Adsense

Rabu, 15 Disember 2010

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Faezah Elai: Terlintas untuk undur diri

Posted: 15 Dec 2010 12:28 AM PST


DI saat namanya memuncak dan mula menjadi sebutan, tiba-tiba timbul cerita kurang enak membabitkan Noor Faezah Elai.

Heboh kini Faezah, 28, dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga pengarah Heykal Hanifah, 37, dengan isterinya, gara-gara dituduh terjebak dengan skandal. Bukan itu saja, pelakon yang mula diperkenalkan menerusi filem Otai itu dikatakan turut diserang isteri Heykal, Rosmanizawani Nadzir atau Jaja, 37, yang juga warga industri muzik.


Ditemui pada sesi fotografi khas bersama Rap, baru-baru ini, Faezah dengan tenang menjelaskan ini pertama kali namanya dipalit kontroversi yang cukup mencengkam sejak tiga tahun bergelar pelakon. Lebih menyedihkan anak kelahiran Gelugor, Pulau Pinang ini, mendakwa ia tidak benar sama sekali.

"Saya sudah menjelaskan kepada isteri pengarah itu (Jaja) gosip yang dihebohkan itu tidak benar. Tapi biasalah siapa yang nak percaya dengan cakap saya tapi saya yakin kebenarannya akan terbukti satu hari nanti," katanya.



Ahad lalu, Melodi TV3 menyiarkan kenyataan pelakon filem Ngangkung, Azad Jazmin, 34, yang mendakwa Faezah cuba berdolak-dalik apabila mengaitkan dirinya dalam gosip itu. Sebelum ini Azad dikatakan menjadi pihak yang membawa mulut atau menyampaikan cerita skandal itu kepada Jaja.


Menjelaskan lebih lanjut, Faezah berkata, dia mendapat tahu daripada sumbernya sendiri Azad yang memaklumkan gosip itu kepada Jaja.

"Tak sangka pula cerita ini jadi besar sehingga saya pula sekarang dikatakan tergila-gilakan Azad! Saya masih simpan semua mesej yang diberikan Azad kepada saya termasuk mesej cinta, tapi saya tak pernah layan semua itu. Niat saya hanyalah hendak bantu Azad mencipta nama dalam dunia lakonan kerana kami sama-sama berasal dari Pulau Pinang. Itu saja. Memang benar saya juga pernah membuat laporan polis pada 2009 kerana dulu banyak ugutan saya terima daripada Azad termasuk membabitkan maruah keluarga saya.

"Malah Heykal juga menjelaskan kepada saya isterinya sendiri beritahu Azad yang menceritakan kononnya kami ada skandal. Malah sewaktu kami berjumpa di rumah seorang penyampai TV, ramai lagi orang ada menjadi saksi. Saya dituduh datang berdua sedangkan ayah saya yang hantar ke rumah itu," jelasnya.

Faezah turut menegaskan dia jadi keliru dengan isu yang ditimbulkan itu kerana apabila dia bertanya sendiri kepada Azad (yang kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan Eira Syazira), Azad mula memutarbelitkan fakta.

Faezah juga mendakwa, Azad yang sebenarnya ada masalah peribadi dengan Heykal menyebabkan terbitnya cerita yang tidak benar. Bagi Faezah, isu itu seolah-olah berkait-kait.

"Terus terang, saya tak mahu lagi ambil pusing mengenai gosip yang diperkatakan itu kerana ia jadi semakin rumit dan berbelit. Namun, saya percaya, kontroversi seperti ini akan datang dan pergi. Tak lama lagi kalau orang dah tahu cerita sebenar, ia akan hilang dengan sendiri," katanya.


Bercerita lanjut, Faezah tidak menafikan gosip mengatakan dia cuba merampas suami orang, sedikit sebanyak membuatkan dirinya kecewa dengan industri sehingga pernah terlintas di hati untuk mengundur diri.

Click Here

"Bagaimanapun, keluarga saya minta saya bersabar. Mereka menasihatkan saya supaya menjadi lebih kuat dan faham semua ini adalah asam garam dunia artis. Mendengarkan kata-kata keluarga, saya kembali semangat.


"Bayangkan saya tinggal dengan ibu bapa. Bukan itu saja, ke mana saya pergi pasti ada ahli keluarga menemani. Saya jarang keluar berseorangan. Apabila habis penggambaran saya akan terus pulang ke rumah. Jadi bila pula masanya saya pulang pagi dan menghabiskan masa dengan pengarah terbabit. Cerita seperti ini sangat memalukan," katanya.


Faezah menegaskan, gosip membabitkan hal peribadi seperti itu bagaimanapun tidak boleh menandingi 'kata penghinaan' yang diluahkan seorang wartawan hiburan kepadanya pada awal pembabitan dalam lakonan.

"Sewaktu membintangi filem Otai, selepas majlis majlis previu, seorang wartawan datang kepada saya dan berkata kemunculan saya merosakkan filem itu. Mendengarkan kata-katanya membuatkan saya rasa sangat sedih dan geram.


Malah kenyataannya membuatkan saya trauma sehingga enam bulan tidak menerima sebarang tawaran berlakon.


"Saya akui pada awal kemunculan di layar filem lakonan saya memang teruk. Tapi saya mahu buktikan kepada diri sendiri bahawa saya boleh berubah dan maju ke depan," katanya.

Akibat daripada 'kata penghinaan' itu, Faezah hanya menumpukan perhatian kepada kerjaya sebagai pengacara. Malah banyak tawaran berlakon filem diterima waktu itu, tetapi ditolak.

Untuk memulihkan kembali keyakinan, Faezah kembali memulakan karier lakonan dari bawah dengan membintangi drama sebagai watak pembantu dan bekerja dengan pengarah berkaliber, antaranya Datin Paduka Shuhaimi Baba dan Kabir Bhatia. Dia turut mencuba pelbagai watak termasuk antagonis dalam siri Asmara dan Tomboy dalam slot Sutera Maya.


Paling meninggalkan kesan di hati penonton apabila dia menjadi anak yang dianiaya ibu sendiri dalam telemovie Miah Oh! Miah. Lebih membanggakan apabila drama arahan Pierre Andre itu turut dipertandingkan dalam Anugerah Skrin 2010 yang berlangsung 24 Disember ini.


"Saya bersyukur apabila segala susah payah yang dilalui berbaloi. Syukur kerana bakat saya sudah mula mendapat perhatian. Mungkin inilah kesan daripada 'kata penghinaan' itu. Saya banyak belajar. Setiap ilmu yang saya peroleh dalam lokasi penggambaran saya kutip dan belajar daripada pengarah dan pelakon senior.

"Waktu sama saya bersyukur kerana keluarga juga menjadi pengkritik setia agar melakukan lebih baik dalam setiap drama mahupun filem yang dibintangi. Ibu saya bertindak sebagai 'badan penapis' dan menentukan skrip mana yang bagus dan tidak. Berkat sokongan keluarga dan tunjuk ajar pengarah yang pernah saya bekerja sebelum ini membolehkan saya terus maju dalam bidang lakonan. Terima kasih juga kepada wartawan yang pernah menegur saya. Kalau tidak, saya masih berada di takuk lama," katanya Walaupun sudah membintangi banyak drama dan filem, ada satu impian Faezah yang belum lagi tertunai. Bintang utama filem Tolong Awekku Pontianak itu mahu berlakon teater suatu hari kelak.



>PROFIL
Nama: Noor Faezah Elai
Panggilan: Faezah
Tempat Lahir: Gelugor, Pulau Pinang
Tarikh Lahir: 16 Ogos 1982
Umur: 28 tahun
Status: Bujang
Adik-beradik: Anak sulung daripada tiga beradik
Pendidikan: Diploma Fesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Hobi: Mendengar muzik
Kerjaya: Pelakon, pengacara dan model
Filem: Otai, Adik Manja Returns, Cun, Tolong Awekku Pontianak, Senjakala dan Mantera.
Drama: Cinta & Keadilan, Enigma, Cempaka Berbunga, Sitkom Puteri, Sutera Maya, Hartamas, Anak Mamak Menantu Mami, Dendam Kesumat, Miah Oh Miah dan Asmara.
Iklan: Kotex, Canon, Milo, Radox, Vanish dan Celcom
Pengacara: Mango TV (8TV), TV Trivia (TV3), Inspirasi Comel (RTM), Gegar U (Astro), Hypermarket Saga (TV9) dan Seri (TV3)
Pencapaian: Best TV Look Elite Model Search 2006 sempena KL Fashion Week dan 50 Gorgeous People majalah Female.

google: faezah elai, faezah elai seksi, lurah buah dada faezah elai, faezah elai bogel, skandal faezah elai, kontroversi faezah elai, faezah elai hot, faezah elai panas, faezah elai bikini, faezah elai gebu putih

Almy Nadia Jawab Desas-Desus Putus Cinta Fizz Fairuz

Posted: 14 Dec 2010 11:56 PM PST


PETALING JAYA: "Putus? Tidak... kami tak putus!" Itulah jawapan ringkas pelakon Almy Nadia apabila diajukan persoalan kononnya hubungan cintanya dengan Fizz Fairuz sudah putus.

Berita kehancuran kisah cinta mereka itu semakin kuat kedengaran sejak kebelakangan ini apabila kedua-dua mereka kononnya tidak sehaluan lagi apabila Fizz dikatakan kecewa dengan sikap Almy yang terlalu mendesak untuk bertunang ataupun bernikah.

Mstar Online bagaimanapun mendapatkan penjelasan Almy sejauh manakah kebenaran dakwaan itu tetapi Almy menafikan hubungan tersebut sedang bergelora seperti mana yang diperkatakan.

"Terus terang saya katakan, saya dan Fizz masih berkawan macam dulu. Kami masih lagi pasangan kekasih. Kami tidak putus hubungan," ujarnya ketika dihubungi di sini, Selasa.

Kata Almy lagi, dia mengakui jarang bertemu dengan Fizz kerana kekasihnya itu terlalu sibuk dengan penggambaran drama.

Walau bagaimanapun mereka masih lagi berhubung walaupun sekadar menghantar mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).

Menurut Almy, dia mengakui sejak kebelakangan ini ramai wartawan yang bertanyakan perkara itu kerana jarang melihat mereka muncul pada majlis-majlis rasmi yang dianjurkan tetapi ia bukan bermakna hubungan itu sudah retak.

Ditanya kenapakah selama ini Almy yang banyak memberi kenyataan berbanding Fizz, ujar Almy dia mengenali kekasihnya itu yang tidak begitu gemar bercerita kisah cinta kerana bimbang ia disalah tafsir.

Bagaimanapun kata Almy, dia memahami tugas pihak media dan sebab itulah dia mengambil pendekatan menjawab apa juga soalan yang dikemukakan dengan sebaik mungkin.

"Saya faham tugas pihak media dan sentiasa memberi kerjasama. Tapi sekarang ini saya pun dah tak tahu nak jawab apa lagi bila orang asyik tanya saya dengan Fizz kerana semuanya telah saya jawab sebelum ini.

"Jujurnya saya ingin beritahu, hubungan kami masih berjalan seperti biasa tanpa ada sebarang masalah," katanya.

google: fizz fairuz dan almy nadia, fizz fairuz dan almy nadia putus cinta, gosip fizz fairuz dan almy nadia putus cinta, terkini cinta fizz fairuz dan almy nadia, berita fizz fairuz dan almy nadia putus cinta, terkini fizz fairuz dan almy nadia, terbaru fizz fairuz dan almy nadia

Nona : Vanidah Imran Pikul Tugas Berat Ganti Maya Karin

Posted: 14 Dec 2010 11:53 PM PST


PUTRAJAYA: Persoalan benarkah pelakon Vanidah Imran akan menjadi pengacara Nona terjawab apabila dia disahkan menggantikan Maya Karin dalam rancangan itu bermula 2 Januari depan.

Pengurus Penerbitan Program Wanita dan Projek Khas, Siti Hatija Yusof berkata pemilihan Vanidah adalah menepati cita rasa penonton yang mahu melihat nilai wanita Melayu dalam rancangan tersebut.

"Kami telah menjalankan tinjauan terhadap orang ramai tentang kriteria yang mereka mahukan sebagai pengacara Nona.

"Maklum balas yang kami terima ialah mereka mahukan ciri-ciri wanita Melayu dan mempunyai latar belakang yang baik dan mempunyai karakter tersendiri" ujarnya.

Katanya, pemilihan Vanidah dibuat sebulat suara setelah sesi uji bakat yang turut disertai beberapa selebriti dan personaliti TV3.

"Dari uji bakat yang dibuat, kami dapati Vanidah paling menepati kriteria yang kami cari. Kami yakin dengan personaliti dan karakter yang ada dalam dirinya dia mampu menarik perhatian penonton," katanya.

Dalam pada itu, Siti Hatija turut menafikan dakwaan bahawa pengacara lama, Maya Karin telah menjatuhkan rating Nona berbanding semasa dikendalikan oleh personaliti TV3 sebelum ini.

"Maya tidak menjatuhkan rating, ketika dia mengacarakan Nona rating masih sama iaitu 1.5 juta penonton setiap episod. Cuma jangkaan untuk dia menarik lebih ramai penonton terlalu tinggi.

"Kita juga buat percubaan untuk mendewasakan Nona menjadi lebih "urban" tetapi maklum balas yang diterima, ramai yang mahu Nona kekal ciri kemelayuan," jelasnya.



Warga kerja Nona bersama pengacara baru Vanidah Imran foto The Star SAHAR MISNI

Bagi Vanidah, dia gembira dan tidak pernah menyangka berpeluang menjadi pengacara Nona. Dia menyifatkannya bagaikan mimpi menjadi kenyataan.

"Saya pernah berangan-angan untuk menjadi pengacara Nona terutamanya ketika Normala Shamsuddin mengacarakan rancangan ini.

"Dan saya tidak menyangka rezeki ini ditawarkan selepas 20 tahun saya dalam industri ini," katanya.

Bagaimanapun, dia tidak menafikan akan mengalas tanggungjawab yang besar bagi mengembalikan zaman kegemilangan Nona.

"Pertama kali ditawarkan saya seronok tapi perasaan gementar juga timbul, banyak persoalan yang bermain dalam fikiran saya sama ada boleh atau tidak untuk memikul tanggung jawab ini.


"Bagaimanapun saya seorang yang berani berhadapan dengan cabaran. Saya akan cuba untuk buat yang terbaik," katanya.

Dia juga mengakui terpaksa mengurangkan aktiviti lakonan bagi memberi tumpuan sepenuhnya dan terlibat secara langsung dalam penggambaran yang dijalankan.

"Saya sudah tolak semua tawaran untuk berlakon drama berepisod, saya mahu tumpukan kepada program ini dan kalau boleh mahu turun padang sekali dalam penggambaran setiap episod," ujarnya yang menganggap tawaran mengacarakan ini tepat pada masanya.

Bercerita tentang pengalaman lima episod yang telah dijalankan, Vanidah memberitahu dia semakin selesa dan yakin mengacarakan rancangan berprestij itu.

"Hari pertama memang gementar dan agak takut, tetapi selepas episod kelima ini saya semakin yakin," katanya.

Dalam pada itu, segmen lama yang masih lagi dikekalkan ialah seperti Fesyen, Perkahwinan, dan Kecantikan, di mana segmen ini masih sinonim dengan rancangan tersebut.

Perkahwinan misalnya, antara segmen yang diminati dalam Nona akan memperlihatkan pendekatan dan sentuhan baru dalam mengeksploitasi dunia perkahwinan itu sendiri.

Nona 2011 turut menampilkan beberapa segmen baru seperti Rahsia Lelaki, Masakan, Koleksi Kegemaran yang akan memantapkan lagi perjalanan program tersebut.

google: nona, pengacara baru vanida imran, nona baru, pengacara baru nona, vanida imran nona, vanida imran di lantik pengacara baru nona

Ibu Bapa Perlu Pantau Anak-anak Jadi Artis - Harun Salim Bachik

Posted: 14 Dec 2010 11:46 PM PST


PETALING JAYA: Ibu bapa perlu memantau anak-anak yang masih bersekolah dan berhasrat menceburi bidang hiburan seperti pelakon, pemuzik atau penyanyi.

Menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik (gambar), apabila ibu bapa mengawal aktiviti seni dan pelajaran anak-anak mereka, sekurang-kurangnya tidak timbul masalah eksploitasi sehingga mengganggu pelajaran.

Harun memberikan reaksi selepas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan menyarankan kanak-kanak di bawah umur mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja sebelum terlibat dalam sebarang aktiviti seni.

Kelulusan tersebut bagi mematuhi peraturan yang terkandung dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010.

"Pada saya, setiap lakonan, nyanyian atau aktiviti seni yang dilakukan oleh kanak-kanak tidak dianggap sebagai pekerjaan sebaliknya sebagai hobi sahaja kerana kebanyakannya masih bersekolah.

"Jadi, pemantauan terhadap kanak-kanak perlu dititikberatkan oleh ibu bapa atau penjaga agar anak-anak mereka tidak mengabaikan pelajaran.

"Saya faham maksud pihak Kementerian Sumber Manusia, tetapi jika perkara ini melibatkan undang-undang, ia akan menjadi lebih sukar dan memerlukan banyak proses," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, Selasa.

Katanya, watak kanak-kanak amat penting dalam kebanyakan filem atau drama. Jadi, jika tiada kanak-kanak mungkin sesuatu jalan cerita itu menjadi tidak relevan.

Jelas Harun lagi, dia dan ahlinya di bawah jabatan Majlis Tindakan Industri Kreatif dan Multimedia (Majika) akan berbincang dengan lebih serius tentang perkara ini sekiranya dipanggil oleh pihak kementerian.

"Jika dipanggil, kami akan berbincang untuk memberikan pandangan dan jalan yang terbaik kepada pihak-pihak tertentu agar masalah kanak-kanak dieksploitasi dapat dikawal. Sepatutnya pihak kementerian perlu memanggil kami," ujarnya.

Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 pada persidangan Dewan Negara, Isnin, Maznah berkata antara peraturan yang mesti dipatuhi ialah jika bekerja selama enam hari, kanak-kanak itu perlu ada cuti selama sehari dan jika mereka bekerja selama tiga jam secara berterusan, mereka mesti ada masa rehat sekurang-kurangnya 30 minit.

Menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, terdapat 47,000 kanak-kanak yang bekerja di negara ini dan sebahagian besar daripada mereka adalah bagi membantu keluarga dan bekerja secara sambilan.

google: harun salim bachik, harun salim bachik facebook, harun salim bachik blog, harun salim bachik twitter, harun salim bachik myspace, harun salim bachik terkini, terbaru harun salim bachik, skandal harun salim bachik, harun salim bachik presiden, harun salim bachik gosip, skandal harun salim bachik, kontroversi harun salim bachik

Aremeer Sofazr Tidak Makan Nasi

Posted: 14 Dec 2010 11:45 PM PST


KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Sofazr iaitu Aremeer atau nama sebenarnya Amir Mahyiddin memberitahu perubahan drastik pada susuk tubuhnya yang kelihatan semakin kurus itu bukan disebabkan oleh masalah kesihatan tetapi amalan diet yang dipraktikkan sejak setahun yang lalu.

Menurut penyanyi berusia 28 tahun ini, para peminat sering memberikan respons bahawa dia kelihatan gempal dan berisi apabila muncul di kaca televisyen sebelum ini.

Dia yang turut menyedari perubahan pada fizikalnya itu lantas mengambil keputusan untuk mengamalkan diet dalam pemakanannya.

Demi mencapai matlamat itu, Aremeer berkata, dia sanggup tidak mengambil nasi dalam pemakanan seharian sejak setahun lalu dan menggantikannya dengan mi, sayur dan buah-buahan.

"Keputusan untuk menguruskan badan ini didorong oleh respons para peminat yang mengeluh dengan perubahan fizikal saya apabila tampil di kaca televisyen sebelum ini.

"Menyedari perubahan itu, saya bertekad untuk mengamalkan diet dengan tidak mengambil nasi dalam pemakanan seharian sejak setahun yang lalu," katanya.

Ditanya adakah dia langsung tidak menjamah nasi sepanjang tempoh tersebut, Aremeer bagaimanapun berkata, dia akan mengambil nasi sekali-sekala jika benar-benar teringin saja.

"Bohonglah jika saya tidak jamah nasi langsung. Saya masih mengambil nasi juga kerana ia sudah menjadi makanan ruji sejak kecil. Cuma, saya akan ambil sekali-sekala jika benar-benar teringin saja.

"Pada awalnya, saya akui memang agak janggal kerana tidak mengambil nasi langsung tetapi lama-kelamaan ia sudah menjadi kebiasaan," katanya yang turut melakukan senaman rutin.

Kata Aremeer lagi, sejak berat badannya kian susut, dia bukan saja semakin aktif dan berstamina tinggi, malah tidak mudah semput apabila membuat persembahan nyanyian.

"Kalau sebelum ini, badan terasa berat dan kurang berstamina tetapi sejak setahun kebelakangan ini saya semakin aktif dan lincah serta tidak mudah semput ketika menyanyi," katanya.

Kesan daripada diet itu, Aremeer kini boleh tersenyum bangga dengan penyusutan berat badannya daripada 75kg pada tahun lalu kepada 61kg hari ini.

google: aremeer sofazr, aremeer sofazr facebook, aremeer sofazr blog, aremeer sofazr twitter, aremeer sofazr myspace, aremeer sofazr terkini, aremeer sofazr terbaru, aremeer sofazr, terkini aremeer sofazr, terbaru aremeer sofazr, gosip aremeer sofazr, awek aremeer sofazr, kekasih aremeer sofazr, skandal aremeer sofazr, kontroversi aremeer sofazr, gambar aremeer sofazr, photo aremeer sofazr, foto aremeer sofazr

Shahz Jazle Bermesej 'Sayang' Di Twitter Dengan Maria Farida

Posted: 14 Dec 2010 03:23 AM PST

PETALING JAYA: Pelakon Shahz Jazle, 22, dan Maria Farida,yang berusia lewat 30-an, sah sedang hangat dilamun cinta.

Pasangan tersebut mula memberanikan diri bermesej manja dan saling memanggil sesama sendiri dengan panggilan sayang di laman sosial, Twitter baru-baru ini.

Walaupun pasangan itu membuat kenyataan bahawa mereka hanya sekadar kawan rapat, mesej-mesej mereka pada Twitter pula seperti mengiakan perhubungan cinta mereka.

Bagaimanapun, Shahz yang dihubungi mStar Online, Ahad, enggan memberi komen mengenai hal tersebut kerana tidak mau kisah privasi diketahui umum.

"Maaf, saya tidak mahu bercakap tentang hal itu dan tidak mahu kisah cinta saya dijaja.

"Saya buat begini berdasakan pengalaman saya yang lepas dimana kisah cinta saya tidak sudah-sudah dipaparkan di akhbar mahupun laman-laman portal.

"Ini membuatkan keluarga saya tidak senang dengan perkembangan kerjaya saya yang penuh dengan cerita-cerita peribadi. Saya harap anda faham," katanya yang sedang berlakon drama Gemilang arahan Khabir Bahtia bersama dengan Tiz Zaqyah dan Kamal Adli, yang akan disiarkan di TV3 tahun depan.

Sebelum ini, Shahz dan Maria dikatakan sering keluar bersama dan yang terbaru, Maria menunggu Shahz yang sedang membuat sesi fotografi untuk sebuah majalah di dalam kereta.


 google: maria farida dan shahz jaszle, message maria farida dan shahz jaszle, twitter maria farida dan shahz jaszle, message twitter maria farida dan shahz jaszle, terkini maria farida dan shahz jaszle, terbaru maria farida dan shahz jaszle

Uqasha Kurangkan Jumpa Nabil

Posted: 14 Dec 2010 03:21 AM PST


BERAPA minggu lalu, nama Nik Zaris Uqasha hangat diperkatakan umum. Semuanya apabila dia dikatakan menjadi penyebab kes putus cinta pelawak Nabil Ahmad dan Irma Hasmie.

Kemudian, tidak sampai pun seminggu, tersebar pula gambar cium mirip Nabil dan Uqasha sehingga memberi tekanan buat gadis berusia 18 tahun yang ingin bernafas di bidang lakonan ini.

Tidak meminta kontroversi itu berlaku, anak kelahiran Kuala Lumpur ini menegaskan dia sebenarnya tidak ada kaitan langsung dengan insiden masalah cinta Nabil.

Kata Uqasha atau dengan panggilan Qasha, dugaan yang diterimanya bertimpa-timpa tanpa sebab dan sekali gus, sedikit sebanyak telah merosakkan reputasinya sebagai seorang pelakon baru.

"Alhamdulillahlah saya tidak lagi tertekan dengan hal itu. Cuma saya ingin menjelaskan saya tiada kaitan langsung dengan kes putus cinta Nabil.

"Walaupun masih baru dalam lakonan, ia sedikit mengganggu perjalanan seni saya apabila penerbit-penerbit drama mempersoalkan kehadiran saya kerana mereka bimbang ia akan menjejaskan produksi mereka.

"Bagaimanpun pun saya tak kisah dengan apa orang cakap kerana hal itu telah pun terjadi. Sekarang misi saya ialah mengasah bakat yang ada untuk menjadi pelakon yang berkaliber," tegasnya.



Selain itu, ujar Qasha, dia sedih kerana adiknya yang juga merupakan seorang pelakon, Nik Zaris Nelydia turut terkena tempias daripada kontroversi tersebut.

"Kesian juga dekat dia kerana orang tak sudah-sudah tanya. Tapi alhamdulillah dia memahami dan dia tidak kisah.

"Setakat ini mama saya dan Zaris yang banyak memberi dorongan serta semangat kepada saya. Malah mama tidak menghalang saya daripada terus berlakon. Cuma dia nasihatkan saya agar lebih berhati-hati dan anggap perkara ini sebagai satu pengajaran yang besar buat saya," katanya.

Tambah Qasha, tatkala dirinya mahu bangun dengan semangat baru, jauh di sudut hati, dia takut jika nama Nabil akan membayangi dirinya.

Masih lagi berkawan dengan lelaki itu, kedua-duanya lebih selesa tidak berjumpa dengan terlalu kerap agar masyarakat tidak memberi andaian negatif terhadap mereka.

Cuma, tegas Qasha, walaupun Nabil kini solo, dia langsung tidak terfikir untuk menjadi teman wanita Nabil kerana terasa dirinya masih muda untuk bercinta.

"Memang diakui, saya takut dibayangi Nabil. Contohnya orang akan tanya "Uqasha mana yang berlakon? Oh, Uqasha Nabil ke?", itu yang saya tak nak. Tapi nak buat macam mana bukan? Saya terpaksa terima kerana saya tidak boleh menutup mulut orang.

"Buat masa ini kami masih lagi berkawan. Tetapi Nabil bukanlah cinta hati saya. Umur saya baru 18 tahun. Perjalanan saya masih panjang lagi dan saya tidak utamakan cinta. Senang kata, hati ini tidak dimiliki oleh sesiapa lagi," katanya.

Sementara itu, Qasha pernah berlakon dalam drama Radio Gaga (RTM), Ampang Medical (NTV7) dan Lukisan Hati (DVD). Dalam pada itu Qasha juga merupakan seorang model bagi iklan DIGI, coklat Cadbury serta Ajinamoto.

Ditanya apakah perancangan Qasha untuk mengukuhkan diri sebagai pelakon, katanya dia ingin mendapatkan sebanyak mungkin tawaran drama agar dapat mengasah bakat lakonannya dengan lebih cepat.

Malah Qasha mempunyai impiannya yang tersendiri di mana dia begitu teringin mahu berlakon di samping pelakon popular, Shaheizy Sam.

"Saya begitu meminatinya dan ingin belajar bagaimana cara Sam menghayati setiap watak yang diberikan. Ini kerana lakonan yang dibuat begitu natural dan karakter yang dibina juga menjadi," tuturnya.

google: uqasha, uqasha facebook, uqasha blog, uqasha twitter, uqasha myspace, uqasha wiki, uqasha biodata, uqasha biographi, uqasha seksi, uqasha hot, uqasha bogel, buah dada uqasha, gambar mesra uqasha, uqasha hot, uqasha seksi, 

Majlis Pertunangan 'Kejutan' Shuib Buat Siti Sarah

Posted: 14 Dec 2010 03:18 AM PST


KUALA LUMPUR: Mengambil iktibar dari pengalaman silam, penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 26, enggan terlalu terbuka bercerita tentang cinta barunya.

Sebelum ini, dia pernah putus tunang dengan jejaka berasal dari New Zealand, Mohd Harith Fuad Robinson.

Kini Sarah telah meninggalkan kisah silamnya.

Yang penting dia sedang berbahagia dengan tunangnya, Shahmira Muhammad, 26, atau Shuib (Raja Lawak) selepas mereka melangsungkan pertunangan pada 16 November lalu di kediaman keluarga Sarah di Kuala Selangor.

Bukan sengaja menyorok berita pertunangannya daripada pihak media sebaliknya penyanyi lagu Kesetiaan ini menerima kejutan daripada pihak Shuib.

"Saya sebenarnya tak sangka daripada nak membuat majlis merisik sahaja, terus jadi majlis bertunang. Jika ikut perancangan, keluarga Shuib hendak datang merisik sahaja.

"Tetapi tanpa diduga rombongan mereka datang dengan membawa hantaran. Jadi, saya dan keluarga terus bersetuju," kata Sarah ketika ditemui pada sidang media pelancaran produk kesihatan Balung Natural Herbal di Hotel Concorde, di sini, Isnin.



Sarah dengan produk Balung yang dilancarkan di Hotel Concorde, Isnin.

Biarpun begitu, kedua-dua pihak belum menetapkan tarikh pernikahan mereka. Kemungkinan mereka akan berkahwin pada tahun hadapan.

"Saya pihak perempuan, jadi tak manis untuk memberitahu tentang tarikh pernikahan kami. Saya hanya menyerahkan kepada Allah.

"Mungkin kami akan membincangkan tentang majlis ini selepas Shuib selesai kerjanya dalam tempoh dua bulan lagi kerana sekarang dia sangat sibuk," ujarnya yang turut sibuk dengan pencarian material untuk single terbarunya.

Menduga sebab yang membuatkan hati Sarah terpaut pada Shuib, anak kepada aktor Raisuddin Hamzah ini berkata lelaki itu tidak pernah mengongkongnya.

"Apabila bersama Shuib, saya tidak perlu memakai solekan dan dia menerima siapa saya. Dia juga mempunyai perwatakan yang berbeza semasa berlakon dan di luar.

"Dia layan saya seperti orang biasa. Saya sangat suka dirinya yang bersederhana dalam melakukan setiap perkara. Dia juga menghormati keluarga saya," katanya.

Tambahnya: "Saya mengenalinya pada Oktober 2009 semasa membuat rakaman program Gelak Khas untuk Astro Warna.

"Selepas itu, dia menelefon bapa saya dan buat pengakuan untuk berkahwin dengan saya dan mencintai saya. Jarang ada orang berani telefon bapa saya."

Menyentuh tentang perkembang terbaru Sarah, dia bakal membikin single terbaru selepas berkahwin dengan Shuib. Ini merupakan lagu terbarunya selepas lima tahun tidak muncul dengan album baru.

Ida Nerina & Shahrin Bercerai Talak Satu

Posted: 14 Dec 2010 03:17 AM PST


PETALING JAYA: Aktres popular, Ida Nerina dan suami, Shahrin sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pada Isnin.

Sumber yang dihubungi mStar Online memberitahu, perceraian dibuat selepas pasangan tersebut mencapai persetujuan untuk meleraikan ikatan perkahwinan yang terjalin selama empat tahun secara baik.

"Shahrin melafazkan cerai dengan talak satu pada pukul 10 pagi, Isnin pada prosiding mahkamah yang berlangsung di hadapan Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi," kata sumber.

Permohonan perceraian tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Sumber juga memberitahu, pelakon filem Susuk dan Anak itu bersetuju menerima nafkah edah RM1,000 sebulan untuk tiga bulan dan nafkah mutaah RM10,000 daripada Shahrin.

Pada prosiding itu, Ida diwakili oleh peguam syarie Akbardin Abdul Kader manakala Shahrin, bekas anggota kumpulan Blackrose diwakili peguam syarie Hamzah Abdul Latif.

Perkahwinan yang dilangsungkan pada 2 Jun 2006 merupakan perkahwinan kedua bagi Ida dan Shahrin atau nama sebenarnya, Sha'arin Mohd Razali.



Shahrin

Bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata manakala Shahrin mempunyai dua orang anak, Narissa, 14, dan Arman, 8, dari perkahwinan pertamanya.

Perceraian ini berlaku lebih enam bulan selepas mahkamah sama memutuskan bahawa pasangan itu masih sah bergelar suami isteri apabila menolak permohonan pengesahan lafaz cerai yang didakwa berlaku di luar mahkamah.

Permohonan pengesahan lafaz cerai itu difailkan oleh Shahrin kerana mendakwa dia telah melafazkan cerai terhadap pelakon kelahiran Middlesex, England tersebut pada Hari Raya Aidilfitri kedua, 22 September 2009.

Berdasarkan keterangan bersumpah Shahrin di mahkamah pada 13 April lalu, dia mengakui ada melafazkan cerai selepas bertengkar dengan tenaga pengajar Akademi Fantasia musim ketujuh itu.

Dakwanya lagi, lafaz itu berbunyi "baiklah, saya ceraikan kamu" tanpa menyebut bilangan talak dibuat pada kira-kira pukul 11 pagi, di bilik tidur rumah yang terletak di Metropolitan Square, Bukit Damansara Perdana.

Shahrin juga memberitahu, telah mengarahkan pembantu rumah untuk mengemaskan barang dan telah keluar daripada rumah sebelum mengisi borang pengesahan lafaz cerai pada 9 Oktober 2009.

Bagaimanapun, pada 1 Julai lalu, Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin membuat keputusan bahawa pasangan tersebut masih suami isteri selepas Shahrin gagal untuk membuktikan lafaz cerai itu dan memerintahkan mereka untuk menjelaskan kos mahkamah.

Pada 22 Januari lalu, iaitu semasa prosiding pengesahan lafaz cerai sedang berjalan, finalis rancangan realiti The Amazing Race Asia itu menerusi Akbardin memaklumkan bahawa dia bersetuju untuk diceraikan secara baik.

Pada 21 Jun tahun lalu, Ida Nerina telah menjalani rawatan membetulkan tulang belakangnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat terjatuh ketika berada di rumah.

Kemalangan itu berlaku ketika dia menaiki tangga di ruang tamu rumahnya yang terletak di Persiaran Syed Putra, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 3 pagi.

Dia juga difahamkan turut menjalani rawatan kesihatan di India.

google: ida nerina, ida nerina facebook, ida nerina blog, ida nerina twitter, ida nerina seksi, ida nerina hot, ida nerina bikini, ida nerina bogel, buah dada ida nerina, ida nerina bercerai, suami ida nerina, ida nerina terkini, ida nerina terbaru, 

Kumpulan Sofaz Tukar Nama 'Sofazr'

Posted: 14 Dec 2010 03:14 AM PST


KUALA LUMPUR: Selepas tujuh tahun menggunakan nama Sofaz, kumpulan yang dianggotai oleh enam anak muda ini tampil dengan nama baru iaitu Sofazr bersempena dengan kemunculan album terbaru mereka, Maaf Dari Hati Mohd Atlas.

Menurut gitaris kumpulan itu Zimi, selepas kontrak mereka selama tujuh tahun di bawah label Suria Records berakhir baru-baru ini, kumpulan yang dianggotai oleh Aremeer (vokalis), Zimi (gitar kedua), Shah ( gitar utama), Wan (dram), Fairuz (bass) dan Rodie (keyboard) itu menganggap sudah tiba masanya untuk mereka berdikari dan menguruskan kerjaya seni di bawah label sendiri.

Justeru, penjenamaan semula kumpulan itu disifatkan bertepatan pada waktunya bagi meraikan kemunculan terbaru mereka di bawah label Global Records.

"Keputusan untuk tampil dengan nama baru ini dibuat atas persetujuan semua ahli kumpulan. Seperti yang semua sedia maklum, nama Sofaz diilhamkan hasil gabungan huruf pertama nama setiap ahli kumpulan kami.

"Sebenarnya, sudah lama kami ingin mengubah nama kumpulan ini kepada Sofazr kerana sejak album kedua lagi pemain keyboard iaitu Rodie sudah menyertai kami.



Selain menjadi pemain gitar kedua kumpulan Sofazr, Zimi turut bertindak sebagai Pengarah Urusan label Global Records.

"Namun, ketika itu kami masih mempunyai kontrak bersama Suria Records. Bagi mengelakkan kekeliruan, kami kekalkan nama kumpulan ini sehinggalah kontrak tamat baru-baru ini.

"Memandangkan kini kami mula bergerak sendiri di bawah label baru, keputusan untuk menggunakan nama baru ini adalah tepat pada masanya," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran album tersebut di Saloma Bistro, Kuala Lumpur, Isnin.

Album yang menelan kos penerbitan sebanyak RM50,000 itu diterbitkan oleh anggota Sofazr sendiri bersama seorang lagi rakan niaga mereka.

Memuatkan sepuluh lagu baru antaranya Terasa Di Syurga, Jiwa Kacau, Kenapa Aku Mencintaimu dan Maaf Dari Hati, kesemua lagu dalam album kelima ini dihasilkan sepenuhnya oleh anggota kumpulan itu dengan menggunakan nama pena Mohd Atlas yang turut dipilih sebagai simbolik kepada judul album itu.

Album yang masih mengekalkan genre pop dan rock moden itu bakal berada di pasaran pada akhir Disember ini.

Che Zambil & Bekas Pelakon 'Opah' Sah Bercerai

Posted: 14 Dec 2010 03:13 AM PST


KUALA LUMPUR: Ikatan perkahwinan selama 13 tahun antara pelakon drama Cinta Antara Benua, Asdayanti Daud bersama bekas pemain bola sepak kebangsaan, Che Zambil Ahmad terlerai selepas mereka sah bercerai pada Selasa.

Che Zambil, 36, melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Asdayanti, 36, di Mahkamah Rendah Syariah di sini, selepas kedua-duanya bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik.

Mahkamah yang menyabitkan lafaz cerai itu sebagai sah memerintahkan Asdayanti, yang pernah melakonkan watak kanak-kanak dalam drama Opah suatu ketika dahulu untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula hari ini.

Asdayanti juga melakonkan watak sebagai Halimah dalam drama Cinta Antara Benua di samping pelakon utama, Ahmad Idham.

Peguam syarie Muhammad Nur Hafiz Roslan yang mewakili Che Zambil memberitahu, pasangan tersebut telah menandatangani persetujuan bersama berhubung perkara yang berbangkit daripada perceraian tersebut.



Che Zambil Ahmad (dari kiri), peguamnya Muhammad Nur Hafiz Roslan dan Asdayanti Daud berbual sesuatu di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, Selasa. Gambar: Utusan Malaysia

Antara perkara yang dipersetujui ialah hak penjagaan dua anak lelaki yang berusia setahun dan 11 tahun diberikan kepada Che Zambil manakala Asdayanti diberikan hak melawat dua kali sebulan.

Asdayanti yang kini merupakan pekerja di jabatan kerajaan juga akan mendapat hak milik sebuah rumah yang terletak di Bangsar, dekat sini.

Selain itu, Asdayanti juga bersetuju untuk menggugurkan haknya dalam nafkah edah dan mutaah daripada Che Zambil, yang dikahwininya pada 21 April 1998.

Perceraian itu berlaku 17 hari selepas Che Zambil yang pernah menyarung jersi pemain bola Kedah sebagai penyerang memfailkan permohonan nusyuz dan perintah kembali taat terhadap Asdayanti.

Permohonan nusyuz difailkan pada 25 November lalu di mahkamah sama selepas mendakwa isterinya enggan mematuhi notis kembali taat yang difailkan pada 1 November lalu.

Semasa itu, media difahamkan permohonan nusyuz dibuat atas dakwaan Asdayanti sering berulang-alik ke luar negara dengan seorang lelaki.

Doktor Tegur Fiq Gara-Gara Rokok

Posted: 14 Dec 2010 03:11 AM PST


BARU-BARU ini, penyanyi yang popular dengan lagu Manifestasi Cinta, Fiq telah membuat kenyataan panas dengan mengatakan rokok telah memantapkan vokalnya sebagai penyanyi rock.

Memetik artikel daripada mStar Online pada 25 November lalu, juara program realiti Mentor itu berkata dia dapat melihat kesan positif tabiat itu pada perubahan vokalnya sejak setahun yang lalu.

Ujarnya, tabiat merokok itu bermula apabila dia sering berasa bosan ketika menunggu waktu untuk rakaman lagu atau pertunjukan.

Kenyataan yang diberikan itu membuatkan ramai yang tidak menerima pendapat Fiq dan menganggap Fiq boleh merosakkan fikiran anak-anak muda yang gemar menjadikan artis sebagai idola mereka.

Bagaimanapun, ketika mendapatkan kenyataan penyanyi itu semula mengenai dakwaan yang dibuat, jelas Fiq, dia tidak berniat untuk merosakkan fikiran peminat-peminatnya mahupun anak-anak muda di luar sana.

"Maafkan saya jika ada yang terasa dengan kenyataan saya itu. Saya tidak bermaksud mahu menggalakkan orang di luar sana merokok."Ia sekadar pengalaman yang ingin saya kongsi bahawa sejak saya merokok, vokal saya semakin berubah dan lebih mantap.

"Saya tahu, merokok membahayakan kesihatan dan boleh mengundang pelbagai penyakit. Tapi bila difikirkan balik, orang yang tidak merokok pun boleh terkena penyakit sama seperti perokok kerana mereka menyedut asap rokok itu.

"Justeru itu, saya seimbangkan diri melalui pemakanan seperti mengambil makanan tambahan serta bersenam dan ia harus dibuat oleh semua orang tidak kira mereka perokok ataupun tidak. Insya-Allah kita akan sihat," jelasnya ringkas.

Tambah Fiq, dia berharap penjelasan yang diberikan itu tidak lagi menimbulkan andaian negatif masyarakat terhadapnya.

Dakwaan Fiq boleh kelirukan masyarakat

Seperti semua sedia maklum, tabiat merokok boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit termasuk penyakit yang mengancam nyawa manusia kerana kesan kandungan racun karsinogen yang terdapat dalam rokok boleh menyebabkan kanser mulut, tekak, paru-paru dan kanser saluran makanan (esofagus).

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Ketua Unit Kawalan Tembakau dan Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC), Doktor Zarihah Mohd Zain, risiko untuk mendapat kanser tekak adalah dua kali ganda bagi perokok tegar yang merokok 20 batang sehari.Sehubungan itu katanya dakwaan Fiq boleh mengelirukan masyarakat.

"Sesiapa saja yang berpengaruh dalam masyarakat (termasuk golongan artis) seharusnya menyokong pendirian dan usaha kerajaan ini. Maka sebarang kenyataan yang dibuat juga seharusnya tidak bercanggah atau menjejaskan usaha berkenaan.

"Mesej yang mengandaikan bahawa merokok boleh menyebabkan suara lebih sedap adalah amat mengelirukan dan tidak seharusnya diungkap lebih-lebih lagi oleh seorang artis yang menjadi tumpuan media dan masyarakat.

"Kenyataan Fiq juga diibaratkan seperti tidak menyokong pendirian dan usaha kerajaan, khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia yang mahu menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dengan tidak merokok serta menjauhkan diri dari asap rokok," tegasnya.

Tambah Zarihah, mendapan sebatian tar dari asap rokok bersama bahang terhasil dari rokok yang memasuki tekak manusia boleh menyebabkan suara menjadi garau kerana ia boleh merangsang proses kerosakan kepada lapisan mukosa tekak dan peti suara.

"Jadi, mungkin ada yang berpendapat bahawa suara garau itu adalah sedap. Doktor Pakar Telinga, Hidung & Tekak dengan mudah boleh mengenali seseorang perokok dengan hanya melihat hidung dan tekak mereka yang diselaputi tanda kesan nikotin. Peti suara perokok akan kering dan bengkak dan sentiasa diliputi lendir.

"Para penyanyi yang tegar merokok biasanya mempunyai suara yang disebut sebagai "harsh breathy voice" dan sebutan kurang nyata.

"Merokok dalam jangka masa yang panjang tentu akan menjejaskan kemampuan penyanyi untuk memberi persembahan yang baik. Nasihat saya kepada para artis merokok dan seluruh para perokok juga, agar berhentilah merokok kerana ia mengancam kesihatan dan tidak mendatangkan faedah terutamanya dalam jangkaan panjang," jelas Zarihah lagi.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Maamor Osman berkata dakwaan Fiq tidak berasas dan langsung tidak masuk akal.

Menurutnya, tidak mungkin suara Fiq boleh jadi sedap kerana rokok dan Fiq mungkin keliru, latihan vokal juga mampu memantapkan suara penyanyi tersebut.

"Semua orang tahu yang merokok boleh merosakkan sistem badan manusia. Saya harap artis-artis yang membuat kenyataan perlu mendapatkan sumber yang sahih sebelum memberi pandangan yang sebegitu dan jangan dengar cakap orang tanpa mendapatkan nasihat doktor," katanya.

Edry Janjikan Peluang Kerjaya

Posted: 14 Dec 2010 03:10 AM PST


PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer, Edry Abdul Halim menjanjikan peluang kerjaya kepada anak didik (protege)yang bakal dipilih dalam program realiti Mentor musim ini.

Pemilik syarikat KRU Sdn Bhd ini juga memberitahu menang atau kalah dalam pertandingan tersebut dia tetap akan memberi laluan sebagai seorang bintang.

"Ya, sebab itu saya cari seorang bintang pop yang mempunyai pakej persona bintang. Saya mahu dia boleh pergi jauh walaupun tidak memenangi pertandingan ini.

"Salah satu kelebihan menjadi protege saya ialah menang atau tidak, dia akan diberi peluang untuk menjadi seorang artis," ujarnya.

Bagaimanapun, menurutnya dia bimbang terhadap permilihan yang bakal dijalankan pada sesi uji bakat yang diadakan nanti.

"Saya takut jika tiada lagi bakat yang boleh digilap pada sesi uji bakat yang dijalankan nanti. Biasanya memang susah nak cari sebab yang dating ialah muka yang sama sahaja.

"Saya harap ada lagi bintang yang ada bakat nyanyian dan boleh digilap memandangkan sudah terlalu banyak program realiti nyanyian yang mencungkil bakat-bakat baru," katanya.

Selain itu, Edry memberitahu bagi menyertai program ini dia terpaksa menangguhkan beberapa projek filem terbarunya sehingga selesai Mentor.

"Secara jujurnya saya memang sibuk tetapi memandangkan telah berjanji lama dan mereka telah menawarkan saya sejak musim pertama lagi.

"Saya telah kosongkan jadual saya sehingan Jun nanti, setakat ini projek besar yang tertangguh ialah filem 29 Februari.

"Saya tidak mahu protege saya terabai jika saya sibuk dengan hal-hal lain. Saya akan beri komitmen kepada program ini sehingga selesai dan barulah sambung semula tugas yang terbengkalai itu," katanya.

google: ujibakat mentor ke-5 bersama edry kru, tarikh ujibakat mentor ke-5 bersama edry kru, lokasi ujibakat mentor ke-5 bersama edry kru, tempat ujibakat mentor ke-5 bersama edry kru, borang ujibakat mentor ke-5 bersama edry kru, lagu ujibakat mentor ke-5 bersama edry kru, tips ujibakat mentor ke-5 bersama edry kru, terkini ujibakat mentor ke-5 bersama edry kru, terbaru ujibakat mentor ke-5 bersama edry kru

Anuar Zain Anggap Twitter, Facebook Punca Masalah

Posted: 14 Dec 2010 03:08 AM PST


PUTRAJAYA: Penyanyi popular Anuar Zain mengakui takut dengan trend masyarakat kini yang terlalu obsess dengan laman sosial seperti Twitter dan Facebook.

Menurutnya, kecanggihan teknologi tersebut boleh mengundang bahaya kepada orang lain atau mudah disalahgunakan.

"Saya lihat ramai yang terlalu taksub dengan Twitter atau Fecebook, di mana mereka berada pasti akan diberitahu kepada semua rakan dalam laman sosial tersebut.

"Tetapi mereka tidak tahu sebenarnya perkara tersebut akan mengundang bahaya. Bayangkan jika mereka ada mempunyai musuh sudah pasti dengan mudah sahaja mereka boleh dicari," katanya.

Tambah Anuar, menyedari bahaya tersebut dia tidak pernah mempunyai sebarang laman sosial peribadi miliknya. Segala perkembangan kerjayanya hanya beritahu melalui laman web rasmi yang diuruskan oleh pengurusannya.

"Saya tidak mengatakan iannya tidak elok, ia bergantung kepada artis atau individu untuk menggunakan mengikut kepentingan mereka.

"Tapi bagi saya ia adalah sesuatu yang mengundang bahaya, malah ramai selebriti luar negara yang sudah menghentikan penggunaan Twitter atau Facebook," katanya yang ditemui baru-baru ini.

Jelasnya, pengalaman dikatakan telah meninggal dunia merupakan peristiwa buruk yang pernah dialami akibat kecanggihan teknologi internet ini.

"Tahun lalu saya pernah diberitakan mengalami kemalangan dan meninggal dunia. Ramai yang penik dengan berita tersebut dan mencari saya.

"Walhal ketika itu saya baru sahaja menghubungi pembantu peribadi saya. Semua ini gara-gara khabar angin di internet yang entah dari mana datangnya," katanya kesal.

Tambahnya, biarpun peredaran teknologi semakin canggih namun ia tidak sepatutnya disalah guna oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Peguam Duda Bakal Suami Rabecca

Posted: 14 Dec 2010 03:07 AM PST


KUALA LUMPUR: Pelakon Rabecca Nur Al-Islam, 24, (gambar) bakal menamatkan zaman bujangnya pada 14 Januari 2011 dengan seorang peguam, Nor Azam Datuk Sulaiman berusia 42 tahun.

Menurut Rabecca, dia akan mengadakan tiga majlis berturut-turut iaitu pada 14 Januari bagi acara pernikahan sementara 15 dan 16 Januari pula bagi acara persandingan.

"Pada 14 hari bulan, pernikahan akan diadakan di rumah baru saya di Ampang, Selangor manakala majlis resepsi sehari selepas itu di Hotel Flamingo, Ampang berkonsepkan tradisional.

"Manakala 16 hari bulan pula ia akan diadakan di Menara Kuala Lumpur berkonsep Inggeris, di mana hanya 250 tetamu sahaja yang akan hadir.

"Syukur alhamdulillah setelah tiga tahun bercinta, kami bakal disatukan," katanya pada sidang media pengumuman perkahwinannya di butik Harrods, KLCC di sini, Jumaat.


Tambahnya, pengumuman yang dibuat itu secara tidak langsung menutup khabar angin tentang kisah percintaannya dengan seorang VIP.

"Sebenarnya saya tidak ada kaitan langsung dengan mana-mana VIP. Bakal suami saya pun bukanlah di kalangan mereka sebaliknya haya orang biasa.

"Dia hanya seorang duda biasa yang memiliki dua orang anak," tegasnya.

Ditanya mengenai jumlah hantaran yang bakal diterima, Rabecca masih tidak tahu berapa nilai hantaran yang akan diberi oleh pihak lelaki.

"Memang saya tak tahu berapa hantaran yang akan saya terima. Cuma dengan apa yang saya dapat sekarang ini seperti sebuah rumah di Ampang dan jam tangan jenama Chopard sudah memadai," katanya

google: bakal suami rebecca nur islam, nama bakal suami rebecca nur islam, gambar bakal suami rebecca nur islam, photo bakal suami rebecca nur islam, foto bakal suami rebecca nur islam, terkini bakal suami rebecca nur islam, terbaru bakal suami rebecca nur islam, biodata bakal suami rebecca nur islam, wiki bakal suami rebecca nur islam

Enam Artis Popuar Dipilih Menjadi Mentor

Posted: 14 Dec 2010 03:05 AM PST


PETALING JAYA: Enam selebriti popular tanah air akan memikul tanggungjawab sebagai mentor dalam program realiti Mentor musim ke-5.

Mereka terdiri daripada Datuk Sharifah Aini, Afdlin Shauki, Noh (Hujan), Rahim Maarof, Edry Abd Halim dan Erra Fazira yang akan bersaing dalam pencarian melahirkan seorang lagi juara Mentor pada musim ini.

Menurut Penerbit Eksekutif Mentor 5, Muhamad Sufian Isa, keenam-enam artis yang dipilih adalah mengikut genre yang tersendiri.

"Kami telah menyenaraikan 15 nama artis sebagai calon mentor, tapi hanya enam orang sahaja paling sesuai dalam mewakili genre muzik masing-masing. Malah mereka yang berani menyahut cabaran ini.

"Kami percaya enam mentor ini mampu melahirkan protoge yang lebih gemilang pada tahun hadapan," katanya.

Dalam pada itu, Sufian memberitahu format rancangan dan pemarkahan masih dikekalkan seperti tahun-tahun lalu.

"Tiada sebarang pembaharuan kepada format rancangan ini. kekuatan Mentor adalah pada mentor-mentor itu sendiri dan bagaimana mereka menyusun strategi untuk mendidik protege mereka," katanya.

Tambahnya, tekanan lebih terasa kerana jangkaan penonton untuk musim ini lebih tinggi berbanding musim-musim sebelumnya.

"Peningkatan jumlah penonton setiap musim juga menjadi tekanan kepada produksi untuk buat yang terbaik," katanya.

Sementara itu, Erra Fazira menyifatkan pertandingan ini sebagai peluang terbaik kepadanya untuk mencurahkan pengalaman sebagai anak seni.

"Ini masa yang sesuai untuk saya menurunkan ilmu kepada orang yang layak bergelar anak seni. Saya tidak mencari penyanyi tetapi mencari penghibur yang serba boleh," katanya.

Afdlin pula mahukan seorang protege yang mampu memberikan sedikit unsur humor dan serba boleh di atas pentas.

"Seperti Erra juga, saya mahu seorang yang versatile tidak hanya mengutamakan vokal tetapi kepada personaliti sebagai bintang," katanya.

Selain itu, Edriy memberitahu pencariannya lebih menekankan kepada anak muda mengikut genre pop.

"Saya mahu mencari seseorang yang mempunyai pakej sebagai persona bintang," ujarnya.

Bagi Noh (Hujan), biarpun baru setahun jagung dalam dunia seni berbanding mentor lain, dia tetap akan memberikan yang terbaik.

"Saya akui agak gementar untuk bersaing dengan barisan mentor yang lain. Namun saya akan buat yang terbaik dan mewakili kaum muda dan aliran muzik berbeza," katanya.

google: mentor musim ke-5, tarikh tayangan mentor musim ke-5, tarikh mentor musim ke-5, masa mentor musim ke-5, artis mentor musim ke-5, selebriti mentor musim ke-5, borang mentor musim ke-5, sesi ujibakat mentor musim ke-5, lokasi ujibakat mentor musim ke-5, masa ujibakat mentor musim ke-5, borang ujibakat mentor musim ke-5, syarat syarat mentor musim ke-5, undang undang mentor musim ke-5