Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
Posted: 14 Dec 2010 11:37 PM PST CANTIK...ramai yang memuji lakonan Faezah dalam Asmara dan Miah Oh! Miah. DI saat namanya memuncak dan mula menjadi sebutan, tiba-tiba timbul cerita kurang enak membabitkan Noor Faezah Elai. Heboh kini Faezah, 28, dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga pengarah Heykal Hanifah, 37, dengan isterinya, gara-gara dituduh terjebak dengan skandal. Bukan itu saja, pelakon yang mula diperkenalkan menerusi filem Otai itu dikatakan turut diserang isteri Heykal, Rosmanizawani Nadzir atau Jaja, 37, yang juga warga industri muzik.
"Saya sudah menjelaskan kepada isteri pengarah itu (Jaja) gosip yang dihebohkan itu tidak benar. Tapi biasalah siapa yang nak percaya dengan cakap saya tapi saya yakin kebenarannya akan terbukti satu hari nanti," katanya.
"Tak sangka pula cerita ini jadi besar sehingga saya pula sekarang dikatakan tergila-gilakan Azad! Saya masih simpan semua mesej yang diberikan Azad kepada saya termasuk mesej cinta, tapi saya tak pernah layan semua itu. Niat saya hanyalah hendak bantu Azad mencipta nama dalam dunia lakonan kerana kami sama-sama berasal dari Pulau Pinang. Itu saja. Memang benar saya juga pernah membuat laporan polis pada 2009 kerana dulu banyak ugutan saya terima daripada Azad termasuk membabitkan maruah keluarga saya. "Malah Heykal juga menjelaskan kepada saya isterinya sendiri beritahu Azad yang menceritakan kononnya kami ada skandal. Malah sewaktu kami berjumpa di rumah seorang penyampai TV, ramai lagi orang ada menjadi saksi. Saya dituduh datang berdua sedangkan ayah saya yang hantar ke rumah itu," jelasnya.Faezah turut menegaskan dia jadi keliru dengan isu yang ditimbulkan itu kerana apabila dia bertanya sendiri kepada Azad (yang kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan Eira Syazira), Azad mula memutarbelitkan fakta. Faezah juga mendakwa, Azad yang sebenarnya ada masalah peribadi dengan Heykal menyebabkan terbitnya cerita yang tidak benar. Bagi Faezah, isu itu seolah-olah berkait-kait. "Terus terang, saya tak mahu lagi ambil pusing mengenai gosip yang diperkatakan itu kerana ia jadi semakin rumit dan berbelit. Namun, saya percaya, kontroversi seperti ini akan datang dan pergi. Tak lama lagi kalau orang dah tahu cerita sebenar, ia akan hilang dengan sendiri," katanya.
"Sewaktu membintangi filem Otai, selepas majlis majlis previu, seorang wartawan datang kepada saya dan berkata kemunculan saya merosakkan filem itu. Mendengarkan kata-katanya membuatkan saya rasa sangat sedih dan geram.
Akibat daripada 'kata penghinaan' itu, Faezah hanya menumpukan perhatian kepada kerjaya sebagai pengacara. Malah banyak tawaran berlakon filem diterima waktu itu, tetapi ditolak. Untuk memulihkan kembali keyakinan, Faezah kembali memulakan karier lakonan dari bawah dengan membintangi drama sebagai watak pembantu dan bekerja dengan pengarah berkaliber, antaranya Datin Paduka Shuhaimi Baba dan Kabir Bhatia. Dia turut mencuba pelbagai watak termasuk antagonis dalam siri Asmara dan Tomboy dalam slot Sutera Maya.
"Waktu sama saya bersyukur kerana keluarga juga menjadi pengkritik setia agar melakukan lebih baik dalam setiap drama mahupun filem yang dibintangi. Ibu saya bertindak sebagai 'badan penapis' dan menentukan skrip mana yang bagus dan tidak. Berkat sokongan keluarga dan tunjuk ajar pengarah yang pernah saya bekerja sebelum ini membolehkan saya terus maju dalam bidang lakonan. Terima kasih juga kepada wartawan yang pernah menegur saya. Kalau tidak, saya masih berada di takuk lama," katanya Walaupun sudah membintangi banyak drama dan filem, ada satu impian Faezah yang belum lagi tertunai. Bintang utama filem Tolong Awekku Pontianak itu mahu berlakon teater suatu hari kelak.
|
Posted: 14 Dec 2010 11:34 PM PST PERIKSA...seorang peniaga warga asing yang ditahan dalam serbuan di bangunan terbabit, semalam. RAMPAS...anggota penguat kuasa memeriksa beg yang dirampas, semalam. KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama dianggap kubu kebal, sebuah bangunan 20 tingkat yang menjadi sarang dan stor sindiket pengedaran barangan tiruan dibolosi pihak berkuasa semalam. Sebelum ini, bangunan terbabit sukar dimasuki pihak berkuasa berikutan dilengkapi puluhan kamera litar tertutup (CCTV) dan tonto yang lengkap dengan walkie-talkie.
"Serbuan berkenaan dianggap berjaya selepas pihak berkuasa merampas 4,091 beg pakaian dan dompet berjenama palsu yang dianggarkan bernilai kira-kira RM100,000 mengikut nilai pasaran," katanya.Menurutnya, pihak berkuasa percaya, bangunan terbabit stor utama bagi kegiatan pengedaran barangan tiruan sekitar Lembah Klang berdasarkan bilangan stor dan jumlah rampasan diperoleh.
|
Posted: 14 Dec 2010 11:31 PM PST TAMAN TEMA...bagi ibu bapa yang kurang berkemampuan boleh memilih taman tema berhampiran untuk membawa anak bercuti. RIADAH...ibu bapa perlu babitkan anak ketika memilih tempat percutian dan aktiviti yang diadakan. PERCUTIAN indah keluarga bukan bermakna membawa anak menginap di hotel mewah atau melancong melangkaui sempadan kawasan kediaman, tetapi sebanyak mana masa mampu diluangkan ibu bapa untuk mereka. Bagi mereka yang berpendapatan rendah, cukup sekadar membawa anak berjalan di bandar, pantai atau pusat perkelahan berdekatan sambil luangkan masa berbual, bergurau senda dan bermain-main dengan mereka.
"Membawa anak bersiar-siar di bandar atau taman sudah cukup menggembirakan mereka. Apa yang penting kualiti masa yang dapat diluangkan ibu bapa bagi melayan anak. "Bagi ibu bapa yang kurang mampu, bersiar-siar di taman sudah cukup mengeratkan kemesraan bersama keluarga malah boleh dilakukan selalu kerana tidak memerlukan kos yang tinggi," katanya yang juga penulis buku Ibu Bapa Bijak, Anak Hebat. Zaid memberitahu, terdapat tiga perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam merancang percutian terutama bagi keluarga berpendapatan rendah iaitu kos pengangkutan, penginapan, makan dan minum. Peruntukan bajet antara RM500 hingga RM1,000 tidak sekali-kali menjadi halangan jika ibu bapa bijak menanganinya dan memfokuskan minda untuk mencari jalan penyelesaian. Daripada aspek pengangkutan, menurutnya, bandingkan kos pengangkutan awam dengan pengangkutan persendirian. Mana yang lebih murah daripada keseluruhan jumlahnya? Jangan lupa mengira sekali kos petrol dan parkir. Bahagikan jumlahnya dengan jumlah penumpang. Biasanya, untuk sebuah keluarga, pengangkutan sendiri mungkin lebih murah.
Di laman sesawang smartparents.com.my, ada satu pautan laman yang menawarkan diskaun sehingga 70 peratus daripada harga biasa. Pilih apartmen kerana ini adalah cara paling murah untuk keluarga besar kerana biasanya boleh memuatkan lebih ramai penghuni dan lebih murah harganya. Kemudahan disediakan juga sama dengan hotel. Port Dickson misalnya banyak menyediakan kemudahan berbentuk apartmen. Alternatif lain ialah dengan mencari rumah atau banglo penginapan untuk disewa. Biasanya kos keseluruhan akan jauh lebih murah berbanding hotel. "Saya sendiri pernah menyewa sebuah banglo sembilan bilik di Cameron Highlands pada kadar RM150 saja setiap bilik. "Beberapa keluarga dapat menginap beramai-ramai untuk menghasilkan sebuah percutian meriangkan," ujarnya. Alternatif yang paling murah ialah berkhemah di tempat yang menarik. Cuma perlu ada satu khemah dan beg tidur untuk setiap orang.
Sebaliknya, boleh memandu sedikit dan mencari kedai makan yang agak bersih dan selesa. Jika menginap beramai-ramai, contohnya di banglo Cameron Highlands, anda boleh menempah makanan secara katering daripada warung berdekatan. Rundingkan harga terbaik kerana anda akan menempah makanan dan minuman dari kedai itu sepanjang percutian. "Daripada pengalaman saya, kosnya hanyalah RM10 sehari setiap orang untuk makan pagi, tengah hari dan malam yang ringkas tapi memuaskan."Jika anda tinggal di servis apartmen, ia lebih menjimatkan kerana anda boleh menggunakan dapurnya untuk memasak sendiri. Misalnya ketika sarapan, anda boleh menyediakan roti, telur atau bijirin.
Kemudian anda boleh membelanjakannya tanpa rasa bersalah selagi di dalam lingkungan belanjawan itu," katanya. Menurutnya, bagi ibu bapa yang anak-anaknya sudah bersekolah sebaiknya minta pendapat mereka dalam membuat keputusan. Bincang bersama tempat yang ingin dilawati dan setelah bersetuju, biarkan mereka membuat kajian melalui Internet atau majalah berkenaan tempat menarik atau aktiviti yang boleh dilakukan. Di bawah pengawasan ibu bapa, biarkan mereka membuat satu program lawatan yang menarik.Dengan cara ini, ibu bapa akan mendapat kerjasama penuh anak sebelum dan ketika bercuti. Ini juga memberi peluang untuk mereka mengasah bakat kepimpinan dan bertanggungjawab menguruskan sebuah aktiviti keluarga. Di samping itu, ibu bapa boleh menjimatkan wang tanpa perlu mengambil pakej lawatan. Menurut Zaid, bagi ibu yang memiliki anak lebih daripada empat orang, semua perancangan bergantung kepada kesediaan mereka untuk berjalan jauh. Jika mereka tidak biasa atau bersedia, ini mungkin akan menimbulkan tekanan bukannya keseronokan. Tetapi jika mereka boleh berkelakuan baik, jarak perjalanan yang jauh tidak menjadi masalah. "Ibu bapa boleh melatih anak dari kecil dengan mewajibkan mereka memakai tali pinggang keledar supaya mereka akan lebih berdisiplin sepanjang perjalanan," jelasnya.
Ini kerana mereka dapat melihat langit membiru dan pokok menghijau seperti di Taman Tasik Perdana atau Titiwangsa, namun perlu mempunyai kemudahan asas berdekatan.
Bagi anak bersekolah rendah pula percutian adalah masa paling sesuai untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dan pembelajaran, sekali gus mendorong mereka menghargai dunia di samping mencipta memori indah yang kekal sepanjang hayat.
Tip merancang percutian: 2. Buat belanjawan untuk menyimpan sejumlah wang contohnya RM100 hingga RM200 sebulan untuk dimasukkan ke dalam tabung percutian. 3. Pada saat pergi bercuti biarkan anak menyediakan dan membawa bagasi masing-masing. Ibu bapa hanya perlu memberitahu jumlah dan jenis pakaian (pakaian bersantai, berjalan-jalan atau tidur) yang perlu dibawa. 4. Buat senarai barangan yang perlu dibawa seminggu sebelum tarikh bertolak. Ini akan memastikan barangan penting tidak tertinggal. 5. Kemaskan rumah sebelum pergi. Ini penting kerana apabila balik nanti, keluarga akan merasa tenang melihat keadaan rumah yang kemas dan tersusun. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |