Adsense

Rabu, 8 Disember 2010

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Raja Farah bersara berlakon?

Posted: 07 Dec 2010 08:19 AM PST


TIDAK sampai sebulan melangsungkan perkahwinan, pelakon cantik, Raja Farah Raja Aziz, 22, membuat keputusan meninggalkankerjaya seninya.

Walaupun berat namun bagi Raja Farah itu adalah keputusan yang dibuat setelah berbincang dengan suaminya dan ianya bukan paksaan mana-mana pihak.

Keputusan meninggalkan bidang lakonan mungkin agak mengejutkan sementelah dia masih muda dan berbakat sebagai pelakon.

Namun nasihat suami, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 25, agar dirinya mengurangkan kehidupan glamor membuatkan Raja Farah berulang kali berfikir apakah langkah terbaik yang perlu diambil.

Menjejakkan kaki ke dunia glamor seawal usia 15 tahun barangkali telah memberi pelbagai perspektif dan pengertian bagi dirinya tentang pahit dan manis disimbahi kemilau cahaya glamor.

Mengharungi dunia glamor bukanlah semudah yang disangka.

Jelasnya, banyak pengorbanan terpaksa diberikan terutamanya soal tumpuan masa, perasaan dan privasi.

"Saya ambil keputusan ini atas nasihat suami juga. Kalau diikutkan, saya belum bersedia meninggalkan dunia lakonan sebab saya masih belum mencapai apa yang saya idamkan dalam lakonan iaitu memenangi anugerah.

"Sebagai permulaan saya akan mula mengehadkan penglibatan saya dalam bidang ini sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada dunia lakonan.

"Di masa depan, jika sesekali nak berlakon saya hanya menerima jika skrip dan cerita yang mampu menguji bakat saya.

"Saya sebenarnya sudah mula berasa rimas dan bosan apatah lagi apa yang selalu saya inginkan tidak dapat. Memang berat juga membuat keputusan sebegini.

"Nak kata kecewa tidaklah. Saya jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk kuatkan usaha," kata Raja Farah dengan nada tenang.

Dihambat gosip yang cukup menguji baru-baru ini tentang hamil sebelum nikah benar-benar meruntun jiwa pelakon filem Apa Kata Hati itu.

Apatah lagi gosip tersebut 'menyerang' menjelang hari bahagianya pada pertengahan November lalu.

Kini, Raja Farah mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan pula.

Di sebalik raut wajah yang tenang menceritakan pengunduran dirinya itu, rupa-rupanya ada rasa kecewa yang dipendam selama tujuh tahun mengharungi hidup sebagai anak seni.

Siapa sangka dalam diam, Raja Farah terpaksa berdepan dengan masalah kesihatan akibat tekanan hidup yang seiring mengulit popularitinya.

Mengulas pertanyaan mungkinkah gosip yang melanda dirinya sebelum ini menjadi faktor utama dia membuat keputusan tersebut, tanpa berselindung Raja Farah menjelaskan dia benar-benar kecewa dengan apa yang berlaku.

"Saya sangat kecewa. Kadang-kadang rasa sampai tak boleh nak beri penafian. Bayangkan saya mengalami migrain dan tertekan untuk menghadapi apa yang berlaku.

"Ingatkan masa mula-mula terlibat dalam seni saya boleh tangani pelbagai gosip rupanya tidak. Apatah lagi, gosip yang datang adalah fitnah.

"Kesan daripada gosip itu, ahli keluarga memandang serong pada saya begitu juga peminat. Namun, saya bersyukur setelah membuat penjelasan mereka adalah orang yang banyak memberi sokongan," kata Raja Farah.

google: raja farah, raja farah berhenti berlakon, raja farah dan aku masih dara, raja farah kecewa, raja farah sedih, raja farah dan suami, gambar terkini raja farah, photo terkini raja farah, aku masih dara, aku masih dara trailer, aku masih dara pelakon, pelakon aku masih dara, pengarah aku masih dara, penerbit aku masih dara, video aku masih dara, ost aku masih dara, soundtrack aku masih dara, kutipan aku masih dara, tiket aku masih dara, pawagam aku masih dara, tarikh tayangan aku masih dara

Lisa Surihani & gila babi

Posted: 07 Dec 2010 08:17 AM PST


EH, ramai betul yang terkejut bila dengar pelakon cantik Lisa Surihani tersasul menyebut perkataan "gila babi" ketika mengacarakan program Mari Menari pada minggu lalu.

Kata Lisa, "gila babi" yang dimaksudkan itu hanya untuk menggambarkan betapa hebatnya salah satu persembahan peserta Mari Menari pada malam tersebut.

Bagi Joyah tak ada apa yang nak dibisingkan kalau setakat menyebut "gila babi" sebab rasanya masih banyak lagi perkataan lain yang teruk yang sering kali diungkapkan oleh kebanyakan anak seni kita tapi orang lain tak dengar.

Bukan apa, banyak sangat media baru yang dok sensasikan cerita tersebut sampai menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak. Joyah anggap bila Lisa dah sedar kesilapan tu dah okeylah.

Kalau tak ada insiden macam ni, mungkin Lisa terlepas pandang. Bila dah berlaku macam ni baru jadi pengajaran dan akan diingati sampai bila-bila.

Apa yang membuatkan Joyah kagum dengan Lisa apabila dia berjaya mengumpulkan lebih sejuta peminat di rangkaian sosial Facebook. Bukan calang-calang artis mampu lakukan. Hebat bukan?

google: lisa surihani, lisa surihani gila babi, video lisa surihani gila babi, video ucapan lisa surihani gila babi, mari menari lisa surihani gila babi, lisa surihani, penyakit gila babi, maksud gila babi, makna gila babi

Ngangkung kutip RM3.6 juta

Posted: 07 Dec 2010 08:15 AM PST

JOYAH pasti saat ini produser David Teo memang tengah senyum panjang dengan kutipan filem Ngangkung yang mencecah RM3.6 juta dalam tempoh enam hari. Hebat sungguh filem keluaran David yang memang pecah panggung tiap-tiap kali masuk panggung.

Walaupun Joyah masih belum berkesempatan nak tonton filem pasal nombor ekor ni, Joyah pasti ramai yang dah ketawa pecah perut dengan gelagat Shaheizy Sam, Angah, Azad Jazmen dan ramai lagi pelakon yang ada dalam filem ini.

Ramai yang memuji filem ini memang lawak. Bila buat filem lawak, orang mesti nak pergi tengok sebab tak ramai orang kita yang nak fikir berat-berat bila masuk panggung. Inilah masanya orang nak redakan tekanan kerja dan macam-macam lagi. Itu alasan yang Joyah selalu dengar.

Pada Joyah tak kisahlah apa sekalipun alasannya, sebab buat filem ni menuntut pengorbanan yang tinggi. Bagi orang bisnes filem merupakan lubuk duit untuk menjana kekayaan. Tapi bagi orang seni filem tempat untuk mengekspresi bakat yang ada di samping memartabatkan filem itu sendiri.

Macam filem 2 Alam juga. Joyah tak pasti apa yang dah jadi. Dengar cerita kutipan filem tak sampai RM1 juta pun. Apa jadi pada produser dia? Terus senyap jual ubat kurus sahaja ke?

Bagi Joyah produser dia banyak duit, boleh buat apa sahaja. Carilah orang yang betul-betul boleh mengarah kalau nak jadi produser yang hebat. Kalau syok sendiri alamatnya tak ke manalah.

google: kutipan ngangkung, tiket ngangkung, pawagam ngangkung, jualan tiket ngangkung, kutipan terkini ngangkung, poster ngangkung, ost ngangkung, soundtrack ngangkung, pelakon ngangkung, pengarah ngangkung, penerbit ngangkung, ngangkung box office, berita ngangkung, terbaru ngangkung

Anita Sarawak: tinggalkan dunia nyanyian?

Posted: 07 Dec 2010 08:14 AM PST


BEBERAPA bulan kebelakangan ini, nama penghibur tersohor ini agak sepi dari sebarang publisiti di media massa.

Sehinggakan ramai yang mula bertanya ke manakah hilangnya Anita Sarawak atau lebih mesra disapa Kak Nita itu.

Kalau dia 'menghilang' sekali pun, selalunya bukanlah dalam tempoh masa yang lama. Paling kurang pun dalam sebulan dan destinasi utama pilihannya adalah Amerika Syarikat.

Apabila berpeluang bertemu dengan Anita dan bertanyakan perihal itu, wanita yang cukup mesra media itu merungkai segala 'misteri' kehilangannya selama hampir tiga bulan ini.

Seperti lazimnya, setiap kali Anita muncul selepas bercuti, setiap kali itu jugalah dia akan tampil dengan imej baru yang membuat ramai yang mula berbisik memuji penampilannya.

Manakan tidak. Anita atau nama sebenarnya, Ithnaini Mohd. Taib ini tampil anggun dengan imej berpakaian serba hitam sedondon bersama suami tercinta, Mahathir Abdullah.

Ditambah pula dengan aksesori mewah dari jenama Suhara menambahkan lagi nilai eksklusif Anita yang selama ini menjadi identitinya.

"Sebenarnya, saya tidak ke mana pun. Sekitar pertengahan bulan Ramadan, saya dan suami telah ke Amerika Syarikat untuk menguruskan perniagaan serta bercuti.

"Dalam masa yang sama, kami juga sempat berlayar ke Eropah dan hanya pulang ke tanah air pada minggu kedua Aidilfitri.

"Kembalinya ke Malaysia, saya sudah sibuk dengan kerjaya seni dan rakaman rancangan Astana yang memerlukan saya bekerja tanpa henti.

"Dalam masa cuti pun, saya masih sibuk bekerja dan menguruskan Astana. Jadi, faktor itulah barang kali boleh menjawab persoalan anda ke manakah saya menghilang kebelakangan ini," jelas Anita disulami ketawa kecil.

Penghibur berusia 58 tahun ini ditemui pada majlis pelancaran program terbarunya, Astana di Restoran Ibunda, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Majlis itu juga menyaksikan kehadiran Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi dan Ketua Pegawai Eksekutif Pensonic, Dixon Chew.

Seperti mana yang diketahui ramai, Anita bukan sahaja hebat di pentas nyanyian tetapi juga bijak mewarnakan karakternya sebagai seorang perantara program yang dikendalikannya.

Program-program seperti Chef Diva, Anita, Kwek Mambo dan Perang Kuali telah membuktikan kredibiliti Anita sebagai seorang pengacara di dalam kelasnya yang tersendiri.

Biarpun sudah pelbagai program dikendalikan Anita, namun, penghibur sejati ini mengakui cabaran mengendalikan Astana juga bukan calang-calang.

Lebih-lebih lagi, pendekatan Astana memang jauh berbeza dengan program lain yang pernah dia kendalikan kerana Astana memaparkan gaya hidup dan cara hidup eksklusif para pemilik rumah mewah di negara ini.

Mungkin dari segi luaran, penonton dengan mudah akan membuat kesimpulan apabila melihat Anita menjalankan tugasnya dalam rancangan itu.

Tetapi kata Anita, semuanya bukanlah semudah yang disangka kerana tidak semua personaliti yang dipilih bersedia untuk berkongsi gaya hidup mereka dengan masyarakat.

Ini kerana takut mereka akan dituduh sebagai riak dan sengaja mahu menunjukkan kemewahan yang mereka miliki.

"Astana bukan soal menunjuk-nunjuk tetapi saya mahu masyarakat mengambil sesuatu yang positif kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

"Kesemua personaliti yang dipaparkan dalam program ini bermula dari bawah dan perlahan-lahan mereka membina nama sehingga mampu mencapai kejayaan.

"Selalunya orang akan menyangka kalau sudah menjadi kaya-raya, mereka hanya akan duduk di rumah dan goyang kaki sahaja. Namun, hakikat sebenarnya tidak.

"Mereka masih lagi gigih bekerja sehingga sekarang dan aspirasi mereka juga sebenarnya mendorong semangat saya untuk berjaya seperti mereka," luah Anita penuh jujur dan bersungguh tentang program yang mengambil konsep rancangan Barat, Lifestyles of the Rich and Famous sekitar tahun 80-an dan 90-an.

Bukan itu sahaja, Anita juga mengharapkan Astana dapat membantu dan memberi inspirasi kepada audiens khususnya dalam aspek hiasan dalaman.

google: anita sarawak, anita sarawak facebook, anita sarawak twitter, anita sarawak blog, anita sarawak myspace, anita sarawak dan suami, anita sarawak terkini, terbaru anita sarawak, suami anita sarawak, gambar anita sarawak dan keluarga, anita sarawak dan suami, gosip anita sarawak, skandal anita sarawak, berita anita sarawak, gosip panas anita sarawak, buah dada anita sarawak, anita sarawak seksi, anita sarawak hot, anita sarawak panas

Rohana Jalil: Cantik bukan kerana botox

Posted: 07 Dec 2010 08:11 AM PST


ISU suntikan botox di kalangan artis tempatan sebenarnya bukan lagi satu berita baru. Kalau ditanya tentang perubahan mendadak pada wajah mereka, masing-masing mempunyai jawapan tersendiri.

Sama ada hendak mengaku atau terus berbohong kepada peminat dengan menafikan tindakan mereka itu, semuanya terpulang pada artis itu sendiri.

Hakikatnya, sekeping gambar tidak akan menipu sesiapa yang melihatnya kerana di situlah tersimpannya pelbagai cerita yang boleh ditafsir.

Masyarakat hari ini sudah semakin bijak menilai dan usahlah cuba hendak menipu mereka dengan pelbagai jawapan yang ada kalanya tidak masuk akal.

Artis popular, Ifa Raziah misalnya mengakui pernah bergelumang dengan dunia suntikan sehingga satu ketika dia sedar akan kemudaratan yang perlu dihadapinya lalu dia berhenti menggunakannya.

Keberanian Ifa memang wajar dipuji kerana dia sedar sampai bila harus berbohong kepada masyarakat. Sedangkan buktinya sudah jelas terpampang di akhbar dan majalah.

