Adsense

Sabtu, 1 Januari 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Ada apa dengan Syamsul-Liyana?

Posted: 31 Dec 2010 10:07 PM PST


DALAM diam ada cinta? Begitulah gerak tubuh dua pelakon utama filem Khurafat, Syamsul Yusof atau Syamsul, 26, dan Liyana Jasmay, atau Liyana, 22, sewaktu hadir pada sesi fotografi khas bagi mempromosikan filem seram itu.

Tidak mahu hubungan mereka dihidu media, kedua-dua pelakon muda ini cuba menyembunyikan perasaan cinta yang sedang berbunga di hati masing-masing.



SERASI...Layana dan Syamsul melakonkan peranan suami isteri dalam Khurafat.


SYAMSUL...harap Khurafat akan mendapat sambutan baik penonton.


LIYANA...mahu memberi tumpuan kepada nyanyian pada 2011.

Apabila ditanya, masing-masing lebih selesa menyatakan mereka berkawan rapat dan terlalu awal untuk mengakui sedang hangat dilamun cinta.

Begitupun cubaan mereka menyembunyikan hubungan cinta gagal apabila jelas kelihatan mesra sewaktu beraksi di hadapan lensa kamera.


"Tidak! Bukan bercinta! Kami cuma kawan rapat. Saya tak nafi saya sangat selesa berkawan dengan Syamsul," ujar Liyana sewaktu didesak mengenai hubungannya dengan pengarah muda itu.



Pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem Castello itu tidak menafikan selesa berkawan dengan Syamsul kerana dia bersikap matang dan amat komited dengan apa yang dilakukan.

"Saya tak pernah kenal Syamsul sebelum ini dan hanya memandang dari jauh apabila sesekali kami pergi menghadiri majlis anugerah.

"Apabila ditawarkan membintangi Khurafat, saya terus terima kerana ingin menimba pengalaman dan bekerja bersama Syamsul. Lagipun ini adalah filem pertama saya bersama Skop Productions," katanya.

Sepanjang sesi fotografi mereka langsung tidak kekok dan ada ketika kelihatan Syamsul menggenggam tangan erat tangan Liyana.

Bercerita lanjut mengenai filem Khurafat, kata Liyana kerana tidak pernah mengenali Syamsul, dia meminta pemenang anugerah Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM-23) itu menghabiskan masa lebih banyak bersama bagi mencari keserasian.

"Sewaktu menjayakan Khurafat, hubungan kami biasa saja. Bagaimanapun selepas Khurafat barulah kami lebih rapat. Nak kata cinta rasanya terlalu awal. Hanya baru-baru ini saja kami jadi rapat. Saya tak berani hendak mengatakan kami bercinta. Biarlah orang tahu kami sedang berkawan rapat," katanya.

Menyentuh mengenai kerjaya seninya sepanjang 2010 yang baru berlalu, jelas Liyana, dia bersyukur kerana segala berjalan seperti dirancang. Paling menarik, impiannya untuk bergelar penyanyi dapat direalisasikan dengan munculnya album dengan lagu Aku Tak Percaya Cinta.

Dia juga gembira apabila cita-citanya hendak berlakon teater juga terlaksana dengan pembabitannya dalam Natrah 2 dan Siti Di Alam Fantasi sebagai menutup tirai 2010.

"Saya bersyukur dengan apa yang saya peroleh sepanjang 2010. Alhamdulillah, apa yang dirancang nampaknya terlaksana dan untuk 2011 kerjaya saya dimulakan dengan filem Khurafat yang bakal ditayangkan pada 13 Januari 2011. Pada 2011, saya bercadang untuk tidak terlalu aktif dalam dunia lakonan dan mahu memberikan tumpuan kepada kerjaya nyanyian pula.

"Selain itu, saya akan kembali menyudahkan pengajian yang tertangguh selama setahun

di Sunway College dalam bidang seni persembahan. Bermula Januari ini, saya akan memasuki semester akhir, jadi penting untuk saya memberikan tumpuan penuh. Di samping itu dapatlah saya mencari lagu yang bagus dan menghasilkan single terbaru terlebih dulu," katanya.

Sementara itu, Syamsul apabila diminta menjelaskan me�ngenai gosip cintanya dengan Liyana turut menolak mereka sedang hangat berkasih, tetapi tidak menafikan senang berkawan dengan pelakon kelahiran Kuantan itu.

"Saya suka Liyana kerana dia banyak mengambil berat me�ngenai saya. Contohnya pada hari ini, setiap pakaian saya untuk sesi fotografi, dia menjadi penasihatnya. Lagipun tidak dinafikan Liyana ada kelebihan itu dan tahu apa yang cantik untuk saya gayakan. Liyana memang suka fesyen," katanya.

Waktu sama, Syamsul akui Liyana sangat menyenangkan dan mampu membuat dia ketawa, malah sepanjang penggambaran Liyana mampu menghilangkan tekanan yang dialami.

"Bayangkan menduduki bangku pengarah dan pelakon dalam Khurafat bukan mudah. Saya sangat tertekan dari sudut emosi dan fizikal. Bagaimanapun apabila ada Liyana, tekanan hilang kerana dia suka mengusik dan membuatkan kami semua ketawa," katanya.

Selain itu, jelas Syamsul, dia senang dengan Liyana kerana pengalaman dimiliki dan mereka sering bertukar-tukar pandangan dan idea mengenai filem ditonton atau yang mahu dihasilkan.

Menyentuh mengenai pencapaiannya sepanjang 2010, Syamsul menyatakan dia bersyukur apabila banyak perkara baik berlaku dalam kerjayanya walaupun waktu sama turut terpalit dengan pelbagai kontroversi, antaranya kemenangannya di FFM-23 dipertikaikan beberapa penggiat termasuk kawan baiknya, Farid Kamil dan Ahmad Idham. Begitu juga dakwaan mengatakan Syamsul cemburu apabila Farid dan bekas kekasihnya Diana Danielle berpacaran.

"Apa juga yang berlaku di sebalik kemenangan di FFM-23, saya tetap memandangnya dari sudut positif. Ia menjadi pembakar semangat untuk menghasilkan lebih banyak filem yang bagus, sekali gus digemari penonton tempatan," katanya yang turut menang Lakonan Layar Terbaik bagi Evolusi KL Drift 2 pada Anugerah Skrin 2010 yang baru lalu.

Bercerita mengenai impian�nya pada 2011 ini, jelas Syamsul, pastinya dia mahu melihat percubaan mengemudi karya seram, Khurafat diterima baik.

"Saya mahu menghasilkan filem pelbagai genre dan Khurafat adalah percubaan pertama. Pada 2011, saya ada beberapa perancangan lagi termasuklah menghasilkan sekuel Bohsia. Di samping itu saya merancang menghasilkan satu filem cinta menampilkan gandingan pelakon Malaysia-Indonesia. Setakat ini ada beberapa nama yang terlintas di fikiran saya. Ini perancangan besar saya pada tahun 2011 bagi membawa karya Skop Productions ke pasaran Indonesia," katanya.


PROFIL

NAMA PENUH: Mohd Syamsul Datuk Yusof Haslam
PANGGILAN: Syamsul
TARIKH LAHIR: 21 Mei 1984
USIA: 26 tahun
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
STATUS: Bujang
KERJAYA: Pelakon, pengarah
ANUGERAH: Pengarah Filem Terbaik, Penyunting Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-23
FILEM (sebagai pelakon): Khurafat, Evolusi KL Drift 2, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Evolusi KL Drift, Gila-Gila Pengantin Popular
FILEM (arahan): KL Gangster, Aku Bukan Tomboy, Khurafat, Evolusi KL Drift 2, Bohsia - Jangan Pilih Jalan Hitam, Evolusi KL Drift


PROFIL

NAMA PENUH: Liyana Jasmay
PANGGILAN: Liyana atau Nana
TARIKH LAHIR: 28 Mac 1988
USIA: 22 tahun
TEMPAT LAHIR: Kuantan, Pahang
STATUS: Bujang
KERJAYA: Pelakon, model, penyanyi
ANUGERAH: Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-22
FILEM: Castello, Syaitan, Papadom, Histeria, Kami The Movie, Malaikat Maut, Gadoh, Pisau Cukur, Duhai Si Pari-Pari, Niyang Rapik, Histeria, Misteri Jalan Lama, Khurafat & Senjakala
DRAMA: Kami, Cinta Si Rempit, Laila Sari, Puaka Niyang Rapik
ALBUM: Aku Tak Percaya Cinta

google: syamsul yusof  dan liyana jasmay, gambar syamsul yusof  dan liyana jasmay, foto syamsul yusof  dan liyana jasmay, photo syamsul yusof  dan liyana jasmay, syamsul yusof  dan liyana jasmay bercinta, syamsul yusof  dan liyana jasmay berkasih, gambar terkini syamsul yusof  dan liyana jasmay, gambar terbaru syamsul yusof  dan liyana jasmay, foto terkini syamsul yusof  dan liyana jasmay, foto terbaru syamsul yusof  dan liyana jasmay

Gambar Cium Tersebar, Julie Woon Beri Penjelasan

Posted: 31 Dec 2010 10:04 PM PST


PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Julie Woon, 26, (gambar) menolak tuduhan kononnya dia mengamalkan hubungan sejenis lesbian berikutan penyebaran gambarnya sedang bercium dengan seorang wanita di internet.

Mengaku wanita dalam gambar tersebut adalah dirinya, pengacara 8TV Quicky itu malu dengan penyebaran gambar tersebut dan menganggap perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.

"Saya dapat tahu tentang gambar itu daripada rakan saya, Qi dan tak tahu siapa yang menyebarnya.

"Apa-apa pun diakui itu adalah saya dan gambar tersebut diambil ketika di zaman sekolah. Ia berlaku secara tidak langsung dan suka-suka sahaja bersama kawan-kawan wanita saya. Di sini saya ingin menegaskan yang saya bukan lesbian.

"Kerana gambar itu juga, saya sudah dicop sebagai wanita lesbian dan ramai wanita lesbian yang mula menghantar SMS kepada saya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.



Gambar 'panas' ini tersebar menyebabkan nama Julie Woon tercalar.
Tambah Julie, dia kesal dengan perlakuannya itu dan ia sebagai peringatan untuknya lebih berhati-hati pada masa akan datang.

"Saya pun tak tahu apa yang saya fikirkan ketika perkara itu berlaku kerana ia agak melampau walaupun ia sekadar suka-suka sahaja.

"Perkara itu membuatkan saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang baik dari segi pemakaian, percakapan serta cara pengambilan gambar kerana sebagai seorang selebriti, masyarakat akan melihat baik buruk saya," jelasnya.

Sementara itu, Julie yang telah putus cinta dengan pelakon Blogger Boy, Qi atau Qushairi Razali, pada Mei lalu kini masih lagi belum menemui cintanya.

Katanya dia kini ingin fokus dengan karier pengacaraannya dan pada tahun depan, Julie akan aktif berlakon semula.

"Saya ada keluar dengan seseorang tetapi belum ke tahap serius lagi. Tapi saya masih berkawan baik dengan Qi. Tambah pula kami merupakan rakan perniagaan bagi syarikat kami, Popcorn Studio bersama seorang lagi rakan kongsi lain.

"Memang ada beberapa isu yang membuatkan kami tidak boleh bersama tapi kami mempunyai keserasian dalam berkawan," katanya.

google: julie woon, julie woon facebook, julie woon blog, julie woon twitter, julie woon myspace, julie woon bogel, gambar julie woon, foto julie woon, julie woon seksi, julie woon hot, julie woon lesbian, julie woon bercium, julie woon panas, julie woon wiki, julie woon biodata, julie woon bio, julie woon profil, gambar panas seksi julie woon

A.Aida Tuntut Nafkah Anak Daripada Ameng RM85,000

Posted: 31 Dec 2010 10:02 PM PST


KUALA LUMPUR: Produser dan dramatis 90-an, A. Aida memfailkan permohonan bagi menuntut tunggakan nafkah dua orang anak bernilai RM85,000 daripada bekas suaminya, Ameng yang merupakan vokalis kumpulan Spring.

A. Aida atau nama sebenarnya Zaida Awang, 40, mendakwa Ameng gagal menjelaskan nafkah anak selama 85 bulan, iaitu sejak mereka sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 17 Disember 2003.

Pasangan tersebut berkahwin pada 1994 di Terengganu.

Semasa bercerai, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 42, bersetuju untuk membayar RM1,000 sebulan sebagai nafkah anak, Wan Az Aleesa, 14, dan Wan Azevanatassha, 9, yang perlu dijelaskan pada minggu pertama setiap bulan.

Produser drama Halimah Jongang itu memfailkan permohonan tersebut pada 21 Disember lalu menerusi peguam-peguam syarie Nor Azmi Mohd Arif dan Normawaddah Ramli.

Kes disebut untuk kali pertama di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Khamis.

Pada prosiding itu, Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan bertanyakan mengapa permohonan itu lewat difailkan, iaitu telah melebihi tempoh enam tahun.

"Plaintif (Aida) cuba untuk memberi peluang kepada defendan (Ameng). Bagaimanapun, nafkah tidak pernah dimasukkan ke dalam akaunnya," kata Nor Azmi.

Abdul Walid kemudiannya bertanyakan kerja defendan (yang tidak dinyatakan pada dokumen) dan Nor Azmi memaklumkan Ameng adalah seorang artis.

Selepas meneliti dokumen yang berkaitan, Abdul Walid membenarkan permohonan Aida untuk mendapatkan perintah bagi memulakan prosiding tunjuk sebab terhadap Ameng mengenai kegagalannya membayar nafkah.

Prosiding kes tersebut akan berjalan di Mahkamah Rendah Syariah di sini dan tarikhnya akan dimaklumkan pada masa akan datang.

Aida yang mendirikan perkahwinan kali kedua dengan Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Suffian Sulaiman hadir berseorangan di mahkamah.

"Saya dah banyak kali minta (nafkah anak) daripada Ameng, tapi dia suruh saya minta dengan lelaki lain," katanya kepada media di luar mahkamah.

Pada 1 November lalu, Ameng dihukum penjara dua bulan dan denda RM4,000 serta diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati bersalah memasukkan ganja ke dalam badannya.

Dia semasa membela diri atas tuduhan itu mendakwa pertuduhan tersebut adalah konspirasi antara Aida dan Suffian untuk memalukan dirinya.

Ameng telah berkahwin lain pada 2004 dengan Sabariah Zakaria, 40, dan dikurniakan seorang anak, Wan Amar Haikal yang kini bersusia tiga tahun.

Gosip Cinta Zizan Bukan Untuk Publisiti Murah

Posted: 31 Dec 2010 10:01 PM PST


KUALA LUMPUR: Pelawak Zizan (Raja Lawak) menganggap gosip cinta yang sering dikaitkan dengannya bukan untuk meraih publisiti murahan.

Namun dia mengaku sengaja memulakan gosip tersebut sekadar suka-suka dan hanya untuk gembirakan peminatnya.

"Saya dan Juliana tiada apa-apa. Kami balas membalas Twitter hanya sekadar suka-suka sahaja. Saya teruja bila ramai peminat akan tertanya-tanya tentang hubungan itu.

"Dan media akan beri jawapan tersebut. Saya hanya ingin mengembirakan peminat saya sahaja. Namun begitu saya tidak berniat untuk mencari publisiti murahan dengan cara ini," katanya.

Jelas Zizan, kemesraannya dengan pelakon Juliana Evans melalui laman Twitter bukanlah satu hubungan istimewa.

Malah dia tidak pernah terfikir untuk bercinta dengan pelakon muda tersebut.

"Saya senang berkawan dengan dia kerana cara pemikiran dia lain dari yang lain. Dia lebih terbuka dalam sesuatu hal.

"Jika ditanya tentang percintaan, saya lebih memilih untuk jadi kawan sahaja kerana hubungan persahabatan itu lebih kekal dari cinta," ujarnya.

Tambah Zizan, jika dia benar-benar dalam sebuah hubungan percintaan dengan seseorang, dia lebih suka merahsiakannya dari pengetahuan umum.

"Kalau saya bercinta dengan seseorang tak mungkin saya akan beritahu secara umum dan datang bersama di sesebuah majlis.

"Saya lebih selesa menyimpan kisah peribadi terutama cinta daripada umum melainkan mereka tahu sendiri," katanya yang mengakui masih belum mempunyai teman istimewa.

Dari perkembangan kerjaya Zizan akan keluar dengan dua buah filem berjudul Hantu Bonceng dan Untuk Tiga Hari.

Manakala dia juga akan mengendalikan rancangan popular Raja Lawak musim lima bersama Johan.

Farah Asyikin Enggan Komen Kekasih Baru

Posted: 31 Dec 2010 10:00 PM PST


PETALING JAYA: Penyanyi Farah Asyikin Zulkifli, 31, enggan memberi komen tentang kehadiran seorang lelaki yang sentiasa bersamanya sejak kebelakangan ini.

Kedua-dua mereka turut kelihatan pada majlis perkahwinan penyanyi Elyana di Dutches Place, Ampang, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Farah enggan memberi komen mengenai lelaki yang dikatakan kekasih barunya itu.

"Maaf, saya enggan beri komen. Saya lebih selesa untuk tidak menghebohkan hal peribadi saya lagi.

"Berdasarkan pengalaman yang dilalui saya mahu hal peribadi saya tidak dihebohkan. Kalau orang tahu saya sudah ada kekasih atau tidak, tahulah. Saya tidak kisah.

"Cuma saya tidak mahu lagi mengumumkan apa-apa perhubungan cinta melainkan saya benar-benar akan berkahwin.

"Saya tahu ada yang suka bila saya bercinta dan ada yang tidak. Bagi yang tak suka, macam-macam doa yang saya akan terima. Cukuplah dengan dugaan yang saya terima sebelum ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Tambah Farah, memandangkan dia tahu dirinya sering melalui pelbagai dugaan, penyanyi yang popular dengan lagu Hello itu akan memastikan kisah-kisah peribadinya tidak akan diperkatakan lagi.

"Masalah terhadap saya terjadi satu persatu. Selain hal-hal peribadi, kerjaya saya juga sukar untuk kukuh.

"Tapi saya terpaksa telan itu semua kerana saya percaya itu adalah takdir. Mungkin ini sebagai dugaan dan ujian tuhan yang perlu saya lalui. Saya tidak ada pilihan melainkan menerimanya dengan redha.

"Selain itu, segala perancangan saya untuk tahun ini juga tidak menjadi. Antaranya seperti projek lagu single saya bersama arwah Shamrin (Fotograf), Kamu Aku Satu, juga tersangkut.

"Bagaimanapun, lagu tersebut akan saya masukkan untuk album terbaru saya," katanya yang sedang menyiapkan album baru pada tahun depan.

Farah kini sedang bekerjasama dengan beberapa komposer seperti Taja (Meet uncle Hussein) dan Omar K yang berkonsepkan pop rock dan jazz.

Sementara itu, selain projek album terbaru, Farah turut membuat perancangan bersama kakaknya untuk mengadakan program perkhemahan khas buat gadis remaja, It's A girl Thing, pada awal tahun depan.

Program perkemahan tersebut diadakan untuk berkongsi pengalaman yang dilaluinya bersama gadis remaja yang mempunyai masalah peribadi serta kerjaya.

google: farah asyikin, terbaru farah asyikin, terkini farah asyikin, kisah farah asyikin, teman lelaki baru farah asyikin, boyfriend farah asyikin terbaru, wajah teman lelaki farah asyikin, kekasih baru farah asyikin, gambar dan foto kekasih baru farah asyikin,

Rosyam Langgar Pantang, Dedah Dua Anak

Posted: 31 Dec 2010 09:59 PM PST


PETALING JAYA: Pelakon Rosyam Nor, 43, sebelum ini pernah menegaskan bahawa dia tidak akan mendedahkan keluarganya kepada umum tetapi sebaliknya pelakon itu dilihat muncul bersama dua anak gadisnya pada majlis Anugerah Skrin 2010 (ASK2010) di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) pada 24 Disember lalu.

Kata Rosyam, kehadiran dua anaknya iaitu Arniesha Azureen, 21, dan Nur Anis, 17, pada majlis itu bukan kerana dia tidak tegas dengan pendiriannya tetapi kedua-dua anaknya itu memujuknya untuk merasai kehangatan majlis tersebut.

"Sebenarnya saya tak terfikir pun untuk membawa mereka tapi pada saat-saat akhir mereka pujuk saya sebab teringin nak rasa kehangatan ASK2010 bersama saya. Selain itu mereka merupakan peminat Anuar Zain.

"Lagipun bila anak-anak dah besar, mereka pandai pujuk ayah mereka sampai saya pun kesian. Selalunya bila saya bawa keluarga, mereka akan duduk di bahagian penonton, bukan bersama saya.

"Bagaimanapun, saya masih dengan pendirian untuk tidak mahu menonjolkan keluarga saya kepada umum," katanya.

Tambah Rosyam, sehingga kini dia masih tegas dalam mendidik anak-anaknya untuk memberi didikan yang terbaik.

Pada majlis ASK2010, kemunculan Rosyam bersama dua gadis jelita mengundang persoalan di kalangan tetamu yang hadir.

Malah, kedua-dua anak gadis itu turut menjadi perhatian pelakon-pelakon lelaki di majlis tersebut.

Sementara itu, Rosyam baru sahaja habis menerbitkan drama bersiri Trilogi Cinta yang akan ditayangkan di RTM1, bermula pada 2 Januari 2011.

Drama yang turut membabitkannya sebagai pelakon utama, turut menampilkan pelakon-pelakon hebat lain seperti Fouziah Gous, Raisuddin Hamzah, Siti Fazurina, Aida Khalida, Amyza Aznan serta tiga artis Pilih Kasih, Ray Redzuan, Reza Hasbi dan Zulin Aziz.

Trilogi Cinta merupakan drama bersiri pertama terpanjang yang pernah diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

Ia juga merupakan sebuah drama yang diadaptasi daripada tiga novel Sharifah Abu Salem iaitu Tak seindah mimpi, Tak semanis Impian dan Tiada lagi Mimpi iaitu terbitan Alaf 21 Sdn Bhd.

google: rosyam nor, anak anak rosyam nor, anak gadis rosyam nor, anak dara rosyam nor, gambar anak anak dara rosyam nor, foto anak perempuan rosyam nor, anak perempuan rosyam nor, gambar anak perempuan gadis rosyam nor, gambar rosyam nor dan anak anak gadis

Ayu Raudhah Rasa Rugi Zaquan Tidak Bersama 'Harimau Malaya'

Posted: 31 Dec 2010 09:56 PM PST


PETALING JAYA: Pelakon Ayu Raudhah teringin melihat tunangnya, Zaquan Adha Abd. Radzak menyertai pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya, yang berjaya meraih gelaran juara buat kali pertama pada Piala AFF Suzuki yang diadakan do Jakarta, Indonesia, Rabu lalu.

Beritahu Ayu, walaupun Zaquan tidak dapat bersama pasukan tersebut untuk menumpaskan pasukan lawan kerana mengalami kecederaan, dia sekadar memberi sokongan dengan menyaksikan perlawanan bola sepak itu.

"Memang terasa rugi pula bila Zaquan tiada dalam pasukan itu. Tapi nak buat macam mana, dah bukan rezeki dia. Tambah pula dia perlu berehat lagi dua bulan untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami sebelum ini.

"Tapi kami tetap menyokong pasukan itu, sampaikan kami menyaksikan perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil bersama penonton-penonton lain. Bila pasukan kita menang, kami begitu teruja dan seronok kerana semangat mereka ketika bermain menentang pasukan lawan Indonesia begitu tinggi.

"Saya harap, pasukan bola sepak negara kita akan lebih maju dan kejayaan ini sebagai permulaan untuk meneruskan perjuangan sehingga ke Piala Dunia," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Sementara itu, persiapan perkahwinan pasangan tersebut telah pun siap hampir 70 peratus.

Ayu yang bakal bernikah dengan Zaquan pada 20 Januari ini di Alor Setar akan menerima sebanyak lapan dulang hantaran berbalas lapan. Majlis resepsi akan diadakan pada sebelah malam.

"Alhamdulillah, semua persiapan perkahwinan diuruskan oleh kakak saya, Jaja. Majlis di pihak lelaki pula akan diadakan pada 30 Januari 2011 di Negeri Sembilan.

"Perasaan saya kini bercampur baur. Berdebar ada, teruja ada, takut pun ada. Maklumlah, bila nak tukar status dari bujang kepada isteri orang, pasti rasa janggal bukan.

"Insya-Allah, segala perancangan dibuat berjalan dengan lancar dan harap saya dapat menjadi isteri yang lebih baik. Mungkin selepas bergelar isteri, saya akan kurangkan kerjaya lakonan," katanya.

Kedatangan 2011, Faizal Tahir Mahu Tambah Anak

Posted: 31 Dec 2010 09:56 PM PST


PETALING JAYA: Penyanyi Faizal Tahir, berhasrat untuk menambahkan bilangan ahli keluarganya apabila mahu mendapatkan seorang lagi anak pada tahun ini.

Sehingga kini Faizal telah pun memiliki tiga orang anak, Ahmad Mikaeel Zidane (4), Siti Raudhah Nur Iman (2) dan Ahmad Rifa'ie Zidane (1), hasil perkahwinannya dengan isteri, Siti Raihanim Noran.

"Selain perancangan pembikinan album baru, saya juga mahu tambah anak," beritahu Faizal.

Tambahnya, penambahan seorang lagi cahaya mata dalam keluarganya pasti menggembirakan dirinya dan isteri.

Dalam pada itu, menjadi seorang suami, bapa dan lelaki dewasa juga membuatkan Faizal lebih selesa berkarya tanpa memikirkan untuk memperoleh sebarang kemenangan anugerah.


Faizal Tahir bersama Amy Search dan Jaclyn Victor membawakan lagu Fantasia Bulan Madu pada Konsert Gempak Astro Revo
Ini termasuklah Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25) yang akan berlangsung pada 9 Januari ini dimana lagu Hanyut dan Selamat Malam dipertandingkan pada acara itu.

"Dengan kehebatan penyanyi-penyanyi lain seperti Yuna, Meet Uncle Hussein, Hujan dan sebagainya, saingannya agak sengit. Apa-apapun saya tidak pernah mengharapkan kemenangan.

"Cuma saya ingin persembahan saya pada malam itu boleh diingati penonton-penonton. Mungkin sesetengah penyanyi lebih memberi fokus pada kualiti vokal. Tetapi persembahan dengan gimik tertentu di pentas AJL yang akan saya lakukan.

"Lagipun, dengan umur saya yang sudah berusia serta status sebagai seorang bapa, cara pemikiran agak berlainan apabila menyertai sesebuah pertandingan. Lainlah kalau saya berumur 20-an, keterujaan untuk menang pastinya ada," katanya.

Faizal Tahir dikhabarkan akan cuba untuk menyanyi dalam air di sebuah kolam besar di atas pentas AJL25 nanti.

Maizawati Patah Tangan, Kandungan Selamat

Posted: 31 Dec 2010 09:55 PM PST


PETALING JAYA: Bekas isteri penyanyi Nasyid Akhil Hayy iaitu Maizawati Zainal,36, (gambar) selamat menjalani pembedahan selepas tangan kirnya patah kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di Ipoh, Perak tiga hari lalu.

Maizawati yang baru sedarkan diri, Jumaat ditempatkan di wad ortopedik, Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh.

Suaminya, Mohd. Yassin Ben @ Abd. Rahim,23, ketika dihubung mStar Online Jumaat berkata, Maizawati dijangka ditahan di hospital berkenaan sehingga 4 Januari ini tetapi doktor akan memanjangkan tempoh rawatan sekiranya perlu.

"Syukurlah... hari ini (Jumaat) dia sudah sedar akibat kemalangan itu. Tangan kirinya akan dimasukkan besi," katanya.

Dalam kejadian pada 28 Disember lalu, kereta Proton Gen 2 yang dinaiki Mohd Yassin bersama Maizawati terlibat dalam kemalangan ketika mereka dalam perjalanan dari Medan Gopeng ke Bercham di Ipoh.


Maizawati bersama suaminya, Mohd Yassin Ben@Abd. Rahim. Mereka bernikah pada 9 Ogos 2010.
Kemalangan tersebut berlaku kira-kira pukul 5.15 pagi selepas mereka menghantar keluarga angkat Mohd Yassin ke perhentian bas Medan Gopeng yang ingin pulang ke Singapura selepas bercuti.

Kenderaan yang dipandu Maizawati itu dikatakan terbabas apabila sebuah Proton Wira tiba-tiba membelok di satu selekoh menyebabkan wanita itu terlanggar kenderaan berkenaan.

Turut berada dalam kereta mereka termasuklah tiga daripada enam orang anak hasil perkahwinan Maizawati yang terdahulu iaitu Siti Maisarah,14, Mohd. Syarif Hidayatullah,12, dan Mohd Syatiri,3.

Suami dan anak-anak hanya mengalami cedera ringan.

Ditanya mengenai kandungan Miaza yang sekarang berusia lima bulan, Mohd Yassin berkata, kandungan itu selamat walaupun berlaku sedikit pendarahan.

Selain patah tangan Maizawati turut mengalami luka pada lutut kiri.

google: maizawati, maizawati kemalangan, maizawati eksiden, maizawati masuk hospital, maizawati cedera, terkini maizawati kemalangan, maizawati terbaru kemalangan, gambar maizawati kemalangan, photo maizawati kemalangan, foto maizawati kemalangan, kereta maizawati kemalangan, gambar foto kereta maizawati, kemalangan, maizawati di tahan di hospital, kandungan maizawati, maizawati mengandung,