Adsense

Isnin, 3 Januari 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Khairul Fahmi Suka Nora Danish, Harap Black Atau Faizal Tahir Menang AJL 25

Posted: 03 Jan 2011 11:49 AM PST

khairul fahmi dan awek Khairul Fahmi Suka Nora Danish, Harap Black Atau Faizal Tahir Menang AJL 25

Sisi kelakar seorang pemain bola sepak Malaysia, Khairul Fahmi yang makin popular sebagai salah seorang penjaga gol pasukan kebangasaan, serta pujaan ribuan gadis termasuk artis benar-benar mengujakan kami. Satu temubual tidak formal yang dibawa oleh rakan media, Sokerleaks bersama Khairul Fahmi membongkar segala rahsia tentang minat, teman wanita & sebagainya.

Daripada temubual, kami berani kata penjaga gol Khairul Fahmi memang pandai melawak, juga sentiasa mengikuti trend semasa. Pelbagai soalan yang ditanya, namun kami akan hightlight-kan pandangannya mengenai dunia hiburan tempatan. Menurut Khairul Fahmi, sempena AJL 25 yang akan berlangsung pada 9 Januari ini, dia mengharapkan Black (Drama King) atau Faizal Tahir berjaya merangkul anugerah tersebut.

Mengemari penyanyi bersuara true rocker, Khairul Fahmi memilih Amy Search sebagai penyanyi legend kerana mempunyai suara yang meletup, serta rapat dengan Nik Aziz.

Pada malam final perlawanan AFF Suzuki Cup, selebriti cantik Nora Danish ada menghantar tweet, "sweetheart XOXO, call me" yang ditujukan kepada Khairul Fahmi.

"Biasa'lah, mestilah gua suka. Nora Danish kemain top lagi tweet macam tu untuk gua, siapa tak suka? Tapi gua profesional. Secara personal memang takde lebih-lebih la..ermmm..dok tahu la..hahaha," balas Khairul Fahmi.

Ehem, ada hati juga Khairul Fahmi terhadap Nora Danish. Ah, kalau kami pun diberi peluang, tak kan lepas punya. Ikuti temubual penuh antara Khairul Fahmi & Sokerleaks selepas ini.

pixel Khairul Fahmi Suka Nora Danish, Harap Black Atau Faizal Tahir Menang AJL 25
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

“Bukan Isu Yang Perlu Dimarahkan” – Memey Suhaiza Respon Status Facebook Abby Abadi

Posted: 03 Jan 2011 08:39 AM PST

"Bukan Isu Yang Perlu Dimarahkan" – Memey Suhaiza Respon Status Facebook Abby Abadi

memey Bukan Isu Yang Perlu Dimarahkan   Memey Suhaiza Respon Status Facebook Abby AbadiKisah Abby Abadi yang buka cerita bahawa Memey Suhaiza & Norman Hakim duduk serumah telah pun mendapat respon penuh daripada Memey Suhaiza, sebentar tadi. Wartawan Mstar mendapatkan Memey Suhaiza untuk responnya, dan apa yang boleh kami simpulkan, tiada sebarang kekesalan dalam kata-kata'nya.

"Salahkah saya jawab telefon tunang?" kata Memey memulakan perbualannya. Baginya, menjawab panggilan telefon untuk tunang bukan'lah perkara yang besar. Ya, isu jawab telefon tak besar. Tapi yang menjadi isu, terang-terang kantoi duduk serumah dengan Norman Hakim, padahal kahwin pun belum lagi.

Dalam pada masa yang sama, Memey meminta Abby Abadi agar tidak menimbulkan sebarang isu lagi. Eh, boleh tahan demand juga si Memey ni ya! Sekali lagi perkahwinan 'sah' mereka ditangguhkan sampai hujung tahun ini, menurut Memey selepas mereka bertunang, rezeki makin melimpah ruah.

Aduh, kalau lagi sekali ditangkap khalwat, memang padan dengan muka.

Kredit berita : Mstar

pixel Bukan Isu Yang Perlu Dimarahkan   Memey Suhaiza Respon Status Facebook Abby Abadi
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.