Kadangkala yang menjadi mangsa adalah pihak media yang sering dipersalahkan kerana dikatakan tidak mahu mendedahkan kisah artis yang sebenarnya mengamalkan suntikan pada wajah dan badan mereka.

Sebagai pengamal media, apa yang ditulis dan keluar di akhbar itu semuanya berdasarkan fakta serta kenyataan daripada hasil temu ramah yang berlangsung.

Kalau jawapannya ya, maka, itulah apa yang ditulis dan begitulah sebaliknya.

Hits juga tidak terkecuali apabila mendapat pelbagai reaksi daripada pembaca dan peminat yang sering kali bertanyakan tentang perubahan wajah artis yang pada mereka kelihatan cukup ketara sekali di dalam gambar.

Lebih menghairankan mereka, artis yang sudah berusia pun tidak mahu kalah dengan penampilan diri seolah-olah mahu bersaing dengan artis muda yang bergetah.

Tidak suntik wajah

SALAH seorang daripadanya adalah juara Bintang RTM 1980, Rohana Jalil yang juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa perdebatan peminat hiburan.

Mereka tertanya juga apakah benar Rohana juga sama seperti artis lain yang cukup gemarkan suntikan. Peminat merasakan wajahnya kelihatan jauh berbeza jika hendak dibandingkan pada 10 atau 15 tahun lalu.

Mungkin akan ada yang mencebik, apa hendak disibukkan dengan kes cucuk muka ini kerana bukan hanya artis tetapi sekarang ini orang biasa pun ada yang melakukannya.

Berkesempatan bertemu dengan penyanyi yang cukup masyhur dengan lagu Rayuanku di kediamannya yang terletak di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini, Hits mengambil peluang itu untuk merungkai segala persoalan yang bersarang di minda peminat selama ini.

Sejauh manakah kebenaran tentang isu perubahan wajah Rohana yang bukan hanya meniti di bibir peminat hiburan tetapi juga menjadi topik perbualan di laman sembang di alam maya.

Dalam sesi temu ramah itu, penulis juga membawa beberapa keping gambar lamanya yang dicetak daripada arkib gambar Utusan Malaysia untuk ditunjukkan kepada tuan punya badan.

Dengan tenang, Rohana memberikan justifikasi terhadap isu yang menjadi topik perbualan kami pada petang itu sambil membelek-belek gambar yang berada dalam genggamannya.

Diselak beberapa kali dan ditenungnya gambar-gambar ketika zaman kegemilangannya seraya berkata: "Saya tidak menyuntik wajah saya untuk menjadi cantik. Kalau dilihat pada wajah saya dalam gambar-gambar ini, semuanya adalah kerana teknik solekan.

"Dulu manalah saya pandai menyolek wajah sendiri ketika mahu membuat persembahan. Segala alat solek yang ada ketika itu, semuanya saya gunakan tanpa banyak bicara.

"Begitu juga dengan penampilan saya. Semuanya mengikut peredaran zaman. Tetapi, sekarang zaman sudah moden. Sudah ada jurusolek yang cukup bijak dan kreatif dalam menyolek wajah.

"Saya sendiri pun banyak belajar daripada mereka. Bukan hanya jurusolek tetapi juga pereka fesyen yang tidak lokek memberikan tips untuk menjaga penampilan diri."

Punya peminat sendiri

MELIHAT kepada rejim kecantikannya, penulis sengaja mengusik isteri kepada seorang pegawai polis, Jangir Khan itu apakah dia mahu bersaing dengan artis-artis muda sekarang ini.

"Saya sudah melalui zaman populariti saya dan buat apa saya hendak bersaing dengan anak-anak muda. Saya mempunyai kumpulan peminat sendiri yang sehingga ke hari ini masih lagi kuat menyokong saya.

"Saya terus menyanyi pun kerana minat yang terlalu mendalam. Pernah saya mahu berhenti menyanyi dan duduk di rumah seperti suri rumah yang lain tetapi tidak boleh.

"Tangan ini masih lagi mahu menggenggam mikrofon dan membuat persembahan. Bukan tidak pernah suami saya suruh bersara tetapi saya akan melakukannya bila masanya sampai," jelasnya sambil memberitahu anak ketiganya, Syakila Nisha, 18, kini mengikut jejak langkahnya sebagai seorang artis.

Sementara anak sulung dan keduanya, Rosella, 22, dan Shakirah Idora, 20, kata Rohana, lebih selesa dengan bidang yang tiada kaitan dengan dunia seni.

google: rohana jalil, rohana jalil facebook, rohana jalil blog, rohana jalil twitter, gambar rohana jalil dan anak, rohana jalil dan suami, gambar keluarga rohana jalil, rohana jalil seksi, rohana jalil dan botox, jenama botox rohana jalil, teknik solekan rohana jalil, solekan rohana jalil, tips solekan rohana jalil, make-up rohana jalil