Harian Metro: Rap |
Nikah pada tarikh mula keluar bersama Posted: 12 Dec 2010 05:02 AM PST CINTA yang bertandang di hati tidak pernah diundang dan pelakon jelita berdarah Jawa, Cina dan Arab, Rabecca Nur Al Islam, 25, tidak pernah menyatakan siapa jejaka yang datang dalam mimpinya setiap malam. Bukan ingin menyembunyikan kisah cintanya itu, namun selagi belum pasti apakah hubungan yang terjalin akan berakhir sehingga ke jenjang pelamin, bagi Rabecca lebih baik dia berdiam diri dulu. "Heboh bercerita sana sini, andai kata hubungan saya itu tidak menjadi, saya juga yang tanggung malu. Orang sekeliling mula membuat pelbagai spekulasi dan untuk mengelakkan perkara itu terjadi, lebih baik jangan pukul canang.
"Ketika itu, kami hanya bertanya khabar. Tanpa saya ketahui, Azam minta nombor telefon saya daripada rakan yang juga adalah sahabatnya. Sejak itu dia sering menghubungi saya dan mengajak keluar. "Namun hati masih sangsi untuk menerima pelawaannya itu maklum saja saya tidak mengenali latar dirinya. Lebih kurang enam bulan hanya berhubung menerusi telefon, barulah saya memberanikan diri bertentang mata dengannya. "Pertemuan diatur dan sehari ke sehari kami bertambah mesra. Azam, duda anak dua dan berasal dari Kuching, Sarawak. Selepas wujud keserasian antara kami, dia menyatakan hasrat untuk melamar saya sebagai suri hatinya.
Rabbecca menyingkap segala rahsia cintanya pada majlis minum petang bersamanya tajaan butik Chopard di pusat beli-belah lima bintang, Suria KLCC, Jumaat lalu. Dia mengumumkan majlis pernikahan dan persandingan mereka akan berlangsung selama tiga hari dari 14 hingga 16 Januari depan.
"Saya jenis yang berterus terang dan tidak akan menyembunyikan perkahwinan saya dengan media. Ia detik yang sangat bermakna dalam hidup saya, lantaran itu saya ingin berkongsi kebahagiaan itu dengan orang lain.
"Keluarga Azam dating merisik saya pada Ogos lalu, menyarungkan cincin. Majlis pertunangan kami sebenarnya akan diadakan pada hari pernikahan kami iaitu beberapa jam sebelum berlangsungnya upacara akad nikah.
Rabecca akan menggunakan khidmat Wawa dari Cleo Studio sebagai perancang majlis perkahwinannya. Pada majlis perkahwinannya kelak, Rabecca akan menyarungkan busana pengantin rekaan Calvin Thoo, Ezuwan Ismail, Salikin Sidik dan Ezral Butik Citra. Bagaimanapun apabila ditanya mengenai wang hantaran, Rabecca berkata dia belum tahu jumlahnya. Barang hantaran pula termasuk barang kemas Chopard. "Duit hantaran terpulang kepada Azam. Apapun saya bersyukur kerana dia sudah menyediakan rumah untuk kami memulakan hidup bersama dan dia berharap semoga perkahwinan keduanya ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. "Dengan majlis pengumuman ini juga, saya harap tiada lagi spekulasi siapa bakal suami saya. Sebelum ini, gara-gara selalu terbang ke Jakarta, ada yang membuat tanggapan saya ada kekasih di sana.
|
Posted: 12 Dec 2010 04:59 AM PST USIANYA baru mencecah 20 tahun, namun kematangan wajah penyanyi Nurshahila Amir Hamzah atau Shila kian terserlah. Bahkan, dia kini kelihatan seperti wanita matang seolah-olah sudah bersedia menempuh alam rumah tangga. Apakah benar, hati Shila sudah dimiliki? Tidak tersentak dengan pertanyaan berbaur peribadi itu, Shila tegas menafikannya. Ujar anak dara penyanyi N D Lala ini, dia masih belum memikirkan soal kahwin.
"Memang niat saya mahu ubah penampilan diri daripada remaja kepada wanita dewasa. Saya mahu penampilan nampak lebih profesional dengan cara percakapan dan pemikiran yang matang. "Namun buat masa ini, saya belum bertemu calon yang sesuai. Maklum saja, karier sebagai anak seni memerlukan saya mencari pasangan yang boleh menerima diri seadanya. Lelaki itu, kena faham kerjaya seni saya.
Terus-terang, Shila akui dia memang pernah bertemu dengan ibu Zikri. Bagaimanapun, akuinya hubungannya dengan pemuda kacak itu hanyalah sekadar kawan rapat. Katanya, buat masa ini mereka belum sampai tahap bercinta.
"Kalau pun sekarang kebanyakan wanita lebih gemar memilih teman lelaki muda sebagai pasangan mereka, itu hak masing-masing," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |