OHBULAN! |
(Video) Hanis Zalikha 10 Selebriti Paling Dicari Google, Dan Stalker? Posted: 21 Dec 2010 08:02 PM PST Hanis Zalikha, seorang model dan juga blogger terkenal tanah air merupakan salah seorang daripada 10 selebriti yang paling dicari di Google bagi tahun 2010. Dan, kerana populariti, Hanis Zalikha turut diikuti oleh seorang mamat bergelar AH secara diam-diam. Amat jarang kita dengar artis Malaysia diikuti oleh peminat fanatik ala-ala spy, senang cakap, stalker. Namun, ini'lah yang terjadi kepada Hanis Zalikha, apabila kehidupan peribadi dia menjadi penawar hati buat jejaka bernama AH. AH, atau lebih dikenali sebagai Aziz Hazmi mendedikasikan 4 buah video sebagai hadiah buat Hanis Zalikha, jalan cerita memang menarik. Sweet gitu! Mula-mula, saspen juga. Apakan tidak, ada stalker weyh! Apabila kami bertanyakan kepada Hanis, dia menjawab, video-video tersebut dihasilkan oleh 2 pelajar Aswara (Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan) untuk projek assignment mereka. Malah, video-video tersebut memang mendapat perhatian oleh Hanis Zalikha untuk dijadikan topik projek. Fuh, pandai betul geng-geng Aziz Hazmi memilih topik, nak yang cantik letup-letup je! Projek video berjudul Lagenda Budak Vidiyo ini mendapat sambutan daripada gadis-gadis remaja yang inginkan teman lelaki seperti AH. Kata mereka, lelaki zaman ini tidak romantik, tak pernah dedikasi'kan sebarang video untuk mereka. Eh, kalau macam tu, kami ni romantik'lah juga eyh? Perasan! Layankan 3 video Lagenda Budak Vidiyo selepas ini, mungkin ada yang meluat. Tetapi, lihat dari aspek hiburan, memang nice! |
(Gambar) Anzalna, Dewi Remaja 2010 & Teman Lelaki Mat Saleh Posted: 21 Dec 2010 06:58 PM PST Beberapa keping gambar Anzalna, peserta Dewi Remaja 2010 bersama teman lelaki warga Mat Saleh mengintai email kami pagi tadi. Babak romantis pasangan ideal ini pasti menjadi idaman kalian, terutama'nya anda yang sering termimpikan wajah Edward Cullen, Johnny Depp & Tom Cruise. Anzalna (22), kelahiran Pulau Pinang berkebolehan berbahasa Perancis, mungkin sering bertutur dalam bahasa tersebut bersama teman lelaki'nya. Ini yang buat kami berkobar-kobar nak belajar Perancis, tetapi apa nak buat, lidah dah kelu. Kami pun tertanya-tanya, berapa ramai gadis Melayu yang berkebolehan berbahasa, serta mempunyai wajah yang cantik? Kalau anda berkebolehan seperti Anzalna, kongsikan pengalaman anda bersama kami di ruangan komen. p/s: Kami boleh berbahasa Mandarin, Abang Nara boleh berbahasa Korea. Kredit penuh buat Beautifulnara untuk gambar spy, selepas ini. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |