Adsense

Sabtu, 1 Januari 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Fenomena Bieber

Posted: 31 Dec 2010 07:00 PM PST

Hip

pix_gal0
Di puncak populariti ketika berusia 16 tahun

BINTANG sensasi remaja kelahiran London, Ontario, Kanada ini diakui antara fenomena pop luar biasa yang dicetuskan oleh laman YouTube. Justin Drew Bieber memulakan langkahnya untuk mendaki puncak populariti pada usia 12 tahun dengan menyertai pelbagai pertandingan nyanyian.

Keampuhan populariti Justin Bieber kukuh pada usia 16 tahun apabila namanya meraih perhatian luar biasa di laman media sosial. Justin dilihat sebagai simbol kejayaan, contoh terbaik remaja yang berjaya menggapai cita-citanya pada usia belasan tahun.

Semua itu tidak mungkin akan dinikmatinya jika tidak kerana usaha ibunya, Pattie Mallette. Pattie memuat naik video persembahan Justin ketika menyertai satu pertandingan nyanyian di Stratford yang mengangkatnya sebagai naib johan.

"Saya menyertai pertandingan nyanyian Stratford Idol. Kebanyakan yang turut serta mengambil kelas nyanyian dan vokal, sedangkan saya tidak pernah serius menyanyi.

"Saya gemar menyanyi di sekitar rumah. Ketika itu saya baru berusia 12 tahun tetapi memenangi tempat kedua," katanya.
Kesungguhan memuat naik video pelbagai siri persembahan Justin menyanyikan lagu R&B popular tanpa disangka memacu populariti kepada remaja yang dilahirkan pada 1 Mac 1994 itu.

"Saya memuat naik video nyanyian daripada pertandingan di YouTube kerana mahu kawan-kawan dan keluarga dapat menontonnya.

"Tetapi ia menjadi sebaliknya apabila orang lain menyukai persembahan saya dan mula mengikutinya. Bermula dari situ, saya memperoleh kontrak rakaman," katanya.

Pada American Music Awards ke-38 yang berlangsung di Nokia Theatre, Los Angeles pada 21 November lalu, Justin mendominasi kemenangan dengan mengenepikan penyanyi senior untuk meraih pengiktirafan tertinggi, Artis Tahun Ini.

Dia menghampakan nama terkenal seperti Usher, Eminem, Lady Gaga, Katy Perry dan Kei$ha untuk menerima gelaran itu selain mencatat sejarah sebagai pemenang terbanyak pada malam berkenaan.

Selain trofi Artis Tahun Ini, Justin turut diumumkan sebagai pemenang kategori Artis Cemerlang, Artis Pop/Rock Lelaki Pilihan dan Album Pop/Rock Pilihan menerusi album, My World.

Justin menewaskan Eminem dan Usher bagi kategori Artis Pop/Rock Pilihan, serta mengenepikan Katy Perry dan sekali lagi Eminem untuk kategori Album Pop/Rock Pilihan.

Penyanyi yang popular dengan lagu Baby dan One Less Lonely Girl itu mencatat sejarah sebagai penyanyi paling muda memenangi anugerah utama American Music Awards yang dianjurkan sejak 1973.

Justin memulakan kerja produksi susulannya Julai lalu bersama penyanyi dan penulis lagu British, Taio Cruz yang menyumbangkan lagu untuk album yang bakal dipasarkan awal tahun depan.

Legenda hip hop, Dr Dre pula menerbitkan dua lagu yang dirakamkan pada Julai lalu.

Remaja bijak itu tidak hanya menyandarkan kekuatan bakatnya kepada nyanyian saja. September lalu, dia muncul dalam siri jenayah terbitan CBS, CSI: Crime Scene Investigation melakonkan watak remaja bermasalah.

Filem 3D yang menceritakan perjalanan hidupnya juga diterbitkan. Produksi arahan John Chu itu dijangka menemui peminat di pawagam pada Februari depan.
Satu impiannya, Justin berharap kejayaannya menjadi contoh kepada peminat muda.

"Saya berharap segala yang dilalui ini akan mempengaruhi orang lain secara positif. Mesej saya setiap kita mampu melakukan apa saja jika meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap usaha itu.

"Saya tidak membesar dalam kemewahan, malah hidup saya penuh kekurangan. Tetapi kesulitan lalu membentuk saya menjadi kuat, bahkan membina karakter saya hari ini," katanya.

Benar kejayaan tidak sentiasa membentangkan keselesaan kepada seseorang. Justin juga tidak terlepas daripada berdepan sasaran mereka yang kurang senang dengannya.

Namanya dikaitkan dengan petikan video porno yahg diceroboh di YouTube, malah gambarnya pernah diubahsuai menjadi imej lucah selain dikatakan meninggal dunia kerana terbabit dalam kemalangan.

Namun, semua dugaan itu memberi kekuatan kepadanya untuk mencipta lebih kejayaan dan menawan hati jutaan remaja wanita yang tertarik dengan imej baik dan percakapannya yang penuh santun.

INFO:

  • Bakat Justin dikesan pada 2008 oleh Scooter Braun yang secara tidak sengaja menonton video nyanyiannya menerusi YouTube. Scooter kemudian menjadi pengurus Justin dan mengatur pertemuan dengan Usher di Atlanta, Georgia seterusnya menandatangani kontrak dengan Raymond Braun Media Group (RBMG), syarikat milik bersama Scooter dan Usher.
  • Dia kemudian menandatangani kontrak bersama Island Records sebelum muncul dengan single pertamanya, One Time pada 2009. Album studio penuhnya, My World 2.0 dilancarkan di pasaran pada 23 Mac lalu serta menguasai carta single dan album terlaris dengan jualan mencecah tahap platinum iaitu sejuta unit.
  • Justin juga melakar sejarah sebagai artis pertama yang memiliki tujuh lagu daripada album sulung berada dalam carta Billboard Hot 100.
  • Selepas lahir bersama My World, Justin mencipta fenomena YouTube dengan menjadi raja media online apabila 100 juta peminat menonton video persembahannya.
  • Di laman sembang mikro, Twitter namanya dilawati lebih 84,846 kali sehari manakala di Last.fm mencatat lagu nyanyiannya dimainkan lebih 1,854,917 dalam tempoh 24 jam.
  • Tahun lalu, Justin kekal pada kedudukan pertama dalam carta Top 10 Most Tweeted Brands di Ad Age manakala Celebuzz menamakannya sebagai antara Top Ten YouTube Superstars dekad ini.
  • Selepas melancarkan My World 2.0, produksi itu mencatat jualan platinum di Amerika Syarikat dalam tempoh tidak sampai dua bulan dipasarkan.
  • Justin juga menerima 11,000 peminat baru setiap hari di laman Twitter miliknya, selain lagu nyanyiannya, Baby mencatat sebagai lagu hit antarabangsa sekali gus memperkasakan lagi nama Justin Bieber.
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    @Sinepleks: Aksi menggegar di pawagam

    Posted: 31 Dec 2010 06:54 PM PST

    Hip

    Deretan filem besar tunggu giliran tayangan sepanjang 2011

    TAHUN 2011 bermula dengan aksi yang pasti mendebarkan apabila Sony Pictures menghidangkan filem berjudul Faster lakonan bintang lasak terkemuka, Dwayne Johnson, untuk hiburan peminat. Filem arahan George Tillman Jr ini akan mula diputarkan di Malaysia pada 13 Januari.

    Dibantu oleh Carla Gugino, Maggie Grace, Moon Bloodgood dan Billy Bob Thornton, filem ini mengisahkan Driver (Johnson) yang keluar dari penjara dengan satu matlamat - untuk membalas dendam atas kematian adik lelakinya. Pemuda itu terkorban dalam kejadian rompakan bank, yang menyebabkan Driver dimasukkan ke lokap. Bagaimanapun selepas saja dibebaskan, dia diburu dua lelaki iaitu anggota polis veteran yang beberapa hari saja lagi akan bersara (Thornton) dan pembunuh upahan (Oliver Jackson-Cohen) yang sentiasa mencari lawan sesuai dengan keupayaan dirinya.

    Aksi di layar lebar diteruskan dengan filem The Green Hornet (3D), yang akan memasuki panggung pada 27 Januari. Karya arahan Michael Gondry ini membariskan pelakon seperti Seth Rogen, Jay Chou, Cameron Diaz, Tom Wilkinson dan Christoph Waltz.

    Britt Reid (Rogen) ialah anak lelaki seorang jutawan media yang gemar berparti dan hidup tanpa arah tujuan. Kematian misteri bapanya (Wilkinson) membolehkan Reid mewarisi empayar berkenaan. Bersama pekerja bapanya, Kato (Chou), mereka akhirnya berusaha melakukan sesuatu yang bermakna dalam kehidupan, iaitu memerangi jenayah.

    Daripada aksi tembak-menambak dan pertarungan, peminat akan dipersembahkan pula dengan aksi di pentas persembahan oleh Cher, Christina Aguilera, Stanley Tucci, Kristen Bell, Eric Dane dan Cam Gigandet menerusi filem Burlesque, pada 17 Februari. Drama muzikal dan cinta ini diarahkan Steven Antin.
    Ia berkisar mengenai seorang gadis dari pekan kecil, Ali (Aguilera) yang datang ke Los Angeles untuk mengejar impian. Pada awalnya, dia hanya bekerja sebagai pelayan di The Burlesque Lounge. Di situ, dia berkawan dengan penari dan dirapati pekerja bar, Jack. Kehebatan vokal Ali juga berjaya mengembalikan era kegemilangan kelab berkenaan, sehingga ada yang datang menawarkan peluang keemasan.

    Seterusnya, peminat dapat menyaksikan aksi peperangan antara dua spesies - manusia dan makhluk asing - dalam filem fiksyen sains, World Invasion: Battle Los Angeles. Filem arahan Jonathan Liebesman ini mengisahkan sekumpulan tentera diketuai Sarjan Michael Nantz (lakonan Aaron Eckhart) berdepan dengan serangan musuh asing yang cuba mengambil alih bekalan air, seterusnya memusnahkan apa saja halangan yang datang.

    Ditayangkan pada 17 Mac, filem ini turut dilakonkan Michelle Rodriguez, Michael Pena, Bridget Moynahan, Lucas Till dan Ne-Yo.

    Pada 14 April pula, tiba giliran filem bercorak thriller berjudul Hanna menemui penonton di pawagam. Bintang handalan seperti Cate Blanchett, Eric Bana dan Saoirse Ronan menjayakan filem arahan Joe Wright ini.

    Ia berkisar pada seorang remaja, Hanna (Ronan) yang mempunyai kekuatan dan kepintaran seperti seorang askar, setelah dibesarkan oleh bapanya (Bana) yang juga bekas ejen CIA di kawasan pedalaman Finland. Hidup tidak seperti mana remaja lain, dia dididik untuk menjadi pembunuh yang sempurna.

    Sementara itu, pelakon Paul Bettany, Karl Urban, Maqqie Q, Lily Collins dan Cam Gigandet akan menghiburkan peminat menerusi filem aksi thriller berjudul The Priest, pada 12 Mei.

    Diarahkan Scott Stewart, filem yang dihasilkan dalam bentuk 3D ini mengisahkan Warrior Priest (Bettany) melanggar sumpahnya sendiri demi menyelamatkan anak saudaranya (Collins) yang diculik sekumpulan pontianak pembunuh, sebelum gadis itu bertukar menjadi seperti penculiknya. Pengembaraan itu disertai kekasih anak saudaranya (Gigandet) dan wanita yang mahir bertarung (Maggie Q).

    Turut disenaraikan Sony untuk menemui peminat di pawagam sepanjang 2011 ialah filem komedi lakonan Reese Witherspoon, Owen Wilson dan Jack Nicholson, How Do You Know, pada 3 Mac; filem komedi cinta lakonan Adam Sandler dan Jennifer Aniston, Just Go With It (31 Mac), drama lakonan Masikowska dan Jane Adam, Restless (7 April); dan filem bercorak thriller lakonan Minka Kelly dan Leighton Meester, The Roommate (21 April).

    Judul lain ialah Zoo Keeper yang dibintangi Kevin James, Rosario Dawson dan Leslie Bibb pada 11 Ogos; The Smurfs (3D) yang meminjam suara Jonathan Winters, Anton Yelchin dan Katy Perry (8 September); komedi Friends With Benefits lakonan Emma Stone, Mila Kunis dan Justin Timberlake (22 September); drama Anonymous dibintangi Vanessa Redgrave, Rhys Ifans dan David Thewlis (10 November); animasi Arthur Christmas (3D) yang menggunakan suara James McAvoy, Hugh Laurie, Bill Nighy dan Jim Broadbent (1 Disember); dan komedi Jack And Jill lakonan Adam Sandler, Al Pacino dan Katie Holmes (22 Disember).


    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.