebenarnya saya sukakan aktiviti lasak. Hakikat kami tiga beradik tidak mempunyai saudara lelaki, membuatkan masing-masing bersifat sedikit kasar di sana-sini," katanya sekali lagi disulam ketawa manja.

Walaupun langkah dalam lakonan dan nyanyian mula kelihatan, tetapi Kila masih berpegang teguh kepada pendirian, pengajian harus diutamakan berbanding minatnya dalam bidang lain.

Atas kesedaran itu, dia memastikan segala jadual kerja seninya tidak akan bercanggah dengan jadual sebagai seorang pelajar.

Perkara itu turut dimaklumkan kepada pihak pengurusannya, dan dia berasa cukup bertuah apabila KRU Studios amat memahami kehendak dirinya.

Baginya, pendidikan cukup penting untuk jaminan masa depan, walaupun pada ketika yang sama peluangnya dalam bidang seni turut kelihatan.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.