Kosmo Online - Hiburan |
Posted: 2010 tahun bersih FashaPENGLIBATAN aktres Fasha Sandha dalam dunia seni baru menjangkau usia enam tahun, tetapi boleh dikatakan dia merupakan aktres paling banyak muncul di muka depan akhbar tempatan kerana kontroversi hangat yang dicetuskannya. Sebelum hangat dengan isu merampas suami aktres Nora Danish, Toh Muda Rizal Ashram atau Jejai lagi, Fasha sudah dicop sebagai perampas kekasih orang tetapi namanya semakin panas apabila berperang mulut dengan Nora Danish dan Tiz Zaqiyah sehinggalah dia membuat pengakuan secara rasmi hatinya milik Jejai pada Julai lalu. Sejak pengakuan cinta itu dibuat, nama Fasha mula bersih apabila masyarakat menerima status baru Fasha tersebut dengan hati terbuka dan dia kembali menjadi buruan pihak penerbit selepas berehat hampir setahun kerana dipulaukan pihak media. Fasha yang ditemui pada sesi fotografi baru-baru ini menghembuskan nafas lega kerana dirinya telah diterima kembali oleh masyarakat meskipun masih ada yang mencemuh. Akuinya tahun 2010 ditinggalkan dengan penuh kemanisan. Azamnya tahun untuk tahun 2011 adalah mengurangkan imej seksi. Disoal mengapa? Jawab Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, azam itu timbul kerana peminatnya. "Tahun ini tahun terakhir saya berimej seksi, tahun depan saya akan kurang seksi atas pemintaan peminat kerana mereka tidak suka melihat saya memakai pakaian yang terlalu terdedah. Jatuh dan bangun saya dalam dunia seni kerana peminat. "Peminat merupakan tulang belakang nombor satu dalam kerjaya saya. Apabila sering ditegur saya sedar sesuatu perubahan perlu dilakukan dan saya tidak lagi memakai mini skirt. Saya mula dalam dunia seni sebagai model dan sudah terbiasa menyarungkan apa jua pakaian yang disediakan tetapi selepas ini seksi saya ada batas,"ujarnya.
Ditebak lagi, mungkinkah keputusan itu dibuat atas permintaan kekasihnya? Kata Fasha, keputusannya untuk kurang seksi bukanlah paksaan daripada sesiapa. "Tiada siapa paksa kerana saya lakukannya dengan rela hati. Saya mengambil nasihat daripada peminat dan saya jadikan Erra Fazira sebagai contoh dalam penampilan, dia bijak bergaya tetapi tidak seksi. Selain itu, usia saya semakin bertambah, tidak elok untuk saya memakai baju terlalu terdedah," jawabnya yang mendapat sokongan penuh keluarganya untuk perubahan tersebut. Model tudung Fasha yang dalam proses perbincangan untuk menjadi model tudung satu jenama terkenal memberitahu, dia masih Fasha Sandha yang sama cuma penampilannya sahaja bakal berubah. "Saya masih Fasha Sandha yang sama, saya lakukan perubahan secara perlahan-lahan ke arah menjadi manusia yang lebih baik. Dalam masa terdekat ini saya selesa untuk katakan saya akan kurangkan seksi, untuk memakai tudung biarlah perkara itu terjadi secara semula jadi tanpa paksaan mana-mana pihak," luah aktres kelahiran Johor Bahru itu lagi. Tahun 2010 juga merupakan tahun yang cukup bermakna bagi Fasha apabila dia secara rasminya menjadi kekasih kepada Jejai setelah sekian lama berdolak-dalik mengenai status hubungan mereka. Pada usia 26 tahun, percintaannya dengan Jejai, 34, diketahui umum apabila Jejai membuat kejutan dengan melawat Fasha di set penggambaran drama Duyung Aridinata dengan menaiki helikopter ke Pulau Lang Tengah, Terengganu sekitar bulan Mei diikuti dengan pengakuan cinta daripada Fasha dan Jejai sendiri pada Julai lalu. Sejak itu, ramai pula bertanyakan tarikh perkahwinan mereka memandangkan sebelum ini heboh diperkatakan perihal pasangan ini bakal bernikah. Bagi Fasha, segala kejadian yang berlaku ada hikmah sebaliknya. "Sekarang saya bahagia dan gembira dengan kehidupan yang saya miliki. Saya sudah umumkan hubungan kami dan saya bersyukur kerana peminat dan pihak media sudah boleh menerimanya. Saya rasa lega kerana tidak perlu lagi bercinta sorok-sorok," ucapnya lagi. Akui wanita yang berketinggian 168 sentimeter ini, dia kini sudah bersedia untuk bergelar isteri bagaimanapun menegaskan bahawa soal perkahwinan masih belum ada dalam perancangannya.
"Saya tidak tahu apa akan terjadi esok tetapi buat masa ini kami belum berbincang perihal kahwin. Rasanya perkahwinan masih terlalu jauh kerana perkara paling utama adalah kerjaya saya sekarang. "Kalau ikutkan perancangan, saya ingin mendirikan rumah tangga sebelum usia 30 tahun. Jika umur saya 30 tahun sekarang ini, mungkin saya akan risau tentang perkahwinan. "Rasanya sudah terlalu banyak saya bercakap tentang Jejai setiap kali ditemubual, jadi rasanya lebih baik tahun depan saya beri fokus kepada kerjaya berbanding kisah peribadi,"bicaranya mengharapkan percintaannya itu berkekalan. Chinta lonjakkan nama Imej Fasha yang tercalar dek kontroversi nampaknya berjaya dipulihkan. Wajahnya semakin kerap menghiasi kaca televisyen juga sibuk dengan sesi fotografi. Ujarnya. tinggal beberapa hari sahaja dirinya akan bercuti bersama teman-temannya tetapi jadualnya dipenuhi sesi fotografi. Profil lakonannya juga semakin baik, drama bersiri Chinta berjaya melonjakkan namanya sebagai aktres yang berbakat selepas dia pernah mencetuskan fenomena dengan drama Natasha.
"Sudah lama saya menunggu untuk peminat memanggil saya dengan nama watak saya. Selepas Natasha, sekarang peminat panggil saya dengan nama Chinta, itu satu kepuasan buat saya. Maknanya karakter saya meninggalkan kesan. "Kini, saya sudah boleh pilih skrip. Kalau watak itu bakal meninggalkan kesan, saya buat. Saya tidak mahu mengambil semua tawaran tanpa memikirkan impaknya, jadi saya memilih demi profil sebagai pelakon,"tuturnya. Fasha juga berazam untuk menjadi orang yang lebih baik serta memiliki kerjaya lakonan yang cemerlang sepanjang tahun 2011. "Terlalu banyak pengalaman tetapi masih banyak harus dipelajari untuk untuk bergelar pelakon yang berjaya. Tahun 2010 saya tinggalkan dengan kebahagian saya berharap saya dapat bawa tuah saya ke tahun 2011," luahnya mengakhiri bicara manis 2010. | ||||||
Posted: Siapa bakal Raja Lawak ?PESERTA yang bakal membawa cabaran Gelanggang Raja Lawak musim baru. PROGRAM realiti komedi, Raja Lawak akan kembali lagi untuk musim kelima dengan 12 finalis yang sudah bersedia untuk berentap di Gelanggang Raja Lawak. Masih mengekalkan konsep dan format yang sama iaitu pemarkahan penuh masih terletak 100 peratus di tangan pengundi melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS), tiga orang pengkritik tetap akan dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta Program realiti yang berjaya mencatatkan jumlah rating 1.37 juta penonton pada episod akhir musim lalu turut terpilih sebagai program komedi yang dicalonkan untuk bertanding di Anugerah Televisyen Asia di Singapura itu akan menggamatkan penonton bermula pada 7 Januari, pukul 9 malam di saluran Astro Prima. "Lebih bersedia! Kita buat pemilihan daripada 2,000 peserta yang datang dari seluruh negara kepada 28 peserta dan di bawa untuk uji bakat ke dua di Kuala Lumpur. Setelah melihat dari beberapa sudut, kami memilih 12 yang terbaik," ujar Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani selepas mengumumkan senarai peserta Raja Lawak 5 di Pasar Seni baru-baru ini. Peserta kali ini terdiri daripada lapan peserta berkumpulan iaitu Kumpulan Pukaw (Indra Putra Setia Negara, 22, Abd. Hadzir Abdullah, 23, Nizam Solah, 34), R2 (Rahim Mat Ali, 40, Ridhuan Mat Ali, 21), Bobo (Mohd Hamizi Hashim, 24, Mohd Azwan Sabri, 24), Kopi O (Syariwan Joir, 28, Fakhruddin Mohd. Azmi, 19), Balas (Fandi Muhammad, 25, Mohd Shukri Mohd Safar, 24), Kami (Zarina Mohd Nor,34, Elly Sarimah, 29), Lucky (Mohd Zhafir Hilman Hassin, 23, Mohd Hazwan Azani, 23, Khairul Nazmi Rodzy, 23), TBO (Ahmad Firdaus Misnan, 24, Mohd Sufian Masri, 25, Mohd Isa Razai, 25). Sementara peserta solo terdiri daripada Muhammad Hanafi Rusmadi, 18, Sulaiman Ibrahim, 29, Abdul Rahman Kasim, 33 dan Mohd. Nazmi Md Isa, 23. Daripada enam lokasi uji bakat yang bermula 9 Oktober hingga 7 November lalu, lima juri dibawa mencari peserta terbaik, iaitu Afdlin Shauki, Sathia, Farouk Hussein, David Teo dan Os. Antara mereka ini, tiga akan menjadi juri tetap sepanjang berlangsungnya program ini nanti. Namun siapakah yang bakal memegang tampuk juri tidak sama sekali akan diumumkan sebelum berlangsungnya episod pertama Gelanggang Raja Lawak 5 pada 7 Januari depan. "Sudah pasti ramai yang tertanya-tanya siapa juri yang akan menggantikan tempat arwah Din Beramboi. Itulah keistimewaannya apabila juri menjadi sebahagian daripada program ini dengan menggalas tugas sebagai mentor. Semua juri yang dibawa ke lokasi uji bakat adalah nama besar dan pengaruh mereka masih kuat hingga hari ini," kata Nizam yang sukar untuk memilih juri berbanding peserta. Hadiah utama bagi Juara Raja Lawak musim ini ialah wang tunai sebanyak RM100,000, sementara naib juara, RM50,000 manakala tempat ketiga RM 30,000 disamping hadiah-hadiah yang lain. Nizam berkata, sedikit kelainan akan dilakukan untuk musim kelima ini iaitu setiap gelagat, aktiviti mahupun rutin harian para peserta akan dipaparkan selama lima minit setiap siaran menerusi program Kapsul Raja Lawak Astro pada setiap Isnin hingga Khamis, pada pukul 9 malam bermula 3 Januari. Persembahan para peserta setiap minggu menerusi Gelanggang Raja Lawak pula akan bersiaran secara langsung dari Studio Finas, Hulu Kelang. Nizam turut mengumumkan program Raja Lawak kali ini masih lagi mengekalkan gandingkan mantap pengacara Zizan dan Johan. - FARHANA HANIM MOHD. MYDIN |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |