Adsense

Rabu, 8 Disember 2010

OHBULAN!

OHBULAN!


(Kontroversi) Erma Fatimah Terbitkan Semula Drama Kisah Nor Suzaily?

Posted: 08 Dec 2010 11:09 PM PST

Erma Fatima Diana Danielle ASK 2009 (Kontroversi) Erma Fatimah Terbitkan Semula Drama Kisah Nor Suzaily?

Pada tahun 2000, kes rogol, liwat dan bunuh yang terjadi kepada seorang penganalisis komputer bernama Nor Suzaily menjadi topik perbualan negara sehingga mencetuskan ketakutan buat kita kerana kekejaman pembunuh'nya. Yang paling menyayatkan hati, kes bunuh Nor Suzaily berlaku hanya beberapa minggu sebelum perkahwinannya pada musim hari raya.

Kisah seperti berikut :

7 Oktober 2000 : Seorang jurutera komputer, Nor Suzaily Mokhtar, 24, telah dirogol dan dibunuh secara kejam di dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya telah dicampakkan di sebuah jalan di kawasan pembinaan perumahan Taman Bukit Tinggi, Klang. Polis telah menahan pemandu bas ekspres terbabit, Hanafi Mat Hassan, 36, dan kini dia sedang dihadapkan di mahkamah atas tuduhan merogol dan membunuh Nor Suzaily.

Nak dijadikan cerita, Erma Fatima ada menerbitkan sebuah drama berjudul '5 Hari Raya' yang diadaptasikan daripada kisah pembunuhan kejam tersebut pada hujung tahun 2000. Drama '5 Hari Raya' dilakonkan semula oleh Umie Aida bersama Hairie Othman. Malangnya, kisah sedih tersebut diharamkan tayangan kerana mendapat bantahan daripada keluarga si mati.

dramamumie (Kontroversi) Erma Fatimah Terbitkan Semula Drama Kisah Nor Suzaily?

Via Wikipedia Umie Aida

Kini sudah 10 tahun berlalu, kisah Nor Suzaily pun makin dilupakan. Namun, pihak TV9 mengumumkan akan menayangkan sebuah drama berjudul 5 Disember. Ironi sekali, drama ini mempunyai jalan cerita yang mirip dengan modus operandi kes pembunuhan Nor Suzaily.

Sinopsis drama 5 Disember seperti berikut :

Berlainan dengan telefilem 5 Disember yang disiarkan pada 29 Disember jam 9.30 malam. Arahan Erma Fatima ini menceritakan kisah Mastura yang mati akibat dirogol dan diliwat oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Beberapa hari sebelum kejadian, Mastura ke Kuala Lumpur untuk menghadiri temuduga setelah mendapat tawaran bekerja.

Aidil, tunangnya menunggu di stesen bas, namun sehingga jam 12.00 tengah malam Mastura masih tidak muncul. Keadaan menjadi lebih sedih apabila polis meminta keluarga Mastura membuat pengecaman mayat. Kematian Mastura membuatkan kehidupan Aidil tidak tentu arah malah lebih teruk daripada keluarga Mastura sendiri.

5 Disember menjadi tarikh keramat bagi mereka kerana itu adalah tarikh perkahwinan Mastura dan Aidil. Kakak Mastura, Laily Mastika, peguam handalan, berusaha mencari keadilan bagi adik kesayangannya.

Usaha Laily Mastika menjejak pembunuh sebenar Mastura akhirnya berjaya dan keadaan menjadi bertambah sayu apabila mendengar pengakuan pembunuh itu.

5 Disember telah dilakonkan oleh Umie Aida, Aaron Aziz dan Aqasha. Pelik juga, 5 Hari Raya pernah diharamkan tayangan, 5 Disember lepas pula. Adakah drama 5 Disember merupakan re-branding daripada drama 5 Hari Raya?

Yang paling menjadi tanda tanya, adakah keluarga arwah Nor Suzaily membenarkan kisah pembunuhan tersebut di'tayangkan?

Kredit penuh buat sokmogitu daripada Forum Cari yang membawa isu ini ke pihak media.

pixel (Kontroversi) Erma Fatimah Terbitkan Semula Drama Kisah Nor Suzaily?
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Remy Ishak & Maya Karin Lakon Filem Cun, Kisah Hero Kampung Tackle Awek Bandar

Posted: 08 Dec 2010 10:30 PM PST

149729 158133114226047 155006161205409 249915 7431385 n Remy Ishak & Maya Karin Lakon Filem Cun, Kisah Hero Kampung Tackle Awek Bandar

Bila hero kampung cuba try test awek glamer, tagline filem Cun yang mengandingkan Remy Ishak & Maya Karin sebagai pelakon utama ini, bakal ditayangkan di pawagam pada tahun depan. Filem Cun berkisarkan anak kampung yang tidak pernah ke bandar dan pertemuannya dengan Luna(Maya Karin), seorang pengacara progam realiti gosip Meletups dari bandar membuka lembaran baru dalam diri Atan (Remy Ishak). Atan dan Luna datang dari dua dunia yang berbeza, mereka bertemu dan jatuh cinta namun mereka keliru dengan hati dan perasaan masing-masing!

Selingan, ada rakan kami yang tidak bersetuju apabila Remy Ishak menduduk carta no. 1 sebagai selebriti lelaki paling hensem. Kata'nya, Sam Shaheizy lebih layak sebab pandai merempit. Ha ha.

Kalau Maya Karin pula yang merempit di sekitar kampung, macam mana? Enjoice!

73640 158557334183625 155006161205409 251874 589678 n Remy Ishak & Maya Karin Lakon Filem Cun, Kisah Hero Kampung Tackle Awek Bandar

76717 163261500379875 155006161205409 273235 5456544 n Remy Ishak & Maya Karin Lakon Filem Cun, Kisah Hero Kampung Tackle Awek Bandar

Kredit gambar : Fanpage Filem Cun

pixel Remy Ishak & Maya Karin Lakon Filem Cun, Kisah Hero Kampung Tackle Awek Bandar
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.