Harian Metro: Rap |
'Saya hanya pengacara majalah' Posted: 20 Dec 2010 06:04 AM PST SELEPAS Erra Fazira dan Nasha Aziz, giliran sebagai duta wajah Avon 2011 kini menjadi milik wartawan penyiaran dan pengacara jelita, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain. Ditemui pada majlis memperkenalkan duta baru produk itu kelmarin, Nurul yang tampil menggayakan busana berwarna merah mengakui dia dia tak pernah terfikir akan diberikan tanggungjawab berkenaan.
"Bukan mudah dipilih menjadi duta produk. Pelbagai kriteria dilihat untuk penilaian termasuk proses penapisan teliti kerana ada ramai calon lain. "Saya melihat ini sebagai kepercayaan walaupun baru lima tahun dalam bidang penyiaran.
"Pada saya, Vanidah ialah pelakon yang hebat. Justeru, saya yakin dengan kewibawaan diri dan bakatnya itu mampu menarik lebih ramai penonton, sekali gus membantu meningkatkan rating program berbentuk majalah kekeluargaan ini.
Menurut Nurul, dia sedar Nona sendiri sudah ada pengikut setianya. Namun, dalam soal rating sebenarnya tidak boleh diletakkan sepenuh tanggungjawab berkenaan kepada pengacara semata-mata, sebaliknya aspek pengisian program juga sangat penting.
Perancangan perkahwinan
"Apapun, yang pasti perkara itu takkan berlaku dalam masa terdekat ini kerana saya terlalu sibuk dengan kerjaya. "Mungkin dalam masa empat tahun lagi. Sekarang adalah masanya saya memberi tumpuan pada karier termasuk menyertai aktiviti promosi barangan Avon. "Oleh itu, saya belum ada masa memikirkan soal itu melainkan karier saja," katanya.
Katanya, saingan terlalu sengit kerana ramai calon yang hebat.
"Manakala, saya hanya pengacara majalah dan sukar untuk menjangkakan peluang. Apapun, saya gembira dengan karier ini dan popular atau tidak, itu ditentukan peminat.
|
Posted: 20 Dec 2010 05:48 AM PST LAZIM penggiat seni dan masyarakat tahu Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) adalah penganjur Anugerah Industri Muzik (AIM) yang diadakan saban tahun. Namun, di bawah pucuk pimpinan barunya dipengerusikan Norman Abdul Halim, yang dilantik mengendalikan organisasi itu untuk penggal 2010 hingga 2012, anggota KRU ini berusaha membawa pembaharuan pada pencapaian lebih baik.
"Sesuai dengan kewujudan RIM sejak 32 tahun lalu, pelan yang diperkenalkan bukan perancangan jangka pendek atau sekadar mengikut acara yang bersifat santai.
"Menerusi pelan ini, saya berharap kegemilangan RIM kembali apatah lagi AIM akan tetap diadakan pada suku keempat tahun depan. "Pada 2012, RIM akan memperkenalkan penganjuran empat acara AIM mengikut segmen bahasa berbeza iaitu Melayu, Inggeris, Cina dan India. Keputusan ini dibuat untuk memfokuskan segmen tertentu.
"Begitu juga, pembaharuan dilakukan pada aspek pertambahan juri manakala Astro diumumkan sebagai penyiar rasmi baru AIM. Bagi tempoh pencalonan, ia dilanjutkan sehingga 30 Jun 2011.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |