macam macam hiburan terkini |
- Fouziah Gous menyepi kerana Trilogi Cinta
- Awie semakin sibuk berlakon
- Cinta Scha-Awal tetap kukuh
- Hanny, Karakter berbeza tetapi serasi
- Salahkah Saya Jawab Telefon Tunang? - Memey
- Shila cari calon suami
- Eira Syazira: Belum masa lagi
- Semangat Zizan Nin Selepas Kontroversi
- Pengalaman Hidup Ajar Dj Lin Kendali Masalah Cinta
- Penonton Suka Saya Bertudung - Saleha
- Agama Bukan Halangan Cinta Adeline
Fouziah Gous menyepi kerana Trilogi Cinta Posted: 03 Jan 2011 08:53 PM PST SUATU masa yang agak panjang apabila terpaksa menjalani penggambaran drama selama empat bulan. Pengorbanan masa, tenaga, diri sendiri dan keluarga adalah permainan hidup yang harus kita bayar sebagai anak seni. Menurutnya, tanggungjawab dan komitmen yang dipikul sejak pertengahan tahun lalu membataskan segala urusannya dengan dunia luar. "Memang ramai yang bertanyakan, ke mana saya menghilang? Saya tak hilang. Cuma terpaksa mengetepikan banyak majlis keramaian, tawaran berlakon dan sesi fotografi kerana betul-betul ingin memberikan komitmen kepada produksi drama yang saya terima. "Bagi saya kali inilah saya betul-betul diuji dengan pelbagai cabaran, dugaan dan tanggungjawab saya sebagai anak seni. Terikat dengan komitmen yang besar di dalam produksi drama Trilogi Cinta terbitan Suhan Movies cukup besar nilainya. "Selama empat bulan saya di lokasi untuk menyiapkan 40 episod drama yang bakal disiarkan bermula 2 Januari ini dan sebab itu saya tidak kelihatan di mana-mana majlis atau undangan sebelum ini," katanya yang mengakui sukar untuk menerima tawaran produksi lain selagi drama yang sedang menjalani penggambaran belum selesai. Lebih lagi, dalam sibuk menjalani penggambaran, seruannya untuk menunaikan ibadah umrah pada Ramadan tahun lalu terpanggil kerana segala persediaan sudah diatur sejak awal tahun lagi. "Saya sudah merancang untuk menunaikan Umrah lebih awal lagi sebelum saya menerima tawaran berlakon ini. Segala persiapan sudah diatur dan hanya menunggu masanya untuk pergi. "Tawaran itu datang selepas semuanya perancangan sudah saya aturkan. Pada mulanya saya terpaksa tolak kerana niat dan semua sudah sedia, tapi alhamdulillah abang Rosyam dan pengarah Amie Maziah mengizinkan saya pergi tetapi saya harus menyiapkan 20 episod sebelum pergi," katanya yang seronok kerana penggambaran drama itu cukup banyak meninggalkan kenangan buat semua produksi. Sebaik pulang dari Makkah, Fouziah meminta izin pengarah untuk mengenakan tudung untuk wataknya Norjinah dan ia direstui pengarah dan penerbit. "Memang saya sangat berpuas hati ketika kunjungan ibadah saya kali ini kerana terasa sangat ketenangan dan apabila saya pulang saya meminta pada pengarah untuk memakai tudung dalam watak saya selepas episod ke 20. "Kebetulan pada episod kali itu saya sudah bernikah dengan Rosyam Nor, ia lebih menampakkan penampilan saya lebih terjaga daripada sebelum ini. Itulah yang senang bekerja dengan produksi yang boleh menerima pandangan kita," katanya. Dalam pada itu, Fouziah juga ada memasang impian untuk tampil bertudung di dalam kehidupannya selepas ini, namun hanya masa yang akan menentukan katanya. "Niat itu memang sudah ada sejak dulu lagi, namun sebaiknya biarlah kita betul-betul bersedia dan sebaik kita pakai jangan sesekali kita tanggalkan. Tidak semestinya selepas berkahwin kita harus memakai tudung kerana bertudung itu adalah perkara yang wajib bagi wanita Islam laksanakan, cuma kita saja yang abaikan. "Manusia ini sebenarnya memang tahu dosa yang dia lakukan, tetapi kita saja yang buat-buat tak tahu, apa-apapun kita cuba renungkan kembali apa niat kita sebenarnya. "Jika ada pilihan selepas ini memang saya sudah tidak mahu ambil watak yang seksi tetapi kita harus melihat juga sejauh mana seksi itu, jika terlalu mendedahkan tubuh memang saya tidak mahu. "Seksi ada banyak faktor, kita berpakaian lengkap pun ada kalanya orang menganggap ia masih seksi, terpulang kepada mata orang. Kalau watak seksi itu boleh meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton buat apa kita tolak," katanya. Penerbit menaruh harapan besar FOUZIAH juga menghadapi tekanan apabila dicabar oleh penerbit berkaliber, Rosyam Nor untuk menyahut watak terpenting di dalam drama Trilogi Cinta. "Saya dicabar oleh abang Rosyam untuk mengambil watak yang sarat dengan emosi. Biarpun ini adalah kali ketiga saya bekerjasama dengannya selepas drama Bicara Dari Tuhan dan Cinta Selat Tebrau, namun kali ini lebih berat lagi. "Sebaik mendapat skrip saya rasa tertekan dan mahu saja saya menolakkan, tetapi selepas berfikir kembali, dengan mendapat watak yang beratlah ia akan lebih mengajar saya untuk lebih cemerlang dalam bidang saya ini. "Saya tahu, abang Rosyam sering meletakkan impian yang sangat tinggi terhadap semua pelakonnya. Sebagai pelakon, kita harus sentiasa bersedia dengan apa kemungkinan yang bakal dia buat, baginya skrip hanyalah panduan asas saja lebih lagi dengan gabungan pengarah Amie Maziah. "Kalau kita tidak boleh bawa, kita akan terus ketinggalan dengan watak-watak lain," katanya yang bersyukur kerana Rosyam berpuas hati dengan lakonannya dan akur sehingga kini sukar untuk meninggalkan watak Norjinah. Info NAMA: Nor Fouziah Mohd Gous PANGGILAN: Fouziah Gous TARIKH LAHIR: 11 Disember 1982 TEMPAT LAHIR: Hospital Kuala Lumpur (HKL) USIA: 29 tahun TINGGI: 165cm BERAT: 48kg STATUS: Bujang KELUARGA: Bongsu daripada lima beradik PENDIDIKAN: Diploma Kesetiausahaan (BSC), Kolej Systematic KERJAYA: Model dan pelakon DRAMA: Enigma, Demi, Sangga Saadah, Qa'naah, Cinta Medik, Impak Maksima The Series, Otai The Series, Pencak Akhir, Anak Mami, Kain Ketat dan SpaQ 2 FILEM: Bujang Senang, Malaikat Maut, Otai, Sifu dan Tongga, Rasukan Ablasa, Skrip 707 PENCAPAIAN: Pelakon Harapan Wanita Popular (Anugerah Shine Pantene) di ASK2007 |
Posted: 03 Jan 2011 08:47 PM PST Walaupun nama timangan jejaka bulat ini Din Dangdut, sebenarnya jiwa rock tetap kental. Sebelum ini habis dipuji petikan gitar Slash yang lebih dulu beraksi di Sunway Surf Beach, sekarang giliran nama Search dan Wings pula jadi mainan bibirnya. Selain skil petikan gitar Joe yang dikatakan menyengat, vokal Awie turut dipuji. Tak sia-sia labur RM70, katanya. Mengenai vokalis Wings itu, dengarnya nama Awie sudah dicalonkan untuk memegang peranan utama dalam sebuah pementasan besar. Itu yang Din Dangdut suruh Cik Normah tanya pada aktor yang meraih trofi dalam Anugerah Boh Cameronian hasil lakonan mantap dalam Cuci The Muzical. Katanya, kalau betul ikon rock terbabit membawakan karektor mengenai seorang kartunis hebat, sudah tentu dia akan masuk ke Istana Budaya semula untuk membeli tiket. Selama ini rockers sepertinya tiada keinginan menonton teater tapi kalau Awie yang berlakon pasti dia cuba melapangkan masa dan memperuntukan sejumlah wang menempah tempat duduk. Akui Din Dangdut yang baru bernikah, pertama kali dulu dia ke Istana Budaya untuk mengikuti konsert Ramli Sarip. Itu pun sudah beberapa tahun berlalu dan kalau benar sebuah pementasan membabitkan Awie akan berlangsung, dia akan mengheret peminat lain memenuhi panggung gah itu. Sebelum ini menerusi Cuci The Musical, Awie berdiri atas karektor ciptaan namun dalam pementasan yang masih dirahsiakan itu, perwatakannya harus menyamai seorang figura popular. Sudah tentu kali ini istimewa, kata Din Dangdut bersungguh-sungguh mengalahkan jurucakap Awie sendiri. Nantilah Din ye, kalau Cik Normah jumpa pendokong watak Usin dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah itu, akan Cik Normah bertanya kesahihan berita ini sebab dengarnya tahun depan dia sibuk dengan pelbagai projek termasuk konsert bergerak Red On Black dan filem sulung arahannya, Merah 2. |
Posted: 03 Jan 2011 06:15 PM PST Bagi pelakon jelita, Scha Al-Yahya tahun lalu banyak menyimpul pelbagai kenangan suka dan duka sepanjang terbabit dalam bidang seni. Pada pandangannya, kenangan dan cabaran yang dilalui tidak dianggap kejayaan, tetapi mengajar diri menjadi bertambah matang. "Apa yang paling saya belajar adalah jangan bercakap tanpa berfikir panjang. Sebelum ini, saya lebih suka bercakap apa yang terlintas di fikiran. SCHA...kini lebih berhati-hati bercakap. MENGGODA...Scha bersama barisan artis yang memperagakan koleksi berlian Rafflesia Pearl Centre untuk Anugerah Skrin 2010 yang baru lalu. "Sebaliknya, apabila apa yang saya katakan disalah tafsir, saya mula mengambil sikap berhati-hati. Saya rasa lebih baik banyak mendengar daripada terus bercakap. "Soal azam pula, saya mahu mempelbagaikan watak dalam lakonan sendiri. Sebenarnya, saya kini sudah merancang memilih watak berbeza untuk lakonan akan datang. "Kata pelakon lain, jika mahu jadi 'versatile', perlu pandai pilih watak. Atas sebab itu, apabila saya mendapat dua tawaran berlakon filem baru, saya terpaksa menolak. "Saya melihat kedua watak itu masih menampilkan karakter stereotaip yang pernah saya bawa iaitu merujuk pada gadis lasak seperti tomboi. "Saya fikir mungkin ramai yang letih tengok saya berlakon dengan karakter seperti ini. Sempena tahun baru, saya berazam membawa kelainan pada lakonan selepas ini," katanya. Menimba pengalaman berbeza, bekas pramugari ini tampil membawakan watak lebih feminin menerusi drama terbaru, Mimi Mencari Cinta arahan Michael Ang. Dalam drama ini, Scha bergandingan bersama Zizan Nin sebagai pelakon utama. Menariknya, Scha menyatakan dia tidak lagi menjadi gadis lasak dan tomboi sebaliknya berusaha menunjukkan keayuan gadis Melayu. "Pada saya, melakonkan watak wanita ayu bukan suatu yang sukar kerana sejak azali, sifat sebegitu memang ada dalam diri. "Begitupun, saya menantikan respons tiga filem baru lakonan saya iaitu Aku Bukan Tomboy, Awan Dania The Movie dan Libas. "Menerusi Aku Bukan Tomboy arahan Syamsul Yusof, saya membawakan watak gadis tomboi yang menghantar piza. "Dalam Awan Dania versi filem masih mengekalkan saya dan Jehan Miskin sebagai pelakon utama manakala Libas, saya berpeluang bekerjasama dengan pelakon berpengalaman, Rosyam Nor. "Selepas penggambaran Awan Dania musim ketiga dijangka selesai dua minggu lagi, saya akan terbabit dengan satu lagi projek filem baru berkonsep 'thriller' bersama Michael iaitu Darah Daging. "Menariknya, saya melakonkan watak polis dalam filem ini. Untuk mendalami watak ini, saya juga dihantar mengikuti bengkel lakonan. "Saya berasakan latihan menerusi bengkel ini penting dalam memperbaiki mutu lakonan sendiri. Malah, selepas penggambaran filem ini saya juga akan membintangi satu lagi drama bersama Michael iaitu Prebet Jamilah untuk musim kedua," katanya. Sebagai pelakon, Scha akui lakonan menerusi drama popular Awan Dania selama tiga musim menjadi pencapaian terbaik. Katanya, tidak banyak beza karakter Dania dalam musim baru cuma bertambah matang dan bekerja bersama jet persendirian. "Secara peribadi, jika drama ini disambung lagi untuk musim baru pada masa akan datang, saya akan pertimbangkan terlebih dulu. "Saya berasakan watak Dania tidak boleh dipelbagaikan. Ia bergantung pada penulis skrip yang membawa watak ini pergi jauh jika mahu diterbitkan dalam musim keempat. "Namun, apa yang saya dengar respons drama bersiri ini cukup menggalakkan hingga mencatat rating tertinggi di Astro. "Mungkin perwatakan Dania membuatkan penonton sukakannya. "Selama tiga musim, impak Awan Dania cukup kuat pada diri saya hinggakan ramai yang memanggil saya dengan nama Dania. "Setakat ini, jadual kerja saya sibuk sampai Mei nanti. Kontrak saya sebagai Wajah Eksklusif Astro akan tamat pada April nanti. "Pada saya, terikat dengan kontrak macam ini mempunyai kelebihan dan kekurangan. Kelebihannya, saya sudah mempunyai projek seterusnya bersama Astro dan mempunyai pendapatan tetap. "Walaupun terikat dengan Astro, saya masih bebas untuk berlakon filem. Aspek kekurangan, lakonan saya hanya disaksikan penonton Astro," katanya. Menyentuh soal peribadi, Scha menyatakan dia bersama kekasih, Awal Ashaari masih belum menetapkan tarikh berkahwin. Katanya, dia dengan Awal masih sibuk memberi fokus pada kerja ketika ini. "Setakat ini kami tidak merancang berkahwin pada 2011 cuma saya pernah katakan, mahu berkahwin pada usia 30 tahun. Perkembangan hubungan cinta kami kini masih berjalan lancar. "Sebenarnya, sudah empat bulan saya kerja tanpa henti. Walau penat, tetapi saya anggap ia rezeki. Keserasian kami sebenarnya berprinsip, jumpa jika ada peluang tapi soal kerja jangan tolak. "Apa yang penting, kami mahu cari rezeki dulu sebelum keluar berpacaran. Saya percaya jika hati masing-masing sudah terbuka, jodoh akan sampai. "Pasal kontroversi, saya tidak anggap ia sebagai malapetaka. Jika ada harus ditempuh, sebaliknya jangan pula mencari kontroversi. "Tipu jika saya tidak terasa kontroversi itu memperkatakan mengenai diri saya. Sebolehnya, janganlah kontroversi yang sama diperkatakan berulang kali. "Masyarakat Melayu boleh maaf sekali, tetapi jika kontroversi negatif terus berulang, nescaya mereka juga tidak boleh terima," katanya. >PROFIL NAMA: Sharifah Norazean Syed Mahadzir NAMA KOMERSIAL: Scha Al-Yahya TARIKH LAHIR: 30 Mei 1983 USIA: 27 tahun ASAL: Sungai Petani, Kedah STATUS: Bujang KERJAYA: Pelakon FILEM: Antoo Fighter, Histeria, Papadom, Evolusi KL Drift 2, Libas, Dimensi Cinta, Aku Bukan Tomboy dan Awan Dania The Movie DRAMA: Awan Dania (musim pertama hingga ketiga), Bella, Honeyz, Naik Hantu, K.I.T.A Carefree dan Prebet Jamilah PROGRAM: Chopp!, Sehati Sejiwa, Sehati Berdansa 3 dan Kata Kau |
Hanny, Karakter berbeza tetapi serasi Posted: 03 Jan 2011 06:12 PM PST HAMPIR lapan tahun menyulam cinta akhirnya pelakon dan anak kepada produser Julie Dahlan, Siti Hani Nur Zara Harmi, 29, atau Hanny, mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati juga seorang jurukamera produksi, Hamzah Talib, 37, di Hotel Holiday Villa, Jalan Ampang, Sabtu lalu. Pada majlis itu, pihak lelaki bersetuju menyerahkan wang hantaran berjumlah RM23,000 berserta mas kahwin RM1,000 untuk majlis pernikahan yang dirancang diadakan pada Julai atau Disember nanti. Hanny kelihatan manis dalam persalinan gaun moden rekaan Sutek Harun dan perhiasan tajaan Karera E. Hanny turut menerima sebentuk cincin daripada pihak lelaki sebagai tanda ikatan pertunangan. Turut diserahkan barang hantaran berupa barang penjagaan diri, pakaian sepersalinan, al-Quran dan manisan tujuh dulang berbalas sembilan. "Tiada apa yang lebih membahagiakan saya apabila hubungan cinta yang dibina selama lapan tahun akhirnya diikat dengan tali pertunangan. "Diharapkan apa yang dirancang sepanjang tempoh pertunangan ini akan menjadi kenyataan. Saya sangat mengharapkan doa daripada keluarga dan rakan-rakan," ujar Hanny sewaktu ditemui sebaik majlis selesai. Biarpun berbeza karakter, keserasian antara Hanny dan Hamzah tetap terserlah sepanjang majlis berlangsung. Ternyata Hamzah agak pendiam, sedikit kekok apabila ditemubual wartawan sementara Hanny yang petah berbicara, lebih banyak berceloteh mengenai perancangan selepas ini. "Hendak diikutkan saya memang mengimpikan perkahwinan seperti cerita dongeng kanak-kanak popular iaitu Cinderella, Snow White atau Sleeping Beauty. "Membesar dengan menonton filem sedemikian membuatkan saya teringin sangat. Tapi Hamzah lebih suka majlis dibuat dalam suasana tradisi. Kami belum lagi memutuskan majlis bagaimana mahu dilaksanakan. "Lagipun masih terlalu awal untuk kami memperkatakan mengenainya. Apa yang penting kami perlu mengumpulkan belanja terlebih dulu, Mungkin ia akan diadakan mengikut konsep timur dan barat," katanya yang turut mengakui impiannya sudah direalisasikan oleh D&D Beauty House di majlis pertunangan itu. Bercerita mengenai sejarah percintaan mereka, jelas Hanny, dia dan Hamzah pertama kali bertemu sewaktu menjayakan drama terbitan JD Production Sdn Bhd, Zita. Waktu itu Hani bekerja sebagai kru dan Hamzah pula jurugambar untuk drama terbabit. "Pada awalnya saya tidak sukakan sikap Hamzah yang nampak sombong. Bagaimanapun dua minggu selepas habis penggambaran, Hamzah menghubungi saya. Kami keluar menonton wayang. Saya masih ingat cerita yang kami tonton iaitu Scooby Doo The Movie. "Hendak jadi cerita, filem yang mahu ditayangkan ada masalah, jadi sementara menunggu kami minum sekejap di kafe," katanya. Sejak itu hubungan mereka mula rapat dan terang Hanny lagi dia senang apabila bersama Hamzah kerana jejaka berasal dari Kuala Lipis, Pahang itu penyabar dan matang. Lebih penting, dia tahu untuk membimbing dirinya. "Saya dibesarkan di bandar dan cara pergaulan berbeza berbanding Hamzah, jadi banyak perkara yang saya belajar daripadanya. "Begitupun, tidak dinafikan kadang-kadang sikap pendiam Hamzah menjadi cabaran untuk saya. Apatah lagi dia terlalu komited dengan kerjayanya. Namun begitu, kalau ada masalah timbul dia akan mendahulukan saya. Sikap yang ditunjukkan itu membuatkan saya yakin dengannya dan rasa selamat," katanya. Sementara itu, Hamzah menjelaskan pada peringkat awal dia memang tidak berani bercakap dengan Hani memandangkan kedudukannya sebagai anak kepada majikannya, namun selepas selesai penggambaran dia cuba menghubungi Hanny bagi melihat sama ada pelakon Roda-Roda Kuala Lumpur itu boleh menerima dirinya. "Selepas berkawan saya senang dengan Hanny kerana dia jenis yang banyak cakap. Apa saja perkara yang terbuku dalam diri akan diluahkan. "Ia memudahkan komunikasi antara kami kerana saya tahu apa yang dia mahukan. Selain itu saya juga sukakan sikapnya yang pandai mengambil hati orang tua. Mengambil contoh sewaktu ditemukan dengan kedua ibu bapa saya, Hanny tidak kekok dan terus mesra. Mungkin kerana sikapnya yang banyak cakap itu memudahkan dia rapat dengan semua ahli keluarga saya," katanya. Menyentuh mengenai majlis pernikahan dan perkahwinan, jelas Hamzah, mengikut perancangan awal mereka mahu mengadakannya pada Julai ini, bagaimanapun segala bergantung kepada jadual kerja. Namun jurukamera drama dan dokumentari itu menyatakan paling lama tempoh pertunangan mereka adalah sehingga Disember 2011. Julie Dahlan pula meluahkan rasa syukur apabila anak bongsunya itu sudah selamat bertunang selepas bercinta sekian lama dan mengharapkan apa yang dirancang mereka sekeluarga akan terlaksana. "Kalau sampai jodoh Hanny nanti, bermakna semua anak-anak saya sudah lepas. Mereka sudah berjaya dengan membina rumah tangga. Saya tidaklah merancang untuk mengadakan majlis persandingan besar-besaran. Kalau boleh biarlah majlis bersederhana seperti majlis pertunangan ini," katanya. |
Salahkah Saya Jawab Telefon Tunang? - Memey Posted: 03 Jan 2011 07:55 AM PST Jelas Memey, dia menganggap punca kemarahan Abby iaitu memarahinya menjawab telefon bagi pihak Norman adalah tidak masuk akal. "Salahkah saya jawab telefon bagi pihak tunang saya. Saya bukan buat salah besar sehinggakan dia begitu marah. Setalah sampai di lokasi, saya diberitahu dia memberitahu perkara tersebut di facebook. "Kalau dia boleh fikir secara logik, itu bukan satu isu yang perlu dimarahkan sehingga beritahu kepada umum. Lagi pula saya tidak tahu dia yang buat panggilan sebab tiada tertera nombor telefon dia," katanya. Menurutnya, tindakan tersebut juga telah menimbulkan persepsi buruk segelintir masyarakat terhadapnya. "Saya mahu buka buku baru untuk tahun ini, tapi dia mulakan dengan buat persepsi buruk terhadap saya. Perkara ini juga melibatkan maruah saya. "Saya malas mahu besarkan keadaan dan saya hanya nasihatkan agar dia fikirkan dahulu sesuatu perkara secara rasional," katanya ketika dihubungi mStar Online. Tambah Memey, dia berharap untuk tahun baru ini tiada lagi sengketa antara dia dan pelakon tersebut. "Saya tahu dia tidak suka saya, jika kami memang tidak boleh berbaik sekali pon tapi tolonglah jangan timbulkan sebarang sengketa," katanya. Dalam pada itu, Memey turut mengakui terpaksa menangguhkan perkahwinan pada penghujung tahun ini. "Sepatutnya kami merancang untuk berkahwin pada 8 Januari ini tetapi tidak sempat untuk buat persiapan. Selepas bertunang banyak rezeki yang datang terutama tawaran untuk berlakon bersama Norman. "Insya-Allah beberapa tarikh telah dipilih pada penghujung tahun ini tapi mungkin juga ia akan dilakukan lebih awal iaitu pertengahan tahun ini jika kami berdua sudah bersedia," katanya yang sedang membuat penggambaran drama Bola Cinta musim kedua. google: memey dan abby abadi, memey dan abby abadi bergaduh, memey dan abby abadi komen facebook, gambar memey dan abby abadi, terkini memey dan abby abadi, terbaru memey dan abby abadi, kontroversi memey dan abby abadi, memey dan abby abadi bergaduh dalam telefon, komen memey dan abby abadi, berita memey dan abby abadi bergaduh, status facebook memey dan abby abadi, punca memey dan abby abadi bergaduh, |
Posted: 03 Jan 2011 04:47 AM PST KETIKA remaja sebaya dengannya ligat bertukar ganti teman lelaki dan hanya tahu berhibur, tetapi dia sudah berpandangan jauh dari segi masa depannya. Bukan kerana kolot ataupun mahu menjadi dewasa sebelum waktunya tetapi menurut anak gadis pelakon dan penyanyi ND Lala ini, ketika usia muda dia harus memikirkan masa depannya dengan lebih mendalam. Bukan saja dari segi kerjaya seninya tetapi bagi bekas bintang realiti One In A Million, Nurshahila Amir Hamzah atau kini lebih dikenali dengan Shila Hamzah, dia juga sudah mula memikirkan soal mendirikan rumah tangga walaupun ramai yang berpendapat, usianya yang baru mencecah 20 tahun terlalu muda untuk berbicara soal teman hidup dan juga perkahwinan. Duduk bersembang dengan Shila sewaktu dia menghadiri majlis pra dengar album 3 Suara yang diadakan di pejabat Sony Music di Solaris Dutamas baru-baru ini, Shila telus mengatakan yang dia memang sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Sebabkan itulah dia kini mahu serius mencari lelaki yang bukan saja kukuh sumber kewangan tetapi bertanggungjawab. "Saya sedar tentu ramai yang mengatakan masih terlalu awal untuk Shila bercakap soal teman hidup dan juga perkahwinan kerana bagi mereka dalam usia yang masih muda seperti ini, Shila seharusnya enjoy saja dan tak perlu memikirkan perkara yang boleh membuat fikiran serabut. Tapi bagi Shila, kita kena ada perancangan teliti dan dalam soal berumah tangga Shila tak suka ambil mudah. "Shila sebenarnya membuat kajian di internet mengenai perceraian di negara ini dan juga puncanya. Disebabkan itulah ramai kawan Shila berkata yang mereka tidak layak untuk berkawan dengan Shila disebabkan pemikiran Shila yang jauh berbeza dengan mereka. Bayangkan ada sesetengah teman Shila berkata mereka mencari teman lelaki di waktu sekarang hanyalah untuk berseronok saja dan untuk bakal suami, mereka akan cari lelaki lain. Shila tak mahu membazirkan masa begitu saja," kata penyanyi yang terkenal dengan lagu Memori Tercipta ini. Ditanya apakah pencariannya itu berakhir dan bagaimana gosip dengan pemain bola sepak negara, Haziq Zikri? Shila menegaskan dia menafikan menjalinkan hubungan dengan pemain pasukan Harimau Muda itu. "Seperti yang Shila katakan tadi, Shila berkawan dengan ramai lelaki dan ada di antara mereka itu boleh dikatakan calon yang sesuai untuk menjadi bakal teman hidup saya. Setakat ini kebanyakan lelaki yang saya kawan, usia mereka lebih tua dari saya. Tapi taklah tua sangat, paling tua umurnya adalah 30 tahun," cerita Shila sambil tertawa kecil. Diaju dengan pertanyaan mungkin Shila terlalu rapat dengan ibunya dan wanita itu sentiasa di sisinya membuatkan ramai lelaki takut untuk mendekatinya, tegas penyanyi ini, perkara itu tidak sepatutnya menjadi alasan. "Kenapa takut. Kalau ikhlas untuk berkawan dengan saya, tak perlu risau. Jika mereka betul mahukan saya, mereka haruslah mengambil hati ibu saya dan bukannya menjadikan ibu saya sebagai batu penghalang. Tak perlu takut, ibu saya tak makan orang," kata Shila berseloroh. Jadi artis indie? BUKAN pertama kali Shila meluahkan perasaan kecewanya apabila lagu dari album Bebaskan tidak kedengaran di radio. Sudah kerap sehingga menjadi rendah diri apabila memperkatakan mengenai album sulungnya bersama syarikat rakaman Monkey Bone itu. Kata Shila, kalau ada pun diputarkan, ia tidak berterusan sehingga dia sendiri malu untuk menyanyikan lagunya dalam mana-mana pertunjukan pentas disebabkan tidak ramai yang tahu kewujudan albumnya itu. Katanya lagi, bukan tidak ada usaha untuk dia memperkenalkan album itu tetapi jika segala usaha yang dilakukan tidak mendapat sokongan stesen radio, pastinya semua usaha itu sia-sia belaka. "Apabila ditanya mengapa mereka tidak mahu memutarkan lagu saya, jawapan yang diterima adalah, single yang diberikan terlalu urban dan tak sesuai untuk konsep stesen radio berkenaan. Tidak mahu memanjangkan cerita, pihak label menyerahkan album saya dan mengharapkan radio menyiarkan mana-mana lagu yang sesuai kerana tidak semua lagu saya berentak rancak. "Bagaimanapun, usaha itu tidak menampakkan hasil dan lagu saya langsung tidak kedengaran," katanya dalam nada terkilan. Walaupun nasibnya dalam bidang nyanyian tidak secerah penyanyi lain, namun tegas Shila dia tidak pernah berputus asa dan sentiasa bersikap positif bahawa satu hari nanti bintangnya akan bersinar juga. Dalam diam, dia merancang sesuatu untuk memperkembangkan lagi kerjaya seninya. "Kontrak saya dengan Monkey Bone masih berbaki dua album. Itu tempoh saya buat pilihan, sama ada mahu meneruskannya atau tidak. Jika saya memilih tidak mahu meneruskan, mungkin saya bergerak sendiri. "Orang lain dari dunia indie bergerak ke arah arus perdana. Tapi saya terbalik, dari arus perdana bertukar menjadi artis indie. Walaupun mungkin sukar tapi saya rasa itu pilihan terbaik," jelas Shila. Mengulas pembabitannya dalam album 3 Suara yang turut disertai dua penyanyi hebat iaitu Jaclyn Victor dan Ning Baizura, Shila mengakui teruja kerana selain berpeluang bergandingan dengan dua diva hebat, ia juga mengetengahkan bakat sebenarnya apabila berpeluang menyanyikan pelbagai jenis rentak lagu yang benar-benar mencabar keupayaan vokalnya. |
Posted: 03 Jan 2011 04:47 AM PST PERCINTAAN Eira Syazira dengan aktor yang baru saja dipalit kontroversi, Azad Jasmin bukan lagi rahsia. Meskipun satu ketika dulu mereka pernah cuba melarikan diri dari media, tapi kini hampir ke mana saja Eira dan Azad, pasti dilihat berdua. Umpama merpati dua sejoli. Eira umpama tulang belakang dan nadi kekuatan kepada Azad apabila dia kelihatan sentiasa di sisi jejaka dari utara Semenanjung itu untuk memberi sokongan tatkala berdepan kontroversi dengan pelakon, Faezah Elai. Kemesraan ditonjolkan pasangan yang sudah hampir dua tahun berpacaran itu menyebabkan ramai menanti perkhabaran gembira pasangan ini. Namun kala ditemui di majlis pelancaran drama bersiri Ustaz Amirul yang bakal mengisi slot Zehra di TV3, bermula 7 Januari ini, gadis kelahiran Kuala Lumpur itu seakan kurang selesa apabila soalan berkisar peribadi diajukan kepadanya. "Lama lagilah. Bila tiba waktunya nanti, saya akan bercerita," ringkas jawapan diberikan pelakon yang sudah tujuh tahun bergelumang dalam dunia lakonan ini. Barangkali pelakon yang pernah membintangi drama Ku Milikmu ini kurang selesa mencampur adukkan hal peribadi dengan kerjaya. Tambahan pula kerja lakonannya juga semakin berkembang daripada drama ke dunia filem apabila Eira menjadi antara pelakon filem Ngangkung digandingkan dengan Shaheizy Sam. Ketika ditemubual, dia lebih rancak berbicara mengenai perkembangan kerjaya seni, terutama mengenai langkah barunya dalam seni suara. Ternyata Eira cukup berani apabila beralih angin dari lakonan kepada nyanyian. Biarpun menyedari persaingan sengit yang bakal dihadapi dari penyanyi sedia ada, tetapi dia yakin peluangnya untuk tampil sebagai penyanyi. Apa lagi, dia tidak mahu mensia-siakan harapan yang diberi oleh Adnan Abu Hassan, Adam Ahmad, Othman Muhamad dan syarikat rakaman FGM yang mempercayai kebolehannya. "Saya tidak merayu supaya diberi peluang menyanyi. Tetapi abang Adnan dan syarikat FGM yang berminat menawarkan peluang ini kepada saya. Mereka pernah mendengar suara saya dalam soundtrack drama Cinta Balqis, walhal ketika merakamkan lagu itu, suara saya menyanyi ala kadar saja kerana tak pernah pun mempunyai sebarang impian nak jadi penyanyi. "Saya tidak kisah apa pun yang orang ingin perkatakan. Kalau abang Adnan dan FGM yakin dengan kebolehan saya, kenapa perlu menolak. Oleh kerana tiada pengalaman menyanyi, saya harus mencari jalan sendiri untuk memperbaiki kelemahan diri, seperti belajar teknik menyanyi dengan betul oleh guru vokal, Siti Hajar Ismail. "Selama ini saya ingat menyanyi senang tetapi apabila sudah merasai sendiri barulah tahu betapa susahnya menyanyi. Walaupun menyanyi bukan keutamaan, tetapi saya tetap memandang serius bidang ini. Saya tidak boleh main-main sebaliknya bila sudah melangkah dalam bidang ini, saya perlu gunakan peluang itu dengan sebaiknya," katanya yang bertuah kerana dapat bertemu dengan penyanyi dan komposer yang sudah lama menghilang iaitu Adam Ahmad. Bimbang watak klise BERPELUANG menyanyikan lagu sentuhan seorang komposer hebat seperti Adam Ahmad diibaratkan Eira bagai mimpi. Dia amat terharu apabila komposer berkenaan memberi penghormatan kepadanya menyanyikan lagu ciptaannya. Bagaimanapun tidak mudah mendapatkan kepercayaan dari Adam apabila komposer itu terlebih dulu mahu bertemu dengan Eira dan mendengar vokalnya. Namun Eira ternyata berjaya melepasi cabaran itu apabila Adam memuji vokalnya serta langsung memberikan kepercayaan kepada Eira untuk menyanyikan lagu ciptaannya berjudul Di Hati Ini. Menyentuh soal lakonan pula, Eira yang memegang watak Rabiatul Adawiyah untuk drama Ustaz Amirul berkata, dia terpaksa meminta bantuan dari pengarah drama ini untuk memerhatikan lakonannya kerana bimbang wataknya dilihat klise. "Sudah kerap kali benar saya diberikan watak air mata, Jadi bagi memastikan watak sebagai Rabiatul Adawiyah tidak klise dengan watak yang pernah dibawakan sebelum ini, saya minta pertolongan pengarah supaya memantau gaya lakonan. "Saya tidak mahu cara saya menangis sama seperti yang penonton lihat dalam Cinta Balqis atau pun Syurgamu Ramadan," katanya. Profil NAMA: Syazira Shuhaimi TARIKH LAHIR: 19 Julai 1984 TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur ADIK-BERADIK: Anak kedua daripada enam beradik DRAMA: Gerak Khas, Sembilu, Ibu Kota Cinta, Kaca, Lesen, Meniti Bara, Senja Kala, Assignment, Dosa Haniza, Seteguh Kinabalu, Elly, Jejak, Temu Janji, Penama Kedua, Sindarela, Abang Misi, Ku Milik Mu dan Melukut Tepian Gantang FILEM: Bisikan Remaja, Ngangkung |
Semangat Zizan Nin Selepas Kontroversi Posted: 03 Jan 2011 04:45 AM PST Namun pelakon drama Putera Katak ini tidak pernah ambil pusing mahupun berkecil hati dengan insiden yang berlaku itu. Bagi Zizan, ada sebab syarikat pengurusannya meminta bayaran sedemikian. Bermulanya lembaran baru pada tahun 2011 ini, Zizan atau nama sebenarnya Azizan Nin, 36, mahu menyemai semangat baru dan lebih mengembangkan kariernya ke tahap yang lebih berjaya. Bercerita tentang perkembangan terbarunya, Zizan sedang menjalani penggambaran filem Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki. Dalam filem romantik komedi tersebut, dia melakonkan watak Zafrin ketika remaja manakala untuk watak dewasa, ia dilakonkan oleh Rashidi Ishak. "Saya melakonkan watak seorang pelajar berusia 17 tahun. Saya mempunyai ibu dan bapa yang kaya lakonan Khatijah Tan dan Zaibo. "Di sekolah, Zafrin merupakan pelajar pintar dan berasa tergugat setelah seorang pelajar perempuan lakonan Dira Abu Zahar baru masuk di kelasnya. Sejak daripada itu, dia mendapat tempat kedua dalam peperiksaan. "Apabila di rumah, dia turut tertekan dengan sikap ibu yang suka membebel. Sebagai terapi, bapanya membuat sebuah zoo mini di dalam rumah mereka. "Bagaimanapun, lama-kelamaan apabila mengenali pelajar perempuan itu dengan lebih rapat, dia memahami tentang erti kasih sayang, persahabatan dan kehidupan. Malah cinta antara mereka turut berputik," cerita Zizan kepada Mingguan mStar. Lebih teruja apabila Zizan dapat berlakon dengan pelakon hebat yang belum pernah bekerjasama dengannya sebelum ini kecuali Dira. Mereka adalah Aziz M. Osman, penyanyi Atilia, Ainul Aishah, Rashidi Ishak, Vanidah Imran dan Afdlin Shauki. Dia akui amat meminati Afdlin dan turut menyukai filem arahan pengarah itu berjudul Papadom. Atas sebab itu Zizan menerima naskhah filem yang diadaptasi daripada novel tulisan Ahadiat Akashah tersebut. Selain Afdlin, Zizan juga selesa bekerjasama dengan pengarah Osman Ali, Rosminah Tahir, Zul Arshad dan Murali Abdullah di mana setiap mereka begitu jujur dalam menyampaikan ilmu untuk berlakon. Setakat ini, Zizan telah melakonkan ratusan drama termasuklah Seruan Pulau Nami, Di Sebalik Tirai Besi, Epilog Syurga Cinta, Ibu Mi Segera, Zahara Yatama, Siong, Cinta Medik, Penunggu Gunung Raya dan Janji Seorang Anak. Puas berlakon Mengimbas latar belakang Zizan sebelum memasuki industri lakonan, dia pernah terjebak dalam bidang peragaan dan periklanan. Masih ingat lagi seawal dia menerima tawaran berlakon iklan komersial pada tahun 1999, dengan gaji berjumlah puluhan ribu ringgit. Agak terkejut juga memandangkan sebelum itu dia hanya bekerja sebagai pembantu kaji selidik dengan gaji RM1,800 sebulan selepas bergelar graduan dalam bidang perniagaan kewangan. Sebelum menceburi bidang lakonan pada tahun 2004, dia berlakon lebih 50 iklan televisyen seperti Mr Potato, Lipton, Nivea, Ponds, Listerine dan kredit kad ANZ. Sebab itu, dari awal lagi dia telah terbiasa dengan sebarang urusan membabitkan perjanjian kontrak. Setelah bernaung di bawah syarikat pengurusan artis Aquila Emas Sdn Bhd, Zizan menyerahkan kepada syarikat itu untuk menguruskan karier seninya sehingga sekarang. Sejak menceburi pentas lakonan, Zizan akui dia telah lama tidak berlakon iklan komersial. Kali terakhir dia muncul dalam iklan Panasonic. Sejujurnya dia mengakui lebih seronok dan berpuas hati berlakon drama dan filem berbanding iklan. "Paling saya puas hati apabila berlakon drama Janji Seorang Anak untuk TV3. Drama ini mendapat respons yang baik dan ditayangkan semula atas permintaan penonton. Drama ini mengubah persepsi orang apabila saya boleh membawakan watak selain romantik dan korporat. "Dalam cerita itu, saya melakonkan watak seorang pemuda yang lahir dari keluarga miskin dan menjadi harapan keluarga namun akhirnya dia menderhaka kepada orang tuanya apabila bercinta dengan anak orang kaya. Cerita itu membuatkan ramai orang insaf," ujarnya yang turut berpuas hati dengan drama Penunggu Gunung Raya. Suami kepada Fazilah Hani Harun ini akui setiap lakonan memerlukan imaginasi yang tinggi. Sementara dia yang pernah berlakon teater Muzikal Tun Mahathir musim pertama menganggap lakonan di pentas teater menuntutnya supaya lebih berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan kerana semuanya dipersembahkan secara langsung. Bahagia dengan isteri Dalam memikirkan tentang kerja yang tidak pernah selesai, anak jati Kuala Lumpur ini bijak mencuri peluang untuk berlibur bersama-sama isteri tersayang. Biarpun beberapa drama sedang menanti termasuk Ribel untuk RTM, Zizan telah menetapkan untuk bercuti dengan isterinya di dalam negara pada Januari ini. "Setelah berumah tangga, semua perkara yang saya lakukan mesti bersama-sama isteri seperti memasak pada hujung minggu dan menonton filem di rumah atau di pawagam. "Kini isteri saya pun sudah mempunyai hobi baru iaitu menonton DVD (cakera padat digital) bersama-sama saya. Dia agak terkejut juga apabila saya telah menonton filem Indecent Proposal lakonan Robert Redford dan Demi Moore sebanyak 67 kali. "Saya menggemari filem arahan Adrian Lyne kerana sudut kameranya cantik dan cemerlang. Kalau boleh mahu bekerja dengannya jika berpeluang," luah Zizan penuh teruja. Antara keistimewaan lain Zizan menunjukkan kasih sayang kepada isterinya melalui masakan. Dalam masa yang sama isterinya juga turut mengikutnya ke lokasi penggambaran dalam usaha mengeratkan lagi tanda kasih sayang mereka itu. |
Pengalaman Hidup Ajar Dj Lin Kendali Masalah Cinta Posted: 03 Jan 2011 04:45 AM PST Jelas Lin, dengan pengalaman tersebut juga dia mampu meletakkan dirinya dalam permasalahan yang dihadapi oleh pendengar. "Alhamdulliah, kemungkinan apa yang Allah tentukan kepada saya menjadikannya sebagai pengalaman yang boleh saya kongsikan dan bagaimana untuk memahami perasaan orang lain. "Dari kegagalan rumah tangga empat tahun lalu juga menjadikan saya lebih kuat menghadapi segala rintangan," ujar ibu kepada dua cahaya mata ini. Menurut Lin, dia kini hanya memberikan perhatian sepenuhnya dalam perkembangan kerjaya dan dua anaknya, Nureen Arisya, 10, dan Nazren Asyran, 8. "Saya menyerahkan jodoh kepada Allah s.w.t, sekarang ini saya hanya fokus kepada kerjaya dan keluarga. "Lagi pula segmen Suria Cinta sudah semakin mendapat perhatian, ramai yang beri maklum balas yang sangat memberangsangkan," ujarnya ketika ditemui di Majlis sambutan hari lahir ke-35 anjuran kelab peminat Suria Cinta. Bercerita tentang Suria Cinta, Lin memberitahu kelab peminat Fan Dj Lin Suria Cinta yang ditubuhkannya pada November lalu kini secara rasmi telah mempunyai lebih 40 orang peminat dari seluruh negeri. Dj Lin bersama ahli kelab peminatnya "Saya tak sangka sambutan segmen Suria Cinta semakin mengalakkan sehinggakan ada yang menawarkan untuk tubuhkan kelab peminat. "Bermula pada Ramadan lalu, mereka buat kejutan mengundang saya ke sebuah majlis. Dan di situlah bermula kelab ini yang kini secara rasmi mempunyai 40 pengikut," katanya. Tambah Lin, kebanyakan dari ahli kelab tersebut juga merupakan pendengar setia Suria Cinta. "Kebanyakan mereka adalah pendengar segmen saya dan sering beri SMS dan panggilan untuk berkongsi cerita. "Dengan tertubuhnya kelab ini kami semakin akrab, selepas ini banyak aktiviti yang akan dianjurkan," jelasnya. Dalam pada itu, Lin turut menceritakan pengalaman mengendalikan segmen cinta tersebut. Katanya dia terpaksa mematikan lamu sepanjang ke udara bagi menghayati setiap kiriman SMS yang dibacanya. "Saya terpaksa padam lampu ketika membaca SMS pendengar, bila padam lampu baru boleh dapat suasana romantik," katanya. Bagaimanapun, dia mengakui tidak dapat lari daripada gangguan-gangguan pendengar yang tidak bertanggungjawab. "Semamangnya tidak dapat lari dari gangguan sebegini. Setiap malam ada sahaja yang beri SMS menganggu dan ingin berkenalan. Ada juga yang buat panggilan telefon. "Namun begitu saya tidak menolak mereka begitu sebab mereka juga pendengar. Kita ada cara untuk menepis gangguan ini dengan cara yang baik, ibarat bagaikan menarik benang di dalam tepung," katanya. google: dj lin, dj lin facebook, dj lin blog, dj lin twitter, dj lin myspace, dj lin wiki, dj lin bio, dj lin biodata, dj lin biography, dj lin seksi, dj lin hot, dj lin panas, dj lin bogel, buah dada dj lin, dj lin suria fm, gambar terbaru terkini dj lin, kontroversi dj lin |
Penonton Suka Saya Bertudung - Saleha Posted: 03 Jan 2011 04:43 AM PST Justeru itu, dia sanggup menerima watak wanita bertudung untuk drama terbarunya, Ustaz Amirul di TV3 mulai 7 Januari ini, setiap Jumaat, pukul 9 malam. Dia melakonkan watak Munirah, seorang gadis ayu yang bekerja untuk ayahnya. Dia dijodohkan dengan Ustaz Amirul yang lebih mencintai kekasihnya, Adawiya. "Saya terima watak ini (bertudung) sebab respons yang bagus daripada peminat. Pada saya, bukan susah untuk memakai tudung kerana saya pernah bertudung semasa bersekolah dulu. "Tetapi setelah berlakon watak ini, saya perlu bermain dengan perasaan," katanya yang turut melakonkan watak bertudung dalam drama Syurgamu Ramadan. Pelakon yang telah menceburi bidang lakonan sejak dua tahun lalu ini akui sukar berlakon dalam drama Ustaz Amirul. Bagaimanapun dia tetap menerima watak tersebut untuk lebih versatil dalam bidang lakonan. Bercerita tentang perkembangan lain, Saleha bakal muncul dalam filem pertamanya Dendam Taming Sari. Selain itu, pelakon drama 5 Jingga ini sedang melanjutkan pelajaran dalam Diploma Komunikasi Massa di Kolej Uniti. google: siti saleha, siti saleha facebook, siti saleha blog, siti saleha twitter, siti saleha myspace, siti saleha seksi, siti saleha hot, siti saleha bogel, buah dada siti saleha, siti saleha wiki, siti saleha biodata, siti saleha profil, siti saleha profile, siti saleha bio, siti saleha pakai tudung, siti saleha drama, siti saleha dan teman lelaki, kekasih siti saleha, gambar siti saleha, foto siti saleha, terbaru terkini siti saleha, kontroversi gosip siti saleha, siti saleha gambar terbaru terkini, |
Agama Bukan Halangan Cinta Adeline Posted: 03 Jan 2011 04:41 AM PST Namun begitu, biarlah ia datang dari dalam darinya sendiri dan bukan kerana seorang lelaki. Secara jujurnya, Adeline atau pemilik nama penuh Adeline Tsen ini mengakui banyak berkawan dengan lelaki Melayu sejak menuntut di pusat pengajian tinggi. "Agama bukan penghalang untuk saya berkawan atau mengenali seseorang itu dengan lebih dekat. Apa yang penting ialah kejujuran untuk menerima saya sebagai seorang yang istimewa di hatinya. "Bagi keluarga saya ia bukan sesuatu yang ganjil sebab abang sulung saya juga sudah memeluk agama Islam. Bagaimanapun, niat untuk memeluk sesebuah agama biarlah lahir dari hati bukan kerana sesuatu yang lain," ujarnya. Wanita berusia 24 tahun ini juga memberitahu pengalaman rakan-rakannya yang sudah memeluk Islam memberi sedikit sebanyak pengetahuan tentang agama itu. "Saya berani bercakap begitu kerana ramai rakan saya yang sudah memeluk Islam. Tapi mereka tukar agama bukan kerana ingin berkahwin semata-mata. "Ada sepasang suami isteri bukan beragama Islam tetapi mengambil keputusan selepas berkahwin untuk memeluk Islam," katanya yang mempunyai darah keturunan Melayu Brunei. Enggan tumpang populariti Fahrin Diusik dengan cerita cinta, dia tidak mahu gosip gambarnya di kedai mamak bersama aktor terkenal Fahrin Ahmad yang tersebar sebelum ini disensasikan lagi. Dia tidak mahu nilai persahabatan yang dibina disalah erti, malah lebih buruk ramai yang beranggapan dia hanya mahu menumpang populariti pelakon kacak tersebut. "Saya mengenali Fahrin sejak April lalu selepas menghadiri Anugerah Bintang Popular (ABP). Kami selesa berkawan, pada saya dia seorang yang matang dalam banyak perkara. Dalam bidang seni pula dia banyak beri nasihat dan berkongsi pengalaman. "Sejujurnya setakat ini kami berkawan dan saling mengenali. Saya tidak menyangka tindakan keluar minum bersama menjadi cerita sensasi. Padahal sebelum ini saya pernah juga keluar minum dengan rakan artis yang lain, tapi mungkin dia seorang yang terkenal. "Sekarang kami agak lama tidak berjumpa kerana sibuk dengan komitmen masing-masing. Cuma kadangkala kami bertanyakan khabar menerusi mesej di telefon sahaja," katanya. Walaupun begitu, jika sudah ketentuan jodohnya bersama jejaka itu, dia mengaku menerima dengan hati yang terbuka. Bercerita tentang lelaki idaman, Adeline memberitahu dia tidak pernah menetapkan sebarang kriteria tertentu. Dia mahu seorang lelaki yang mempunyai sifat mementingkan keluarga dan bertanggungjawab. "Tipulah kalau saya katakan tidak mahu seorang kekasih bagi mengisi kekosongan hati. Pada saya apa pun bangsanya, Melayu, Cina, atau India, saya tidak kisah, yang penting dia seorang yang bertanggungjawab kepada keluarga dan mencintai saya seadanya. "Buat masa sekarang saya belum lagi terlalu memikirkannya sebab ingin fokus kepada kerjaya. Saya lebih selesa berkawan dan mengenali seseorang sedalam-dalamnya terlebih dahulu. "Jika sudah bercinta banyak pula komitmen lain, maklumlah saya masih lagi belajar dan dalam masa yang sama juga berlakon," ujarnya. Kembali aktif berlakon Enam bulan menjalani latihan amali, bagaikan tempoh terlalu lama bagi anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini berehat dari sebarang aktiviti seni. Awal Januari dia bakal menghiasi jadual seninya dengan filem keenam berjudul Alamak Toyol terbitan MIG Productions Sdn Bhd. "Saya tidak sabar kembali berlakon selepas enam bulan terpaksa menjalani latihan amali. Selama enam bulan itu juga saya terpaksa menolak banyak tawaran telefilem dan filem. "Tapi saya faham pendidikan perlu diutamakan, keluarga sangat berharap agar saya lulus dengan cemerlang dalam bidang ini," ujar penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM). Menurutnya, dia pernah terfikir untuk berhenti belajar dan menumpukan perhatian sepenuhnya dalam bidang seni, namun hasrat tersebut dibantah oleh keluarga. "Tahun lepas saya tangguh pengajian satu semester kerana ingin fokus pada lakonan. Tapi keluarga membantah dan menuntut saya habiskan juga pengajian demi masa depan," ujarnya. Biarpun sudah membintangi lebih 35 buah drama tempatan, Adeline masih menganggap dirinya terlalu kerdil jika dibandingkan dengan pelakon-pelakon lain. Tambahnya, kelemahan utama yang masih cuba diatasi ialah pertuturan Bahasa Malaysia yang kurang baik. "Saya masih perbaiki pertuturan dalam Bahasa Malaysia dengan fasih tanpa ada slanga Sabah. Ramai juga yang tegur fasal bahasa ini. Ia juga akan membatasi watak yang saya dapat," katanya. "Saya juga minta nasihat daripada beberapa pelakon lain seperti Marsha dan Anding untuk mengatasi masalah ini. Mereka menasihatkan agar saya sering berkomunikasi menggunakan bahasa yang betul, " katanya yang kagum dengan pertuturan Marsha. Tambah Adeline dia terpaksa meminta skrip lebih awal bagi membolehkannya untuk berlatih terlebih dahulu sebelum bermulanya penggambaran. Menurutnya sebagai pelakon dia mengidamkan sebuah watak yang benar-benar memberi impak dan menguji lakonannya. "Setakat ini banyak watak yang saya terima ialah watak komedi, walaupun bukan seorang pelawak tetapi ramai yang kata saya boleh buat lawak. "Kalau boleh saya nak watak seorang yang cacat atau kurang upaya kerana ia benar-benar menguji kebolehan seseorang pelakon. Selain sukar, kita perlu meraih simpati penonton melalui karakter tersebut," katanya. Adeline juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan komersial. Dia sering menerima tawaran persembahan nyanyian dan modelling sebagai pendapatan sampingan. "Sejak kecil saya aktif menyanyi berbanding berlakon tapi rezeki saya lebih ke bidang lakonan. Saya sedar untuk menyanyi bukan sesuatu yang mudah buat masa sekarang. "Saya masih lagi menyimpan impian untuk menyanyi dan mungkin tahun depan saya akan keluar dengan single pertama bersama seorang rakan artis," katanya. |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |