Harian Metro: Rap |
Posted: 30 Dec 2010 06:10 AM PST DUA artis jelita ini, Misha Omar dan Elly Mazlein sering ditanya mengenai gosip konon mereka sudah berkahwin. Walaupun memberi penjelasan menafikannya kerana tiada 'perkahwinan tersembunyi' yang berlaku, ia tidak mampu melenyapkan cerita itu yang tersebar di Internet. Masih konsisten dengan jawapan masing-masing, mereka mengakui semua itu tidak benar dan hanya gosip liar yang mengguris hati. Kata mereka, takkanlah perkara baik seperti itu disembunyikan.
Menurut Elly, dia tidak akan sesekali menyembunyikan berita baik mengenai perkahwinannya untuk dikongsi bersama peminat. Katanya, sebaik 'seru' itu sudah tiba, dia akan membuat pengumuman itu. "Buat masa ini, saya lebih selesa bercerita mengenai perkembangan karier berbanding peribadi. "Jujurnya, diakui sekarang saya sangat jatuh cinta dengan kerjaya. Sudah lama saya impikannya. "Selama ini, saya sangat berharap orang ramai dapat menilai bakat diri. Saya ambil masa bertahun untuk sampai ke tahap ini yang mana bakat dihargai peminat. Oleh itu, kini saya utamakan karier. "Saya tidak boleh mensia-siakan kepercayaan yang diterima itu. Justeru, nampaknya jodoh untuk saya mendirikan rumah tangga belum ada lagi. Apapun, saya takkan sembunyikan perkara yang baik ini. "Apabila sampai jodoh itu, saya akan maklumkan kepada media dan peminat, Namun, sekarang saya sangat menghargai karier ini. Saya gembira dan bersyukur tawaran berlakon tak putus-putus," katanya. Terbaru, penyanyi yang turut mencuba lakonan ini dilamar CTRA Productions Sdn Bhd untuk membintangi teater muzikal Tun Mahathir 2 membawakan watak Tun Dr Siti Hasmah menggantikan Erra Fazira. Elly mendapat peluang membawa peranan Dr Siti Hasmah ketika dewasa, Misha pula untuk watak remaja. Pementasan akan bermula pada 21 Januari ini di Istana Budaya. Sebelum ini, Misha dikenali melalui pementasan Uda & Dara berpasangan dengan Razali Hussein manakala Elly dalam teater Sri Mersing bersama Ady Putra. Kali ini, mereka akan bergandingan dengan Ezany Nizariff untuk watak Tun Mahathir ketika remaja menggantikan Zizan Nin manakala peranan ketika dewasa masih menjadi milik Esma Daniel. Selain berlakon, Elly juga akan muncul dengan album baru tidak lama lagi. Selepas lima tahun sepi daripada album dan tak aktif menyanyi, ini adalah masa sesuai untuk Elly bangkit semula. Pembuka tahun 2011 dianggap Elly sangat mencabar kerana terbabit dalam pementasan teater muzikal Tun Mahahthir 2 serta debaran menunggu reaksi peminat terhadap albumnya yang berada di pasaran. Album kelima Elly yang mendapat kerjasama komposer berpengalaman seperti Julfekar itu akan menampilkan single seperti Please Forgive Me dan Kata Saja 'I Love U' yang diharap diterima peminat. Elly juga sempat berseloroh, barangkali ada peminatnya yang sudah tak sabar mahu melihat dia naik pelamin. Apapun, sekali lagi Elly menegaskan bahawa dia yakin kalau ada jodoh, tak ke mana. Misha harap tiada lagi gosip kahwin KEMUNCULAN tahun baru 2011 esok, Misha mengharapkan ia membawa sinar baru dalam karier dan kehidupan peribadinya. Tanpa berselindung, penyanyi Bunga-bunga Cinta ini mengakui, dia berharap langkahnya dalam seni makin kukuh. Bahkan, dia turut menyimpan impian semoga semuanya lebih baik untuknya dalam proses 'perubahan status diri'. Katanya, diharapkan tiada lagi gosip liar yang menghiris hati dan perasaannya. "Saya tetap berpegang pada janji saya takkan menyorokkan perkara baik seperti perkahwinan kepada peminat. Saya sedia berkongsi detik indah itu bersama mereka apabila 'seru' itu sudah tiba. "Jadi, kita sama-sama menunggunya dan tak perlulah cerita tidak benar dan gosip mengenai perkahwinan saya diperkatakan lagi. Saya janji akan memberitahu kepada anda semua apabila tiba masanya. "Sekarang, tumpuan hanya pada karier kerana diam tak diam sudah sembilan tahun saya bergelar artis. Jujurnya, saya tak pernah menyangka hingga sampai ke tahap ini seperti sekarang. "Saya ingatkan karier seni hanya bertahan selama tiga tahun saja. Namun, sebaliknya dan saya sangat bersyukur dengan pencapaian ini. Saya harap peminat masih setia memberikan sokongan," katanya. Mengulas mengenai perancangan selanjutnya, Misha berkata selain berlakon teater, dia sebenarnya mengintai peluang untuk lebih serius dalam bidang pengacaraan. Pengacara program Sehati Sejiwa itu berkata, dia mahu jadi artis serba boleh. "Saya menyimpan impian untuk menjadi orang seni serba boleh suatu hari nanti. Bagi memastikan ia menjadi kenyataan, saya harus sedia mencari peluang dan cuba sedaya upaya selagi mampu. "Bukan mudah untuk berjaya dan saya harus rajin berusaha. Maka, untuk itu saya harus menonjolkan kepada masyarakat kemampuan diri. Saya harus membuktikannya lebih dulu sebelum raih kejayaan," katanya. Dijangka muncul dengan album keempat sekitar pertengahan 2011, Misha berkata dia sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan komposer dan penyanyi terkenal M Nasir sebagai penerbit eksekutif. "Album ini begitu istimewa bagi diri saya kerana turut merakamkan dua single baru untuk peminat iaitu Detik Antara Waktu dan Berlalu. Malah, saya juga merakamkan semula sebuah lagu popular Alleycats," katanya. PROFIL NAMA: Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi PROFIL NAMA: Samihah @ Aisah Omar |
Posted: 30 Dec 2010 06:05 AM PST SEJARAH perkembangan filem Melayu bermula di Singapura dan berkembang pesat pada tahun 50-an dan 60-an hingga mencetuskan perkembangan industri filem Malaysia di Kuala Lumpur awal 60-an. Seniman dan seniwati yang selama ini mencurahkan jasa dan sumbangan kepada filem Melayu turut berhijrah ke Kuala Lumpur dan ramai juga kekal di Singapura. Bagaimanapun, jasa dan sumbangan mereka tidak pernah dilupakan setiap kali majlis anugerah dan festival filem.
Bagaimanapun buat julung kalinya, satu majlis mengumpulkan semua karyawan filem dari kedua-dua negara ini sama ada veteran dan baru, bakal berlangsung di Singapura. Majlis Malam Gala Seri Temasek 2011 bakal berlangsung di Grand Ballroom, Hotel Fairmont, Singapura pada 5 Februari ini. Majlis usahasama Majlis Pusat Singapura, Hanns's Entertainment serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) ini diumumkan dalam sidang media di Holiday Villa Hotel & Suites, Subang Jaya, baru-baru ini.
Mustapha yang juga mantan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) berkata, sejarah filem Melayu bermula di Singapura dan wajar diadakan satu majlis khas di Singapura untuk mengumpulkan semua karyawan seni dari dua negara. Katanya, sebanyak 32 anugerah disediakan untuk Anugerah Seri Temasek membabitkan empat trofi untuk Anugerah Lagenda Seri Temasek, Anugerah Seri Temasek (14), Anugerah Gemilang Seri Temasek (3), Anugerah Harapan Seri Temasek (3), Anugerah Pencapaian Seri Temasek (7) dan Anugerah Khas Seri Temasek (1). "Penerima setiap anugerah dipilih jawatankuasa berdasarkan latar belakang dan pencapaian mereka dalam kerjaya bukan saja artis veteran malah artis muda berdasarkan kategori ditetapkan. Anugerah ini merupakan pengiktirafan atas jasa dan sumbangan penggiat seni dulu dan kini. "Kita juga mengundang Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai tetamu dan berharap beliau dapat hadir memeriahkan majlis itu," katanya. Zulkifli berharap, usaha ini sebagai membuka pintu kepada filem Malaysia diterima penonton filem di Singapura, sekali gus meluaskan pasaran filem Malaysia. Katanya, usaha ini dilakukan produser Malaysia dengan membawa masuk filem Malaysia untuk ditayangkan di sana dan ada filem yang mendapat sambutan seperti Congkak, Cicakman dan Jangan Pandang Belakang. "Karyawan seni kedua-dua negara juga bekerjasama menghasilkan filem sebagaimana filem I'm Not Stupid dengan versi Malaysia, Aku Tak Bodoh," katanya. Hans Rawee pula mengakui majlis seumpama itu sudah banyak dianjurkan sebelum ini sama ada di Malaysia atau Singapura, tetapi menggabungkan artis kedua-dua negara untuk memberi penghargaan kepada mereka yang berjasa kepada dunia perfileman Melayu adalah julung kali diadakan. Katanya, idea mengadakan Malam Gala Seri Temasek 2011 ini timbul selepas melihat kejayaan Seniman menganjurkan majlis seumpamanya di Kuala Lumpur dan Kuching, Sarawak selain bersama karyawan Indonesia di Jakarta. "Mengapa tidak majlis sama menggabungkan karyawan Malaysia dan Singapura? Saya gembira apabila idea ini mendapat kerjasama cukup baik daripada Finas. "Perbincangan juga diadakan dengan stesen televisyen berbayar Singapura, Sensasi untuk merakamkan majlis bagi siaran di stesen mereka," katanya. Aktiviti itu juga diharap dapat memberi pendedahan kepada warga Singapura mengenai perkembangan terkini industri filem Malaysia menerusi pameran yang dibawa Finas serta persembahan artis dari kedua-dua negara. Selain menyampaikan anugerah, malam itu turut memberi penghargaan kepada Seniman Agung Tan Sri P Ramlee melalui persembahan artis di segmen Mengenang Kembali Tan Sri P Ramlee (1929-1973) bersama artis seperti Anita Sarawak, Fredo, Ning Baizura, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Rozita Rohaizad, Sarah Aqilah, Didi Cazli dan Syamsul Yusof. Tiket berharga S$100. Penganjur menyediakan bas untuk membawa rombongan karyawan Malaysia menghadiri majlis itu. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |