Harian Metro: Rap |
Posted: 27 Dec 2010 08:13 AM PST SELEPAS memilih tarikh bersejarah 10 Oktober 2010 (10.10.10) untuk mengabadikan hari bahagianya bergelar suami, pada 25 Disember lalu pula, pelakon dan penyanyi, Firdee Akasha Rosli atau Aqasha, 28, selamat diraikan dalam majlis persandingan yang meriah. Di samping isteri tercinta, Nur Baizura Mohd Sabri, 27, resepsi bagi pihak pengantin lelaki itu berlangsung di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7, Shah Alam.
"Ia pengalaman kami impikan berdua. Sebelum pergi berbulan madu, penting untuk saya mengadakan majlis resepsi di sebelah pihak pengantin lelaki. "Malah, saya memang memilih cuti umum sempena sambutan Hari Natal ini supaya seluruh anggota keluarga dapat berkumpul. "Saya tahu persandingan ini agak lewat diadakan, tetapi tak mengapa asalkan semua keluarga dan sanak-saudara sama ada jauh atau dekat dapat bersama. Tidak terkecuali, kenalan rapat yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya. "Jujurnya, saya seorang lelaki yang sangat mementingkan kehadiran keluarga. Bahkan, saya ada seorang bapa saudara yang belayar di laut. Jadi, persandingan saya memang harus dibuat pada hujung tahun ini untuk membolehkan dia hadir. "Keutamaan saya pada kehadiran keluarga nampaknya membuahkan hasil kerana memang ramai yang hadir. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka dan semua pihak terbabit dalam menjayakan majlis ini. Selepas selesai, bulan madu pula," katanya. Baizura yang bertugas di Astro@15 (saluran 109) berjaya bertakhta di hati aktor filem Embun dan drama popular, Mentua vs Menantu itu. Kata Aqasha, dia terpikat dengan Baizura kerana sikap isterinya yang mudah berurusan dan tidak suka besarkan perkara remeh. "Hidup saya lengkap dengan kehadiran Baizura di sisi. Dia seorang yang sangat memahami dan menghormati saya. Dua bulan kami bersama, mudah saya berurusan hidup dengannya. Baizura, seorang isteri yang baik dan mampu menguruskan rumah tangga. "Apapun, buat masa kami masih belum dikurniakan cahaya mata. Barangkali, selepas balik daripada berbulan madu dan terserah kepada Yang Maha Esa. Apa yang pasti, kami tidak merancang untuk mendapatkan anak dan sekiranya cepat syukur Alhamdulillah," katanya. Menyentuh soal majlis pernikahannya yang diadakan secara sederhana, Aqasha berkata dia lebih mengutamakan kehadiran keluarga dan menghormati bapa mentuanya. Pasangan sejoli ini diijabkabulkan di Lake Fields, Sungai Besi, Kuala Lumpur dengan tema perkahwinan dalam taman pada Oktober lalu. Pada majlis itu juga, Baizura menerima wang hantaran sebanyak RM20,000 dan hantaran pula 13 dulang berbalas 11. Menyorot perkenalan dan jalinan bibit cinta yang terjalin antara Aqasha dan Baizura, ia bermula pada pertemuan tak terduga sekitar 2008 ketika hadir di majlis pertemuan semula rakan mereka. Dua tahun berkenal mesra, mereka bertunang pada 23 Mei lalu. Pasaran album Aqasha ditangguh PERNAH memaklumkan dia akan kembali ke pentas nyanyian semula dengan album terbaru berbentuk EP berjudul Qashanova yang dijangka berada di pasaran November lalu. Namun, ia terpaksa ditangguhkan Aqasha kerana dia sibuk dengan perkahwinannya. Ujarnya, album itu kemungkinan berada di pasaran pada sekitar Februari 2011 pula. Ini kerana semua urusan penting sudah selesai. Menurut Aqasha, dia terlalu sibuk dengan urusan majlis perkahwinannya hingga tiada masa untuk album itu. "Album baru saya ini sudah siap sepenuhnya dan hanya belum dipasarkan saja lagi. "Saya harus membuat perancangan teliti dan tidak boleh terburu-buru. Bagi saya, adalah lebih baik memberi ruang menguruskan majlis perkahwinan ini lebih dulu. "Ditambah lagi, perancangan untuk album ini sudah saya lakukan agak lama dan kini masa yang sesuai," katanya. Sebelum aktif berlakon, nama Aqasha pernah tercatat di pentas seni sebagai penyanyi dan popular dengan lagu Cahaya Hati di bawah naungan syarikat rakaman "Saya gembira harapan untuk muncul dengan album lagi nampaknya betul-betul terjadi. Selepas tujuh tahun menyepi, rezeki saya dalam nyanyian masih ada. Enam lagu ciptaan saya dimuatkan dalam album ini dan ia diterbitkan di bawah label, StarMount Records. "Album ini berkonsepkan pop kontemporari. Malah, single pertama akan dipertaruhkan nanti ialah lagi Disco Cinta Travolta. "Lagu lain pula ialah Obsesiku, Cantik, Cinta Romeo Kita, 1,2,3,4 dan Rhapsody Kekasih. Syarikat StarMount Records milik rakan saya. "Kami memang sepakat menghasilkan projek album ini dalam bentuk EP. Harapan saya sangat tinggi dan semoga peminat sedia menunggu dan menerima konsep yang pertama kali saya perkenalkan ini. Harapnya ia dapat dinilai dengan pemikiran terbuka," katanya. Dalam perkembangan lakonannya, Aqasha berkata, dia sibuk berlakon kerana menerima banyak tawaran. Apapun, katanya, dia terikat dengan lakonan di bawah arahan Erma Fatima selepas ini. Bahkan, Aqasha juga selesa berlakon drama berbanding filem. Foto: jangguttouch.com |
Esah ‘amuk’ di panggung Posted: 27 Dec 2010 07:49 AM PST MAMPUKAH filem Janin mengatasi kutipan tiket dua filem yang sedang hangat diperkatakan sekarang, Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) dan Ngangkung? Filem seram Janin yang menjadi taruhan syarikat penerbit, Primeworks Studios mencatat kutipan sekitar RM700,000 selama empat hari ditayangkan.
Begitupun, pihak produksi menjangkakan jumlah berkenaan akan terus meningkat berdasarkan faktor kecenderungan penonton panggung menyaksikan karya seram, cuti sekolah dan hujung bulan. Filem arahan Yeop Hitler Zami ini mendapat maklum balas positif daripada penonton yang mahukan penceritaan dan karya yang diadaptasi daripada sebuah novel Janin karya, Wan Hasliza yang juga penulis skrip bagi filem itu.
"Pelbagai promosi dan kempen yang dijalankan untuk filem ini sejak Oktober lalu mendapat reaksi positif daripada peminat setia filem tempatan. "Antaranya temu bual di media cetak, televisyen, radio dan laman sesawang selain trailer filem yang ditayangkan di seluruh pawagam. "Tidak ketinggalan sesi jelajah bertemu peminat yang disertai barisan pelakon utama filem berkenaan di beberapa lokasi terpilih seluruh Malaysia. "Filem ini bukan saja padat dengan pengajaran. Genre seram yang menjadi pilihan turut disulami emosi yang pasti meruntun jiwa penonton yang menyaksikan filem yang ditayangkan di 53 pawagam seluruh Malaysia termasuk Brunei Darul Salam," katanya. Pihaknya berharap filem berkenaan dapat ditayangkan dalam tempoh yang lebih panjang untuk memberi peluang kepada lebih ramai penonton menyaksikannya.
Namun mereka tidak mengetahui siapa yang mencuri wang berkenaan sehingga beberapa orang kampung terserempak dengan pencuri kecil atau toyol yang bernama Esah. Esah selalu mengunjungi keluarga Sutera isteri Hashim tanpa mereka sedari.
Ini membuatkan pembela Esah menjadi marah kerana hasil kecurian semakin berkurangan. Esah dimarah oleh penjaganya dan enggan diberi makan. Esah yang dahagakan kasih sayang membunuh orang yang membelanya. Tanpa tuan, Esah menjadi ganas dan menyerang penduduk kampung dan banyak kejadian negeri berlaku. Orang kampung berpakat dan mula bertindak untuk menangkap Esah, tetapi tidak berhasil. Dengan tidak disangka mereka mendapat kejutan apabila mendapat tahu mengenai hubungan antara Esah dan Sutera. Ia dibintangi Siti Shahrizah Saifuddin (Eja), Hairie Othman, Sherry Merlis, Zami Ismail, Kismah Johar, Zulkifli Zain, Ghazali Abu Noh, Kuswadinata, Riz Ainuddin, Nur Allisyah Aqilah dan Airis Yasmin. Filem yang memasuki pawagam sejak 23 Disember turut bersaing dengan filem HKLBR terbitan Tayangan Unggul, Aku Masih Dara (MIG Production) yang kini ditayangkan. Turut bersaing dua filem seram yang bakal ditayangkan seperti Damping Malam arahan Ahmad Idham (30 Disember) dan Khurafat (13 Januari 2011) arahan pemenang pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 dan pengarah lakon layar Terbaik di Anugerah Skrin 2010, Syamsul Yusof. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |