Adsense

Selasa, 21 Disember 2010

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Masalah Disiplin : Shahir (AF8) Balik Kampung, Ibu Beri Penjelasan

Posted: 20 Dec 2010 06:03 AM PST


PETALING JAYA: Penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi yang dikatakan menghadapi masalah disiplin sejak kebelakangan ini sedang berehat di kampungnya di Kampar, Perak.

Menurut ibunya, Mahanum Osman, kesihatan juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu agak terganggu dan dia memerlukan masa untuk menenangkan fikiran.

"Buat masa ini, biarlah dia berehat dahulu dan apabila tiba masanya nanti dia akan memberikan penjelasan tentang beberapa perkara yang diperkatakan terhadapnya selama ini.

"Saya minta maaf bagi pihak Shahir dan berharap semua pihak memberikan masa kepadanya dan memberikan kerjasama sebaiknya," jelas Mahanum ringkas ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Penyanyi itu dikatakan mula menimbulkan masalah apabila beberapa sesi fotografi yang telah diatur dibatalkan pada saat-saat akhir.

Malah dia juga gagal hadir semasa sesi mencabut nombor giliran sempena Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) anjuran TV3 baru-baru ini selain tidak muncul dalam Konsert Ria 2010 pada malam Ahad lalu di I-City, Shah Alam, Selangor.

Menurut Mahanum, kegagalan Shahir muncul dalam konsert di Shah Alam itu kerana dia mengalami migrain dan pihak Astro telah memberi kebenaran untuk Shahir tidak terlibat dalam acara itu.

Berhubung masalah Shahir yang tidak muncul di sesi fotografi pula Mahanum berkata anaknya mempunyai sebab-sebab tertentu yang hanya diketahui di kalangan mereka sahaja.

Sementara itu, pihak Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) ketika diminta menjawab perkara tersebut berkata mereka akan memikirkan perancangan lain tentang Shahir selepas ini.

Mizz Nina Sudah Pilih Warna Dan Tema Majlis Nikah

Posted: 20 Dec 2010 05:53 AM PST


KUALA LUMPUR: Penyanyi Mizz Nina sudah menentukan warna dan tema untuk empat resepsi perkahwinannya dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh yang dijadualkan pada Julai tahun depan.

Ia melibatkan warna hitam, putih, ungu dan berpakaian Jepun.

Kata Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, adalah penting bagi dia dan Noh untuk merancang majlis perkahwinan mereka lebih awal supaya ia berlangsung dengan sempurna.

"Saya merancang untuk menggunakan warna hitam dan putih yang mencetuskan elemen klasik pada majlis akad nikah saya pada 1 Julai sementara untuk majlis resepsi pada 3 Julai pula saya memilih warna ungu bersesuaian dengan konsep perkahwinan kontemporari moden Melayu.

"Untuk warna ungu pula saya akan menggunakan dari warna ungu pekat sehinggalah ungu cerah. Ia turut diadun dengan warna perak dan kelabu," katanya kepada mStar Online, Isnin.

Nina hadir ke majlis pengumuman Konsert Ambang 2011 Kuala Lumpur di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, di sini.



Dia akan membuat persembahan pada malam 31 Disember nanti bersama artis-artis seperti Amy Search, Datuk David Arumugam dan Ramlah Ram. Nina akan mempersembahkan lagu popularnya What You Waiting For.

Mizz Nina dan Noh telah pun melangsungkan pertunangan pada 6 November lalu dengan kehadiran tetamu terdekat seramai 50 orang di rumah keluarga Nina di Ampang Jaya, Selangor.

Menurutnya lagi, untuk majlis resepsi bersama pihak media dan rakan-rakan yang akan diadakan di Doubletree Hotel Hilton pada 6 Julai, dia dan Noh akan menggunakan tema Jepun kerana mereka berdua amat meminati budaya masyarakat negara itu.

"Kebetulan pula moyang saya ialah orang Jepun. Jadi tema berkenaan amat sesuai untuk saya. Noh pun suka dengan cita rasa itu.

"Untuk majlis di rumah pihak lelaki pula kami belum memikirkan konsepnya lagi," katanya yang juga anak Pengerusi Kumpulan Ambank, Tan Sri Azman Hashim.

Sementara itu mengenai perkembangan terkininya, Nina berkata, dia baru pulang dari Sri Lanka tiga hari lalu selepas membuat promosi muzik dan nada dering.

"Saya merupakan antara artis pertama membuat promosi di Sri Lanka. Muzik dan nada dering saya boleh diperoleh di sana. Saya cuba untuk menguji pasaran yang berbeza," katanya.

Promosi dan pengenalan nada dering itu merupakan usaha pertamanya sebelum mengadakan konsert di negara tersebut.

google: mizz nina, persediaan pernikahan mizz nina, tarikh pernikahan resepsi mizz nina, tema mizz nina, resepsi mizz nina, persiapan mizz nina, berita mizz nina, gosip mizz nina, kontroversi mizz nina, berita terbaru terkini mizz nina

Tak Hirau Kontroversi, Rezeki Zizan Nin Semakin Bertambah

Posted: 20 Dec 2010 05:47 AM PST


PETALING JAYA: Pelakon Zizan Nin tidak menganggap kontroversi yang berlaku terhadapnya sejak kebelakangan ini sebagai batu penghalang untuk dia meneruskan karier dalam industri seni.

Malah, pelakon yang sedang popular menerusi drama Putera Katak ini semakin rancak mengatur tawaran lakonan yang bagaikan 'pisang goreng panas'.

Sekarang ini, dia sedang berlakon filem Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki dan bakal memasuki penggambaran telefilem Ribel untuk RTM serta beberapa buah drama rantaian untuk Astro.

"Saya bersyukur dengan rezeki yang diberikan ini walaupun selama ini banyak kontroversi yang telah saya lalui," katanya.

Terbaru, dia dihambat kontroversi apabila syarikat pengurusannya Aquila Emas Sdn Bhd meminta bayaran RM40,000 sebagai cara bagi mengelak Zizan terlibat dalam pementasan teater Muzikal Tun Mahathir yang akan dipentaskan di Istana Budaya dari 21 hingga 30 Januari tahun hadapan.

Menurut Zizan, selepas kontroversi yang melanda, Zizan tidak pernah memikirkan untuk menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya akur dengan apa yang berlaku dan menerima dengan hati terbuka.

"Saya mahu meletakkan titik noktah tentang isu RM40,000 ini dan lebih memikirkan tentang perancangan saya pada tahun 2011 supaya kerjaya dan lakonan saya bertambah mantap.

"Imej kami mungkin tercalar tetapi biarlah orang nak kata apa," ujarnya yang tidak pernah lokek dengan senyuman.

Cuba meredakan keadaan dan mahu meleraikan kekusutan yang berlaku, Zizan dengan merendah diri tetap mengingati dan mengucapkan terima kasih kepada penerbit teater itu, Siti Rohayah Atan dan pengarah, Rosminah Tahir.

Di sebalik insiden yang berlaku, Zizan turut bersyukur kerana ramai peminat yang seolah-olah memahami keadaan yang berlaku dan tidak terus-menerus menghukumnya.

Dia akui kebanyakan peminat di laman sosial Facebook dan Twitter lebih banyak bertanyakan tentang perkembangan kariernya berbanding kontroversi yang berlaku.

Shaheizy Sam Tidak Sempat Berehat

Posted: 20 Dec 2010 05:46 AM PST


KUALA LUMPUR: Pelakon Shaheizy Sam, 28, berkata kesibukannya mengisi jadual lakonan yang padat sepanjang tahun ini menyukarkannya untuk berehat panjang.

Biarpun mengakui kepenatan ekoran pelbagai tawaran berlakon yang harus dipenuhi, dia bagaimanapun menganggap tempoh rehat yang singkat di antara satu projek kepada projek yang berikutnya adalah memadai demi bidang lakonan yang dicintainya.

"Saya akui memang penat kerana tidak berhenti-henti bekerja sepanjang tahun ini. Namun, saya hadapi kesukaran untuk berehat. Jauh sekali untuk pergi bercuti.

"Bagi saya tidak mengapa jika tidak dapat bercuti panjang pun. Kebiasaannya, kalau ada waktu senggang selama tiga empat hari, saya akan berehat di rumah saja. Itu pun sudah memadai," katanya kepada mStar Online.

Mengulas lanjut, Sam berkata, kekuatan dan keistimewaan skrip-skrip filem yang diterimanya sepanjang tahun ini menyebabkan adik kepada dramatis Zizie Ezette ini sukar untuk menolak tawaran itu.

"Sepanjang tahun ini, saya menerima banyak skrip filem yang sukar untuk ditolak begitu saja. Satu demi satu skrip filem yang datang mempunyai kekuatan masing-masing.

"Mahu tidak mahu saya harus menyahut cabaran dan peluang yang terhidang. Bukan hendak bersikap tamak tetapi selagi permintaan masih ada dan kebetulan pula skripnya bagus, mengapa tidak saya rebut peluang itu," katanya yang baru saja menamatkan penggambaran filem Songlap.

Dalam filem arahan Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Ishak itu, Sam menggalas watak sebagai Am iaitu abang kepada Ad (lakonan Syafie Naswip).

Filem berjalur aksi drama itu mengisahkan tentang kehidupan dua beradik Am dan Ad yang terlibat dalam kancah penjualan bayi.

Filem yang turut membariskan Sara Ali, Omar Abdullah, Rozie Rashid, Normah Damanhuri dan Eliza Wong ini bakal ditayangkan pada tahun 2011.

Kumpulan Eve Gugup Kerana Izwan Pilus

Posted: 20 Dec 2010 05:41 AM PST


PETALING JAYA: Jika sebut nama Eve, pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah mereka kerana penyanyi berkumpulan dari Singapura ini masih lagi baru dalam industri hiburan.

Sebab itu tiga orang penyanyi wanita yang memperkenalkan diri mereka sebagai Yanie Hassan, Asila Osmera dan Evie Roslan ini tidak malu mengaku terpaksa menumpang populariti penyanyi Izwan Pilus.

Ini kerana, mereka bakal tampil dengan single duet berjudul Tiba Tiba Cinta yang akan dimainkan di corong radio pada awal Januari depan.

Eve dipilih untuk menggantikan penyanyi Maiya Rahman, juga dari Singapura yang tidak dapat berduet dengan Izwan kerana mempunyai komitmen lain.

Bagaimanapun, Izwan menepiskan isu siapa tumpang siapa sebaliknya menganggap kehadiran Eve sebagai suatu langkah baru untuk memajukan diri mereka dalam bidang muzik.


Izwan dan Eve bakal muncul dengan single duet Tiba Tiba Cinta pada awal Januari depan melibatkan kerjasama pihak Singapura dan Malaysia.
Bercerita tentang pengalaman menarik sepanjang menjalani rakaman lagu tersebut di studio milik AG Coco iaitu Kamar Seni di Taman Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur pada 9 Disember lalu, Eve akui terpaksa melalui rakaman lagu yang paling mencabar setakat ini.

"Kami agak gugup apabila mendapat tahu pasangan duet kami adalah Izwan Pilus yang terkenal di Singapura dan Malaysia.

"Selain itu, lagu yang berentak retro dan rancak ini agak berbeza kerana menampilkan nyanyian tiga wanita dan seorang lelaki. Lebih-lebih lagi kami mendapat guru vokal yang tegas dan berbakat seperti Farith Taib.

"Lagu ini mempunyai banyak bahagian harmoni dan belum pernah lagi dalam rekod peribadi kami menyanyikan lagu seperti ini," kata Eve.

Eve ditubuhkan pada tahun lalu selepas mereka muncul dalam program realiti nyanyian berjudul Anugerah di Singapura pada tahun 2009.

Dari bergerak solo, mereka menubuhkan kumpulan selepas itu muncul dengan single pertama berjudul Wanita Istimewa (duet dengan kumpulan B8 dari Singapura).

"Kami menghasilkan lagu-lagu bertemakan wanita. Sebab itu kami memilih nama Eve untuk kumpulan ini yang bermaksud hawa.

"Lagu Wanita Istimewa dihasilkan untuk tribute kepada pengidap barah pangkal rahim. Selain itu, kami turut menghasilkan lagu kedua berjudul Super Girl," ujar Eve lagi.

google: kumpulan eve, album baru kumpulan eve, single terbaru kumpulan eve, lagu baru kumpulan eve, kumpulan baru kumpulan eve, kumpulan eve seksi, kumpulan eve hot, poster kumpulan eve, ahli kumpulan eve, nama ahli kumpulan eve, kumpulan eve video, lirik kumpulan eve, download mp3 kumpulan eve, youtube kumpulan eve