Kosmo Online - Hiburan |
Dafi minta pandangan, bukan duit Posted: Dafi minta pandangan, bukan duitMASIH muda dan usianya baru menjangkau angka 22 tahun tetapi sudah memiliki sebuah syarikat sendiri Laugh Out Loud Entertainment (LOLE) yang dilancarkan pada hari yang sama dengan sambutan hari lahirnya yang ke-22 baru-baru ini. Mungkin kerana usianya yang masih muda dan bapanya Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob merupakan Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyebabkan ramai orang berkata, syarikat LOLE itu ditubuhkan atas bantuan bapanya. Tidak melenting atau menunjukkan sebarang tanda amarah, Dafi menjelaskan, perancangan untuk menubuhkan LOLE itu sudah lama berada dalam fikirannya. Memandangkan modal yang besar diperlukan, Dafi mengambil masa untuk mengumpul dana daripada usahanya sendiri. "Saya buka syarikat ini guna duit saya sendiri yang saya simpan sejak saya jadi artis empat tahun yang lalu. Saya tidak minta duit bapa saya. Apa yang saya minta adalah pandangan daripadanya sebelum saya buka syarikat, itu sahaja selebihnya saya buat sendiri bersama rakan kongsi yang merupakan pengurus saya iaitu Afik," ujarnya yang memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan syarikat LOLE. Tambah Dafi, meskipun bapanya seorang menteri, apa yang diperolehnya hari ini adalah berkat usahanya sendiri di samping sokongan moral yang diberikan bapanya.
"Bapa saya tidak pernah memanjakan saya. Semua duit yang saya laburkan dalam LOLE saya simpan sikit-sikit dan setelah mempunyai dana yang cukup baru saya buka LOLE. Kalau saya mahu ambil jalan yang mudah, awal-awal lagi saya sudah buka syarikat dan minta duit daripada bapa saya tetapi saya tahu, perkara itu tidak akan berlaku. Jadi, saya kena usahakan sendiri," jelasnya. Syarikat yang ditubuhkan bagi memantapkan kerjayanya selaku seorang anak seni itu telah menjadikan Dafi seorang yang lebih bertanggungjawab dan berdikari kerana kini dia bukan lagi penyanyi di bawah naungan mana-mana syarikat rakaman atau pengurusan sebaliknya dia harus berusaha sendiri. "Buka syarikat sendiri satu pengalaman yang berguna untuk saya kerana saya belajar untuk berkerja keras. "Pendapatan yang diperolehi bukan masuk ke akaun saya sahaja, sebaliknya banyak perkara yang harus diselesaikan seperti membayar sewa pejabat dan sebagainya. "Jadi, saya harus merancang perjalanan kerjaya saya supaya jumlah wang yang masuk ke syarikat dapat menanggung segala perbelanjaan selain memperolehi sedikit keuntungan," katanya. Menurut Dafi lagi, tujuannya menubuhkan LOLE bukan sahaja untuk menguruskan kerjanya sahaja, sebaliknya, perancangannya pada masa depan dia mahu LOLE menjadi sebuah syarikat pengurusan acara, artis dan mengeluarkan produknya sendiri. "Bila ada syarikat segala urusan membabitkan perniagaan menjadi lebih mudah, setakat hari ini LOLE akan digunakan sebagai platform untuk memantapkan kerjaya saya terlebih dahulu, selepas saya berjaya baru saya akan menguruskan artis lain pula," tutur Dafi mengatakan bapanya merupakan sumber inspirasinya untuk berjaya. Dafi yang kini berada di Eropah kerana bercuti bersama keluarganya juga memberitahu tahun depan, dia akan memberi fokus ke bidang nyanyian dan akan mengeluarkan sebuah album baru. MERIAH. Dafi bersama barisan peminat fanatiknya yang sentiasa menyokong karier seninya. "Tahun 2010, saya sibuk dengan lakonan sehingga mengabaikan pula bidang nyanyian. Saya memang seronok berlakon tetapi bapa saya menasihatkan saya supaya fokus kepada satu perkara sahaja iaitu nyanyian dan perkara yang lain itu dianggap sebagai kerja sampingan sahaja. "Jadi, tahun 2011 merupakan kemunculan semula saya dalam bidang nyanyian dan tidak bernaung dengan mana-mana syarikat rakaman membolehkan saya menentukan sendiri hala tuju muzik yang saya mahukan. "Setakat hari ini saya baru sahaja selesai merakamkan sebuah lagu baru ciptaan Omar K yang berentak pop. "Bermula bulan Januari sehingga Mac tahun depan saya akan sibuk mencari material untuk album, manakala album penuh yang akan memuatkan enam buah lagu akan keluar sekitar Jun depan,"katanya. Hari lahir ke-22 Sambutan hari lahir Dafi yang ke-22 seperti biasa disertai oleh keluarga dan kelab peminatnya iaitu Kelab Peminat Dafi Malaysia, bertemakan Masquarade Nite - The New Beginning telah diadakan di Dewan Kompo, Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur. Dewan diubah mengikut tema dan peminat yang hadir juga mengayakan pelbagai jenis pakaian. Acara dimulakan dengan persembahan fesyen yang dibantu oleh peminatnya dan di setiap pakaian tertera huruf yang jika dicantumkan akan tertera nama syarikat LOLE serta kehadiran aktres jelita yang bakal bersara, Rozita Che Wan membawa sejambak bunga sebagai simbolik kepada pelancaran LOLE. Semasa kek dibawa ke dewan, Dafi dikejutkan dengan kehadiran temannya, Marsha serta kumpulan pujaannya One Nation Emcee. Tidak ketinggalan peminat disajikan oleh persembahan daripada Dafi sendiri selain persembahan secara mengejut Dafi bersama One Nation Emcee. TIDAK ketinggalan membuat persembahan bagi menghiburkan tetamu yang hadir pada majlis hari jadinya. "Saya tidak sangka One Nation Emcee datang ke majlis hari jadi saya. Memang tidak jangka, sebab saya tidak diberitahu mengenainya. "Apa pun majlis hari jadi saya yang ke-22 sungguh bermakna kerana selain dapat berkumpul dengan keluarga dan peminat, ia juga medan untuk saya memperkenalkan syarikat saya. "Kiranya, pada usia 22 tahun, banyak perkara serius yang berada di fikiran saya. Tidak hanya menjadi penyanyi dan pelakon kerana saya kini seorang ahli perniagaan. Saya berharap agar tahun depan akan memberi lebih kejayaan kepada saya," ucapnya penuh serius. | ||
Posted: Keterujaan Hansen, JoanneOleh NOOR ASHREEN ISMAIL
SETELAH setahun menempuh kejayaan atau kegagalan, kesedihan mahupun kegembiraan, kini tiba untuk kita membuka kamus baru di dalam kehidupan seharian. Bak ungkapan, 'tutup buku lama, buka buku baru', begitulah setiap kali tahun baru menjelma. Menjadi personaliti televisyen program The Breakfast Show di ntv7 tidak menghalang Joanne De Rozario,35, dan Hansen Lee, 29, untuk turut meraikan sambutan tahun baru 2011 yang bakal menjelma tiga hari lagi. "Mungkin ini tahun bertuah buat kami kerana kedua-dua Hari Natal dan Hari Tahun Baru jatuh pada hujung minggu iaitu pada hari Sabtu. "Saya akan bekerja pada malam sebelum tahun baru dan cuti pada keesokan harinya," ujar Joanne. Bagi wanita tinggi lampai ini, perancangan bagi acara peribadi tahun baru belum dirancangnya lagi. Tambahnya lagi, jika pada kebiasaannya Hari Natal adalah harinya bersama keluarga dan tahun baru pula akan disambut bersama teman-temannya. "Saya belum lagi membuat perancangan di mana saya akan menyambut tahun baru saya. Tetapi, seperti sudah menjadi kebiasaan di dalam keluarga saya, Hari Natal adalah hari bersama keluarga, dan tahun baru pula, kami bebas melakukan aktiviti sama ada bersama rakan atau sebagainya," tambah Joanne yang pernah muncul sebagai pembaca berita edisi Inggeris di ntv7. Menurut Joanne, jarang bagi dirinya berkumpul ke kelab sosial bersama teman pada malam perayaan, kerana baginya lokasi tersebut semestinya akan sesak dipenuhi pengunjung dan secara langsung segalanya akan menjadi mahal. "Mungkin semasa saya muda dahulu, aktiviti ini dipilih akan tetapi setelah umur meningkat, kebiasaannya saya akan berlepak di rumah rakan-rakan yang mana mereka akan meraikan majlis malam tahun baru untuk disambut bersama sahabat handai," katanya yang setelah matang, dia lebih gemar menghabiskan masa yang berkualiti bersama rakan-rakan. Bagi hos dan penyampai televisyen ini, sudak menjadi kelaziman tahun barunya disambut bersama teman-teman di luar negara. Sebelum ini juga, selama dua tahun berturut-turut tahun barunya disambut di Hong Kong. Mengimbas kembali tentang sambutan Hari Natal kali ini, katanya: "Semestinya, setiap kali Hari Natal menjelma, beli-belah menjadi perkara perlu untuk dilakukan. Pada tahun ini, saya dapat membuat persiapan awal berbanding tahun lepas, saya agak kelam- kabut kerana kesuntukan masa. "Hari Natal saya tahun kali ini akan disambut di rumah ibu bapa saya yang bertempat di Ampang, Selangor." Hansen diamkan diri Mempunyai sedikit persamaan dengan Joanne, Hansen Lee juga belum punyai rancangan awal untuk menyambut malam tahun barunya. Akuinya juga, beberapa tahun lepas, dia seperti hanya 'mendiamkan' diri sahaja tanpa ke kelab untuk menyambut perayaan ini. SAMBUTAN Tahun Baru dan Hari Natal bagi Hansen dan Joanne sekarang ini tidak lagi sama seperti mana ketika pada usia remaja mereka dahulu. "Saya dan rakan-rakan akan hanya adakan majlis kecil, minum-minum, dan mungkin pergi ke kawasan yang membolehkan kami melihat percikan bunga api sempena tahun baru," kata jejaka berbadan tegap yang pernah aktif ke dalam bidang peragaan itu. Bagi Hansen, apabila seseorang itu telah sampai ke suatu tahap umur, individu itu akan merasakan parti bukanlah sesuatu yang paling diinginkan untuk berhibur. "Saya telah melakukannya (berparti) di zaman remaja saya. Jadi kini setelah umur meningkat, saya hanya lebih gemar menghabiskan masa bersama teman-teman dan berbual-bual. "Perbualan kami mungkin mengenai masa depan, pencapaian kami mahupun mengimbau kenangan masa lalu," tambahnya lagi," ungkapnya. Mungkin berkaitan dengan pengalaman hidupnya setelah meningkat umur, azam tahun baru Hansen ialah untuk memberi lebih perhatian terhadap persekitaran sebenar yang merupakan perhubungan sesama insan dari hanya melihat 'status' mereka melalui laman web interaktif sosial seperti Facebook dan Twitter. "Azam tahun baru saya ialah untuk mengurangkan melihat perkembangan rakan-rakan melalui Facebook dan Twitter. Ia seperti 'menjauhkan' saya daripada perhubungan sesama insan di dunia sebenar dan rakan-rakan lain," ujarnya serius. Sambutan Hari Natal bagi jejaka ini mungkin tidak semeriah Joanne yang sememangnya dilahirkan di dalam keluarga yang menganut agama Kristian. Keluarga Hansen pula penganut agama Buddha. Menurut Hansen, Hari Natal baru-baru ini disambut di rumah kakaknya yang menetap di Singapura. "Ini kerana ibu bapa saya yang tinggal di Seremban, Negeri Sembilan tidak begitu mementingkan sambutan Hari Natal kerana kami bukannya beragama Kristian. Jadi, mereka tidak kisah jika kami tidak bersama sekeluarga pada Hari Natal. "Kerana itu saya selalunya akan berada bersama kakak saya kerana dia dan keluarganya adalah penganut Kristian," jelasnya yang tidak pernah lekang dengan senyuman sepanjang temu bual berlangsung. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |