Adsense

Selasa, 28 Disember 2010

Sensasi

Sensasi


Kisah Coli Laser dan Julia Perez

Posted: 28 Dec 2010 03:45 PM PST




Bukan setakat baju je yang selalu singkat,bahkan pemikiran Jupe atau Julia Perez nie pun sememangnya secetek pakaiannya jugak..

Kisah tentang Laser semasa perlawanan AFF ,ala yang Malaysia belasah 3-0 kat Indonesia,masih menjadi bualan ramai pihak.

Tak terlepas Jupe yang mencari publisiti murahan dengan membuat kenyataan bahawa dia akan memakai pakaian dalam lengkap dengan Laser untuk mengganggu konsentrasi pemain bola sepak Malaysia..

Kenapa Jupe perlu buat mcm tue?adakah dia sendiri sedar yang pasukan Indonesia tidak hebat sehingga memerlukan dia untuk mengganggu pemain Malaysia?kesian..

Julia Perez nie memang terkenal dengan keseksiannya dan suka mendedah body kat orang ramai..

Plis lah Jupe..Dont make urself a joke....kenapa Jupe memilih Coli sebagai pilihannya sebab Jupe nie memang nak sgt tunjuk kat orang dada dia..hee tak senonoh je..



Awas skuad bola sepak Malaysia! Sebagai langkah membalas dendam atas gangguan cahaya laser ke atas penjaga gol Indonesia di Stadium Bukit Jalil kelmarin, Julia Perez menyiapkan senjata sulit untuk pemain Malaysia esok.

Kata Julia, pemain Malaysia akan 'diajar' melalui cahaya laser, tetapi ia lebih unik kerana dipancarkan dari coli khasnya.


"Saya akan turun padang menyaksikan perlawanan pusingan kedua Indonesia menentang Malaysia di Stadium Bung Karno di Jakarta.

"Kali ini saya akan pakai coli dilengkapi cahaya laser - biar buta mata semua pemain Malaysia.


"Saya tak rela pasukan Indonesia diperlakukan begitu oleh penyokong Malaysia di Kuala Lumpur," katanya.


Dalam perlawanan pusingan pertama di Kuala Lumpur kelmarin, Malaysia membuat permulaan meyakinkan apabila membenam Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir pusingan pertama Piala Suzuki.

Indonesia mendakwa, gangguan pancaran laser yang dihalakan kepada penjaga gol pasukan itu menjadi punca mereka tewas teruk.


Walaupun dilihat seperti bergurau, penyanyi dangdut dan aktres simbol seks itu sebenarnya serius dengan janjinya.

"Memang saya akan datang bersama coli laser, kecuali ada arahan dikeluarkan melarangnya," katanya

Video Shahir Beri Penjelasan masalah Disiplin kerana Sakit

Posted: 28 Dec 2010 03:33 PM PST




Jadi artis ada turun naiknya.Bagi seorang artis yang baru naik,mereka sering diperhatikan dan dengan mudah di hakimi oleh orang sekeliling terutama sekali Industri hiburan itu sendiri.

Shahir sebelum nie dikaitkan dengan masalah disiplin,yang melibatkan pembatalan appointment pada saat-saat akhir dengan hanya melalui SMS.Setiap kali akan memberikan alasan tidak sehat.

Bahkan konsert yang sepatutnya dijayakan oleh shahir di I-city,pun last minute Shahir SMS ckp tak sehat kepada pengurusan Astro.Itu yang menimbulkan masalah dengan masalah disiplin Shahir.Ada yang ckp,nak menghubungi Shahir cukup susah,setiap kali samada hempon ditutup atau tak dijawab...

Kemudian seorang wartawan yang cuba menghubungi shahir menerima SMS drpd Shahir berbunyi "Kebahagiaan dalam perpisahan"..ada yang buat spekulasi yang Shahir nie putus cinta sehingga membawa diri ke kampung dan takda mood nak layan orang..

Akhirnya empunya badan tamppil untuk membuat kenyataan,dan kata Shahir,dia tidak sehat dan ini adalah dugaan tuhan..

Sensaso pun malas la nak komen lebih-leih sebab sensasi pun tak berapa nak sehat..

Layanzz

Britney Spear bertunang dengan bekas Ejennya Jason Tarwick

Posted: 28 Dec 2010 11:04 AM PST


Britney Spears memarakkan khabar angin selepas dilihat memakai apa yang kelihatan seperti cincin tunang dalam sekeping gambar terbarunya, semalam.

Penyanyi berambut perang itu, yang berpacaran dengan bekas ejennya, Jason Trawick sejak setahun lalu, tersenyum lebar ketika bergambar dengan Santa Claus bersama adiknya, Jamie Lynn.


Gambar itu kemudian diletakkan dalam laman rangkaian sosialnya. Pada jari manis tangan kirinya, kelihatan sebentuk cincin perak. Meskipun hubungannya dengan Trawick, 38, sepanjang 18 bulan lalu tidak selalunya lancar, sumber yang rapat dengan Spears berkata, mereka kini sudah serius untuk berkahwin.

Spekulasi itu semakin marak apabila mereka dilihat meraikan Krismas bersama keluarga Trawick sebelum berlepas ke Louisiana untuk meraikan perayaan itu bersama keluarga Britney pula.


Beberapa minggu sebelum ini, terdapat laporan mendakwa Trawick bersikap ganas terhadap penyanyi itu.


Bagaimanapun, Britney menyangkal laporan berkenaan dengan menyifatkan media yang menyiarkannya sebagai pembohong

Tini Hot Fm selamat melahirkan bayi Perempuan

Posted: 28 Dec 2010 09:13 AM PST

Tahniah diucapkan kepada Tini Hot FM kerana telah melahirkan anak perempuan yang kini berada dalam keadaan sehat walafiat.Tini telah melahirkan babynya pada 27 Disember 2010 jam 8.45 pagi seberat 3.2kg..

Gambar Baby Tini belum dapat lagi sebab baru je berumur dua hari,sabar ye..

Tini semasa hamil mcm seksi la pulak kan,sensasi sebelum nie tak pernah tengok Tini seksi masa tak mengandung dulu....

Sekali imbas tengok mcm Bunga Citra Lestari masa mengandung pulak ..




Bakal Isteri Prince William,Kate Middleton Persis Lady Diana

Posted: 28 Dec 2010 09:02 AM PST

Akhirnya setelah 8 tahun bercinta dengan Kate Middleton ,Prince William telah melamar kekasihnya itu dan bakal berkahwin pada April 29, 2011 di Westminster Abbey.

Pasangan ini pertama kali bertemu semasa Prince William belajar tahun pertama di St Andrews University di Scotland,dimana Kate telah menjayakan Fahsion show carity disana.

Prince William telah melamar Kate dengan romantik dihadapan rakan-rakannya semasa mereka melawat Kenya pada oktober 2010,dan pertunangan mereka diumumkan kepada org ramai pada 16 November 2010.

Seingat sensasi lah,dulu pasangan nie ada jugak putus hubungan dan bercinta balik setelah beberapa tahun berpisah.Namun jodoh mereka kuat,jadi akhirnya mereka kembali bersama.

Fesyen Kate nie banyak yang kita lihat seolah-olah meniru gaya Lady Diana iaitu mendiang ibu Prince William.

Dengar kata Pasangan nie bakal ditabalkan menjadi King and Queen of England sebab mereka lebih sukakan Prince William naik takhta berbanding ayahnya Charles.















Kejam: Dicucuh api oleh kekasih

Posted: 28 Dec 2010 08:40 AM PST

Sensasi terima Emel ini,berkaitan nasib seorang perempuan yang telah dicucuh api sehingga terbakar oleh kekasihnya akibat cemburu...

Sensasi sebenarnye kurang suka tengok gambar-gambar mcm nie...

Kadang kala apabila kita marah,dan tidak mengawal diri,syaitan akan mula mempengaruhi tindak tanduk kita.Dan kemarahan itu yang tidak terkawal membuatkan seseorang itu hilang pertimbangan dan menurut kata hati..sehingga ada yang sanggup bertindak dengan kejam..

Sensasi rasa org yang kejam nie ada masalah mental la..sebab dier langsung dah hilang keupayaan untuk berfikir dengan waras...itu namanya gila..

Jadi bila marah ada baiknya kita berisgtifar 3 kali,berkali2 pun takpa...insyaallah dapat mengurangkan rasa marah...

Kalau pasangan kita sedang marah2,kita mintak dier beristighfar dulu dan tarik nafas...mungkin boleh menghilangkan sikit rasa marah...hehe..Sensasi ada cuba teknik ini,and berkesan lah... :)

Lagipun percayalah setiap perkara yang menyakitkan kita berlaku pasti ada hikmah disebaliknya...