Sensasi |
- Gambar Cut Tari Menangis, Ariel kata tidak pernah mempunyai perasaan terhadapnya di Mahkamah
- Cut Tari mengaku di Mahkamah,Di dalam Video itu adalah dirinya bersama Ariel
- Zac Efron & Vanessa Hudgens berpisah
- Justin Bieber Curang dengan Selena Gomez,bercumbuan dengan perempuan lain
- Uqasha mengaku masih solo dan tidak terfikir nak jadi kekasih Nabil
- Gambit mengorat Zizan Nin di Twitter
- Shah Jazle dan Maria hangat bercinta dan bersayang di Twitter
- Faezah Elai nak pasang peguam,Azad buat kenyataan di Melodi
Gambar Cut Tari Menangis, Ariel kata tidak pernah mempunyai perasaan terhadapnya di Mahkamah Posted: 13 Dec 2010 11:23 PM PST Komen yang mengejutkan dari Ariel semasa di mahkamah,Ariel bukan sahaja menafikan yang dia adalah lelaki di dalam Video lucah bersama Cut Tari, Bahkan mengatakan yang dia tidak pernah mempunyai perasaan terhadap Cut Tari. Hotman yang juga merupakan peguam Cut Tari semasa ditemubual berkata penyataan itu disebut oleh Ariel di mahkamah. "kelmarin Cut Tari dihadapkan berdepan dengan Ariel di mahkamah sambil Video lucah mereka dimainkan dan sesi soal balas dilakukan .Ariel mengatakan dia tidak melakukan perkara itu dan dengan senyum sinis ,bongkak, dan sambil lewa mengatakan dia tidak pernah mempunyai apa pun perasaan terhadap Cut Tari." Kesian ..Kenyataan sinis oleh Ariel itu telah melukakan hati Cut Tari kerana maruahnya dipandang ringan. Cut Tari ditemani suaminya Johannes Jusuf Subrata. |
Cut Tari mengaku di Mahkamah,Di dalam Video itu adalah dirinya bersama Ariel Posted: 13 Dec 2010 11:11 PM PST Pengacara popular, Cut Tari, 33, mengaku di sebuah mahkamah di sini semalam bahawa dia merupakan wanita yang disiarkan di dalam klip video seks penyanyi band Peterpan, Ariel. "Dia mengaku bahawa dalam video itu adalah dirinya dengan Ariel. Benar dia melakukannya (hubungan seks) bersama Ariel," kata pendakwa raya, Rusmanto kepada pemberita selepas perbicaraan kes Ariel mengedarkan video lucah di sebuah mahkamah di Bandung. Menurut Rusmanto, Cut Tari bagaimanapun tidak pasti mengenai tempat dan waktu dia melakukan perbuatan itu tetapi memberitahu bahawa ia berlaku sekitar 2005-2006. Cut Tari yang mengaku masih menonton klip video itu juga memberitahu bahawa dia melakukan seks bersama Ariel di bawah katil sebanyak tiga kali, kata Rusmanto. Setelah selesai perbicaraan, Cut Tari keluar dari kamar perbicaraan dan berkata kepada para pemberita: "Saya tetap konsisten dengan pendirian saya bahawa yang ada dalam video tersebut adalah saya. Tetapi, Ariel tetap mengaku bahawa yang ada dalam video tersebut bukan dirinya," kata Cut Tari. Dia turut menjelaskan kenapa matanya kelihatan berair dengan berkata: "Di dalam sidang (perbicaraan) tadi, dia (peguam Ariel) mengorek-ngorek luka lama saya." Dia yang ditemani suaminya, Johannes Joesoef Soebrata, meninggalkan pekarangan mahkamah dengan menaiki kenderaan Toyota Alphard berwarna hitam. Dalam perkembangan sama, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham masih tidak mengaku bahawa dia terlibat di dalam video lucah itu. Bagaimanapun, kekasih Ariel, Luna Maya, 27, yang juga seorang pengacara tidak hadir pada perbicaraan semalam dan pihak pendakwaan berusaha bagi memastikan kehadirannya pada perbicaraan pada minggu hadapan. Perbicaraan itu diadakan secara tertutup. Jika didapati bersalah mengedarkan klip video lucah, Ariel berdepan hukuman penjara 12 tahun dan denda hingga AS$672,000 (RM2.1 juta) kerana beberapa kesalahan termasuk menyebarkan pornografi di Internet. |
Zac Efron & Vanessa Hudgens berpisah Posted: 13 Dec 2010 10:44 PM PST Setelah menyulam cinta selama empat tahun, akhirnya hubungan pasangan popular filem francais "High School Musical" - Zac Efron dan Vanessa Hudgens putus di tengah jalan jua. Walaupun pasangan tersebut masih belum memberi sebarang statement atau komen, pelbagai media di Hollywood seperti E! News, Us Weekly dan People seolah-olah sudah pun 'mengesahkan' perpisahan mereka. Satu sumber memberitahu E!, "Tiada drama ketika perpisahan tersebut berlaku. Tiada orang ketiga yang terlibat." Malah sumber kepada Us Weekly memberitahu, "Pasangan ini sudah lama bersama. Oleh itu mereka masih lagi meneruskan persahabatan mereka. Efron dan Hudgens mula rapat apabila bergandingan melalui "High School Musical" pada tahun 2005 dan bercinta setahun selepas itu. |
Justin Bieber Curang dengan Selena Gomez,bercumbuan dengan perempuan lain Posted: 13 Dec 2010 10:32 PM PST AMboi Justin yang masih berusia 16 tahun kini dah pandai main kayu tiga? Ish ish ish...ini lah penangan jadi selebriti yang diminati oleh ramai teenagers seluruh dunia. Selepas Gossip cinta antara Selena Gomez dengan JB,Pelakon yang pernah membintangi Video Klip Justin Bieber untuk lagu " Baby" iaitu Jasmine Villegas pulak yang dilaporkan bercium dengan Justin. Justin Bieber yang dikatakan sedang hangat bercinta dengan Selena Gomez dilaporkan mula rapat dengan bintang That's So raven, Jasmine Villegas. Menurut sumber kepada akhbar, Justin dan Jasmine ditemui di sebuah lokasi rahsia di Atlanta dan mereka sedang bercumbuan pada ketika itu. "Justin dan Jasmine mula rapat dan sering kelihatan bersama sejak kebelakangan ini. Mereka membuat rakaman video sesama sendiri dan sekali sekala pasangan itu bercumbuan," kata sumber tersebut. Tambahnya, Selena pula dijumpai bersama Justin sarapan bersama pada minggu lepas di Philadelphia. "Difahamkan Selena sering menceritakan mengenai Justin kepada teman-temannya. Justin pula kini mengelirukan semua kerana memberi tanda soal adakah Justin sedang bercinta dengan dua gadis yang dua tahun lebih berusia daripadanya? "Selena pernah berkata dia sanggup melakukan apa saja untuk Justin. Pasti Selena akan bengang jika dia tahu tentang hubungan Justin dengan Jasmine nanti," kata sumber itu lagi. |
Uqasha mengaku masih solo dan tidak terfikir nak jadi kekasih Nabil Posted: 13 Dec 2010 10:06 PM PST "Alhamdulillahlah saya tidak lagi tertekan dengan hal itu. Cuma saya ingin menjelaskan saya tiada kaitan langsung dengan kes putus cinta Nabil. "Walaupun masih baru dalam lakonan, ia sedikit mengganggu perjalanan seni saya apabila penerbit-penerbit drama mempersoalkan kehadiran saya kerana mereka bimbang ia akan menjejaskan produksi mereka. "Bagaimanpun pun saya tak kisah dengan apa orang cakap kerana hal itu telah pun terjadi. Sekarang misi saya ialah mengasah bakat yang ada untuk menjadi pelakon yang berkaliber," tegasnya. Selain itu, ujar Qasha, dia sedih kerana adiknya yang juga merupakan seorang pelakon, Nik Zaris Nelydia turut terkena tempias daripada kontroversi tersebut. "Kesian juga dekat dia kerana orang tak sudah-sudah tanya. Tapi alhamdulillah dia memahami dan dia tidak kisah. "Setakat ini mama saya dan Zaris yang banyak memberi dorongan serta semangat kepada saya. Malah mama tidak menghalang saya daripada terus berlakon. Cuma dia nasihatkan saya agar lebih berhati-hati dan anggap perkara ini sebagai satu pengajaran yang besar buat saya," katanya. Tambah Qasha, tatkala dirinya mahu bangun dengan semangat baru, jauh di sudut hati, dia takut jika nama Nabil akan membayangi dirinya. Masih lagi berkawan dengan lelaki itu, kedua-duanya lebih selesa tidak berjumpa dengan terlalu kerap agar masyarakat tidak memberi andaian negatif terhadap mereka. Cuma, tegas Qasha, walaupun Nabil kini solo, dia langsung tidak terfikir untuk menjadi teman wanita Nabil kerana terasa dirinya masih muda untuk bercinta. "Memang diakui, saya takut dibayangi Nabil. Contohnya orang akan tanya "Uqasha mana yang berlakon? Oh, Uqasha Nabil ke?", itu yang saya tak nak. Tapi nak buat macam mana bukan? Saya terpaksa terima kerana saya tidak boleh menutup mulut orang. "Buat masa ini kami masih lagi berkawan. Tetapi Nabil bukanlah cinta hati saya. Umur saya baru 18 tahun. Perjalanan saya masih panjang lagi dan saya tidak utamakan cinta. Senang kata, hati ini tidak dimiliki oleh sesiapa lagi," katanya. Sensasi: Teringat kisah Norman dan Memey dulu..Nama Memey yang tak famous langsung terus dikenali satu Malaysia gara-gara kes Khalwat dan gossip panas pengganggu rumah tangga Norman dan Abby Abadi.Tapi selepas kes tersebut ,nama Memey mula dikenali dan banyak pulak drama yang ada Memey..sampai siri kegemaran ramai Awan Dania pun ada Memey...uhuhu,,tak best la ada Memey..rimas i.. Nama Uqasha dulu pun tak kedengaran dan orang pun tak tahu yang dia pelakon baru,tapi sekarang sudah makin dikenali akibat kontroversi gambar panas dan kisah putus cinta Nabil dan Irma. |
Gambit mengorat Zizan Nin di Twitter Posted: 13 Dec 2010 09:56 PM PST HAHa..terkejut tengok Twitter antara Gambit dan Zizan Nin... Gambit cakap satu-satunya lelaki yang dia nak mengorat mestilah Zizan Nin,dan Zizan nin mula cair dengan kata-kata romantis Gambit.. Tapi Gambit suruh Zizan jangan over excited sebab Zizan sudah pun berkahwin.. Zizan suruh Gambit jangan usik dia mcm tue...Dan Gambit pun cakap dia tak dapat menahan diri dari meluahkan perasaan.... HAHAHA...mustahil la selebriti seperti Gambit dan Zizan nak mendedahkan ke-gay-an mereka dalam twitter.. Nie mesti satu gurauan dimana gurauan sebegini kadang kadang boleh disalah ertikan... Bagaimanapun gurauan panas mcm nie boleh memberikan publisiti buat mereka berdua.. Good Job ! |
Shah Jazle dan Maria hangat bercinta dan bersayang di Twitter Posted: 13 Dec 2010 09:46 PM PST Pelakon Shahz Jazle, 22, dan Maria Farida,yang berusia lewat 30-an, sah sedang hangat dilamun cinta. Pasangan tersebut mula memberanikan diri bermesej manja dan saling memanggil sesama sendiri dengan panggilan sayang di laman sosial, Twitter baru-baru ini. Walaupun pasangan itu membuat kenyataan bahawa mereka hanya sekadar kawan rapat, mesej-mesej mereka pada Twitter pula seperti mengiakan perhubungan cinta mereka. Bagaimanapun, Shahz enggan memberi komen mengenai hal tersebut kerana tidak mau kisah privasi diketahui umum. "Maaf, saya tidak mahu bercakap tentang hal itu dan tidak mahu kisah cinta saya dijaja. "Saya buat begini berdasakan pengalaman saya yang lepas dimana kisah cinta saya tidak sudah-sudah dipaparkan di akhbar mahupun laman-laman portal. "Ini membuatkan keluarga saya tidak senang dengan perkembangan kerjaya saya yang penuh dengan cerita-cerita peribadi. Saya harap anda faham," katanya yang sedang berlakon drama Gemilang arahan Khabir Bahtia bersama dengan Tiz Zaqyah dan Kamal Adli, yang akan disiarkan di TV3 tahun depan. Sebelum ini, Shahz dan Maria dikatakan sering keluar bersama dan yang terbaru, Maria menunggu Shahz yang sedang membuat sesi fotografi untuk sebuah majalah di dalam kereta. Sensasi:Walaupun Maria Farida jauh lebih berumur daripada Shahz tapi dia still mantain hot..so seswai la tue...teringat dulu Maria menafikan sekerasnya gossip cinta antara dia dan Shah Jazle. Yang kelakarnyer kedua duanya katanya tak mahu kisah cinta dijaja tetapi bersayang di twitter yang difollow oleh wartawan dan peminat tue seolah olah menjaja kisah cinta la tue..huhuhu..biasala,kalau bercinta mesti nak org tahu kalau tak nanti pasangan tue org ingat single lalu dikebas orang...huhu |
Faezah Elai nak pasang peguam,Azad buat kenyataan di Melodi Posted: 13 Dec 2010 09:36 PM PST Kes Faezah Elai satu hal lagi. Tak cukup dengan kenyataan bahawa senario hiburan itu 'busuk', tambah pula dengan gosip baru kononnya sedang bercinta dengan pengarah drama, Haikal Haniffa, sampaikan ada individu mendakwa, isteri si Haikal menghubungi bekas teman lelaki Faezah, Azad Jazmin untuk mengetahui cerita sebenar. Itu kisah minggu lepas. Ini pula perkembangan terbaru tentang perbalahan Faezah dan Azad. Tak cukup dengan laporan polis, maklumat baru pula mengatakan Faezah sebenarnya sudah ketuk pintu bilik peguam. Makin menjadi-jadi pula. Kononnya Faezah nak pasang peguam kasi amaran bertulis supaya Azad berhenti 'duk berteriak' begitu-begini lagi. Faezah Elai berkata bahawa Azad Jazmin merupakan dalang utama yang menyebarkan gosip cinta antara dia & Heykal Hanafiah. Dalam akhbar, Faezah Elai berkata bahawa baru-baru ini Azad ada menghubunginya dan menyebabkan azad berang. "Tetapi, si perempuan ni baru-baru ini ada claim dalam paper bahawa saya telefon dia. Bila masa aku telefon hang? Hang tunjuk bukti kat aku bahawa aku yang telefon hang? Sudahlah hang menghancuqkan rumahtangga orang, lepas tu hang tukar fakta pulak. Hang ingat ini global? Aku pulak yang buat cerita pasal si isteri ini? " balas Azad sinis, bengang. Sambung Azad lagi, "Hang ni orang kampung aku, malulah sikit! Aku orang Penang, hang pun orang Penang. Hang pi tanya satu Penang, siapa kedai aku, siapa kedai hang? Jangan ganggu harimau yang sedang tidoq. Tapi hang dah ganggu!" "Pom Pang Pom Pang bagi bimbang, buat apa? Jangan buat kacau kat sini, hang buat kacau isteri orang!" Faezah Elai & Azad bercinta "Pasal cerita ni saya nak bagi clear lah. Saya & Faezah ni, saya memang tak pernah bercinta dengan perempuan ni. Bila masa saya bercinta dengan dia? Cuma kami pernah berkawan rapat, sebab kami datang daripada satu syarikat yang sama. So, la ni kami dah takda company tu dah. Bila masa aku berkawan dengan hang?" "Dalam paper, dia dok cakap saya bekas kekasih dia. Kalau tak bercinta, macam mana boleh jadi bekas kekasih? " Azad dalang penceraian "Pasal hal penceraian, itu yang dah di-explain oleh si isteri ni." Kemudian, Azad membaca keratan akhbar yang mengandungi keterangan si isteri ini. "Punca keretakan rumah tangga kami bermula daripada F-A-E-Z-A-H, Faezah!" |
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |