Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
SelebriTweets.com Pusat Twitter Selebriti Malaysia Posted: 08 Dec 2010 07:53 AM PST Selain laman sosial Facebook, Budiey sekarang ni suka menggunakan Twitter untuk mengemaskini status. Malah, Budiey rasakan makin lama bertwitter, makin syiok pula. Twitter tak macam Facebook. Kadang-kadang Budiey rasa FB ni lebih banyak yang mengarut. Apatah lagi, bila Budiey dapati ada akaun FB artis ni ada yang palsu. Berbeza dengan Twiitter, di mana kita dapat tahu dengan senang samada akaun Twitter itu milik artis atau akaun palsu. Selain Twitter ni lebih mudah, Budiey juga bersetuju dengan pendapat pembaca yang mengatakan Twitter dapat mendekatkan lagi artis dengan peminat. Begitu juga dengan peminat yang sangat excited bila artis yang mereka minati itu membalas mesej atau berkomunikasi secara langsung dengan mereka. Pendek kata, Twitter dapat menyalurkan informasi atau kegiatan selebriti dengan lebih cepat dan tepat. Dalam pada tengah syiok bertwitter, Budiey diperkenalkan satu laman yang menyenaraikan semua selebriti yang mempunyai akaun Twitter. Laman itu ialah SelebriTweets. Dengan adanya laman ini, kita tak perlu lagi bersusah payah nak mencari akaun atau nama artis kita di Twitter. Boleh dikatakan semua senarai artis Malaysia ada di sini. Semasa mula-mula bukak SelebriTweets, persepsi pertama Budiey, wah… ini satu website yang menarik di mana semua artis yang ada akaun Twiitter ada disenaraikan di laman web ini. Oh ya lupa pulak, bukan setakat pelakon dan penyanyi malah turut disenaraikan juga mengikut kategori seperti pengarah, komposer dan juga media. Dengan ciri-ciri yang begitu mudah dilayari, laman SelebriTweets ini pendek kata mengintegrasikan perkhidmatan Twitter ke dalam laman ini. Anda bebas untuk follow dan unfollow selebriti anda bila-bila masa sahaja. Anda juga boleh terus tweets dari laman web ini tanpa login di Twitter.com. Seterusnya dapat melihat apa yang selebriti update di twitter mereka. Okay, kepada pembaca semua yang nak tahu, jom layari: www.SelebriTweets.com Dan, ikut arahan ini. Cara-cara tweets:
Cara-cara follow selebriti:
Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Shila Amzah Dilantik Duta Produk Terbaru Safi Balqis Perfect 10 Posted: 08 Dec 2010 07:50 AM PST Pertama sekali, Budiey nak ucapkan tahniah buat penyanyi berbakat besar, Shila Amzah yang telah dilantik secara rasminya semalam sebagai duta terbaru bagi produk Safi Balqis. Murah betul rezeki Shila. Sebelum itu, ingin Budiey warwarkan, Shila yang dulunya terkenal dengan nama Shila OIAM sekarang ini mahu digelar sebagai Shila Amzah. Menurut Shila, memilih Shila Amzah sebagai nama komersialnya bukan kerana menidakkan penyertaannya dalam One In A Million, namun sampai kini beliau masih lagi ingat akan jasa pentas OIAM yang banyak merubah kehidupannya. Bagi Shila, lagi baik sekiranya beliau mengabadikan nama bapanya Amzah atau lebih dikenali dengan nama N.D Lala. Lebih afdhal atau lebih berkat kalau Shila digelar dengan nama Shila Amzah. Berbalik pada cerita rezeki Shila Amzah yang tak putus-putus ni, mengingatkan Budiey beberapa tahun lalu, Shila pernah dilantik sebagai talents untuk produk minuman Coca Cola, kemudian tampil dalam iklan Walls Cornetto. Kemudian, dalam iklan ubat gigi Colgate yang juga sebagai talents. Kemudian awal tahun ini, Shila dilantik sebagai duta produk minuman berkhasiat Tinge. Dan semalam, secara officially, pengeluar produk Safi Balqis iaitu UNZA telah mengumumkan kepada semua Shila Amzah sebagai duta terbaru untuk produk Safi Balqis yang dinaiktarafkan iaitu Perfect 10. Mengikut kontrak, Shila Amzah diikat untuk mempromosikan produk ini selama 2 tahun. Bagi Shila sendiri, jumlah bayaran untuk menjadi duta produk ini adalah sangat banyak bagi beliau yang masih remaja. Beliau merasa sangat terharu dan terkejut dengan kepercayaan yang diberikan. Ironinya, bila Shila sendiri mengakui bahawa selama 10 tahun berada dalam industri dan di tahun ke-10 ini, beliau dipilih untuk menjadi duta Safi Balqis yang juga menyambut ulangtahun ke-10. Dilantik menjadi duta produk di usia muda tidaklah menjadi satu masalah bagi Shila. Menyangkal bahawa Shila akan menjadi lebih matang dari usia, sebenarnya produk Safi Balqis ini digunakan juga oleh semua remaja dan sesuai untuk semua usia. Penyanyi yang kini sedang mencari material untuk album terbarunya ini masih belum memikirkan untuk berumahtangga kerana beliau masih belum menemui lelaki yang matang dan dapat memahami jiwa dan kariernya. Namun, beliau tak menolak yang kini sedang berkawan rapat dengan pemain bola sepak, Zikri yang masih berusia 19 tahun. Zikri dilihat sebagai kawan baik dan selain Zikri, Shila juga rapat dengan kawannya Bella. Shila juga merasa trauma dengan cerita-cerita teman artis yang bercinta sesama artis kemudian putus di tengah jalan. Akan tampil juga dengan album kolaborasi bersama dua bintang ternama iaitu Jaclyn Victor dan NIng Baizura dalam album 3 suara yang bergenre pop 80an dan Shila juga akan sibuk dengan roadtour Safi Balqis menjadikan jadual kalendar begitu penuh dengan aktiviti seninya. Tahniah Shila… Good luck! Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |