Adsense

Jumaat, 31 Disember 2010

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Sensasi hiburan 2010

Posted:

Sensasi hiburan 2010

Sensasi hiburan 2010


TIADA lagi hubungan 'teman tapi mesra' antara Fahrin dan Linda.


TIDAK sah dunia glamor hiburan jika tiada elemen sensasi dan kontroversi. Tahun 2010 yang sudah sampai ke penghujungnya juga tiada pengecualian.

Sepanjang tempoh 365 hari tahun 2010 ini, sebilangan figura daripada kalangan karyawan hiburan tanah air muncul dengan tagline 'sensasi dan kontroversi'.

Bukan hanya tercetus isu berebut cinta, bercerai-berai tetapi melarat kepada saman menyaman, terbabit dengan foto tidak senonoh di Internet, ditahan di penjara, malah ada yang mendakwa menjadi mangsa konspirasi.

Tirai kontroversi 2010 dibuka dengan kisah pasangan selebriti yang pernah mengakui mereka sekadar 'teman tapi mesra', Linda Onn dan Fahrin Ahmad yang kemudian mencetuskan episod 'drama' saman menyaman selepas hubungan mereka berakhir.

Selepas itu, umum dikejutkan dengan kisah Juara Akademi Fantasia musim ketiga, Mawi yang turut terkena tempias apabila dikatakan berkahwin kali kedua dengan seorang gadis dari Temerloh, Pahang.

Begitu juga dengan pelakon terkenal, Erra Fazira yang tidak terkecuali digosipkan dengan kes cerai.


SAIFUL APEK tidak terkecuali meringkuk di lokap gara-gara dakwaan terbabit dengan penggunaan najis dadah.


Beberapa karyawan hiburan tanah air turut dirundung malang apabila terpaksa meringkuk dalam penjara termasuklah anak aktres Azean Irdawaty iaitu Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, vokalis kumpulan XPDC, Mael, aktor Badrul Muhayat, pelakon komedi popular Saiful Apek dan paling mengejutkan ialah penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman.

Kosmo! paparkan sorotan figura dunia hiburan tempatan paling sensasi dan kontroversi sepanjang 2010.

Fahrin saman Linda Onn

PADA tarikh 23 Januari 2010, dunia hiburan tempatan kecoh apabila pelakon kacak berusia 31 tahun, Fahrin Ahmad nekad mahu menyaman bekas teman wanitanya, penyampai radio Linda Onn atas dakwaan memburukkan namanya dengan menuduh dirinya seorang lelaki kaki pukul.

Fahrin mendakwa, dia sangat kecewa apabila Linda, 33, membuat kenyataan bahawa dirinya panas baran dan cepat naik tangan sehingga memberi kesan buruk terhadap kerjayanya sebagai seorang pelakon dan duta produk.

Menurut Fahrin, situasi lebih memburukkan keadaan apabila Linda juga bersekongkol dengan pelakon Scha Al-Yahya yang juga pernah rapat dengan Fahrin untuk menabur fitnah ke atas dirinya.

Fahrin kemudian menarik kembali ugutan saman tersebut dan mahu menyelesaikannya di luar mahkamah selepas mendapat nasihat daripada Presiden Seniman, Harun Salim Bachik.



'Drama' Benjy ditahan polis

MENJADI sebuah kisah sensasi yang cukup mengejutkan apabila pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy yang merupakan anak kepada seniwati Azean Irdawaty ditahan polis kerana terbabit dengan penyalahgunaan dadah pada 12 Mac 2010.

Pelakon berkenaan bersama teman wanitanya ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung penemuan sejumlah dadah di sebuah kondominium. Polis menemui 800 gram kokain bernilai RM650,000 dan 1.4 gram syabu bernilai hampir RM2,000 di kondominium tersebut.

'Drama' berlaku apabila Benjy yang dibebaskan secara jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula pada 8 April 2010 ditahan semula lima minit sejurus pembayaran tersebut dilakukan.

Kali ini Benjy ditahan atas tuduhan memiliki syabu jenis metafetamin seberat 0.24 gram. Kesalahan itu didakwa dilakukan di APM, A-6-5, Menara Duta 2, Jalan 1/38B, Persimpangan Jalan Segambut.

Kini Benjy ditempatkan di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA), Muar, Johor selama dua tahun setelah Kementerian Dalam Negeri mengarahkan pelakon tersebut ditahan mengikut Seksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas - LLPK) 1985.


ADA segelintir pihak tidak berpuas hati dengan kemenangan Syamsul Yusof pada FFM23 dalam kategori Pengarah Terbaik.


Kecoh keputusan Festival Filem Malaysia ke-23

FESTIVAL Filem Malaysia ke-23 (FFM 23) yang berlangsung pada 25 Oktober 2010 lalu membawa tuah kepada dua buah filem iaitu Magika yang meraih anugerah Filem Terbaik serta Syamsul Yusof,26, yang merangkul anugerah Pengarah Terbaik menerusi filem Evolusi KL Drift 2.

Namun ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati dan mengkritik keputusan malam tersebut. Paling lantang bersuara adalah pengarah Mamat Khalid kerana filemnya, Estet yang dijangka menang akhirnya tumpas kepada filem Magika arahan Edry Abdul Halim.

Lebih hangat lagi apabila Mamat juga mengancam untuk tidak lagi menyertai festival yang sama pada masa akan datang. Ujarnya, dia hanya akan menghantar penyertaan sekiranya panel juri diumumkan terlebih dahulu.

Dapatkan Kosmo! hari ini untuk mengikuti paparan sorotan figura dunia hiburan tempatan paling sensasi dan kontroversi sepanjang 2010.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Perkahwinan, perpisahan 2010

Posted:

Perkahwinan, perpisahan 2010

Perkahwinan, perpisahan 2010


PERKAHWINAN Jimmy Shanley dan Nursuhaila Eliani diraikan menerusi majlis yang gilang gemilang dan mewah.


JENDELA tahun 2010 disingkap dengan pelbagai momen indah yang menyaksikan penyatuan dua hati golongan selebriti bersama pilihan hati masing-masing .

Jika tahun lalu mencatat sekurang-kurangnya 27 ikatan perkahwinan termeterai di kalangan artis, tahun 2010 juga tidak kurang hebatnya dengan paparan kira-kira 22 majlis resepsi termasuk yang sederhana, glamor dan serba mewah.

Anak dara tunggal Chef Wan, Serina Redzuan, 27, menjadi artis pertama ke jenjang pelamin selepas sah menjadi isteri kepada Pengarah Eksekutif Football Focus Sdn. Bhd., Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010. Perkahwinan itu diserikan lagi dengan kelahiran cahaya mata pertama mereka, Tristan Tarees pada 13 September lalu.

Meskipun perkahwinan merupakan satu khabar gembira yang lazimnya dikongsi bersama peminat di seluruh negara, masih ada lagi ada artis yang memutuskan untuk merahsiakan momen bersejarah mereka.

Penyanyi malar segar, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah, 45, menyembunyikan pernikahan ketiganya yang berlangsung di Narathiwat, Thailand bersama Faizal Sazali Zulkifli pada 30 April lalu sebelum berjaya dihidu media sekitar bulan Oktober lalu.


JUARA Sehati Berdansa musim ketiga, Sein dan Nana adalah pasangan yang tidak disangka-sangka bercerai.


Beberapa hari selepas pembongkaran kisah pernikahan Aishah, persandingan anak kepada penyanyi dangdut, Sheeda, Nor Razlinda Razli atau Bienda dengan pasangannya, Kamarul Zariman Abd. Rahman menimbulkan teka-teki mengenai tarikh pernikahan mereka.

Pelantun lagu Penantian berusia 25 tahun tersebut memberitahu, dia dan suaminya merahsiakan tarikh pernikahan mereka bagi menghormati pendirian keluarga kedua-dua belah pihak dan harus akur dengan permintaan mereka.

Turut merahsiakan perkahwinan ialah adik kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, Siti Saerah. Siti Saerah, 27, bernikah secara rahsia dengan pasangannya, Saiful Anuar yang merupakan seorang ahli perniagaan kereta mewah dari Kuantan, Pahang pada 27 Oktober lalu.

Tahun 2010 melabuhkan tirai kisah ikatan perkahwinan artis pada majlis serba mewah dengan pernikahan dan persandingan tertutup antara hos program E! News Asia, Marion Rose Caunter Abdullah , 30, dengan usahawan muda, Ketua Pegawai Eksekutif Naza Kia, SM Nasaruddin Tan Sri SM Nasimuddin, 27, pada 17 Disember lalu selepas lima tahun menyulam cinta.

Dapatkan Kosmo! hari ini untuk mengikuti paparan sorotan figura dunia hiburan tempatan paling sensasi dan kontroversi sepanjang 2010.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.