Adsense

Rabu, 15 Disember 2010

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


(GAMBAR) Aksi seks oral Kesha di internet

Posted: 15 Dec 2010 03:01 AM PST



LOS ANGELES - Penyanyi yang popular dengan lagu Tik Tok, Kesha menjadi mangsa penyebaran gambar lucah peribadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar yang disebarkan oleh Perez Hilton di laman webnya, UnratedPerez itu menunjukkan seorang lelaki yang identitinya tidak diketahui melakukan seks oral ke atas Kesha.

Menurut laman web HipHopRX.com, Hilton pernah menyebarkan gambar kontroversi Kesha yang lain pada Julai lalu.

Namun, pada kali ini, gambar penyanyi itu lebih jelas.

Kesha merupakan antara selebriti antarabangsa seperti Miley Cyrus, Christina Aguilera dan Lady Gaga yang menjadi mangsa penggodam komputer yang mencuri gambar-gambar milik peribadi mereka dan menyebarkannya di Internet.- Agensi

Ida Nerina akhirnya bercerai juga dengan suami

Posted: 14 Dec 2010 10:09 PM PST


Ida Nerina dan suami, Shahrin sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pada Isnin (13/12). Sumber memberitahu, perceraian dibuat selepas pasangan tersebut mencapai persetujuan untuk meleraikan ikatan perkahwinan yang terjalin selama empat tahun secara baik. Shahrin melafazkan cerai dengan talak satu pada pukul 10 pagi, Isnin pada prosiding mahkamah yang berlangsung di hadapan Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi.


Permohonan perceraian tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Sumber itu juga memberitahu, Ida Nerina bersetuju menerima nafkah edah RM1,000 sebulan untuk tiga bulan dan nafkah mutaah RM10,000 daripada Shahrin. -mStar

Gambar perkahwinan Nurul Fatiha

Posted: 14 Dec 2010 10:08 PM PST


Siapa suka RTM1 mesti dia akan terlihat kelibat bekas gimnastik Negara, Nurul Fatiha Abd Hamid dalam rancangan Sukan mahupun pembaca berita sukat di RTM. Dalam beralih angin daripada menjadi seorang atlit kepada personaliti sukan, kini dalam tidak disangka Nurul Fatiha sudah bertemu jodohnya dengan Mohd Shakir Shaari. Pasangan Nurul Fatiha ini tidak diketahui atau tiada sebarang maklumat mengenai dirinya. Tak kisah lah, janji Nurul Fatiha dah selamat diijab kabulkan. Tahniah diatas perkahwinan ini.

(GAMBAR) Seni Yang Dihasilkan Dari Paku

Posted: 14 Dec 2010 03:58 PM PST



Memang power sape yang wat seni nie.....dengan menggunakan paku yg didapatkan dari kedai hardware leh wat pelbagai bentuk....
Lagi gambar…

(VIDEO) Elyana atau Mirip Elyana Dalam Video Seksi Ini?

Posted: 14 Dec 2010 10:24 AM PST


Jika ditanya video apa yang tengah hangat dari yotube dan sedang tersebar di blog-blog gosip hiburan tanahair, kami akan menjawab video aksi gadis mirip Elyana yang menari seksi dan menggoda di dalam tandas wanita.

Persoalan dan isu yang timbul adalah adakah gadis mirip Elyana dalam video tersebut adalah penyanyi Elyana atau pelanduk 2 serupa.

Anda layan video aksi seksi gadis mirip Elyana ini dulu dan baca kenyataan dari peminat Elyana di bawah video ini.





Ini pula kenyataan dari blog Elyana.


Adalah dimaklumkan bahawa perempuan yang mirip Elyana dalam video yang anda tonton adalah BUKAN Elyana. Diharap semua tidak ada salah faham dalam kepala tu. Memang 100% bukan. Perkara ni dah di-confirm-kan sendiri oleh tuan punya badan..

Kepada ElyanaLovers semua, kalau ada sesapa tanya, betul ke Elyana dalam video tu, korang just jawab, "NO!". Sekali lagi, memang BUKAN Elyana. Bukan kami menyangkalnya tetapi ianya fakta, bukan Elyana.. Samada Elyana yang dulu @ sekarang, memang bukan k.

Harap semua sedia maklum, dan terima kasih atas sokongan korang semua selama ini. Elyana loves you guys Kami berkeras disini agar tolong jaga sikap anda ketika mengomen. Thanks :3