Adsense

Selasa, 28 Disember 2010

OHBULAN!

OHBULAN!


Shahir Tertekan Hidapi Simptom Penyakit Kanser

Posted: 28 Dec 2010 09:36 PM PST

shahir2 Shahir Tertekan Hidapi Simptom Penyakit KanserSemalam kami paparkan video Shahir meminta maaf di atas kehilangannya selama hampir sebulan, serta menangkis beberapa cerita yang mencalar imej'nya. Video berdurasi 3:39 minit itu ada menyebut bahawa dia menghilangkan diri di atas sebab-sebab kesihatan. Tiada pula cerita lanjut mengenai kesihatan'nya, sampai kami pula berfikir yang bukan-bukan. Cis!

Nah, sudah terjawab akhirnya apabila Shahir memaklumkan bahawa dia menghidapi simptom penyakit kanser selepas menjalani pemeriksaan perubatan.  Hasil temubual Shahir dengan Berita Harian, doktor mengesahkan dia mempunyai tanda-tanda penyakit kronik, lagi pun sebelum ini dia pernah dimasukkan ke dalam wad.

Sejurus selepas dimaklumkan dengan berita buruk, Shahir hanya terbayangkan kematian dan tidak tahu nak buat apa-apa. Disebabkan itu, Shahir lebih selesa mendiamkan diri kerana jiwa amat tertekan memikirkan penyakitnya.

Shahir juga risau andai kata bapanya yang menghidapi penyakit darah tinggi mengetahui penyakit kansernya. Menurut Shahir, "Lebih merisaukan bagaimana jika keluarga saya mendapat tahu perkara ini, terutama bapa saya. Sudahlah dia ada darah tinggi. Bimbang juga jika berita buruk ini membuatkan penyakitnya bertambah teruk. Jadi disebabkan tidak mahu perkara ini kecoh, saya fikir lebih baik saya mendiamkan diri saja dan mencari jalan untuk mengubat penyakit ini."

Kami doakan kesihatan Shahir sentiasa tiptop, moga dia dapat mencegah penyakit kansernya daripada merebak. Amin.

pixel Shahir Tertekan Hidapi Simptom Penyakit Kanser
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Website RTM Digodam Indonesia, Salah Hack Rupanya! LOL!

Posted: 28 Dec 2010 08:45 PM PST

Screen shot 2010 12 29 at 12.21.25 PM Website RTM Digodam Indonesia, Salah Hack Rupanya! LOL!

UPDATE : Laman web rasmi RTM adalah RTM.Gov.my, bukan RTM.com.my. Biasa'lah, propaganda Indonesia.

Selepas website pelajar Malaysia, kali ini website yang kononnya milik RTM telah digodam oleh team hacker Indonesia yang dikenali sebagai ^s0n_g0ku^, beralamat email di mabuak[at]live.com.

Mesej mereka berbaur sentimen AFF Suzuki Cup berbunyi, "Loe Main Laser Gue Olang Main Server". Nampaknya, penyokong Indonesia bersikap kebudak-budakan dengan melepaskan kemarahan secara hacking. Kemungkinan besar hacker ini berketurunan Minang apabila lagu latar yang dimainkan berjudul Ayam Den Lopeh.

Malangnya, niat hacker Indonesia ini tidak kesampaian apabila mereka salah hack website rasmi RTM, LOL!

pixel Website RTM Digodam Indonesia, Salah Hack Rupanya! LOL!
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.