Adsense

Jumaat, 31 Disember 2010

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


2011 pencetus semangat

Posted:

2011 pencetus semangat

2011 pencetus semangat

TIRAI tahun 2010 kini berlabuh sudah, menjengah pula kita ke Tahun Baru 2011. Pasti pelbagai agenda telah direncanakan bagi mewarnai takwim tahunan yang bakal mencorak aktiviti sepanjang tahun 2011.

Pelbagai kisah suka dan duka anak seni tempatan tidak pernah berkesudahan dan silih berganti mewarnai kanvas perjalanan industri seni negara.

Sekiranya ada perkhabaran buruk yang mencacatkan diari hidup kita sepanjang tahun lalu, biarlah ia dijadikan teladan untuk menjadi insan yang lebih berbakti.

Kini, kehadiran 2011 seharusnya diiringi dengan semangat iltizam yang penuh jitu supaya kisah yang bakal dicatatkan tahun ini menjadi kenangan manis sepanjang hayat.

Bukan hanya peminat seni, malah penggiat seni hiburan tanah air juga turut membuat perancangan agar kerjaya mereka di tahun baru ini memperoleh kejayaan yang lebih membanggakan.

Syamsul teringin arah filem islamik

Ditabalkan sebagai Pengarah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) adalah rekod paling cemerlang 2010 yang dicatatkan oleh anak muda bernama Syamsul Yusof ini,

Memasuki lembaran 2011, Syamsul menanam azam yang tinggi untuk mengarahkan sebuah filem yang berkonsepkan islamik tetapi bercirikan komersial.

Anak kepada pengarah jutawan, Datuk Yusof Haslam ini menjelaskan, filem tersebut merupakan antara empat buah filem yang dia harap dapat dilaksanakan pada tahun 2011.

"Tahun ini saya berjaya mengarahkan tiga buah filem iaitu Evolusi KL Drift 2, Khurafat dan Tomboy.

"Jadi, tahun depan saya tanamkan semangat untuk tampilkan empat buah filem yang berbeza genrenya termasuklah sebuah filem komedi," ujarnya sebagai perancangan tahun 2011.

Syamsul juga berharap, dia dipertemukan dengan insan istimewa yang boleh dijadikan suri di hatinya dan meletakkan sasaran 2012 untuk membina rumah tangganya.

Salina mahu kuruskan badan

Bagi ibu beranak satu ini, Salina Saibi, impak dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM22, membuatkan aktres ini sibuk dengan jadual penggambarannya.

Bagi memenuhi kehendak beberapa watak yang bakal dilakonkan, pelakon utama filem Bohsia - Jangan Pilih Jalan Hitam ini berazam menguruskan badan.

Salina yang sudah memulakan dietnya itu berharap, pada 2011, dia mampu menurunkan berat badannya yang kini 58 kilogram kepada 53 kilogram.

Itu adalah azam 2010 yang akan diteruskannya setelah memasuki tahun 2011. Tahun lalu, dia telah berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak lapan kilogram.

Dalam pada itu, dia juga berhasrat ingin menambah bilangan anak yang menjadi penyeri rumah tangganya yang dibina hampir tiga tahun lalu.

Liyana Jasmay ingin tambah berat badan

Bagi gadis kecil molek bernama Liyana Jasmay ini, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menambahkan berat badannya.

Kata Liyana, tubuhnya terlalu kecil dan kurus. Sebab itulah dia memasang azam sempena 2011 untuk menambahkan berat badannya agar nampak lebih berisi.

"Saya agak cemburu bila melihat pelakon-pelakon wanita yang sebaya saya lebih besar daripada saya. Maksud saya, badan mereka seimbang.

"Tidak terlalu kurus atau pun tidak terlalu gemuk. Saya mahukan badan saya dalam keadaan 'sedang elok'," ujar heroin filem Khurafat itu.

Selain itu, Liyana juga berhasrat, industri fesyen yang diceburinya memberikan impak yang baik.

Dia bakal mengeluarkan rangkaian fesyen jenamanya sendiri yang dinamakan LoveJunkie by LJ.

"Saya berazam agar perniagaan ini dapat membuktikan bahawa saya tidak tersalah memilih langkah," tekadnya yang bakal melancarkan produknya itu pada Februari hadapan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Disingkir kerana tidak berdisiplin?

Posted:

Disingkir kerana tidak berdisiplin?

Disingkir kerana tidak berdisiplin?

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my

SEBAGAI Penerbit rancangan realiti mencari pelakon, Pilih Kasih, Rosyam Nor seorang yang tegas ke atas para pesertanya semata-mata mahu melahirkan pemenang yang benar-benar berbakat pada masa depan.

Sebab itu tidak hairanlah pelakon popular itu tiada pilihan menyingkirkan dua peserta Pilih Kasih iaitu Afiq Meadin serta Leyla Krisya pada minggu ketiga iaitu 25 Disember lalu sewaktu berlangsungnya pertandingan tersebut.

"Afiq Meadin dan Leyla Krisya anda berdua bukan pelakon yang saya cari," kata Rosyam dengan tegasnya yang secara tidak langsung menyelamatkan Bil Azali, peserta dengan undian terendah pada malam itu.

Jika minggu lalu beliau telah menyingkirkan Fizi Ali, minggu ini memperlihatkan sepasang artis Pilih Kasih dilepaskan daripada pertandingan realiti televisyen itu buat selama-lamanya kerana tidak menunjukkan peningkatan persembahannya.

"Mereka bukan sahaja tidak menunjukkan sebarang peningkatan dalam lakonan tetapi juga mempunyai masalah disiplin," katanya yang berharap agar para peserta Pilih Kasih yang lain mengambil iktibar daripada keputusan itu.

Pada minggu ketiga pertandingan itu, para peserta Pilih Kasih memperlihatkan persembahan melalui teater bertajuk Tan Tin Tun yang jalan ceritanya digarap oleh Erma Fatima.

Persembahan itu mendapat sambutan hebat para penonton yang berada di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban hingga memikat hati dua juri tetapnya iaitu Prof. Madya Dr. Abu Hassan dan Fauziah Nawi.

"Akhirnya anda semua menghiburkan para penonton. Anda berjaya menonjolkan watak masing-masing dengan penuh perasaan dan menarik," kata Dr. Abu Hassan sambil Fauziah pula menganggapnya sebagai 'suatu kegilaan'.

"Saya mahu anda meneruskan kegilaan anda ini dan tunjukkan persembahan yang lebih baik pada minggu yang akan datang. Diharap ia terus lebih hebat dari mereka ini pada minggu-minggu akan datang," ujarnya.

Pentas Pilih Kasih meneruskan perjalanannya ke minggu ketiga dengan menampilkan lebih banyak peningkatan melalui lakonan gaya seperti bermonolog di mana ia cukup memberangsangkan.

Menerusi pementasan teater Tan Tin Tun itu, para peserta berjaya memukau semua penonton yang menyaksikan persembahan mereka dengan suatu jalan cerita yang menarik serta lakonan yang menyakinkan.

"Akhirnya anda semua menghiburkan seluruh peminat. Ini menunjukkan anda mula serasi antara satu sama lain dan boleh bekerjasama dengan mantap. Bak kata pepatah, bersatu teguh bercerai roboh," komen Dr. Abu Hassan.

Minggu ketiga dilihat sebagai minggu yang seimbang buat kesemua peserta Pilih Kasih apabila mereka menerima kritikan yang pedas sewaktu bermonolog khususnya di mana banyak lagi aspek ini yang perlu dipertingkatkan.

"Saya menggagumi kesungguhan Shasha Alkhred tetapi keseluruhannya monolog anda tidak sampai kepada saya dan ia tidak menarik. Tetapi berlainan pula buat Kris Cempaka, gadis yang berasal dari Shah Alam.

"Anda seperti bintang pada malam ini tetapi masih perlukan sedikit penghayatan. Jay Iswazir dan Nur Jannah juga mendapat komen yang baik melalui monolog walaupun mereka kurang sihat pada minggu lalu," katanya.

Namun, lain pula kisahnya dengan drama dan teater yang ditonjolkan dalam drama bertajuk Wasiat minggu ini yang nampak lebih matang dan berjaya apabila dua juri itu bersetuju ada peningkatan dalam segmen tersebut.

Melalui persembahan teater Tan Tin Tun pula, kedua-dua pengkritik terutamanya Fauziah Nawi sangat terhibur dan dia juga mengharapkan usaha yang lebih baik pada minggu yang akan datang.

"Teruskan 'kegilaan' anda ini," kata Fauziah kepada semua peserta sambil beliau berharap prestasi para peserta Pilih Kasih akan lebih mantap pada minggu hadapan dengan lakonan monolog, drama dan teater yang berbeza-beza.

Kisah Pilih Kasih disiarkan menerusi TV2 ada setiap Isnin hingga Jumaat pukul 4.30 petang dan siaran ulangannya di saluran Muzik Aktif Astro (saluran 180) pukul 10.30 malam setiap Selasa hingga Sabtu.

Penyingkiran Afiq Meadin dan Leyla Krisya secara tidak langsung juga telah menonjolkan dua pesertanya iaitu Ku Hariz dan Rosana yang dikatakan menjadi pilihan para juri pertandingan tersebut.

Ku Hariz misalnya, masih mengekalkan komen-komen yang positif daripada pihak juri, tetapi mereka tidak terkecuali menerima kritikan bagi mencari kelainan dalam gaya lakonan mereka pada minggu-minggu seterusnya.

Sementara bagi peserta, Rosana Ainudin pula, dia dilihat sangat menyerlah pada malam itu melalui watak Kak Gayah dalam drama Wasiat yang dilakonkannya dan juga watak Puteri Sengkuang melalui teater Tan Tin Tun.

Siapakah pula yang akan disingkirkan malam ini? Untuk mengetahuinya jangan lupa menyaksikansiaran langsung Pentas Pilih Kasih yang akan disiarkan menerusi TV2 mulai pukul 9 malam.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.