Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Hubungan kembali pulihPEMILIK seraut wajah jelita ini tidak sememangnya menimbulkan kekaguman buat yang melihatnya. Namun padah menjadi orang terkenal, dia tidak terkecuali dilanda kontroversi. Selain dihimpit dengan kontroversi mengenai kes saman menyaman dengan sebuah gedung kain terkenal tanah air sebelum ini, baru-baru ini tersebar pula khabar angin mengenai kisah keretakan rumah tangganya sehingga dikatakan bakal bercerai setelah lima tahun berkahwin. Ketika diajukan pertanyaan mengenai khabar angin tersebut, tanpa berselindung Zahnita Dorothy Husein Wilson secara berterus-terang tidak menafikan bahawa rumah tangganya memang pernah mengalami masalah. "Apa yang diperkatakan itu benar dan hubungan saya dan suami memang ada sedikit masalah sebelum ini. Ia terlalu peribadi untuk diceritakan, tetapi apa yang boleh diperkatakan pada masa itu seperti sudah tiada lagi persefahaman antara kami. "Setelah keadaan menjadi lebih buruk, kami ambil keputusan bertemu dengan kaunselor untuk mendapatkan nasihat. Ternyata selepas itu hubungan saya dan suami beransur pulih dan kini sudah kembali seperti biasa," ujarnya. Menurut Zahnita yang berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Zackery Ghouse, tiada pasangan suami isteri yang tidak pernah mengalami masalah rumah tangga dan apa yang berlaku terhadap dirinya itu menjadi pengajaran berguna dan dia meluahkan rasa syukurnya kerana masalah yang dialami telah dapat diatasi. Katanya lagi, dia juga sesekali tidak akan mengambil keputusan untuk bercerai. Ujarnya, selain disebabkan anak, dia juga mengakui sangat mencintai serta tidak boleh hidup tanpa di sisi suami yang sangat dicintainya itu. Sementara itu, ketika ditanya adakah dia menyesal mengambil keputusan berkahwin dalam usia muda, Zahnita menjelaskan tiada istilah penyesalan apabila berkahwin awal dan menganggap ia adalah jodoh yang telah ditentukan kepadanya.
Ujarnya, selama ini dia bahagia dengan kehidupan yang dilalui dan biarpun bergelar seorang isteri dan ibu, namun suaminya tidak pernah menghalangnya terus bergiat aktif dengan bidang yang diceburinya ini. "Sejak daripada dahulu lagi saya memang sudah ada perancangan dalam hidup. Perkahwinan juga adalah sebahagian daripadanya dan saya juga mempunyai impian untuk memiliki anak yang ramai, tuturnya. Dalam pada itu, mengulas mengenai kes saman yang dihadapinya pula, Zahnita enggan mengulas panjang mengenai perkara tersebut. Dia hanya memberitahu kes berkenaan akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi pada 24 Februari 2011. Model gred A, pelakon gred D Selain menempa nama sebagai antara model popular di negara ini, pastinya ramai juga yang sudah mengetahui bahawa Zahnita juga pernah mewarnai seketika industri hiburan tanah air dan bergelar pelakon filem sebelum ini. Kepada mereka yang pernah menonton filem Gila-Gila Pengantin Remaja dan Kuliah Cinta pada tahun 2004 pastinya dapat menyaksikan kelibat Zahnita yang membawakan watak perempuan gedik dan penggoda. Bagaimanapun, selepas kedua-dua filem berkenaan, Zahnita dilihat terus sepi daripada lakonan. Apatah lagi setelah berkahwin, dia lebih selesa memberi tumpuan kepada rumah tangga di samping bergiat aktif sebagai model sepenuh masa. Kini selepas enam tahun tidak berlakon, dia mengakui ada menyimpan hasrat untuk kembali berkecimpung dalam bidang lakonan. Zahnita ditemui ketika memperagakan set perhiasan jed jenama Mandalay bernilai RM8.8 juta pada acara peragaan jed jenama tersebut pada majlis yang turut membabitkan supermodel Amber Chia dan penampilan khas pakar fengshui, Lillian Too di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur, kelmarin. Menurut Zahnita, biarpun kini sibuk dengan kerjaya modeling dan menguruskan rumah tangga tetapi keinginan untuk berlakon masih tidak padam dalam dirinya. Apatah lagi dia memiliki asas lakonan dan pernah belajar berlakon ketika menuntut di luar negara suatu ketika dahulu. ZAHNITA bersama pakar fengshui, Lillian Too (tengah) dan Amber Chia. "Bukan tidak pernah ada tawaran berlakon yang diberikan kepada saya sebelum ini. Namun saya hanya ditawarkan watak-watak yang sama iaitu sebagai seorang perempuan gedik dan penggoda hingga menyebabkan saya terpaksa tolak tawaran tersebut. "Sebenarnya saya sendiri tidak kisah untuk membawakan apa sahaja watak termasuklah sebagai perempuan jahat. Saya tidak mahu ditawarkan berlakon semata-mata kerana kecantikan, tetapi disebabkan bakat yang dimiliki," ujar ibu kepada Zahra Feena Zackery yang sudah mencecah usia empat tahun. Menurutnya, dia beranggapan bahawa keadaan itu sebenarnya adalah satu mesej kepada dirinya sendiri bahawa dia bukanlah seorang pelakon yang bagus. Jika tidak, masakan tiada penerbit atau pengarah yang sanggup untuk memberikan watak yang lebih mencabar kepadanya. Ujar Zahnita lagi, dia lebih gemar sekiranya dikenali sebagai seorang model yang dikategorikan dalam gred A berbanding menjadi seorang pelakon kategori gred C atau gred D. Pada masa yang sama, Zahnita juga memberitahu dia lebih selesa untuk berlakon filem berbanding drama. Bukan kerana terlalu memilih, tetapi dia merasakan berlakon dalam sesebuah drama agak sukar dan memerlukan tempoh yang lama ketika menjalani sesuatu penggambaran. "Lagipun saya sudah ada pengalaman berlakon dalam dua buah filem sebelum ini. Jadi, sasaran saya pada tahun hadapan agar dapat membintangi satu atau dua buah filem dengan watak yang menarik," ujarnya. | ||
Siti harap dapat anak tahun depan Posted: Siti harap dapat anak tahun depanOleh ADLAN JAAFAR SITI bersama suami dan kakak ipar, Zaini (lima dari kiri) dan Xian Yin (dua dari kiri) pada sidang media Sity Avita Sdn. Bhd. baru-baru ini. TAHUN 2010 bakal melabuhkan tirai untuk memberi laluan dengan kehadiran tahun 2011. Sepanjang tahun ini, penyanyi kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza seakan-akan menyepi sedikit dalam dunia seni. Tiada konsert, tiada album baru malah baru-baru ini telah menarik diri daripada bertanding dalam Anugerah Bintang Popular. Waima Siti ada merakamkan album CTKD (Canda, Tangis, Ketawa, Duka) bersama sahabat baiknya, Kris Dayanti pada tahun lalu dan album solo berjudul Tahajjud Cinta pada tahun yang sama. Bagi peminat Siti yang sentiasa mengikuti dirinya, pasti sedar tahun 2010 bagi Siti telah diisi dengan aktiviti perniagaan. Seolah sudah serius terlibat dalam perniagaan dan sudah mula perlahan-lahan meninggalkan dunia nyanyian. Siti Nurhaliza dengan jelas menidakkan perkara tersebut. "Saya masih sayang kepada dunia nyanyian. Malah, saya rasa rindu untuk mengadakan konsert. "Nyanyian ialah cinta pertama saya dan melalui nyanyian juga saya dapat mencapai semua impian saya. Dapat membuka perniagaan dan kehidupan Siti yang bertambah baik," luah Siti berhubung kecintaannya terhadap dunia seni suara. Siti juga menambah, dia perlu untuk melakukan sesuatu untuk menyokong kehidupan di masa hadapan. Seperti mana khalayak melihat usaha Siti sepanjang tahun 2010 ini jelas menunjukkan dunia perniagaan menjadi pilihan. "Tambahan pula, selain menyanyi, bidang kecantikan dan kosmetik ialah nyala rasa Siti. "Bagi Siti, sekarang ialah masa yang terbaik untuk Siti terlibat dalam dunia perniagaan," kata pelantun lagu Jerat Percintaan ini. Selepas melancarkan produk Simply Siti pada bulan Mac yang lalu, terkini, Siti telah menjadi rakan niaga dalam sebuah syarikat jualan langsung yang sudah beroperasi di Malaysia sejak 2008. Sebagai permulaan, pembukaan rasmi Sity Avita Sdn. Bhd. di Menara UOA Bangsar baru-baru ini menjadi tanda usahasama Siti dan Syarikat Avita. "Siti diperkenalkan dengan produk Celergen keluaran Avita oleh kakak ipar Siti, Zaini (Muhd. Jiwa) dan kami sekeluarga mencuba. "Selepas hampir setahun menggunakan produk Celergen, kesan segera yang Siti dapat ialah ia memberi tenaga, kulit menjadi cantik dan membaiki sel-sel dalam badan. "Hasilnya amat baik dan disebabkan itu juga Siti berani melabur dalam perniagaan ini," kata Siti yang enggan memberitahu jumlah pelaburan yang dibuat walaupun diasak dengan persoalan tersebut. Celergen ialah penokok pemakanan antipenuaan dan terapi sel marin termaju dari Switzerland yang telah diluluskan oleh Pejabat Kesihatan Awam Persekutuan Swiss dengan pematuhan penuh pada FDA, Amerika Syarikat. Segala hal-hal pengurusan dalam syarikat ini diuruskan sepenuhnya oleh kakak ipar Siti, Zaini Muhd. Jiwa dan suami, Datuk Khalid Muhd, Jiwa yang turut hadir pada majlis tersebut. Turut kelihatan ialah ketua pegawai eksekutif Avita, Lee Xiang Yin. Bukan sahaja keluarga, malah Siti juga turut memperkenalkan produk tersebut kepada rakan artis yang lain seperti Kris Dayanti (KD). Setiap kali KD datang ke Malaysia, pasti dia akan memesan tujuh atau lapan kotak untuk dibawa pulang ke Indonesia. "Kami juga berharap dapat menembusi pasaran Indonesia tahun hadapan," tambah Siti yang semakin rancak menjalankan perniagaan. Antara rakan artis lain yang menggunakan produk ini ialah Umie Aida, Ziela Jalil dan Erma Fatima. Bercerita mengenai perancangan masa hadapan karier seninya, pada Disember ini, Siti akan membuat rakaman single untuk album terbaru. Antara komposer yang terlibat ialah Audi Mok, Aubrey Suwito, Aizat dan Yuna juga Siti ada buat permintaan untuk mencipta lagu. "Saya sudah tidak sabar untuk masuk studio dan memulakan rakaman," kata Siti sudah memiliki 14 album solo. Ketika ditebak dengan persoalan anak, ujar Siti: "Itu harapan saya pada tahun 2011." |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |