Adsense

Jumaat, 31 Disember 2010

Celebrity News

Celebrity News


Gambar Anak Rosyam Nor Yang Comel Di ASK 2010

Posted: 30 Dec 2010 09:28 PM PST

Boleh tahan juga anak-anak abang Rosyam Nor kita ni, mungkinkah suatu hari nanti akan menjadi seorang artis seperti abang Rosyam kita :). Gambar ini ZoOm dapat dari satu laman blog yang ZoOm suka lawati dan kongsi bersama pembaca di ZoOmartis. Maklumlah ZoOm ni bukan wartawan tetapi hanya ingin berkongsi dengan anda apa yang berlaku di Alam Maya.

 Rosyam dilihat muncul bersama dua anak gadisnya pada majlis Anugerah Skrin 2010 (ASK2010) di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) pada 24 Disember lalu. Kata Rosyam, kehadiran dua anaknya iaitu Arniesha Azureen, 21, dan Nur Anis, 17, pada majlis itu bukan kerana dia tidak tegas dengan pendiriannya tetapi kedua-dua anaknya itu memujuknya untuk merasai kehangatan majlis tersebut. -mStar

Tania Hudson menghidap Asma dan Pendarahan otak

Posted: 30 Dec 2010 08:43 PM PST

ZoOm pun baru tahu mengenai penyakit Tania Hudson adik kepada pelakon, Natasha yang kini berusia 25 tahun dan bercita-cita seperti kakak beliau. Namun semua itu mungkin sukar dicapai dengan keadaan beliau ketika ini. Ikuti luahan gadis ini mengenai penyakitnya.



"Memanglah susah apabila berpenyakit kerana saya perlu berlakon demi sesuap nasi. Sebenarnya selain pendarahan dalam otak, saya juga menghidap asma tetapi saya anggap apa yang berlaku sebagai satu ujian. 


"Bagaimanapun, saya tidak suka menggunakan penyakit untuk meraih simpati. Selagi saya termampu untuk bekerja, saya akan buat tetapi jika keadaan kesihatan tidak mengizinkan, saya akan mendapatkan pelepasan dari pihak produksi. 
"Saya tahu keadaan itu akan menyusahkan pihak produksi apabila saya tidak dapat hadir ke sesi penggambaran pada saat akhir. Cuma setakat ini saya masih belum lagi menyusahkan mereka. Bagi memastikan penyakit tidak berulang, apa yang penting saya perlu mendapatkan tidur mencukupi," kata Tania yang diberi kepercayaan membintangi drama bersiri Tiramisu yang mengisi slot Akasia bergandingan dengan Pierre Andre, Sharifah Amani dan Zain Ruffedge. 

Nora Danish Minat Safee dan Khairul Fahmi !!!!?

Posted: 30 Dec 2010 08:07 PM PST

Hahahahaha ZoOm tengah survey blog awek Khairul Fahmi, last-last ternampak komen Noran Danish di Facebook. Mungkin sekadar bergurau tetapi ia turut menjadi perhatian kerana kini blog awek Khairul aka Apex ini menjadi carian yang tinggi di Google. Ops..nak suruh call ke :) 




Apa Kata Anda !!? 

Gambar kepulangan Harimau Malaya Yang Menjadi Wira Negara !!

Posted: 30 Dec 2010 07:54 PM PST

Inilah wajah-wajah pejuang Negara yang telah mengharumkan nama Malaysia dipentas bola sepak ASEAN yang sudah pasti akan dikenang sampai bila-bila. Jika sebelum ini pasukan Harimau Muda berjaya mengondol emas dalam sukan sea 2010.Kini mereka tampil garang pada penghujung tahun 2010 dengan membawa pulang Piala Suzuki yang belum pernah dibawa balik ke Malaysia.

Lagi Gambar kepulangan dan wajah gembira pasukan Harimau Malaya untuk tatapan anda di ZooMartis Dot Net.














Apex tengah call saper tu....kekasih ke  Family, kini beliau menjadi carian yang tertinggi di twitter

Jurulatih K Rajagopal yang Cool dan penuh dengan taktik yang pasti mengerukan pihak lawan. ZoOm dah pernah bertemu beliau semasa berurusan di pejabat ZoOm, memang jurulatih yang baik dan tidak sombong malah murah dengan senyuman.Semoga perjuangan beliau akan dibalas dengan balasan yang setimpal.