Celebrity News |
- Syella Kamaruddin Seksi Dedah Dada
- Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia - AL-Fatihah
- Azam 2011 Artis Malaysia
- Azam Faizal Tahir Ingin Tambah Anak 2011
- Benda yang tak boleh dibeli dengan duit
- Selamat Tahun Baru 2011 Daripada Zoom Admin
- Maizawati Bekas Isteri Ustaz Akhil Kemalangan
Syella Kamaruddin Seksi Dedah Dada Posted: 01 Jan 2011 06:46 AM PST Syella Kamaruddin ni kalau keluar gossip je sure gempak dan heboh Satu Malaysia. Ini adalah gambar terbaru yang ZoOm jumpa dari blog Sky sebentar tadi. Terkejut dan tergaman seketika apabila melihat gambar perempuan melayu dan beragama islam ni..Apa motif beliau berpakaian sedemikian rupa hanya dia yang tahu. Apa Kata anda ? |
Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia - AL-Fatihah Posted: 01 Jan 2011 04:29 AM PST |
Posted: 31 Dec 2010 09:34 PM PST Diantara Selebriti yang berazam untuk tahun 2011 !! Hans IsaacSelamat tahun baru 2011. Jangan selalu fikirkan tentang kerjasehingga lupa keadaan di sekeliling. Kita kena cari hidup yang seimbang. Carimasa untuk kerja, diri-sendiri, keluarga dan percutian. Jaga diribaik-baik. Fizz Fairuz:Selepas saya kalah sebanyak dua kali dalam Anugerah Skrin 2009 danAnugerah Bintang Popular 2009, saya mahu menang banyak anugerah padatahun 2011. Saya akan mencari kekurangan dan penyebab kekalahan untuk membaikikelemahan yang ada Fahrin Ahmad:Saya mahu memperlahankan karier seni saya dan mengubah transisi hidup. Syed Aiman:Saya berharap kerjaya saya lebih berjaya pada 2011. Kalau boleh sayanak aktif semula dalam lakonan seperti dahulu. Iqram Dinzly:Saya nak menunaikan haji di Mekah dan mendirikan rumah tangga. Sayajuga mahu meningkatkan jati diri. Apabila kita sudah kenal diri sendiri, baru kita boleh mengenali erti kemanusiaan. Nita Hamzah Memandangkan saya agak lama sepi tanpa lagu baru, saya akan tumpukan perhatian dalam kerjaya dengan kemunculan single lagu terbaru. Insya-Allah, tahun ini akan jadi lebih baik dari tahun-tahun lepas. Datuk Siti Nurhaliza Saya mahu terus menjadi insan yang berjaya sama ada dalam kehidupan, karier dan perniagaan. Selain itu saya mahu meneruskan agenda 2011 yang masih belum dilaksanakan seperti konsert, album dan sebagainya. Saya harap, tahun 2011 akan membuka rezeki lebih luas kepada saya dan keluarga. Erry PutraKalau boleh saya nak kahwin tahun ini walaupun masih belum bertemu dengan calon yang sesuai. Saya juga ingin berjaya dalam bidang nyanyian dan lakonan di samping berjaya di bidang perniagaan dan membuktikan insan seni juga boleh berjaya. Selain itu saya ingin tingkatkan keimanan saya kepada Allah serta berjaya dalam kehidupan. Fazli Zainal Nantikan single terbaru saya, Suara Hati yang dicipta oleh Sharon Paul dan Ahmad Fedtri Yahya. Saya tidak ada terlalu banyak harapan. Cuma mengharapkan agar industri muzik Malaysia bangun semula seperti semangat bola yang berlaku baru-baru ini. Macam itulah semangat yang kita kena ada. Bukan sekadar pemain yang bertarung tetapi peminat perlu menyokongtanpa berbelah bahagi. Selain itu saya harap stesen radio mula menyokong lagu-lagu tempatan. Scha Al-Yahya Saya ingin menjadi seorang anak yang lebih baik dan seorang pelakon serta pengacara yang serba boleh. Kemudian saya ingin ingin mempelbagaikan watak dalam lakonan. Rabecca Nur Al-Islam Dengan kekuatan tenaga yang ada, saya ingin bekerja dengan lebih kuat sehingga ke tahap mendapat anugerah. Kemudian saya ingin membina sebuah keluarga yang bahagia hingga ke akhir hayat. Hunny Madu Semoga saya menggunakan masa dengan lebih produktif, belajar bahasa Sepanyol serta membanyakkan membaca berbanding tahun 2010 dan pada asa yang sama, saya ingin terbitkan album penuh sendiri bersama syarikat Mtertain Sdn Bhd. Zizan Raja Lawak Ingin menjadi orang yang lebih berdisiplin, cool, maju dan bijak. Saya juga ingin menjadi duta bagi kempen 'Tak Nak Pada Rokok'. Selain itu, saya ingin memberi kesenangan hidup kepada ibu dan ayah saya. Farah AsyikinSemoga saya dipanjangkan umur dan sihat walafiat agar dapat menjalankan perancangan yang ada dengan lancar. Semain itu saya berdia untuk dimurahkan rezeki. Zoom : Apa kata anda komen la :) |
Azam Faizal Tahir Ingin Tambah Anak 2011 Posted: 31 Dec 2010 09:27 PM PST Alhamdulillah semoga niat murni ingin menambah ahli keluarga akan dimakbulkan dalam tahun 2011 ni, walaupun ada gossip diluar sana yang mengatakan keluarga ini seak namun sedang retak namun Faizal Tahir tetap menepis segala tuduhan liar tersebut. Sehingga kini Faizal telah pun memiliki tiga orang anak, Ahmad Mikaeel Zidane (4), Siti Raudhah Nur Iman (2) dan Ahmad Rifa'ie Zidane (1), hasil perkahwinannya dengan isteri, Siti Raihanim Noran. |
Benda yang tak boleh dibeli dengan duit Posted: 31 Dec 2010 09:23 PM PST 10 Benda Tak Dapat Dibeli Dengan Wang hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.DUIT, di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama "duit". Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya. Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit. 1. Masa Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan 2. Kebahagiaan Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit. 3. Kebahagiaan Anak Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan "duitnya". 4. Cinta Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia. 5. Persahabatan Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka. 6. Kesihatan Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati . 7. Kejayaan Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri. 8. Bakat Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi. 9. Sikap yang baik Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang. 10. Kedamaian Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.- |
Selamat Tahun Baru 2011 Daripada Zoom Admin Posted: 31 Dec 2010 09:19 PM PST Dalam kesibukan dengan tugas-tugas seharian ZoOm nak selitkan juga posting 1 Jan 2010 untuk dikongsi bersama pembaca di ZoOmartis Kita ni dah berada di ambang tahun baru 2011. Tahun 2010 akan ditinggalkan dengan seribu kenangan. Pahit manis jangan dibuang, jadikan dia teladan dan sempadan. Sejarah diri yang kita sendiri boleh kaji dan pelajari untuk kebaikan diri sendiri. Moga apa yang kita semua lalui ini akan mengajar kita satu erti hidup dalam mematangkan lagi diri. Bagaimana biasa, tahun baru masihi akan disambut meriah, tak serupa tahun baru hijrah. Namun tak salah kita nak sambut tahun baru yang bakal menjelma ni tapi haruslah bersyarat. Jangan ada unsur unsur keagamaan yang membawa kita menyimpang dari Islam, jangan gatai lebih bercampur lelaki dan pompuan, agama kena jaga dan pelihara. Kalau kita tak jaga, sapa lagi yang nak diharapkan. Elakkan hiburan-hiburan yang melalaikan kita dari Tuhan. Azam, pun tak salah nak berazam... tapi kena realistik dan mampu direalisasikan oleh kita. Takkan kita tak tau kot kemampuan diri, boleh buat ka tak boleh... hihi... Kesimpulannya, jom la kita muhasabah diri dan merencanakan matlamat yang ingin dicapai sepanjang 2011 nanti. Azam Baru Zoom untuk www.zoomartis.net, ingin menubuhkan kelab dan aktiviti yang boleh dikongsi bersama dengan pembaca selain mengeratkan silaturahim diantara pembaca. Insyallah. Dan Semoga tahun baru ini akan membawa satu azam yang mengembirakan hati anda.. Apa azam baru anda tahun ini ? marilah berkongsi bersama dengan pembaca di Zoomartis. |
Maizawati Bekas Isteri Ustaz Akhil Kemalangan Posted: 31 Dec 2010 09:12 PM PST Diawal pagi tahun baru ni kita dikejutkan dengan berita kemalangan bekas isteri penyanyi Nasyid Akhil Hayy iaitu Maizawati Zainal, 36. Syukur alhamdulillah, Maizawati dilaporkan stabil bersama kandungannya berusia 5 bulan itu. Kemalangan tersebut berlaku pada 5:15 pagi 28 Dis tu melibatkan kenderaan yang dipandu Maizawati dengan sebuah kenderaan lain di Ipoh. Terkini Maizawati telah selamat selepas menjalani pembedahan tangan kirnya yang patah dan sekarang ditempatkan di wad ortopedik, Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh. Suami dan anak-anak hanya mengalami cedera ringan. |
You are subscribed to email updates from Celebrity News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |