Adsense

Selasa, 4 Januari 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Ashraf serasi jadi ustaz

Posted:

Ashraf serasi jadi ustaz

Ashraf serasi jadi ustaz



SERING tampil membawakan watak sebagai seorang ustaz atau jejaka alim menerusi drama mahupun filem sulung lakonannya, Aku Masih Dara, lewat kebelakangan ini, Ashraf Muslim mengaku perkara tersebut serasi dengan personaliti dirinya.

Bukan tidak ada tawaran antagonis yang datang kepadanya, namun kata pelakon berusia 29 tahun ini, sahamnya pada mata penerbit dan pengarah buat masa ini memang ke arah watak protagonis. Lantas kesempatan yang diberi, dimanfaat dengan baik oleh jejaka tinggi lampai dengan satu tujuan - menyebar kebaikan melalui lakonan.

"Sebenarnya, jika mahu diikutkan, ini juga (watak ustaz atau lelaki alim) adalah permintaan stesen televisyen, pengarah dan juga penerbit yang merasakan watak tersebut serasi dengan personaliti saya. Sebagai seorang pelakon, saya menghormati permintaan mereka.


ASHRAF (tengah) berganding dengan Eira Syazira (kiri) dan Siti Saleha dalam drama rantaian Ustaz Amirul.


"Namun saya akui, pada masa yang sama, saya masih juga menerima tawaran untuk watak yang tidak bersifat sedemikian. Saya sebenarnya tidak ada masalah untuk membawa watak apa pun, asalkan ia memberi impak yang positif kepada penonton," ujar Ashraf yang ditemui pada majlis ramah mesra bersama pelakon drama Ustaz Amirul di Restoran Bambu Istana baru-baru ini.

Sekadar mengingatkan juga, anak kelahiran Melaka ini memberitahu sebelum sinonim dengan watak alim, dia sendiri pernah melakonkan watak mak nyah bernama Adik Cu dalam teater Patung Kertas. Watak itu katanya adalah watak yang agak mencabar buat dirinya kerana impak baik yang disampaikan pada pengakhiran cerita,

Katanya: "Sebab itu saya katakan, saya sedia berlakon watak yang akan meninggalkan impak positif, tetapi jika pada penghujung cerita watak tersebut tidak akan membawa impak positif, agak sukar buat saya menerimanya."


SEBELUM kerap mendapat watak lelaki alim, Ashraf pernah menghangatkan dunia seni dengan watak seorang mak nyah bernama Adik Cu dalam teater Patung Kertas.


Tambah pelakon yang sebelum ini terkenal menerusi drama seperti Puaka Niyang Rapik, Yusuff dan Cinta Sempurna, antara watak idamannya selepas ini adalah menjadi orang buta atau bisu.

"Saya teringin untuk melakonkan watak sebagai orang buta atau bisu kerana belum pernah lagi saya ditawarkan watak sebegini. Pada saya, watak seumpama ini memerlukan saya membuat kajian yang lebih mendalam kerana bukan semua manusia di dunia mengalami kecacatan fizikal.

"Justeru jika ada yang menawarkan watak sebegini kepada saya, saya amat terbuka untuk menerimanya," ujar Ashraf penuh teruja.

Mengajak dia bercerita tentang peranan terbarunya sebagai Ustaz Amirul yang dibikin khusus olehnya oleh pengarah Ahmad Idham, drama yang disiarkan dalam slot Zehra di TV3 bermula 7 Januari ini, anak sulung daripada lapan beradik itu memberitahu hatinya terpaut untuk memegang watak tersebut kerana skripnya yang seimbang.

Mengulas mengenai kelaziman personaliti seorang alim atau ustaz, Ustaz Amirul adalah seorang ustaz yang moden dan punyai perasaan cinta dan nafsu seperti insan yang lain.

"Sebab itu saya terima watak ini kerana cabarannya adalah untuk menampilkan sisi seorang ustaz yang hanya merupakan manusia biasa yang mempunyai perasaan dan nafsu. Tetapi pada masa yang sama, dia juga adalah seorang ustaz," terang Ashraf yang berganding dengan Eira Syazira dan Siti Saleha dalam drama tersebut.


SELAIN berlakon, Ashraf merupakan seorang pengusaha ternakan kambing.


Oleh kerana telah membawa imej yang baik dalam lakonan, kata Ashraf, di luar dunia seni, dia sendiri mahu kekal dengan imej dirinya sekarang. Sebagai individu yang dikenali umum, malah menjadi salah seorang pengamal perubatan Islam, dia selalu menjaga adab agar tidak menyinggung khalayak dengan tingkah laku atau tutur katanya.

"Sebolehnya, apa yang saya bawa di dalam filem atau drama, mahu saya kekalkan dengan personaliti saya sekarang. Ini juga cabaran buat saya dan watak Ustaz Amirul yang digambarkan sebagai ustaz moden. Semoga apa yang dipaparkan dala, drama tersebut tidak akan menyinggung sesiapa," katanya mengakhiri perbualan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Penerbit AJL25 berhati-hati

Posted:

Penerbit AJL25 berhati-hati

Penerbit AJL25 berhati-hati

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN dan SAHLIZAH MOHAMED
hiburan@kosmo.com.my


BARISAN peserta yang bakal berentap di pentas AJL 25 pada 9 Januari ini.


KEMBALI untuk musim ke -25, Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25) masih kekal dengan konsep mempertaruhkan dua senjata utama iaitu penulisan lirik dan pembikinan lagu sementara pelurunya akan disokong oleh barisan penyanyi yang berjuang.

Kali ini, 14 buah lagu mara ke final di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 9 Januari ini.

Sebelum medan pertandingan berprestij ini bermula, terlebih dahulu pihak penerbit mengambil langkah memperinci setiap kemungkinan yang berlaku apabila pertandingan ini berlangsung. Ini kerana AJL tahun lalu sempat menimbulkan kontroversi kononnya ia berkaitan dengan aliran Freemason atau Illuminati.

"Apa yang berlaku tahun lalu (unsur Freemason) bukan dirancang dan ia berlaku secara kebetulan. Justeru pada tahun ini, saya lebih berhati-hati dan banyak membuat kajian untuk mengelakkan perkara yang sama daripada berulang lagi," ikrar Gbam atau nama sebenarnya Ahmad Shaifullizam Arshad yang sekali lagi diberi kepercayaan untuk menerbitkan AJL buat kali kedua.

Berbekalkan konsep Music Mapping atau Pemetaan Muzik, AJL25, Gbam memberitahu bahawa pertandingan kali ini akan menyaksikan transformasi besar-besaran daripada segala aspek terutamanya teknikal serta teknologi yang ditampilkan.

Semua itu merupakan perancangan yang dilakukan menerusi hasil pemerhatian dan pembelajaran Gbam yang dihantar ke beberapa negara luar iaitu New York, London dan Bangkok untuk mencari kelainan yang tersendiri.


DARI kiri: Ally Iskandar, Cheryl Samad dan Faizal Ismail masih diberi tanggungjawab menjadi hos AJL 25.


Selepas berbincang dengan pereka pentas, Mohd. Rafi Mustapha sejak bulan Jun lalu, pentas AJL25 bakal menggunakan Light Emitting Diode (LED) atau diod pemancar cahaya bagi menyampaikan mesej mengenai perkembangan dan perjalanan arus muzik dan irama dalam industri muzik tempatan.

"Kami menggunakan sebanyak 600 panel LED di lantai pentas AJL25 secara menegak dan melintang, manakala pentas pula akan terbahagi kepada dua bahagian bagi memudahkan persiapan setiap band yang membuat persembahan mengikut giliran masing-masing. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa.

"Selain itu, penggunaan kamera juga akan ditambah iaitu sebanyak 13 kamera akan digunakan sepanjang persembahan pada malam itu berbanding 11 buah yang digunakan pada AJL24," katanya.


PEREKA pentas, Mohd. Rafi Mustapha


Seperti tahun-tahun sebelum ini, kesemua lagu yang bertanding akan diadili terlebih dahulu dan ia merangkumi markah sebanyak 70 peratus.

Selebihnya, lagu akan diadili pada malam kemuncak sekali gus pemenang untuk kategori Vokal dan Persembahan Terbaik dipilih.

Pada edisi kali ini, AJL tidak lagi mempertaruhkan lagu mengikut kategori, lantas menjadikan persaingan cukup sengit dengan 14 buah lagu yang akan dipersembahkan oleh 13 finalis solo dan berkumpulan.

Mengulas mengenai pertandingan tersebut, ketua pegawai eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan menjelaskan, TV3 mahu memastikan AJL kali ini benar-benar memberikan kepuasan kepada peminat serta pengikut setia anugerah itu.

Dengan mempertaruhkan konsep Pemetaan Muzik, ia bertujuan menceritakan perjalanan AJL bermula dari tahun 1986 sehingga kini.

"Bukan itu sahaja, apa yang membuatkan AJL kali ini kelihatan begitu menarik apabila 14 buah lagu yang bertanding memperlihatkan kepelbagaian jenis muzik yang berdiri atas landasan masing-masing.

"Kesemua 14 lagu ini memiliki kualiti yang tersendiri dan kami mahu AJL kali ini menjadi sebuah acara yang akan dikenang sampai bila-bila," ujarnya.

Tidak mahu penonton sekadar bermain teka-teki siapa yang bakal bergelar juara pada tahun ini, pihak penerbit memilih Fransisca Peter, Nash dan M. Nasir yang akan mempamerkan evolusi muzik tempatan menerusi genre masing-masing sebagai pembuka tirai pertandingan.

Sementara untuk persembahan interlud pula, penonton akan dihiburkan dengan persembahan Ziana Zain, Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.