Adsense

Rabu, 15 Disember 2010

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


(GAMBAR TERKINI) Yunalis Zarai Dan Hana Tajima Di Event Maysaa

Posted: 14 Dec 2010 05:56 AM PST

yuna dan hana tajima

Yuna confirmlah korang semua kenal kan? Tapi siapa itu Hana Tajima? Kalau anda seorang perempuan dan gilakan fesyen bertudung yang cantik menarik kau memang da bom, sudah tentu anda akan kenal Hana Tajima. Kalau anda tak kenal, mungkin boleh pergi ke website Hana Tajima untuk mengenalinya. Untuk makluman, Hana Tajima sudah kawin ye. So jangan gegatal berniat nak ngorat dia.

Lagi gambar Yunalis Zarai dan Hana Tajima di event Maysaa semalam. Terima kasih kepada Eman, photographer tak rasmi kami. Kalau anda nak kawin dan tak ada photographer lagi, boleh check out gambar hasil tangkapan Eman di Facebooknya. Memang marvelous. Sumber : beautifulnara

yuna dan hana tajima

yuna dan hana tajima

yuna dan hana tajima

yuna dan hana tajima

yuna dan hana tajima

yuna dan hana tajima

yuna dan hana tajima

yuna dan hana tajima

yuna dan hana tajima

Baca Yang Ini Pulak:-

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Memohon doa dimakbulkan

Posted: 14 Dec 2010 05:49 AM PST

1. MINTA – Tahu apa yang kita mahu

… Aku dekat .. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku ( Al-Baqarah: 186)

Niat yang jelas, itulah yang pertama kita perlu sampaikan, bagaimana Allah akan mengabulkan doa kita kalau niat kita tidak jelas? Tetapkanlah niat anda, jika apa yang kita minta tidak jelas, maka kekaburan yang akan datang kepada diri kita.

Jadi, cuba catat dalam buku nota, dan jawab pertanyaan berikut untuk tahu apa yang kita mahukan
1. Apa keinginan saya?
2. Mengapa saya menginginkan itu?
3. Kalau saya berjaya mendapatkan keinginan itu, bahagiakah saya? kenapa?
4. Bolehkah saya bahagia tanpa mendapatkan keinginan itu?
5. Bagaimana dengan apa yang telah saya dapatkan sejauh ini? berbahagiakah sayakah?
6. Apa erti kebahagiaan buat saya?

Seboleh mungkin, jauhilah penggunaan kata "jangan, tidak, bukan" fokuslah pada yang anda inginkan tanpa menggunakan perkataan tersebut. cth: "Ya Allah, janganlah rumah hamba banjir lagi .." diganti dengan "Ya Allah, jauhkanlah rumah hamba dari bencana banjir .."

Walaupun isinya sama, namun penggunaan kata "jangan" menunjukkan kita itu mengeluh atas banjir yang berlaku sebelum ini, sedangkan mengeluh itu negatif. namun pada kalimat kedua, kita katakan apa yg kita inginkan dengan jelas tanpa ada unsur aduan.

2. YAKIN – Membenarkan Doa Dimakbulkan

"Dari Abi Hurairah Ra berkata: Rasulullah saw bersabda: Berdoalah kepada Allah dan yakinlah bahawa doa kamu dikabulkan oleh Allah, dan ketahuilah bahawa Allah tidak menerima doa orang yang hatinya lalai dan lupa"

Yakini doa anda akan dimakbulkanNya. Anggaplah apa yang anda inginkan sudah menjadi milik anda. Ketahuilah bahawa keinginan anda akan datang pada anda pada masa yang diperlukan dan biarkan datang, jangan mengeluhkan dan mengkhuatirkannya, jangan memikirkan ketiadaanya.

Fikirkan keinginan anda sebagai benda milik anda, sebagai harta anda.

Analoginya seperti ini, kita telah menempah kereta dengan salesman kereta dan pasti kita tenang dan yakin kita akan dapat kereta tersebut dan akan jadi milik kita, jadi yakinlah diri kita percaya dan yakin bahawa Allah sudah mengabulkan doa tersebut sambil jangan lupa kita mensyukuri apa yang telah kita ada masa ini.

3. Terima – Bersyukur

".. Sesungguhnya jika kamu bersyukur, Kami pasti akan menambah (nikmat) kepadamu" QS: Ibrahim: 7)

Dan inilah yang membuat doa kita cepat dikabulkan, sangat dahsyat tetapi sering di abaikan kerana sukar di fikirkan secara logik. Di sini kita bersyukur seolah-olah doa kita terkabul, apa yang kita inginkan terkabul. dengan kata lain, kita seolah-olah sudah melihat, mendengar, dan merasakan sepenuh hati bahawa doa kita benar-benar terwujud.

Perkara ini memang sukar dilakukan, namun disinilah kuncinya. Ini seperti kita sudah menjelaskan pembayaran downpayment (syukur) walaupun tempahan (doa) belum di kita terima.

Untuk mempermudah bersyukur, cubalah menghayalkan kita mendapatkan apa yang kita inginkan tersebut. rasakan dengan senyata mungkin, rasakan dengan seluruh panca indera kita, perasaan bahagia kita ketika doa tersebut terkabul, rasakan sentuhan, penglihatan, pendengaran, perasaan bahagia kita semasa kita mendapat yang kita inginkan.

Setelah rasa bahagia tersebut didapati, ucapkan "Alhamdulillah Ya Allah, engkau telah mengabulkan doaku, dan aku bersyukur atas semua nikmat dan kurnia yang telah Kau berikan kepadaku selama ini" diiringi dengan senyum dan hati yang lega.

4. Bayangkan dalam bentuk visual
Ini seperti yang ceramah yang saya dengar dari seorang motivator bagaimana dia selalu membayangkan apa yang hendak diinginkan semasa berdoa.

Semasa beliau mengerjakan haji, dia mendapati sangat sukar untuk mencium batu Hajar Aswad. Beberapa hari dia datang untuk mencium batu tersebut tetapi gagal. Sehingga dia berdoa bersungguh-sungguh dambil membayangkan dia dapat mendekati batu hajar aswad dan selepas berdoa seperti ada laluan yang diberikan kepadanya terus dapat mencium Hajar Aswad sepuas-puasnya.

sumber : isuhangat

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.