Adsense

Rabu, 15 Disember 2010

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Terlintas untuk undur diri

Posted: 14 Dec 2010 06:00 AM PST

pix_topright

DI saat namanya memuncak dan mula menjadi sebutan, tiba-tiba timbul cerita kurang enak membabitkan Noor Faezah Elai.

Heboh kini Faezah, 28, dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga pengarah Heykal Hanifah, 37, dengan isterinya, gara-gara dituduh terjebak dengan skandal. Bukan itu saja, pelakon yang mula diperkenalkan menerusi filem Otai itu dikatakan turut diserang isteri Heykal, Rosmanizawani Nadzir atau Jaja, 37, yang juga warga industri muzik.


Ditemui pada sesi fotografi khas bersama Rap, baru-baru ini, Faezah dengan tenang menjelaskan ini pertama kali namanya dipalit kontroversi yang cukup mencengkam sejak tiga tahun bergelar pelakon. Lebih menyedihkan anak kelahiran Gelugor, Pulau Pinang ini, mendakwa ia tidak benar sama sekali.

"Saya sudah menjelaskan kepada isteri pengarah itu (Jaja) gosip yang dihebohkan itu tidak benar. Tapi biasalah siapa yang nak percaya dengan cakap saya tapi saya yakin kebenarannya akan terbukti satu hari nanti," katanya.


Ahad lalu, Melodi TV3 menyiarkan kenyataan pelakon filem Ngangkung, Azad Jazmin, 34, yang mendakwa Faezah cuba berdolak-dalik apabila mengaitkan dirinya dalam gosip itu. Sebelum ini Azad dikatakan menjadi pihak yang membawa mulut atau menyampaikan cerita skandal itu kepada Jaja.


Menjelaskan lebih lanjut, Faezah berkata, dia mendapat tahu daripada sumbernya sendiri Azad yang memaklumkan gosip itu kepada Jaja.

"Tak sangka pula cerita ini jadi besar sehingga saya pula sekarang dikatakan tergila-gilakan Azad! Saya masih simpan semua mesej yang diberikan Azad kepada saya termasuk mesej cinta, tapi saya tak pernah layan semua itu. Niat saya hanyalah hendak bantu Azad mencipta nama dalam dunia lakonan kerana kami sama-sama berasal dari Pulau Pinang. Itu saja. Memang benar saya juga pernah membuat laporan polis pada 2009 kerana dulu banyak ugutan saya terima daripada Azad termasuk membabitkan maruah keluarga saya.

"Malah Heykal juga menjelaskan kepada saya isterinya sendiri beritahu Azad yang menceritakan kononnya kami ada skandal. Malah sewaktu kami berjumpa di rumah seorang penyampai TV, ramai lagi orang ada menjadi saksi. Saya dituduh datang berdua sedangkan ayah saya yang hantar ke rumah itu," jelasnya.

Faezah turut menegaskan dia jadi keliru dengan isu yang ditimbulkan itu kerana apabila dia bertanya sendiri kepada Azad (yang kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan Eira Syazira), Azad mula memutarbelitkan fakta.

Faezah juga mendakwa, Azad yang sebenarnya ada masalah peribadi dengan Heykal menyebabkan terbitnya cerita yang tidak benar. Bagi Faezah, isu itu seolah-olah berkait-kait.

"Terus terang, saya tak mahu lagi ambil pusing mengenai gosip yang diperkatakan itu kerana ia jadi semakin rumit dan berbelit. Namun, saya percaya, kontroversi seperti ini akan datang dan pergi. Tak lama lagi kalau orang dah tahu cerita sebenar, ia akan hilang dengan sendiri," katanya.


Bercerita lanjut, Faezah tidak menafikan gosip mengatakan dia cuba merampas suami orang, sedikit sebanyak membuatkan dirinya kecewa dengan industri sehingga pernah terlintas di hati untuk mengundur diri.

"Bagaimanapun, keluarga saya minta saya bersabar. Mereka menasihatkan saya supaya menjadi lebih kuat dan faham semua ini adalah asam garam dunia artis. Mendengarkan kata-kata keluarga, saya kembali semangat.


"Bayangkan saya tinggal dengan ibu bapa. Bukan itu saja, ke mana saya pergi pasti ada ahli keluarga menemani. Saya jarang keluar berseorangan. Apabila habis penggambaran saya akan terus pulang ke rumah. Jadi bila pula masanya saya pulang pagi dan menghabiskan masa dengan pengarah terbabit. Cerita seperti ini sangat memalukan," katanya.


Faezah menegaskan, gosip membabitkan hal peribadi seperti itu bagaimanapun tidak boleh menandingi 'kata penghinaan' yang diluahkan seorang wartawan hiburan kepadanya pada awal pembabitan dalam lakonan.

"Sewaktu membintangi filem Otai, selepas majlis majlis previu, seorang wartawan datang kepada saya dan berkata kemunculan saya merosakkan filem itu. Mendengarkan kata-katanya membuatkan saya rasa sangat sedih dan geram.


Malah kenyataannya membuatkan saya trauma sehingga enam bulan tidak menerima sebarang tawaran berlakon.


"Saya akui pada awal kemunculan di layar filem lakonan saya memang teruk. Tapi saya mahu buktikan kepada diri sendiri bahawa saya boleh berubah dan maju ke depan," katanya.

Akibat daripada 'kata penghinaan' itu, Faezah hanya menumpukan perhatian kepada kerjaya sebagai pengacara. Malah banyak tawaran berlakon filem diterima waktu itu, tetapi ditolak.

Untuk memulihkan kembali keyakinan, Faezah kembali memulakan karier lakonan dari bawah dengan membintangi drama sebagai watak pembantu dan bekerja dengan pengarah berkaliber, antaranya Datin Paduka Shuhaimi Baba dan Kabir Bhatia. Dia turut mencuba pelbagai watak termasuk antagonis dalam siri Asmara dan Tomboy dalam slot Sutera Maya.


Paling meninggalkan kesan di hati penonton apabila dia menjadi anak yang dianiaya ibu sendiri dalam telemovie Miah Oh! Miah. Lebih membanggakan apabila drama arahan Pierre Andre itu turut dipertandingkan dalam Anugerah Skrin 2010 yang berlangsung 24 Disember ini.


"Saya bersyukur apabila segala susah payah yang dilalui berbaloi. Syukur kerana bakat saya sudah mula mendapat perhatian. Mungkin inilah kesan daripada 'kata penghinaan' itu. Saya banyak belajar. Setiap ilmu yang saya peroleh dalam lokasi penggambaran saya kutip dan belajar daripada pengarah dan pelakon senior.

"Waktu sama saya bersyukur kerana keluarga juga menjadi pengkritik setia agar melakukan lebih baik dalam setiap drama mahupun filem yang dibintangi. Ibu saya bertindak sebagai 'badan penapis' dan menentukan skrip mana yang bagus dan tidak. Berkat sokongan keluarga dan tunjuk ajar pengarah yang pernah saya bekerja sebelum ini membolehkan saya terus maju dalam bidang lakonan. Terima kasih juga kepada wartawan yang pernah menegur saya. Kalau tidak, saya masih berada di takuk lama," katanya Walaupun sudah membintangi banyak drama dan filem, ada satu impian Faezah yang belum lagi tertunai. Bintang utama filem Tolong Awekku Pontianak itu mahu berlakon teater suatu hari kelak.

>PROFIL
Nama: Noor Faezah Elai
Panggilan: Faezah
Tempat Lahir: Gelugor, Pulau Pinang
Tarikh Lahir: 16 Ogos 1982
Umur: 28 tahun
Status: Bujang
Adik-beradik: Anak sulung daripada tiga beradik
Pendidikan: Diploma Fesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Hobi: Mendengar muzik
Kerjaya: Pelakon, pengacara dan model
Filem: Otai, Adik Manja Returns, Cun, Tolong Awekku Pontianak, Senjakala dan Mantera.
Drama: Cinta & Keadilan, Enigma, Cempaka Berbunga, Sitkom Puteri, Sutera Maya, Hartamas, Anak Mamak Menantu Mami, Dendam Kesumat, Miah Oh Miah dan Asmara.
Iklan: Kotex, Canon, Milo, Radox, Vanish dan Celcom
Pengacara: Mango TV (8TV), TV Trivia (TV3), Inspirasi Comel (RTM), Gegar U (Astro), Hypermarket Saga (TV9) dan Seri (TV3)
Pencapaian: Best TV Look Elite Model Search 2006 sempena KL Fashion Week dan 50 Gorgeous People majalah Female.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Sarah minta dirahsiakan

Posted: 14 Dec 2010 05:55 AM PST

DESAS-DESUS mengenai hubungan intim anggota Sepah, Shahmira Muhammad atau Shuib dengan penyanyi Siti Sarah Raisuddin sudah terjawab apabila mereka mengikat tali pertunangan pada 16 November lalu di rumah keluarga Sarah di Kuala Selangor.

Shuib dan Sarah merancang untuk bernikah dalam waktu terdekat, namun menafikan ia akan berlangsung bulan depan. Ditemui di majlis pelancaran Kisah Bujang Sepah, Si Lalalitamplom 2 di Gold Coast, Sepang baru-baru ini, Shuib menjelaskan dia sibuk di lokasi penggambaran sehingga 15 Januari depan.


"Jangan bimbang, apabila tiba harinya saya tidak akan merahsiakan pernikahan kami dan akan menjemput media. Lagipun majlis pertunangan kami dirahsiakan atas permintaan Sarah kerana dia pernah mengalami kegagalan dalam pertunangan," katanya.

Sarah, 26, pernah mengikat tali pertunangan dengan jejaka dari New Zealand, Mohd Harith Fuad Robinson, pada Januari 2007. Bagaimanapun, ia tidak berpanjangan apabila setahun selepas itu kedua-duanya mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan. Hubungan jarak jauh dikatakan menjadi punca perpisahan itu. Jelas Shuib yang sebaya Sarah, menjelaskan mereka mula berkenalan lebih setahun lalu apabila sama-sama menjayakan rancangan Gelak Khas dan disiarkan di Astro. Sejak itu mereka mula rapat sebagai teman sehinggalah kedua-duanya meluahkan rasa hati.


"Saya sukakan Sarah kerana keperibadiannya. Saya sukakan gadis yang pandai memasak, selain itu Sarah juga comel pada pandangan saya," katanya lagi.


Tambah Shuib, selama ini mereka cuba mendiamkan hubungan daripada pengetahuan khalayak kerana berasakan kerjaya lebih penting. Apatah lagi waktu sama kumpulan Sepah pernah dikaitkan dengan kontroversi membabitkan pihak media. Berhadapan dengan situasi itu dia merasakan adalah penting untuk memberi tumpuan kepada kerjaya bagi memulihkan kembali imej Sepah.

Pada majlis itu, seorang lagi anggota Sepah, Md Noor Murad atau Md Noor, atau Mamat, 25, turut memperkenalkan kekasih hatinya.


Wanita pilihannya itu juga bukan orang asing dalam industri muzik tempatan kerana Nursyuhada Buharuddin, 22, adalah anggota kumpulan Butterfly.

Malah, apabila diminta untuk bergambar berdua mereka tidak kekok dan senang memberikan kerjasama kepada pihak media.


"Saya sebenarnya lebih senang menjelaskan kepada peminat bahawa saya dan Nursyuhada berkawan rapat. Lagipun takut kalau pukul canang sangat apabila hubungan kami tidak sampai ke jinjang pelamin, peminat akan membuat tanggapan yang bukan-bukan. Lebih membimbangkan saya apabila ada pihak cuba mengaitkan ia dengan nama keluarga kedua-dua belah pihak. Kalau boleh saya mahu jaga hati semua orang termasuk peminat," ujarnya.


Apabila ditanya mungkinkah dia akan mengikut jejak langkah, Shuib dengan mengikat tali pertunangan dengan Nursyuhada dalam masa terdekat, jelas Mamat setakat ini mereka belum lagi memikirkan soal itu, sebaliknya mahu memberikan tumpuan terlebih dulu kepada kerjaya seni.


Sementara itu, seorang lagi anggota kumpulan Sepah, Mohd Nadzri Zainal Abidin atau Jep, 25, menjelaskan dirinya masih solo dan gembira dengan perkembangan membabitkan Mamat dan Shuib.


Bagaimanapun, timbul persoalan bagaimana dengan kerjaya seni Sepah apabila dua anggotanya bakal berkeluarga. Komitmen terhadap kerjaya seni juga sudah tentunya sedikit sebanyak bakal berubah. Jelas Jep, perkara itu sudah pun mereka bincangkan. Malah, pihak pengurusan di Astro juga memberi kelonggaran bahawa selepas ini setiap daripada mereka dibenarkan untuk bergerak secara solo.


"Sekarang kami masih bergerak bertiga kerana ada beberapa projek yang kontraknya sudah ditandatangani perlu diselesaikan. Mengambil contoh sekarang ini kami sedang menghabiskan Bujang Sepah musim kedua. Ia akan mula disiarkan setiap Isnin jam 10 malam bermula 3 Januari ini di Astro Prima," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.