Adsense

Isnin, 13 Disember 2010

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Duda pilihan Rebecca

Posted:

Duda pilihan Rebecca

Duda pilihan Rebecca

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
Gambar AMIN FARIJ HASAN


Rebecca Nur Al-Islam Ahmad


SELAMAT pelakon yang terkenal dengan imej seksi, Rebecca Nur Al-Islam Ahmad ini terjebak dalam bidang seni, dia sering dikaitkan dengan golongan VIP.

Namun akhirnya, gadis berusia 24 tahun ini mengumumkan bahawa si dia bukan seorang berpangkat Datuk, Tan Sri mahupun orang dari seberang seperti yang digembar-gemburkan.

Tetapi si dia yang bertakhta di hati Rebecca merupakan seorang peguam dan duda anak dua iaitu Nor Azam Sulaiman, 42.

Akui si cantik ini, setelah menyulam cinta tiga tahun lalu, mereka akhirnya sepakat untuk membawa percintaan mereka ke tahap yang seterusnya iaitu berkahwin pada 14 Januari depan.

Ujar Rebecca, dia tidak berniat untuk berahsia tentang status hubungannya itu dari mata umum, tetapi sekadar lebih berhati-hati agar ianya tidak terlampau menjadi buah mulut orang.

"Maaf kepada semua, saya bukan berniat untuk berahsia, jauh sekal menipu sebelum ini.

"Saya seorang yang suka berterus terang, tetapi apabila melibatkan soal peribadi saya menjadi lebih berhati-hati.

"Bukan apa, takut nanti saya berkongsi dengan pihak umum, sekali apa yang diharapkan tidak menjadi, sebab itu saya membuat keputusan untuk menutup mulut.

"Saya merancang hanya ingin mengumumkan semuanya apabila tinggal sebulan sahaja lagi saya akan diijabkabulkan, sebab itu majlis pengumuman ini diadakan hari ini," ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar mengumumkan tarikh perkahwinannya di Butik Chopard, KLCC baru-baru ini.

Keluarga Nor Azam telah merisik Rebecca pada 25 Ogos lalu dan mereka membuat keputusan untuk menjalankan adat bertunang beberapa jam sebelum bernikah nanti.

Majlis persandingan mereka secara tradisional akan diadakan pada keesokan harinya iaitu 15 Januari 2011 di Hotel Flamingo, Ampang. Pada 16 Januari pula akan diadakan majlis persandingan di Menara Kuala Lumpur.

Mengulas tentang gambar dia bersama seorang lelaki yang tersebar di internet baru-baru ini, kata Rebecca, dia tidak dapat mengiyakan apakah lelaki itu adalah si dia yang kini bertahta di dalam hatinya.

"Mungkin ia adalah gambar saya bersama salah seorang abang saya kerana saya mempunyai ramai abang kandung dan kami sememangnya sangat rapat.

"Atau mungkin itu benar-benar si dia. Kita tunggu sahajalah 14 Januari ini dan lihat sendiri," ujarnya yang turut meminta maaf kerana bakal suaminya terikat dengan urusan kerja di Putrajaya dan tidak dapat hadir padai sidang akhbar itu.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Vee, Awal taruhan terbaru TV3

Posted:

Vee, Awal taruhan terbaru TV3

Vee, Awal taruhan terbaru TV3

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar ZAKARIA IDRIS


Awal Ashaari


KELANCARAN dan kesempurnaan sebuah acara anugerah bukan hanya terletak kepada pihak produksi yang menerbitkannya.

Tetapi, pengacara juga memainkan peranan yang cukup besar bagi memastikan acara berjalan dengan baik tanpa mengundang rasa bosan dan jelik kepada penonton.

Anugerah Skrin (ASK) anjuran TV3 yang lebih sedekad diadakan sering kali berhadapan dengan pemilihan pasangan pengacara yang dilihat sukar untuk memberikan impak kepada rancangan tersebut.

Semuanya dapat dilihat daripada kegagalan beberapa gandingan yang diberi tanggungjawab untuk menerajui ASK yang dilabelkan sebagai anugerah penuh prestij itu.

Untuk tahun ini, TV3 telah membuat keputusan yang cukup berani apabila menggandingkan Vanidah Imran atau Vee bersama Awal Ashaari.

Pemilihan kedua-dua selebriti terkenal itu diumumkan pada sidang akhbar ASK 2010 yang berlangsung di Hotel Empire, Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Bukan mahu menidakkan kebolehan kedua-dua figura popular itu, tetapi, persoalannya kini mampukah Vee dan Awal menghidupkan perjalanan ASK 2010 selama dua jam setengah itu?

Kalau dilihat kepada portfolio Awal, memang tidak dapat dinafikan lagi kemampuannya dalam mengacarakan rancangan berbentuk hiburan dan muzikal.

Tetapi, untuk rancangan sebesar ASK 2010, mampukah dia membuktikan versatiliti sebagai seorang pengacara generasi baru yang dilihat dapat pergi jauh di dalam industri?

Sementelah gandingannya pula adalah Vee yang cukup terkenal akan kehebatannya di pentas teater, drama dan juga filem. Adakah Vee juga dapat melunaskan tugasnya dengan baik?

Apatah lagi, dia baru ditabalkan sebagai pengacara Nona yang baru dan di sinilah terletaknya cabaran Vee untuk menguji kredibilitinya sebagai seorang pengacara serta menyakinkan masyarakat terhadap bakatnya.

Sebagai seorang yang sudah lama dalam bidang seni, dengan jujur Vee memberitahu, sebetulnya dia memang berasa gementar dan terperanjat apabila namanya diumumkan sebagai pengacara ASK2010.

Dalam masa yang sama juga, isteri kepada Rashidi Ishak ini melahirkan rasa bangga dan berbesar hati apabila diberi kepercayaan oleh stesen televisyen nombor satu negara itu.

Apabila memikirkan seolah-olah menjadi satu trend seorang pengacara yang mengemudikan acara anugerah di negara ini yang perlu membuat lawak, Vee sedar akan kekurangan dirinya dalam aspek itu.

"Saya sudah jelaskan kepada TV3 yang saya ini tidak pandai untuk mencipta lawak spontan jika itu yang mereka mahukan dalam menghidupkan ASK 2010. Tetapi, apabila difikirkan semula, pasti ada sebab mengapa saya yang dipilih tahun ini.

"ASK 2010 adalah tentang anugerah yang berprestij. Jadi, saya ikut arus itu dan berusaha memainkan peranan sama prestijnya seperti anugerah itu sendiri," kata Vee yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Filem Terbaik menerusi The Red Kebaya pada ASK 2007.

Keserasian semula jadi

BEGITU juga dengan Awal yang tidak menyangka namanya dipilih sebagai pengacara anugerah yang mengiktiraf karyawan drama dan filem tanah air itu.

Jelas anak jati Kuala Lumpur itu lagi, dia dan Vee dipanggil oleh TV3 untuk menjalani uji bakat sama seperti nama-nama yang dipilih oleh stesen itu.

Selepas menjalani saringan peringkat pertama, Awal kemudiannya digandingkan dengan seorang artis wanita popular untuk menguji keserasian antara mereka.

Entah bagaimana, sementara menunggu giliran, Awal secara tiba-tiba menghampiri Vee yang turut berada di bilik rehat itu lalu menyuarakan hasrat mahu mencuba untuk mengacara bersama.

"Daripada situ, keserasian itu timbul dengan spontan dan ia lahir secara semula jadi antara saya dengan Vee. Saya percaya gandingan kami untuk ASK 2010 ini mampu melancarkan perjalanan anugerah itu nanti.

"Setidak-tidaknya, penonton diberi senario yang baru apabila saya dan Vee dipilih sebagai pengacara ASK 2010," ujarnya penuh diplomasi.

Bagi Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar pula, pihaknya memang mahu memberi peluang kepada muka-muka baru dalam mengacarakan ASK.

"Kerana itu, kami yakin dan sanggup mengambil risiko dengan menggandingkan Vee dan Awal untuk ASK 2010. Kalau kita tidak memberi peluang itu, masakan kita tahu kebolehan mereka untuk menerajui anugerah berprestij seperti ini," ujarnya optimis.

Turut hadir di sidang akhbar tersebut ialah Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya yang mewakili RTM serta Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar selaku wakil Astro.

Tidak ketinggalan, Pengurus Besar TV9, Sherina Mohamed Nordin; Penerbit ASK 2010, Nurhul Huda Khalid dan Pegawai Operasi Procter & Gamble Malaysia dan Singapura, Ellie Xie.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.