:: MYARTIS.COM :: |
EKIN MASIH BELUM MENGANDUNG... Posted: 30 Dec 2010 02:41 PM PST Kalau belum rezeki, apa nak dikata... demikianlah kesimpulan yang boleh diketengahkan mengenai pasangan suami isteri Mawi dan Ekin. Meskipun sudah puas berusaha, namun mereka masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri hidup. "Setakat ini saya memang sedang berusaha untuk mengandung tetapi melalui rawatan tradisional sahaja seperti urut tradisional dan mengambil ubat-ubatan berasaskan herba. "Namun begitu untuk melakukan kaedah tabung uji itu kami belum bersedia. Saya banyak dengar cerita tentang rawatan tersebut sangat sakit," ujar Ekin dipetik sebagai berkata. Dia sebelum ini pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sejak berkahwin. "Kalau boleh memang saya ingin anak sekurang-kurangnya seorang pun jadilah. Insya-Allah jika enam tahun lagi masih tiada rezeki kami akan mengambil anak angkat. "Dalam tempoh tersebut kemungkin kami lebih bersedia, yalah untuk ambil anak angkat juga memerlukan tanggung jawab yang berat sebab kita membela anak orang lain," ujarnya sempena genap dua tahun dia melayari bahtera perkahwinan dengan Mawi pada 20 Disember lalu. "Saya bersyukur Mawi memahami keadaan ini dan dia juga sentiasa memberi semangat kepada saya. Kami menyerahkan kepada Allah mengenai anak," ujarnya lagi penuh tabah. (\__/) (='.'=) (")_(") www.myartis.com 2010 |
HAIKAL CERIAKAN ZAMARUL & DIANA... Posted: 30 Dec 2010 02:18 PM PST Zamarul Hisham dan Diana Rafar kini makin ceria dan bahagia dengan kehadiran bayi mereka Kashfi Haiqal yang lahir secara normal pada 29 Oktober lalu di Pusat Perubatan Darul Ehsan, Shah Alam, Selangor. Haikal kini sudah berusia 2 bulan dan makin cergas. "Dah lapan tahun saya tak menempuh kehidupan sebagai bapa yang kena bangun malam-malam buat susu untuk bayi. Mendengar tangisan bayi, tak cukup tidur kerana menjaganya, semua ini terpaksa saya lalui semula. Bagi saya pengalaman ini sangat seronok kerana ia mengajar kita untuk bersabar dan menghargai keluarga," ujar Zamarul dipetik sebagai berkata. "Pengalaman dengan dua orang anak sebelum ini lain dan kali ini juga lain. Pastinya ada perbezaan antara mereka semua. Tapi saya sangat gembira walaupun tak cukup tidur dan mengambil alih segala rutin yang Diana lakukan sebelum ini seperti membasuh baju, kemas rumah dan sebagainya, bagi saya ia satu perkara yang indah untuk dilakukan demi anak dan isteri kita," katanya mengimbas kenangan lalu. Kashfi Haiqal merupakan anak ketiganya dan yang sulung Zamarul bersama aktres Diana Rafar. Klik untuk imej besar... (\__/) (='.'=) (")_(") www.myartis.com 2010 |
You are subscribed to email updates from :: MYARTIS.COM :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |