Adsense

Ahad, 12 Disember 2010

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Shahz Jazle Bermesej 'Sayang' Di Twitter Dengan Maria Farida

Posted: 12 Dec 2010 06:55 PM PST

PETALING JAYA: Pelakon Shahz Jazle, 22, dan Maria Farida,yang berusia lewat 30-an, sah sedang hangat dilamun cinta.

Pasangan tersebut mula memberanikan diri bermesej manja dan saling memanggil sesama sendiri dengan panggilan sayang di laman sosial, Twitter baru-baru ini.

Walaupun pasangan itu membuat kenyataan bahawa mereka hanya sekadar kawan rapat, mesej-mesej mereka pada Twitter pula seperti mengiakan perhubungan cinta mereka.

Bagaimanapun, Shahz yang dihubungi mStar Online, Ahad, enggan memberi komen mengenai hal tersebut kerana tidak mau kisah privasi diketahui umum.

"Maaf, saya tidak mahu bercakap tentang hal itu dan tidak mahu kisah cinta saya dijaja.

"Saya buat begini berdasakan pengalaman saya yang lepas dimana kisah cinta saya tidak sudah-sudah dipaparkan di akhbar mahupun laman-laman portal.

"Ini membuatkan keluarga saya tidak senang dengan perkembangan kerjaya saya yang penuh dengan cerita-cerita peribadi. Saya harap anda faham," katanya yang sedang berlakon drama Gemilang arahan Khabir Bahtia bersama dengan Tiz Zaqyah dan Kamal Adli, yang akan disiarkan di TV3 tahun depan.

Sebelum ini, Shahz dan Maria dikatakan sering keluar bersama dan yang terbaru, Maria menunggu Shahz yang sedang membuat sesi fotografi untuk sebuah majalah di dalam kereta.

Uqasha Kurangkan Jumpa Nabil

Posted: 12 Dec 2010 06:53 PM PST

Uqasha enggan memandang ke belakan dan mahu meneruskan karier lakonan yang baru dimulakannya.

BERAPA minggu lalu, nama Nik Zaris Uqasha hangat diperkatakan umum. Semuanya apabila dia dikatakan menjadi penyebab kes putus cinta pelawak Nabil Ahmad dan Irma Hasmie.

Kemudian, tidak sampai pun seminggu, tersebar pula gambar cium mirip Nabil dan Uqasha sehingga memberi tekanan buat gadis berusia 18 tahun yang ingin bernafas di bidang lakonan ini.

Tidak meminta kontroversi itu berlaku, anak kelahiran Kuala Lumpur ini menegaskan dia sebenarnya tidak ada kaitan langsung dengan insiden masalah cinta Nabil.

Kata Uqasha atau dengan panggilan Qasha, dugaan yang diterimanya bertimpa-timpa tanpa sebab dan sekali gus, sedikit sebanyak telah merosakkan reputasinya sebagai seorang pelakon baru.

"Alhamdulillahlah saya tidak lagi tertekan dengan hal itu. Cuma saya ingin menjelaskan saya tiada kaitan langsung dengan kes putus cinta Nabil.

"Walaupun masih baru dalam lakonan, ia sedikit mengganggu perjalanan seni saya apabila penerbit-penerbit drama mempersoalkan kehadiran saya kerana mereka bimbang ia akan menjejaskan produksi mereka.

"Bagaimanpun pun saya tak kisah dengan apa orang cakap kerana hal itu telah pun terjadi. Sekarang misi saya ialah mengasah bakat yang ada untuk menjadi pelakon yang berkaliber," tegasnya.

Selain itu, ujar Qasha, dia sedih kerana adiknya yang juga merupakan seorang pelakon, Nik Zaris Nelydia turut terkena tempias daripada kontroversi tersebut.

"Kesian juga dekat dia kerana orang tak sudah-sudah tanya. Tapi alhamdulillah dia memahami dan dia tidak kisah.

"Setakat ini mama saya dan Zaris yang banyak memberi dorongan serta semangat kepada saya. Malah mama tidak menghalang saya daripada terus berlakon. Cuma dia nasihatkan saya agar lebih berhati-hati dan anggap perkara ini sebagai satu pengajaran yang besar buat saya," katanya.

Tambah Qasha, tatkala dirinya mahu bangun dengan semangat baru, jauh di sudut hati, dia takut jika nama Nabil akan membayangi dirinya.

Masih lagi berkawan dengan lelaki itu, kedua-duanya lebih selesa tidak berjumpa dengan terlalu kerap agar masyarakat tidak memberi andaian negatif terhadap mereka.

Cuma, tegas Qasha, walaupun Nabil kini solo, dia langsung tidak terfikir untuk menjadi teman wanita Nabil kerana terasa dirinya masih muda untuk bercinta.

"Memang diakui, saya takut dibayangi Nabil. Contohnya orang akan tanya "Uqasha mana yang berlakon? Oh, Uqasha Nabil ke?", itu yang saya tak nak. Tapi nak buat macam mana bukan? Saya terpaksa terima kerana saya tidak boleh menutup mulut orang.

"Buat masa ini kami masih lagi berkawan. Tetapi Nabil bukanlah cinta hati saya. Umur saya baru 18 tahun. Perjalanan saya masih panjang lagi dan saya tidak utamakan cinta. Senang kata, hati ini tidak dimiliki oleh sesiapa lagi," katanya.

Sementara itu, Qasha pernah berlakon dalam drama Radio Gaga (RTM), Ampang Medical (NTV7) dan Lukisan Hati (DVD). Dalam pada itu Qasha juga merupakan seorang model bagi iklan DIGI, coklat Cadbury serta Ajinamoto.

Ditanya apakah perancangan Qasha untuk mengukuhkan diri sebagai pelakon, katanya dia ingin mendapatkan sebanyak mungkin tawaran drama agar dapat mengasah bakat lakonannya dengan lebih cepat.

Malah Qasha mempunyai impiannya yang tersendiri di mana dia begitu teringin mahu berlakon di samping pelakon popular, Shaheizy Sam.

"Saya begitu meminatinya dan ingin belajar bagaimana cara Sam menghayati setiap watak yang diberikan. Ini kerana lakonan yang dibuat begitu natural dan karakter yang dibina juga menjadi," tuturnya.

Salahkah Gambit Hidup Mewah?

Posted: 12 Dec 2010 06:52 PM PST

MENGIMBAU semula susur galur perjalanan lima tahun pelakon Gambit Saifullah, 25, dalam industri seni tanah air, siapa sangka anak muda ini sudah mampu mengumpul aset seperti rumah dan kereta mewah dengan hasil titik peluh sendiri.

Bukan hendak menunjuk, sebaliknya pengarah dan penerbit ini mahu mengubah persepsi masyarakat. Ada yang mendakwa Gambit atau nama sebenarnya Mohd Saifullah Rosli memiliki aset mewah atas bantuan bapanya.

Malah berkali-kali dia menegaskan yang dirinya bukan anak Datuk atau orang kaya seperti didakwa sesetengah pihak.

Jelas pemuda berasal dari Kuala Lumpur ini, segala aset yang dibeli menggunakan wang simpanannya. Dia terjun dalam industri lakonan melalui bidang peragaan dan seterusnya menubuhkan syarikat produksi sendiri iaitu Eightball Production Sdn Bhd pada tahun 2008.

Selepas menyepi beberapa ketika daripada industri seni, Gambit membuat kemunculan semula secara aktif pada tahun lalu.

Antara filem terbaru lakonannya yang belum ditayangkan adalah Misteri Jalan Lama, Hantu Bukit Cina dan Karipap Karipap Cinta. Dia juga pernah muncul dalam filem Cinta, Susuk dan Rasukan Ablasa.

Sementara drama lakonannya termasuklah Awan Dania musim ketiga, Siong, Kau Laksana Bulan, Datang Bulan, Ulat Ulat Cinta dan Realiti.

Puas mengembara

Peluang berkunjung ke luar negara atas tiket bekerja pastinya tidak akan dilepaskan peluang oleh sesiapa sahaja. Gambit yang sudah puas mengembara di luar negara akui tidak kekok untuk melakukan penggambaran di mana-mana sahaja tempat yang ditawarkan.

Ajaklah ke mana-mana pun, dia pasti boleh membawa diri ditambah pula dengan kebolehannya bertutur dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Sepanyol.

Bercerita mengenai penggambaran Awan Dania di Perth, Australia yang diadakan hujung November lalu, Gambit yang memegang watak Akmal Tan Sri Akbar memberitahu sebelum itu dia telah pergi ke Gold Coast, di negara yang sama untuk penggambaran dokumentari terbitan syarikatnya, kembara A Piece of Gambit Flying Pilot, Gold Coast Australia. Dia turut berlakon dan mengarah dokumentari tersebut pada September lalu.

"Pengalaman saya buat penggambaran di mana-mana pun seronok. Cuma cuaca negara orang dan di negara kita agak berlainan," katanya.

Menyentuh tentang karakter Akmal dalam drama yang sedang disiarkan di Astro Ria (saluran 104) itu, dia melakonkan watak sebagai seorang usahawan yang kaya dan kacak.

Selain bergelar anak tunggal dalam keluarganya, Akmal juga merupakan seorang kasanova dan bermulut manis serta selalu dikelilingi oleh wanita.

Perancangan masa depan

Setiap langkah diatur dengan penuh bersahaja. Tanpa menerima banyak publisiti meluas dan paparan gosip hangat di media massa, anak sulung dari tujuh beradik ini tidak pernah berputus asa untuk bercita-cita tinggi. Dia menyasarkan untuk bergelar pengarah dan penerbit filem dalam masa lima tahun dari sekarang.

"Saya mahu menghasilkan filem yang mampu mengubah industri perfileman kita. Mungkin filem tersebut ada menyentuh tentang pengembaraan kerana saya suka mengembara. Yang penting, saya akan cuba menghasilkan sesuatu lahir dari hati dan ikhlas.

"Saya lebih gemar kaitkan filem tempatan dengan mentaliti orang kita sendiri. Bukan bermakna perlu mengharapkan filem kita setanding dengan filem Hollywood, tetapi sekurang-kurangnya sesebuah filem itu perlu mempunyai elemen seni dan komersial.

"Jika melihat kebanyakan filem tempatan, banyak elemen komersial yang digunakan berbanding seni. Jadi, penggiat filem kita seharusnya menilai filem sesama sendiri," katanya yang lebih gemar menjadikan filem Mexico sebagai rujukan.

Tambahnya: "Dulu saya ada persepsi bahawa industri perlu ada seseorang untuk melakukan perubahan tetapi ramai penggiat filem tidak bersetuju sebaliknya memikirkan semua pihak iaitu penerbit, pengarah, pelakon dan penonton perlu bersatu untuk berubah."

Lantas dia tidak mengetepikan ilmu lakonan dan pembikinan filem itu harus ada dalam diri setiap penggiat filem. Buktinya, dia pernah mengikuti beberapa bengkel termasuk lakonan, latihan suara dan penulisan skrip.

Bagaimanapun, Gambit perhatikan ramai penggiat industri lebih memikirkan wang dan keuntungan. Sebab itu dia kurang bersetuju apabila ada pihak yang menyalahkan dirinya kerana menolak sesetengah tawaran berlakon dan bersikap pemilih.

Mengambil kira pelbagai faktor, graduan Diploma Kejuruteraan Automotif dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal ini bukanlah seorang yang terus bersetuju untuk berlakon sesuatu filem atau drama itu tanpa meneliti skrip dan karakternya.

"Saya memilih skrip dan karakter yang bagus demi kebaikan dalam industri. Itu matlamat saya untuk mencapai apa yang saya boleh lakukan," katanya.

Setakat ini, dia akui puas berlakon filem Karipap Karipap Cinta yang diarahkan oleh Othman Hafsham. Dia seronok bekerja di bawah pengarah berusia 72 tahun itu yang bukan sahaja berdisiplin malah mudah dibawa berbincang.

Ambil lesen kapal terbang

Pada tahun 2011, Gambit merancang untuk melakukan aktiviti yang lebih mencabar dengan mengambil lesen kapal terbang. Dengan ada lesen itu, Gambil bolen memandu kapal terbang atas urusan kerja dan juga untuk kepuasan diri.

"Saya suka belajar sesuatu yang baru. Sekurang-kurangnya, pemikiran saya tidak tertutup. Walaupun saya berfikiran terbuka tetapi masih mengambil tahu tentang adat kita.

"Saya akan memandu kapal terbang untuk meninjau keindahan sesuatu tempat dari awan sambil melakukan penggambaran untuk projek filem atau dokumentari," jelasnya yang mengakui masih solo.

Menyelak sedikit kisah cintanya, sehingga sekarang dia belum menemui wanita yang serasi.

Dengan wajah serius Gambit turut menafikan dakwaan dirinya seorang kasanova. Dia tidak mencari wanita sebaliknya lebih mementingkan kerjaya.

Dia bercadang untuk menamatkan zaman bujang sebelum usia 30 tahun dan inginkan suri hidup yang mempunyai kecantikan dalaman berbanding luaran.

Doktor Tegur Fiq Gara-Gara Rokok

Posted: 12 Dec 2010 06:51 PM PST

Fiq meminta maaf tentang kenyataan rokok yang dkatakan sebelum ini.

BARU-BARU ini, penyanyi yang popular dengan lagu Manifestasi Cinta, Fiq telah membuat kenyataan panas dengan mengatakan rokok telah memantapkan vokalnya sebagai penyanyi rock.

Memetik artikel daripada mStar Online pada 25 November lalu, juara program realiti Mentor itu berkata dia dapat melihat kesan positif tabiat itu pada perubahan vokalnya sejak setahun yang lalu.

Ujarnya, tabiat merokok itu bermula apabila dia sering berasa bosan ketika menunggu waktu untuk rakaman lagu atau pertunjukan.

Kenyataan yang diberikan itu membuatkan ramai yang tidak menerima pendapat Fiq dan menganggap Fiq boleh merosakkan fikiran anak-anak muda yang gemar menjadikan artis sebagai idola mereka.

Bagaimanapun, ketika mendapatkan kenyataan penyanyi itu semula mengenai dakwaan yang dibuat, jelas Fiq, dia tidak berniat untuk merosakkan fikiran peminat-peminatnya mahupun anak-anak muda di luar sana.

"Maafkan saya jika ada yang terasa dengan kenyataan saya itu. Saya tidak bermaksud mahu menggalakkan orang di luar sana merokok."Ia sekadar pengalaman yang ingin saya kongsi bahawa sejak saya merokok, vokal saya semakin berubah dan lebih mantap.

"Saya tahu, merokok membahayakan kesihatan dan boleh mengundang pelbagai penyakit. Tapi bila difikirkan balik, orang yang tidak merokok pun boleh terkena penyakit sama seperti perokok kerana mereka menyedut asap rokok itu.

"Justeru itu, saya seimbangkan diri melalui pemakanan seperti mengambil makanan tambahan serta bersenam dan ia harus dibuat oleh semua orang tidak kira mereka perokok ataupun tidak. Insya-Allah kita akan sihat," jelasnya ringkas.

Tambah Fiq, dia berharap penjelasan yang diberikan itu tidak lagi menimbulkan andaian negatif masyarakat terhadapnya.

Dakwaan Fiq boleh kelirukan masyarakat

Seperti semua sedia maklum, tabiat merokok boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit termasuk penyakit yang mengancam nyawa manusia kerana kesan kandungan racun karsinogen yang terdapat dalam rokok boleh menyebabkan kanser mulut, tekak, paru-paru dan kanser saluran makanan (esofagus).

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Ketua Unit Kawalan Tembakau dan Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC), Doktor Zarihah Mohd Zain, risiko untuk mendapat kanser tekak adalah dua kali ganda bagi perokok tegar yang merokok 20 batang sehari.Sehubungan itu katanya dakwaan Fiq boleh mengelirukan masyarakat.

"Sesiapa saja yang berpengaruh dalam masyarakat (termasuk golongan artis) seharusnya menyokong pendirian dan usaha kerajaan ini. Maka sebarang kenyataan yang dibuat juga seharusnya tidak bercanggah atau menjejaskan usaha berkenaan.

"Mesej yang mengandaikan bahawa merokok boleh menyebabkan suara lebih sedap adalah amat mengelirukan dan tidak seharusnya diungkap lebih-lebih lagi oleh seorang artis yang menjadi tumpuan media dan masyarakat.

"Kenyataan Fiq juga diibaratkan seperti tidak menyokong pendirian dan usaha kerajaan, khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia yang mahu menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dengan tidak merokok serta menjauhkan diri dari asap rokok," tegasnya.

Tambah Zarihah, mendapan sebatian tar dari asap rokok bersama bahang terhasil dari rokok yang memasuki tekak manusia boleh menyebabkan suara menjadi garau kerana ia boleh merangsang proses kerosakan kepada lapisan mukosa tekak dan peti suara.

"Jadi, mungkin ada yang berpendapat bahawa suara garau itu adalah sedap. Doktor Pakar Telinga, Hidung & Tekak dengan mudah boleh mengenali seseorang perokok dengan hanya melihat hidung dan tekak mereka yang diselaputi tanda kesan nikotin. Peti suara perokok akan kering dan bengkak dan sentiasa diliputi lendir.

"Para penyanyi yang tegar merokok biasanya mempunyai suara yang disebut sebagai "harsh breathy voice" dan sebutan kurang nyata.

"Merokok dalam jangka masa yang panjang tentu akan menjejaskan kemampuan penyanyi untuk memberi persembahan yang baik. Nasihat saya kepada para artis merokok dan seluruh para perokok juga, agar berhentilah merokok kerana ia mengancam kesihatan dan tidak mendatangkan faedah terutamanya dalam jangkaan panjang," jelas Zarihah lagi.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Maamor Osman berkata dakwaan Fiq tidak berasas dan langsung tidak masuk akal.

Menurutnya, tidak mungkin suara Fiq boleh jadi sedap kerana rokok dan Fiq mungkin keliru, latihan vokal juga mampu memantapkan suara penyanyi tersebut.

"Semua orang tahu yang merokok boleh merosakkan sistem badan manusia. Saya harap artis-artis yang membuat kenyataan perlu mendapatkan sumber yang sahih sebelum memberi pandangan yang sebegitu dan jangan dengar cakap orang tanpa mendapatkan nasihat doktor," katanya.

Justin Ada Dua Kekasih

Posted: 12 Dec 2010 06:48 PM PST

PENYANYI Justin Bieber yang dikatakan sedang hangat bercinta dengan Selena Gomez dilaporkan mula rapat dengan bintang That's So raven, Jasmine Villegas.

Menurut sumber kepada akhbar The Sun, Justin dan Jasmine ditemui di sebuah lokasi rahsia di Atlanta dan mereka sedang bercumbuan pada ketika itu.

"Justin dan Jasmine mula rapat dan sering kelihatan bersama sejak kebelakangan ini. Mereka membuat rakaman video sesama sendiri dan sekali sekala pasangan itu bercumbuan," kata sumber tersebut.

Tambahnya, Selena pula dijumpai bersama Justin sarapan bersama pada minggu lepas di Philadelphia.

"Difahamkan Selena sering menceritakan mengenai Justin kepada teman-temannya. Justin pula kini mengelirukan semua kerana memberi tanda soal adakah Justin sedang bercinta dengan dua gadis yang dua tahun lebih berusia daripadanya?

"Selena pernah berkata dia sanggup melakukan apa saja untuk Justin. Pasti Selena akan bengang jika dia tahu tentang hubungan Justin dengan Jasmine nanti," kata sumber itu lagi.

Maki suami kesakitan

Posted: 12 Dec 2010 06:45 PM PST

MAUT...anggota bomba berusaha mengeluarkan Jelita (gambar kecil) yang tersepit di tempat duduk penumpang.
MAUT...anggota bomba berusaha mengeluarkan Jelita (gambar kecil) yang tersepit di tempat duduk penumpang.

BAU: Seorang isteri yang tidak putus-putus memikirkan keselamatan suami selepas dimaklumkan mengenai kemalangan menimpa lelaki berkenaan tiba-tiba naik angin apabila mendapati pasangan hidupnya itu membawa wanita lain dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Bau-Serikin di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, wanita berkenaan memaki-hamun suaminya yang kesakitan selepas terbabit kemalangan sehingga terpaksa ditenteramkan anggota pasukan keselamatan bertugas.

Kemalangan membabitkan kenderaan pacuan empat roda dengan kereta Perodua Viva dipandu lelaki berkenaan bertembung menyebabkan seorang wanita berusia 32 tahun maut ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah.

Wanita berkenaan menaiki kereta bersama suami wanita itu, manakala tiga penumpang di dalam kenderaan pacuan empat roda terbabit tidak cedera.Difahamkan, sebaik tiba di tempat kejadian dan menyedari ada wanita lain bersama suaminya, wanita terbabit memarahi lelaki itu, namun dapat dipujuk seorang doktor supaya beredar bagi membolehkannya memberi rawatan.Dalam kejadian itu, Jelita Lorin meninggal dunia selepas parah di kepala akibat tersepit di tempat duduk hadapan.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Vincent Ajeng Liang berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dari Kampung Sileng Melayu, Lundu bersama lelaki yang bertugas sebagai anggota polis berpangkat sarjan berusia 49 tahun menaiki Perodua Viva dirempuh Mitsubishi Pajero yang datang dari arah Serikin.

"Siasatan mendapati kenderaan pacuan empat roda dipandu lelaki berusia 20-an itu terbabas lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kereta dinaiki mangsa dari arah Bau.

"Akibat rempuhan itu, mangsa tersepit di tempat duduk hadapan dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya.

Vincent berkata, anggota polis berkenaan patah kaki kanan manakala pemandu dan dua penumpang pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

"Bagaimanapun, seorang daripada penumpang wanita dalam pacuan empat roda itu patah tangan kiri, namun identitinya belum dikenal pasti," katanya.

Vincent berkata, polis masih menyiasat bagi mengenal pasti punca kejadian dan meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu tampil menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Kereta parkir depan rumah dirempuh

Posted: 12 Dec 2010 06:39 PM PST

REMUK...penduduk melihat Proton Waja yang dirempuh, kelmarin. Gambar kecil, Zailani.
REMUK...penduduk melihat Proton Waja yang dirempuh, kelmarin. Gambar kecil, Zailani.

MASJID TANAH: Empat sekeluarga yang baru tiba di rumah keluarga mereka di Kampung Seri Jeram, dekat sini, tergamam apabila dikejutkan bunyi seakan-akan letupan bom dalam kemalangan, kelmarin.

Zailani Zainal, 34, berkata, lebih mengejutkan, kemalangan berlaku depan rumah keluarganya membabitkan Proton Waja miliknya yang baru beberapa minit diletakkan di kiri jalan.

Kereta mangsa dipercayai dirempuh kereta lain dipandu laju seorang remaja berusia 17 tahun dari pekan itu menuju Kuala Sungai Baru.

Remaja dari Paya Mengkuang itu gagal mengawal kereta Toyota LE dipandunya bersendirian lalu melanggar Proton Waja yang kemudian terhumban sejauh 25 meter ke tebing.Menurut Zailani, dalam kejadian jam 7.30 malam, dia yang menjamu selera bersama ahli keluarganya dalam rumah tersentak dikejutkan bunyi hentaman kuat.Dia berlari ke pintu untuk meninjau, tetapi disebabkan keadaan gelap, dia tidak dapat melihat apa yang berlaku.


"Beberapa minit kemudian saya terdengar suara riuh-rendah mengatakan kereta terperosok ke gaung di kiri jalan dan ketika itu hati mula terdetik, mungkin kereta itu milik saya.

"Saya yang tidak berpuas hati memeriksa sebelum mendapati kereta terperosok dalam gaung.

"Nasib baik kemalangan berlaku ketika kami berada dalam rumah, jika tidak saya tidak tahu nasib kami," katanya.

Saksi, Omar Jantan, 38, mendakwa dia bersama lima rakannya yang duduk bersembang di bawah khemah dipasang untuk majlis kenduri kahwin seorang jiran di kampung itu terdengar bunyi hentaman kuat seperti bom.

Akhirnya Dayang ditinggalkan

Posted: 12 Dec 2010 06:37 PM PST

  • Foto

  • Foto

Perpisahan tidak dapat dielakkan saat kemunculan Sayang & Cinta

SIRNA 2011 yang menjelang menjadi dimensi baru dalam kehidupan Dayang Nurfaizah Awang Dowty apabila bakal mengemudi kerjaya seni sendiri berikutan 'perpisahan' dengan pengurusnya, Shaliza Kader Sultan yang bersamanya sejak 2001.
Bukan disebabkan perselisihan pendapat atau masing-masing selesa memilih haluan sendiri sebaliknya Shaliza yang baru mendirikan rumah tangga perlu berhijrah mengikut suaminya ke Amerika Syarikat.Walau berat keputusan diambil, kedua-duanya sudah menyusun perancangan rapi bagi memastikan kerjaya penyanyi yang selesa dipanggil Dayang itu terus memacu ke puncak malah mereka memasang strategi 'menjual' Dayang hingga ke luar negara sekali pun berjauhan.

"Ya… saya sudah sedia dengan ketiadaan Kak Liza (Shaliza) kerana penghijrahannya itu sudah lama dimaklumkan tetapi semua ini mempunyai hikmah tersendiri dalam membentuk diri saya lebih mendalami semua perkara berkaitan showbiz.

"Kalau mengikut perancangan, Kak Liza akan 'terbang' awal tahun depan namun dia tetap membantu saya dari jauh. Itulah bagusnya teknologi moden, kita masih dekat biar jauh beribu batu," katanya ketika ditemui selepas pra dengar album barunya, Sayang & Cahaya.

Bagai isi dan kuku, tempoh sedekad bekerja bersama membuatkan Shaliza cukup masak dengan sikap artis dari Bumi Kenyalang itu namun mampukah Dayang bergerak sendiri di saat buah tangan terbarunya bakal menemui khalayak dalam tempoh terdekat ini?
"Memang hakikatnya tampak menyukarkan tetapi segala urusan album hingga persembahan pentas dan promosi Sayang & Cahaya sudah diperhalusi demi memastikan tiada yang tertinggal sepanjang ketiadaannya.

"Sepanjang mengenalinya, dia cukup komited dan bersungguh-sungguh 'memasarkan' jenama Dayang sekali gus membuatkan saya yakin dia tidak akan membiarkan saya terkontang kanting sendirian," ungkapnya lagi yang menganggap Shaliza lebih dari seorang pengurus.

Begitupun, Dayang menegaskan tidak tergesa-gesa mencari pengganti Shaliza kerana memerlukan masa mencari mereka yang berpotensi mengendalikan kerjayanya sekali gus mencari keserasian dengan sesiapa pun yang dipertanggungjawabkan nanti.

Rakam semula lagu Mulanya Di Sini

Bercerita lanjut perihal album studio ke lapan yang diterbitkan syarikatnya sendiri, iaitu DN & AD Entertainment Sdn Bhd, penyanyi ini berasa teruja menantikan maklum balas pendengar cukup kuat bersarang di dalam hati.

Bersama garapan 12 pilihan lagu, akui pemilik mata galak itu, awalnya pihaknya merancang menerbitkan hanya lima lagu dalam sebuah album EP namun satu persatu gubahan yang diterima cukup bagus untuk disimpan.

"Saya sedar corak pasaran album tempatan kini lebih menjurus kepada album EP. Namun apabila menerima lagu yang bagus, saya tidak mampu menolak atau menyimpannya. Tambahan pula peminat Dayang tetap mahu memiliki album fizikal kerana mereka lebih puas jika ada album yang boleh disimpan, seperti mana saya," katanya.

Sekali pun mengambil masa lebih setahun penghasilan produk terbabit, terserlah kepuasan hati Dayang apabila sepanjang sesi pra dengar, apabila mulutnya rancak menceritakan kenangan atau insan di sebalik nukilan berkenaan.

Sejumlah RM70,000 diperuntukkan bagi keseluruhan proses penerbitan yang turut mendapat sentuhan pengarah muzik popular, Chuckii Booker iaitu pemuzik yang pernah bekerja dengan Mary J Blige dan Lionel Ritchie. Jumlah itu tidak termasuk promosi.

Selain Sayang & Cahaya, lagu lain adalah Mulanya Di Sini yang pernah dipopularkan kumpulan Freedom serta Sayang, Rahsia Cinta, Sabarlah, Kau Bintangku, Sempurna Selamanya, Hingga Ke Akhirnya, Saat Itu, Life With You, Perlukan Cinta dan Ku Temu Cahaya yang menjadi lagu tema Yayasan Aid Malaysia.

"Lebih setahun diperlukan bagi merealisasikan Sayang & Cahaya disebabkan jadual saya sebelum ini dipenuhi untuk Mentor dan pembabitan saya dengan program amal namun nampaknya ia berbaloi.

"Sebagai contoh peluang menyampaikan lagu Chuckii Booker yang diperkenalkan penulis lirik, Zuriani Zonneveld menerusi seorang peminat. Inilah yang dinamakan takdir serta hikmah tersembunyi di sebalik setiap kejadian," katanya lagi sambil tersenyum manis.

Seperti biasa, pertanyaan mengenai cinta umpama soalan nakal yang sering diaju kepada Dayang apatah lagi usianya bakal memanjat angka 30 tahun depan selain kecenderungannya yang tampak cukup mesra dengan dendangan berunsur cinta.

Sambil ketawa mendengar usikan yang mengatakan dia menyembunyikan kekasih hati, katanya hingga kini dirinya masih sendiri dan menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Ilahi.

ABPBH eratkan semua anak seni

Sebagai bintang kesayangan ramai, penghasilan album terbabit juga melayakkan Dayang berada dalam senarai calon awal kategori Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010.

Akuinya, pengiktirafan Berita Harian yang sudah memasuki edisi ke 24 terhadap anak seni dari pelbagai bidang menunjukkan penghargaan akhbar dan peminat terhadap sumbangan golongan artis dalam industri hiburan.

"ABPBH secara tidak langsung memerlukan setiap artis dan penggiat seni bekerja keras meningkatkan pencapaian dan memartabatkan industri malah bagi saya populariti seseorang artis sentiasa memberi impak terhadap produk yang dihasilkan.

"Istimewanya majlis penganugerahan ini turut mendekatkan semua karyawan daripada pelbagai bidang kerana acara beginilah yang membolehkan kita mengenali teman seperjuangan lain sekali pun dari aliran berbeza," ulasnya jujur.

PROFIL: Dayang Nurfaizah Awang Dowty
TARIKH LAHIR: 20 Julai 1981
ASAL: Kuching, Sarawak
ALBUM: Dayang Nurfaizah (1997), Seandainya Masih Ada Cinta (2001), Hembusan Asmara (2002), Dayang Sayang Kamu (2004), Kasih (2005), 20 07 Dayang (2007),

Misteri Etnik: Jati diri Ponorogo

Posted: 12 Dec 2010 06:34 PM PST

  • Foto

  • Foto

  • Foto

  • Foto

Harta warisan, budaya unik kelebihan masyarakat Jawa di sekitar Johor

Siri 1
RAMAI beranggapan masyarakat Jawa ini sama saja walau di mana saja mereka berada, biarpun hakikatnya kelompok ini terbahagi kepada beberapa etnik kecil yang menjurus kepada tanah asal mereka di Indonesia. Namun, pernahkah anda tahu mengenai kewujudan masyarakat Jawa Ponorogo di Malaysia? Mendengar namanya saja sudah pelik, apalagi penceritaan mengenainya sebegitu asing. Malah, dalam kalangan orang Jawa sendiri, khususnya generasi mudanya pun tidak mengenai kelompok Ponorogo itu.Secara ringkas, Jawa Ponorogo adalah masyarakat terbesar bertumpu di kawasan Sri Medan, Batu Pahat dan antara teramai di daerah Johor itu. Malah, mereka juga kekal satu-satunya masyarakat Jawa yang tegar meneruskan cara hidup serta budaya asal Jawa dibawa dari Indonesia.

Jawa Ponorogo berasal dari daerah di Jawa Timur iaitu Ponorogo dan kemasukan mereka ke sekitar Batu Pahat dan sebahagiannya di Selangor berlaku pada awal 1920 untuk memantapkan ekonomi mereka lantaran kesukaran membina kehidupan sempurna di tanah asal di Indonesia.

Kesempatan mendekati mereka di kawasan Sri Medan terutama di kampung Parit Warijo dan Parit Baru, menyerlahkan lagi realiti yang menampilkan kelainan sebagai penerus budaya Jawa asli dari Indonesia. Perbezaan yang ditampilkan pula bukan sekadar bahasa tetapi juga cara hidup serta wajah kampung itu sendiri.
Penulis sendiri terpegun seketika melihat persekitaran ketika melintasi jalan Parit Warijo ke rumah Ketua Kampung, Sukadi Kusmadi, baru-baru ini. Di kiri kanan jalan, kami dihidangkan pemandangan rumah besar berhalaman luas dan bersih dikelilingi pokok kelapa sawit yang tersusun kemas. Bukannya tiada kampung lain sebersih itu tetapi pemandangan kali ini mengagumkan penulis kerana selain kebanyakan rumahnya ibarat banglo mewah, halamannya juga luas yang boleh memuatkan lebih 10 kereta sekali gus.

Biarpun dikelilingi pokok kelapa sawit, persekitarannya sentiasa bersih yang menjadi antara keunikan cara hidup atau budaya Jawa Ponorogo dan bukan Jawa lain secara umumnya.

Malah Jawa Ponorogo juga unik kerana banyak perbezaan dengan Jawa lainnya termasuk aspek bahasa dan budaya berikutan asal usul mereka dari Jawa Timur di Kepulauan Jawa.

Ramai warga tuanya juga mahir berbahasa Jawa Ponorogo halus.

Keunikan lain mereka ialah sikap lemah lembut dan berbudi bahasa dalam kebanyakan urusan. Tidak sah bertandang tanpa hidangan sekurang-kurangnya air kosong. Seperti peringatan rakan Jawa lain yang mengetahui misi Misteri Etnik mendekati masyarakat itu kali ini, jangan sekali-kali menolak hidangan jika berkunjung ke rumah orang Jawa terutama Ponorogo kerana budaya mereka memastikan tetamu tidak pulang tanpa tekak dibasahkan dulu.

Merujuk sejarah kedatangan mereka, meskipun merantau ke bumi orang dalam keadaan daif dan hanya berbekalkan kemahiran bertani, masyarakat itu berjaya membina kehidupan baik dengan kebanyakan keluarga memiliki tanah luas mencecah belasan ekar dengan pelbagai tanaman seperti kelapa sawit dan getah.

Ia berkait rapat sifat berani meneroka kawasan baru serta rajin. Selain paparan keadaan rumah mereka yang mewah, masyarakat ini juga tebal tradisi mencari rezeki untuk diwarisi turun temurun. Lantaran itulah, meskipun Sri Medan sinonim dengan banjir selama ini, ia mampu dibangunkan dengan baik sampai sekarang atas kemahuan orang Jawa Ponorogo yang membina kehidupan lebih selesa untuk kesenangan anak cucu.

Masyarakat Jawa Ponorogo juga memiliki keteguhan mempertahankan budaya tersendiri kerana sudah menjadi tradisi di Ponorogo, Indonesia, satu pesta kebudayaan 'Reyog' terus diadakan setiap tahun.

Ia turut menjadi tunjang kepada keturunan Jawa Ponorogo di negara ini untuk terus mempraktikkan banyak aktiviti kebudayaan dan kesenian seperti kuda kepang, barongan, wayang kulit dan permainan muzik gamelan. Lebih ketara, perhubungan berterusan masyarakat itu dengan keluarga asal di Ponorogo, membolehkan budaya itu dikekalkan.

Kebetulan, ketika tugasan Misteri Etnik ini dijalankan, ramai masyarakat di Parit Warijo berkunjung ke Ponorogo kerana di sana bakal diadakan pesta Reyog yang kebiasaannya menjadi keramaian terbesar setiap kali tiba Awal Muharam.

Kelebihan mereka juga terletak kepada darah pahlawan yang menebal dalam diri mereka, terutama jika merujuk sejarah mereka dalam perkembangan Islam dan tuntutan kemerdekaan daripada kerajaan Majapahit. Jawa Ponorogo ini turut dikenali pejuang 'Warok' yang diabadikan sebagai tugu besar di daerah itu di Indonesia.

Darah kepahlawanan dan keberanian itulah mendorong mereka untuk membina penempatan di kebanyakan kawasan di Batu Pahat. Malah, di Sri Medan sendiri, boleh dikatakan 80 peratus penduduknya berdarah Ponorogo selain etnik Jawa lain, Banjar dan masyarakat Cina yang bergelar minoriti di situ.

Status diri sebagai 'orang kaya' juga sesuai bagi menggambarkan cara hidup mereka. Difahamkan, tidak banyak kenderaan awam yang sanggup memasuki kawasan itu kerana sukar mendapat penumpang lantaran setiap isi rumah memiliki kereta sendiri, termasuk berkereta mewah.

Jika adapun, mungkin sekali bagi setiap dua ke tiga jam, kelihatan kelibat bas awam, itupun tidak ramai penumpang. Kemewahan masyarakat itu mungkin didorong keupayaan mengusahakan sektor pertanian dan perladangan. Difahamkan juga, ekonomi rumah tangga turut dibantu hasil usaha golongan wanitanya yang mahir mengusahakan pelbagai kerja tangan.

Biarpun kaya atau berkemampuan, mereka tidak lekang sikap ramah, merendah diri serta budi bahasa tinggi yang menarik hati penulis. Tidak hairanlah kerap juga program anak angkat diadakan di situ kerana mudah mendapat kerjasama keluarga yang sudi menerima tetamu.

Mereka juga dikatakan golongan kuat beribadat dan hebat berdakwah, termasuk penggunaan pentas wayang kulit sebagai saluran utamanya. Malah, ia menjadi alat utama pada zaman wali kesembilan di Jawa ketika penyebaran dakwah Islam kepada masyarakat Jawa Hindu.

Namun, disebabkan Indonesia secara umumnya dan Kepulauan Jawa pada dulunya dimonopoli agama Hindu, ia sedikit sebanyak mempengaruhi budaya masyarakat Jawa termasuk Ponorogo, terutama struktur rumah.

Kebanyakan, malah mungkin semua rumah asal Jawa Ponorogo mempunyai ruang di tengah dinding berlubang dengan satu kayu setinggi paras betis di bawahnya dikenali sebagai 'Undak Undaan'. Ia sebenarnya digunakan oleh masyarakat dulu untuk meletak kemenyan dan kelapa, kononnya untuk meraikan sesuatu. Ia nyata pengaruh Hindu yang dibawa mereka, namun sudah diketepikan kini.

BERSAMBUNG ESOK

Bahasa halus kian pupus

JAWA Ponorogo mempunyai beberapa kelainan jika dibandingkan dengan masyarakat Jawa lain kerana mereka bukan sekadar berasal dari Jawa Timur, satu daerah dalam Kepulauan Jawa yang turut mempunyai Jawa Barat dan Tengah, malah masyarakat itu turut mempunyai bahasa pertuturan berbeza.

Jika orang Jawa Ponorogo bercakap dalam bahasa mereka, ia mungkin tidak difahami masyarakat Jawa lain dan begitu juga sebaliknya. Lebih unik, Jawa Ponorogo mempunyai dua jenis bahasa iaitu bahasa pasar (pertuturan biasa) dan bahasa halus yang kini semakin pupus kerana kurang pengamalnya.

Satu keistimewaan masyarakat ini ialah ketegasan ibu bapa dalam memastikan bahasa Jawa Ponorogo terus diwarisi golongan muda sama ada dengan penggunaan secara kerap dalam rumah, mahupun menjadi bahasa pertuturan rasmi di mana saja mereka berada.

Justeru, tidak menghairankan jika meskipun orang Jawa Ponorogo sedang berbual dalam Bahasa Melayu sesama rakan bukan Jawa, mereka akan dengan spontan menukar bahasa pertuturan itu ke bahasa Jawa sejurus ada seorang rakan Jawa menyertai perbualan itu.

Ia juga sama dalam banyak urusan sama ada ketika menyampaikan ceramah dan ucapan sesama mereka. Sukar sekali untuk difahami lenggok bahasa Jawa Ponorogo ini kerana tiada langsung persamaan dengan bahasa Melayu.

Ketika melihat persembahan wayang kulit yang dibawa khusus dari Ponorogo, Indonesia di satu majlis perkahwinan, semua pengunjung Melayu hanya mampu terpinga-pinga, malah dalam kalangan orang Jawa juga ada yang asyik kehalusan sekali bahasa yang digunakan.

Ia sekali gus menunjukkan begitu unik sekali bahasa Jawa Ponorogo dalam masyarakat itu, namun hakikat yang perlu diakui ialah ia semakin pupus kerana tidak ramai generasi baru termasuk golongan umur pertengahan yang menguasai bahasa Jawa Ponorogo halus.

"Kue apik tenang. Ayo la neng ngomah ku. Aku madang sego." Rasanya bahasa itu kedengaran berbeza sekali dengan orang Jawa lain. Ayat itu yang membawa maksud - "Kamu sangat baik hati. Jemputlah ke rumah saya. Aku makan nasi." Ada antara isi ayat itu hanya ada pada orang Jawa Ponorogo.

Namun, jika diteliti pula aspek bahasa halus mereka, nyata jauh sangat perbezaan dengan bahasa pertuturan harian. Malah, jika ditanya kepada orang Jawa lain, pasti ada yang langsung tidak tahu maksudnya sesuatu perkataan itu.

Sebagai contoh, makan dalam masyarakat Jawa adalah madang dan ada menyebutnya mangan. Namun, dalam bahasa halus Jawa Ponorogo, ia disebut dahar. Nyata jauh sekali perbezaannya, bukan sekadar mengubah satu dua suku kata.

Tidur disebut turu dalam perbualan harian tetapi menjadi tilem dalam bahasa halus. Rumah atau omah menjadi griyo, manakala jalan atau dalan menjadi radosan.

Apa sekalipun, keunikan itu pasti menjadikan masyarakat itu sangat menarik untuk didekati, bukan sekadar bahasa tetapi cara hidup dan budaya mereka tersendiri.

'Aku dah bosan'

Posted: 12 Dec 2010 06:29 PM PST

  • Foto

  • Foto

  • Foto

  • Foto

Jue Aziz akui sudah bosan menjalin hubungan istimewa bersama artis

UMPAMA menyelak helaian demi helaian catatan peribadinya, pelakon sensasi, Jue Aziz membentangkan satu persatu episod hidupnya dengan terbuka tanpa secalit rasa gentar. Tiada apa yang cuba dirahsiakan, malah setiap soalan akan dijawab Jue atau nama lengkapnya, Zuliana Abdul Aziz, 29, dengan rela hati.
Keterbukaan yang barangkali akan memerangkap dirinya jika tidak hati-hati ditangani tetapi Jue tidak sesekali takut berdepan dengan realiti.Jue cuma mahu menjadi jujur kepada dirinya sendiri, selebihnya terpulang kepada masyarakat bagaimana mereka mahu menilai siapa dia yang sebenar.

Persepsi masyarakat kata Jue tidak pernah menjadi persoalan besar kepadanya kerana dia lebih mengenali siapa dirinya yang sejati.

Boleh saja dia memilih untuk berpura-pura dan memberikan jawapan yang memuaskan hati semua pihak, tetapi di mana kesudahannya?

Jue tidak mahu sekadar memuaskan hati orang lain tetapi apabila pulang ke rumah, dia berperang dengan dirinya sendiri kerana terpaksa bersikap hipokrit.
"Saya selalu diingatkan supaya sentiasa bersedia dan kuatkan semangat jika mahu bertahan lama dalam bidang seni. Itu yang saya praktikkan setiap kali diheret dalam isu kontroversi," katanya memulakan bicara pada pertemuan penuh santai bersama B*POP.

Menyambung perbualan, Jue mengakui, ketika mengambil keputusan menjadi anak seni empat tahun lalu dia terlalu naif dalam memahami tuntutan industri hiburan.

Ketika belajar untuk memahaminya, dia juga tidak terlepas daripada berbuat silap. Semua itu akui Jue, dilaluinya tanpa sedikit pun berbekas rasa kesal di hati kerana setiap kekhilafan membentuk siapa dirinya hari ini.

"Saya tidak salahkan sesiapa pun jika fokus pihak media lebih kepada cerita peribadi, berbanding karier saya. Saya akan cuba menjawab seikhlas mungkin. Untuk apa mengelak jika permintaan saya itu cuma mengeruhkan hubungan baik yang sedia terjalin. Semua itu terpulang kepada diri artis itu sendiri.

"Seandainya bijak mengimbangi, saya percaya lambat laun masyarakat akan melihat kerja keras seseorang artis itu. Terserah bagaimana kita mahu mencorakkan perbualan itu," kata pemilik figura yang mampu menggoncang iman lelaki itu matang.

Dalam keterbukaan Jue berkongsi segala cerita, dia kini memohon pengertian pihak media untuk memberikan sedikit ruang privasi kepada dirinya sendiri. Jue akur, tidak mudah memuaskan hati semua pihak malah keterbukaannya dulu pernah disalahertikan hingga menyinggung perasaan segelintir peminat.

Ekoran peristiwa itu, Jue memilih untuk berdiam diri dan tidak mahu terlalu menggembar-gemburkan cerita peribadi jika ia cuma menimbulkan jelak kepada penggemarnya.

"Saya sudah penat bercinta. Bayangkan dulu hanya cerita itu yang menjadi fokus. Jadi sekarang saya mahu simpan cerita itu kepada diri sendiri. Mungkin ia tidak menjadi masalah besar ketika ini kerana saya masih solo. Saya bahagia sendiri dan untuk hilangkan rasa sunyi, saya sibukkan diri dengan karier," katanya.

Pernah dua kali putus cinta dengan artis, Jue berdoa, jika nanti hatinya terbuka untuk kembali berpasangan, dia tidak lagi dipertemukan dengan teman sealiran. Bercinta sesama artis kata Jue, cuma menyumbang kepada lebih banyak masalah bahkan membuatkan fikirannya serabut dan tidak tenteram.

"Ia tidak mudah seperti yang disangkakan. Mungkin kerana masing-masing mempunyai nama, jadi ego menjadi tebal dan kepercayaan yang menjadi teras dalam perhubungan perlahan-lahan pergi.

"Saya serik bercinta dengan artis. Malah kegagalan dua cinta lalu membuat saya masih takut untuk kembali bercinta," katanya.

Tidak menafikan sesekali kesunyian menghimpit jiwanya tetapi bintang drama bersiri, Legenda Budak Setan siaran Astro Prima itu enggan terlalu mendesak.

Kesibukan dengan karier kata Jue, membataskan ruang untuk dia keluar bersosial. Ketika ini sebahagian besar masanya diperuntukkan kepada dunia lakonan.

"Saya tiada masa untuk keluar bersosial. Jika tidak bekerja, saya selesa memerap di rumah tetapi tidaklah sehingga memencilkan diri.

Saya akan pastikan ada teman yang dapat menghiburkan diri. Saya pernah lalui zaman indah percintaan, bahkan saya sendiri anak manja dalam keluarga.

"Jadi bila sendirian semua kenangan lalu akan kembali mengimbas. Untuk menghapuskan kesepian itu, saya sibukkan diri dengan menerima tawaran yang menguji kekuatan bakat," katanya.

Banyak terlepas peluang ke filem

LANTARAN terikat dengan komitmen drama bersiri, Jue Aziz mengakui dia sering terlepas banyak kesempatan dan tawaran untuk mencabar lagi bakat dan kemampuannya di layar perak. Pernah beraksi dalam filem Anak Mami The Movie dan Tipah Tertipu, Jue akur, sesekali terdetik kerisauan di hatinya jika tidak lagi diberikan peluang beraksi di skrin lebar.

Jue bagaimanapun, tidak mahu bersikap tamak kerana setiap tawaran diterima menuntut komitmen tinggi daripadanya.

Tetapi apa yang menggembirakan Jue, biarpun lebih popular di layar kaca dia menerima kepercayaan pengarah untuk mempelbagaikan watak.

"Kebelakangan ini saya banyak diberikan watak komedi, sedangkan dulu lebih kerap diserahkan watak antagonis dan lasak.

Alhamdulillah, kepelbagaian peranan berjaya membebaskan saya daripada dilabel stereotaip. Apa yang mengejutkan, saya sendiri tidak sangka akan diberikan watak budak sekolah menerusi Legenda Budak Setan," katanya.

Akui Jue yang bakal muncul dengan filem Abuya dan Hantu Bonceng, dia hampir menarik diri daripada membintangi drama bersiri itu kerana tuntutan watak Ayu yang kuat.

Jue agak tertekan untuk melunaskan watak yang sudah sinonim dengan mereka yang membesar bersama novel karya Ahadiat Akashah itu.

"Saya rasakan diri ini masih baru dan belum layak untuk menggalas tanggungjawab besar itu. Apatah lagi, ia terlebih dulu diangkat ke filem sebelum dipindahkan menjadi drama bersiri.

"Memikirkan risiko yang bakal dihadapi, saya berhasrat mahu menarik diri. Namun, pengarah Along Kamaluddin banyak memberikan dorongan dan perlahan-lahan kepercayaan itu datang.

"Syukur kerana kini bakat saya mula dipandang ramai. Itu sudah cukup melegakan, malah membebaskan saya daripada segala isu remeh yang selama ini dikaitkan dengan Jue Aziz," katanya yang mengharap keajaiban fajar 2011.

Info Jue Aziz
  • NAMA PENUH: Zuliana Abdul Aziz
  • TARIKH LAHIR: 18 Februari 1983
  • KELUARGA: Bongsu daripada lima beradik
  • DARAH CAMPURAN: Mamak dan Bugis (ayah), Cina dan Belanda (ibu)
  • PENDIDIKAN: Diploma Kesetiausahaan, Kolej Stamford
  • PENCAPAIAN: Pemenang tempat ketiga, Malaysian Most Beautiful 2006
  • DRAMA: Dua Hati, Impak Maksima The Series, Manjalara, Kala Hati, Orang Minyak Naik Minyak, Janji Kekasih, Wasiat Anak Dara dan Legenda Budak Setan The Series
  • FILEM: Anak Mami The Movie, Tipah Tertipu, Hantu Bonceng dan Abuya (belum disiarkan)
  • TEATER: Naga Chini
  • PENGACARA: e@9 (TV9) dan Gedik Samba (TV3)
  • Masakan Kelantan dan Thai Laris

    Posted: 12 Dec 2010 06:27 PM PST




    SEBUT mengenai menu masakan Kelantan, pasti terbayang nasi kerabu, nasi dagang, laksam dan ayam percik. Tidak ketinggalan juga pelbagai jenis kuih-muih yang manis dan berwarna-warni.

    Semuanya melengkapkan ciri hidangan masakan negeri Cik Siti Wan Kembang yang mempunyai ramai peminat tidak kira bangsa itu.

    Menambahkan lagi lokasi menjamu selera buat peminat kuisin jenis itu, Laris Cafe yang terletak di Solaris Dutamas menyediakan pilihan masakan kegemaran anda pada harga berpatutan walaupun terletak di kawasan perniagaan elit.

    Menurut pemiliknya, Normahiran Yusoff, pembukaan kafe tersebut sejak tiga bulan lalu mendapat sambutan memberangsangkan.

    "Ini berikutan hidangan yang kita sediakan betul-betul mengikut cita rasa asli Kelantan dan juga dihidang ketika masih panas," kata beliau yang berkongsi perniagaan bersama dua lagi kakaknya, Umi Khaltom dan Asiah.

    Selain daripada menu yang disebutkan di atas, Laris turut menyediakan nasi lemak kukus ayam dara dan burung puyuh, nasi air (bubur), ikan percik, mihun sup daging, sup tulang dan pelbagai lagi jenis lauk pauk untuk nasi campur.

    Bermula dari pukul 3 petang, pesanan masakan Thai ala carte mula dibuka dengan variasi yang tak kurang menyelerakan.

    Pelbagai jenis hidangan Thai seperti tomyam, kerabu, masakan goreng dan berkuah disediakan. Antara yang menarik Pat Ka Pau iaitu isi daging atau ayam yang dicincang halus dan kemudian digoreng dengan rempah khas bersama daun Pat Ka Pau.

    Kuih-muih dan pencuci mulut Kelantan yang enak turut disediakan seperti pulut inti, pulut kaya, keropok lekor, pulut mangga, ais krim tapai dan murtabak raja.

    Normahiran berkata, bermula Januari pihaknya merancang untuk menyediakan menu steamboat yang merangkumi pelbagai jenis hidangan.

    Selain itu, beliau turut mengalu-alukan pihak yang berminat untuk menjadi rakan niaga dalam mengembangkan perniagaan.

    Laris turut menyediakan khidmat katering bagi majlis kecil hingga sederhana merangkumi semua jenis masakan.

    Moden segar pilihan kontemporari

    Posted: 12 Dec 2010 06:26 PM PST


    TV LCD dan kabinet pasang siap mampu menjimatkan sesebuah ruang.


    PADUAN ilham antara pemilik dan pereka dalaman mengubah kediaman teres dua tingkat yang menghiasi ruangan Tata hias minggu ini.

    Pasangan suami isteri, Rezal Zain Abdul Rashid dan Raja Anizar Raja Abdullah sudah mendiami kediaman yang terletak di Bangsar itu sejak awal tahun 90-an lagi.

    Mereka ingin memberi nafas baru kepada rumah teres dua tingkat itu. Konsep moden kontemporari menjadi pilihan. Berpandukan majalah dekorasi dan juga kunjungan ke rumah contoh selain pameran perabot terkini, sedikit sebanyak ilham untuk kediaman impian diperolehi.

    Bagi mendapatkan hasil lebih memuaskan, kedua-duanya sepakat mendapatkan khidmat Saricipta Design Studio, yang dimiliki oleh Raja Saifulrizal Raja Jaafar dan isterinya, Sharifah Intan Al-Jufri.

    Hasilnya, rumah teres biasa dengan reka bentuk lama bertukar gaya moden yang menawan walau pun hanya diberi sentuhan sederhana dan minimalis.

    Menurut Raja Saifulrizal, selain mengubah rekaan dalaman, pihaknya juga terlibat mencipta landskap luar seperti yang diingini pemilik.

    "Soal landskap, kami diberi kebebasan sepenuhnya untuk menentukan apa yang sesuai dengan kediaman ini termasuk dari segi pemilihan warna cat," kata beliau.

    Sebuah laman mini dengan tumbuhan herba Inggeris dan tempatan menjadikan kawasan sejuk mata memandang. Terdapat pokok selasih, rosemary, pudina, serai wangi dan sebagainya. Tumbuhan berbunga seperti helicornia dan kesidang turut menjadi pilihan.

    Sebuah binaan seakan tiang gol berwarna terung ungu memayungi water feature mencipta kelainan landskap kediaman. Kata beliau, sengaja warna itu dipilih bagi mewujudkan tarikan kepada laman tersebut.

    Penghadang

    Binaan itu juga katanya bertujuan bertindak sebagai penghadang antara ruang dalam rumah dengan laman yang menghadap jalan utama.

    Sebuah kolam mini yang menadah air dari binaan blok kecil seramik berwarna kelabu kehitaman memecah suasana sunyi kediaman. Dibina menghadap ruang tamu, dinding yang memisahkan antara kediaman turut diberi perincian dengan batu-batu seramik dan lampu.

    Kata Raja Saifulrizal, suasana malam lebih menyerlah apabila pancaran lampu di dinding dan laman bersatu mencipta landskap yang mempesona.

    Pelantar kayu cengal dibina ditepi kolam juga berfungsi sebagai koridor bagi ruang tamu utama. Saat pintu gelongsor dibuka, dua buah kerusi lengan sengaja diletak bagi mereka yang ingin menikmati suasana luar berkonsep terbuka.

    Menurut beliau, asalnya ruang tersebut adalah kawasan terbuka. Ia kemudian diilham sedemikian rupa oleh pemilik yang mahukan lebih ruang bagi memudahkan saudaranya berkumpul.

    Ruang dalam

    . Walaupun ruang agak kecil dan terhad, perancangan yang teliti dapat menghasilkan ruang yang lebih praktikal.

    Pengubahsuaian yang dijalankan cuba mewujudkan dua ruang tamu yang berbeza karektor.

    Pemilik mahukan ruang yang boleh memuatkan banyak tempat duduk bagi memudahkan tetamu berkumpul.

    Pada ruang masuk utama, ilham tuan rumah sendiri mewujudkan satu ruang tempat duduk panjang di tepi dinding dengan meja tolak yang unik. Susunan bingkai gambar berisi hiasan keris daripada pewter menancap mata memandang.

    Sengaja warna merah dipilih bagi menimbulkan ruang tersebut yang banyak dilatari warna putih, krim dan natural.

    Satu sofa besar diletakkan memisahkan antara ruang tamu dan ruang menonton televisyen.

    Ruang makan pula dilindungi dengan tiang-tiang kayu yang ditengahnya terdapat lubang-lubang yang boleh diletakkan pasu bunga atau hiasan ranting kayu.

    Menurut Raja Saifulrizal, tiang itu juga bertujuan melindungi ruang utama daripada dapur yang asalnya boleh dilihat terus dari situ.

    Lantai berkayu yang dipilih mencipta suasana lebih natural pada kediaman itu. Begitu juga dengan pemilihan warna langsir dan perabot yang lebih semula jadi, menjadikan kediaman itu sebagai sebuah ruang yang benar-benar mendamaikan.

    FOSIL sebenar Tyrannosaurus Rex turut dipamerkan pada pameran Dinos Alive di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur. SEKITAR Pusat Sains Negara (PSN) kini

    Posted: 12 Dec 2010 06:24 PM PST


    FOSIL sebenar Tyrannosaurus Rex turut dipamerkan pada pameran Dinos Alive di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur.


    SEKITAR Pusat Sains Negara (PSN) kini diserbu orang ramai yang ingin melihat secara dekat 32 ekor dinosaur - reptilia yang pernah wujud di muka bumi kira-kira 165 juta tahun dahulu.

    `Serangan' dinosaur di PSN itu merupakan sebahagian daripada pameran Dinos Alive yang bermula sejak 1 Disember lalu.

    Ini bukan pameran biasa. Semua 32 ekor dinosaur tersebut `hidup' dan pasti akan mengancam setiap pengunjung yang datang.

    Ngauman ngeri spesies Tyrannosaurus Rex atau T-Rex misalnya boleh didengar hingga ke luar pusat pameran.

    Malah ngauman ngeri itu akan terus mengancam para pengunjung PSN selama enam bulan hingga Mei tahun depan.

    Apa yang menakjubkan, semua 32 dinosaur yang ditampilkan di PSN itu seolah-olah hidup kerana ia digerak menggunakan kaedah robotik.

    Kesemuanya dibina berdasarkan saiz dan struktur badan menyerupai haiwan itu yang sebenar.

    Tidak cukup dengan itu, pengunjung juga pasti akan teruja dengan elemen nilai tambah yang dilengkapkan pada setiap dinosaur seperti pergerakan mekatronik dan kesan suara serta semburan asap.

    Dengan itu kesemua dinosaur yang dipamerkan kelihatan seolah-olah hidup dan bernyawa.

    Sebaik sahaja pengunjung tiba di pintu masuk pameran, mereka akan disambut oleh T-Rex dan Apatosaurus.

    T-Rex tersebut mempunyai ketinggian lima meter iaitu menyamai ketinggian dua ekor gajah Sumatera yang disusun secara bertingkat.

    Sementara saiz Apatosaurus pula yang sepanjang 21 meter menyamai saiz mamalia terbesar dunia iaitu paus biru.

    Pengunjung kemudiannya akan meneruskan perjalanan ke tingkat satu PSN di mana terletaknya galeri pameran sebenar.

    Terdapat dua galeri yang disediakan iaitu galeri spesies dinosaur pemakan daging atau karnivor dan spesies yang memakan tumbuh-tumbuhan (herbivor).

    Lebih mengujakan, pameran berkenaan turut menyediakan lima biji telur dinosaur spesies Triceratops dan fosil sebenar spesies T-Rex serta Chasmosaurus.

    Untuk setiap spesies yang dipamerkan terdapat penerangan ringkas tentang habitat, tabiat kehidupan dan pemakanannya.

    Di penghujung galeri spesies herbivor, terdapat seekor dinosaur yang boleh menari mengikut rentak muzik bagi menghiburkan para pengunjung.

    Pengarah PSN, Prof. Madya Dr. Irmawati Ramli berkata, pameran berkenaan memberi peluang kepada pengunjung merasai pengalaman sebenar berinteraksi dengan haiwan prasejarah itu.

    ''Dinosaur merupakan subjek universal yang dapat menarik perhatian masyarakat selain meningkatkan imaginasi mereka tentang kewujudannya suatu ketika dahulu.

    ''Dengan membawa pameran Dinos Alive ini ke PSN, ia pastinya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja tidak kira latar belakang dan peringkat umur.

    ''Secara tidak langsung, ia juga sebahagian daripada usaha memperkenalkan PSN sebagai pusat pendidikan sains tidak formal kepada umum,'' jelasnya ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Untuk pameran tersebut, PSN menjangkakan jumlah pengunjung 200,000 orang dengan sasaran pelawat dari kalangan keluarga dan pelajar sekolah.

    ''Untuk tujuan itu, kita telah menjalankan banyak promosi di sekolah-sekolah selain menerusi laman web PSN,'' jelasnya.

    Forest'secret jelajah Terengganu

    Posted: 12 Dec 2010 06:22 PM PST


    BELAJAR solekan asas daripada jurusolek Forest'secret yang berpengalaman.


    PRODUK penjagaan kesihatan dan kecantikan tempatan, Forest'secret kini sedang mengadakan siri jelajah Terengganu dalam usaha promosi dan mengukuhkan lagi jenama tersebut.

    Jelajah yang berlangsung selama 22 hari itu bermula pada 25 November lalu dan ia dilancarkan oleh Pengerusi Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, Datuk Mohamed Awang Tera di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu.

    Turut hadir pada majlis perasmian tersebut, Pengerusi Persatuan Francais Malaysia Sdn. Bhd. (MIF), Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie.

    Selain bertujuan mempromosi jenama Forest'secret, ia juga bagi memperkenalkan outlet sedia ada di Kuala Terengganu. Penjelajahan akan melewati kesemua daerah di sana termasuk Setiu, Besut, Chendering, Marang, Kerteh, Kuala Berang dan Kemaman.

    Antara pengisian jelajah adalah Bengkel Sihat Cantik di mana pengunjung didedahkan dengan manfaat produk herba tempatan dari segi kesihatan dan nilai kandungan. Juga diselitkan panduan bersolek dan demonstrasi solekan secara langsung kepada pengunjung yang bertandang ke pameran. Pengunjung turut berpeluang menerima sampel produk daripada skuad promo yang bertugas.

    Di samping itu, siri jelajah itu juga memberi peluang perniagaan kepada usahawan tempatan melalui program francais dan francais mikro.

    Selain Forest'scret dan MIF, siri jelajah itu turut dijayakan Yayasan Pembangunan Usahawan (Terengganu), GIATMARA, Bank Rakyat dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA Terengganu).

    Natasha seronok cari duit

    Posted: 12 Dec 2010 06:21 PM PST




    Pelajar Diploma Kejururawatan ini tidak melepaskan peluang apabila ditawarkan kerja sambilan sebagai model. Mahu membahagikan masa secara bijak, Natasha Razali seronok menambah duit poket sendiri walaupun sibuk dengan jadual pengajian Diploma Kejururawatan.

    Meminati gaya retro, wanita berusia 22 tahun ini tampil menawan dengan kebaya mengikut potongan badan. Dia bijak memberi gaya tanpa rasa kekok. Keistimewaan ini banyak memberi dia peluang mendapat tempahan fotografi dan gadis usher (pengiring).

    Sebagai remaja yang meningkat dewasa, Natasha juga amat meminati fesyen khususnya tentang solekan dan busana.

    "Saya minat membeli-belah khususnya baju-baju terkini. Saya juga suka menyolek wajah rakan-rakan. Pendek kata, saya amat menitik beratkan tentang penampilan dan kecantikan," jelasnya ditemui selepas memenangi pertandingan solekan anjuran agensi model, Anna Sha.

    Berkongsi resipi penjagaan diri, Natasha mengamalkan rutin penjagaan wajah yang ringkas termasuk membasuh muka sebelum tidur sejak awal remaja lagi.

    Selain itu, Natasha mengambil suplemen vitamin dan berjoging jika mempunyai kelapangan masa.

    Tidak pernah melupakan aspek wangian diri, Natasha sukakan haruman manis dan segar seperti buah-buahan.

    Baginya, wangian seperti One Drop Perfumes mempunyai kelebihan kerana tahan lama dan harum seperti minyak wangi jenama antarabangsa.

    "Mereka yang beragama Islam juga lebih mudah memakai wangian ini kerana tidak perlu lagi was-was," bicara remaja yang gemar lepak bersama rakan-rakan untuk berkongsi idea dan cerita.

    Kegilaan gaya cermin mata

    Posted: 12 Dec 2010 06:18 PM PST




    CERMIN mata hitam tidak lagi terhad sebagai pelindung mata tetapi kini digayakan sebagai pelengkap fesyen. Malah, tempiasnya semakin dirasai oleh penggemar fesyen apabila cermin mata menjadi aksesori utama.

    Antara jenama yang kian digilai dalam industri fesyen semasa adalah koleksi John Galliano.

    Selepas tamat pengajian di Kolej Seni dan Rekaan St Martin, London, namanya mula menjadi sebutan di kalangan peminat fesyen.

    Pasti teruja melihat koleksi cermin mata terbaru John Galliano yang mengetengahkan inspirasi rock dan romantik.

    Lain daripada biasa, koleksi kaca matanya kali ini diberi sentuhan teknik inovasi dan busana anggun yang mempunyai sentuhan menggoda.

    Gaya menawan terserlah oleh keunikan dan kuasa rekaan yang menggabungkan warna bergaya.

    Mendapat inspirasi daripada setiap pertunjukan fesyen yang diadakan, John Galliano mencipta kegilaan gaya cermin mata.

    Pereka antarabangsa ini sememangnya terkenal dengan dengan elemen drama pada setiap pertunjukan fesyennya.

    Setiap koleksi memiliki keunikan tersendiri, misalnya koleksi cermin mata wanita yang mempunyai bentuk seakan-akan rama-rama dan kanta yang besar dan runcing tepi.

    Koleksi lelaki pula memaparkan bingkai antik bersalut emas dan logam berwarna.

    Inspirasi

    Kebanyakan cermin mata seakan mendapat inspirasi daripada gaya retro, bingkainya didatangkan dalam warna ceria dan terang. Bahkan, ia mempunyai corak kreatif yang menampilkan kelainan gaya.

    Sentuhan John Galliano tidak mengikut trend semasa tetapi ia mereka idea dan identiti baru dalam industri fesyen hari ini. Dengan adanya grafik menarik, motif mata kucing, bentuk rama-rama, keunikan, bingkai dan saduran baru, koleksi ini dilihat mengikut aliran gaya.

    Kebanyakan model kaca mata menawarkan gaya klasik dengan potongan kemas yang menampilkan gaya anggun menerusi pelbagai pilihan warna. Suntikan komponen keluli pada kaca mata itu memberikan kualiti tersendiri.

    Ia juga menampilkan gaya fesyen semasa. Bagi peminat koleksi kaca mata John Galliano , ia sudah pun berada di pasaran dan diedar oleh Eyewear Creations (M) Sdn. Bhd. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi 03-92742388.

    Teknologi komunikasi sempurna

    Posted: 12 Dec 2010 06:17 PM PST




    TERUS merancakkan dunia telekomunikasi moden, Motorola baru-baru ini menampilkan model telefon bimbit pintar Motorola Charm.

    Dipacu menggunakan sistem operasi Android 2.1, peranti berkenaan dilengkapi keupayaan kawalan fungsi melalui skrin sentuh dan juga papan kekunci QWERTY.

    Ia hadir bersama rekaan kompak dan bergaya sesuai untuk tujuan komunikasi secara mobiliti.

    Spesifikasi unik model ini ditampilkan menerusi navigasi teknologi Backtrack yang terletak di bahagian tengah skrin.

    Tujuannya adalah untuk memudahkan pengguna membuat pilihan operasi seperti e-mel, foto, muzik dan sebagainya hanya menggunakan sentuhan jari.

    Kelebihan lainnya, ia menawarkan pengalaman pelayaran web yang berkualiti dan dipertingkatkan menggunakan platform Flash.

    Bagi memudahkan operasi pelayaran pula, ia boleh dikawal menggunakan sentuhan dua jari selain disokong oleh perisian Adobe Flash Lite 3.0.

    Bagi anda yang menggemari hiburan, aplikasi permainan muzik pada model telefon bimbit ini boleh diselaraskan secara terus kepada Internet untuk fungsi pengecaman ID lagu dan juga paparan lirik.

    Menerusinya juga, pengguna akan dapat mencari tajuk lagu kegemaran mereka secara lebih mudah serta mendapatkan siaran stesen radio FM.

    Bagi fungsi multimedia, Motorola Charm disempurnakan bersama kamera lima megapiksel dengan teknologi kodak.

    Gambar yang telah diambil kemudiannya boleh dimuat naik kepada akaun-akaun laman web rangkaian sosial secara terus.

    Menerusi portal Moto Phone pula, pengguna boleh menguruskan data dan kandungan maklumat pada telefon bimbit mereka secara bergerak.

    Bagi meningkatkan kualiti suara ketika berhubung, Motorola Charm dilengkapi teknologi CrystalTalkTM Plus yang dapat mengurangkan bunyi bising sekitar.

    Berbaloi untuk dimiliki

    Posted: 12 Dec 2010 06:16 PM PST




    DEWASA ini komputer riba merupakan perkara biasa yang dibawa orang ramai ke mana-mana mereka pergi. Bermula daripada pelajar sehingga kepada usahawan, gajet tersebut menjadi semakin penting dan amat membantu dalam kehidupan seharian.

    Namun, rata-rata pengguna komputer riba sering merungut berikutan ruangan menyimpan data dalam cakera keras tidak mampu menampung saiz data yang besar dan banyak.

    Justeru, ia menimbulkan kesusahan kepada pengguna untuk memilih serta mengehadkan maklumat tertentu sahaja untuk disimpan.

    Menyedari keperluan terhadap ruang penyimpanan yang lebih besar tanpa memerlukan pengguna mengubah suai komputer riba mereka, Iomega Corporation menyediakan sebuah pemacu cakera tambahan untuk pengguna komputer tersebut.

    Di kenali sebagai Iomega® External USB 3.0 SSD tersedia dalam saiz penyimpan bermula daripada 64GB, 128GB dan 256GB.

    Pemacu cakera tambahan daripada Iomega itu hanya bersaiz poket, 18 inci dan memiliki ciri-ciri keselamatan sebanyak 256 bit bersama perisian pertahanan antivirus binaan dalaman dan di tambah dengan jaminan selama tiga tahun.

    Menurut Timbalan Presiden Iomega Corporation Asia Pasifik dan Jepun, Rajeev Mukul, pemacu cakera tambahan Iomega sangat padat serta dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi bagi melindungi fail serta data penting pengguna.

    ''Apabila anda memiliki data yang amat penting dan mahu memiliki unit penyimpanan data mudah alih yang terbaik maka pemacu cakera tambahan Iomega merupakan pilihan yang terbaik," ujarnya.

    Ia juga memiliki kelajuan pemindahan data yang amat tinggi untuk fail seperti video, gambar digital, grafik dan muzik.

    Bagi pengguna yang terdiri daripada jurukamera mahu pun jurugambar ia merupakan calon yang sesuai buat mereka.

    Berbanding dengan USB 2.0, ia memiliki kelajuan sehingga 10 kali ganda dan dua kali lebih pantas sama seperti kelajuan pemacu cakera 7200 RPM SATA.

    Pemacu cakera tambahan Iomega SSD juga tidak memerlukan kuasa tambahan malah ia boleh terus digunakan melalui sambungan USB seperti biasa pada mana-mana komputer riba mahupun komputer biasa.

    Sementara itu, harga bagi pemacu cakera tambahan Iomega SSD juga agak berbaloi dan mampu untuk dimiliki.

    Robot tukang urut

    Posted: 12 Dec 2010 06:14 PM PST


    WHEEME menggunakan teknologi sensor kecondongan untuk mengelakkan ia jatuh.


    SELEPAS seharian bekerja, anda tentu berasa penat badan dan juga minda. Bagi mengembalikan tenaga, ada warga kota yang suka memanjakan tubuh mereka dengan merendam dalam air panas dan mendapatkan urutan di spa atau pusat urut.

    Bagaimanapun, dewasa ini terdapat terlalu banyak pusat-pusat urut tidak bertauliah menyebabkan sukar bagi kita untuk memilih tempat mengurut yang terbaik.

    Oleh itu, ramai juga yang beralih kepada 'tukang-tukang urut' elektronik untuk mendapatkan keselesaan badan iaitu membeli kerusi-kerusi urut yang semakin banyak dipasarkan di negara ini dengan pelbagai jenama.

    Namun, yang kurang menariknya ialah kerusi-kerusi urut ini kebanyakannya berharga ribuan ringgit, terlalu besar, sukar diubah-ubah tempatnya dan hanya sesuai untuk mengurut dalam keadaan duduk atau melentang.

    Bagaimana pula jika dikatakan ada si tukang urut cilik yang boleh membantu membelai badan anda walau di mana sahaja atau dalam keadaan apa anda berada?

    Jangan salah sangka pula. Ini kerana si cilik yang penulis maksudkan bukannya anak kecil kita yang diminta memijak belakang badan tetapi ia adalah robot kecil yang mampu mengurut!

    Robot-robot kecil si pengurut ini sememangnya banyak dibangunkan di makmal-makmal penyelidikan di seluruh dunia tetapi setakat ini tiada yang dipasarkan secara komersial.

    Sebuah robot mengurut dikenali sebagai Tickle misalnya bersaiz sangat kecil tetapi dikatakan mampu memberikan urutan seakan mendapatkan rawatan urutan Sweden di spa? Benarkah? Tidak pasti kerana penulis sendiri belum pernah menguji robot ini.

    Robot kecil seperti kereta kebal mainan ini merupakan sebuah kapsul aluminium yang dilengkapi dengan dua pasang tayar berjejari getah seperti tayar kereta kebal yang akan berjalan-jalan di atas badan dan seterusnya memberikan urutan ringan yang menyedapkan.

    Robot ini akan merangkak atau bergerak-gerak di atas badan ketika anda meniarap atau berbaring, menggunakan motor berkuasa bateri yang mempunyai sensor tersendiri bagi mengelakkannya terjatuh.

    Setiap rodanya digerakkan oleh sebuah motor berasingan dan ini membolehkannya bergerak ke hadapan dan belakang atau kiri kanan dengan mudah.

    Pergerakannya menggunakan konsep mudah iaitu apabila sensor mengesan terdapat permukaan badan yang terlalu dalam, ia akan cuba mencari permukaan yang lebih rata dan selamat.

    Robot prototaip ini dibangunkan menggunakan program kawalan pintar dengan menggunakan mikro-controller dan pergerakannya mengambil kira semua keadaan.

    Tickle model prototype 2 ciptaan Erwin Driessens & Maria Verstappen ini telah memenangi hadiah pertama pada LIFE 2.0, pertandingan antarabangsa mengenai seni dan kehidupan artifisial.

    WheeMe

    Sementara itu, sebuah lagi robot si tukang urut yang menggunakan konsep yang sama juga telah dicipta oleh DreamBots dengan nama WheeMe.

    Robot ini juga menggunakan 'teknologi sensor kecondongan yang unik' untuk membolehkannya bergerak perlahan-lahan di atas badan anda tanpa jatuh atau kehilangan pegangan.

    Proses urutan lembut dilakukan oleh keempat-empat roda getah yang terdapat pada robot ini ketika ia bergerak ke seluruh badan.

    Menurut DreamBots, walaupun robot itu tidak mampu untuk melakukan urutan tisu yang dalam kerana ia sangat ringan, iaitu 240 gram sahaja, tetapi ia dikatakan mampu memberikan rasa selesa dan seronok kepada orang yang diurutnya.

    Robot WheeMe bersaiz tapak tangan, juga kelihatan seperti kereta kebal mainan seperti Tickle .

    Dengan teknologi sensor, ia bergerak dengan mudah di belakang anda dan jejari nylon yang terdapat pada rodanya akan memberikan urutan yang mengasyikkan.

    WheeMe dijangka akan dipamerkan pada Pameran Elektronik Pengguna di Los Angeles awal bulan depan.

    Kopi Gantang warisan asli

    Posted: 12 Dec 2010 06:13 PM PST


    SERBUK kopi yang telah diproses dibungkus mengikut kandungan berat yang berbeza menggunakan mesin khas.


    APA pun jenamanya, apa juga campuran dalam setiap ramuan, kopi mempunyai kumpulan penggemar tersendiri. Keunikan rasa dan aromanya telah menjadikan ia sebagai minuman yang sangat popular di seluruh dunia.

    Malah, khasiat kopi yang kaya dengan bahan antioksida turut menambahkan keistimewaan minuman harian berkenaan.

    Kesempurnaan dan kelazatan rasa kopi sebenarnya dipengaruhi oleh teknik pemprosesannya seperti memanggang, menggoreng, mengisar dan diadun bersama-sama bahan-bahan penambah perisa.

    Justeru, banyak syarikat perusahaan minuman itu berusaha mencari formula terbaik untuk menghasilkan ramuan kopi yang lain daripada lain.

    Di sebalik kemunculan pelbagai jenama kopi di pasaran, kita tentunya pernah menyedari satu jenama tempatan dikenali sebagai Kopi Gantang yang semakin mendapat perhatian terutama di utara tanah air.

    Kopi ini unik kerana dihasilkan secara tradisional menggunakan arang. Kopi Gantang sebenarnya telah mula dihasilkan secara kecil-kecilan sejak tahun 1990.

    Menurut pengusahanya, Mohamad Hasan Mohamed Rawther, 45, sebelum memulakan perniagaan tersebut, dia telah berkerja di sebuah kilang kopi Cap Songkok di Baling, Kedah selama enam tahun bermula tahun 1984.

    ''Bermula dari situ, pada tahun 1990 saya mula terfikir untuk cuba menghasilkan ramuan kopi dengan resipi sendiri. Waktu itu, semua proses dijalankan secara tradisional.

    ''Serbuk kopi yang siap diproses akan dibungkus dalam pek seberat 150 gram sebelum dijual menggunakan motosikal di sekitar kawasan kampung dengan harga seringgit satu paket,'' katanya ketika ditemui di kilangnya di Baling, Kedah baru-baru ini.

    Selepas tiga tahun, Mohamad Hassan yang berasal dari kampung Kubang Rotan, Alor Setar, Kedah kemudian mendaftarkan syarikat perusahaan kopinya di bawah nama Gantang Enterprise.

    Dengan bermodalkan RM1,500, dia membeli beberapa peralatan sokongan untuk membantu aktiviti perusahaan kopinya di bangunan kilang sementara di Kampung Kuala Pegang, Baling.

    Pada tahun 2002, kilang kopinya berpindah ke kawasan tapak tetap seluas tiga ekar di Kampung Mengkuang Hujung, Baling.

    Melihat sambutan pasaran yang memberansangkan, pada tahun 2009, Mohamad Hassan telah membuat pinjaman modal sebanyak RM20,000 daripada Agrobank menerusi Modal Usahawan 1Malaysia (MUS1M) dan RM50,000 pada tahun 2010.

    Kini, kilangnya telah mempunyai beberapa peralatan utama seperti empat kuali menggoreng, dua buah mesin pengisar dan dua mesin pembungkus.

    Bagi bekalan biji kopi pula, Mohamad Hassan menggunakan jenis Robusta yang diimport dari Indonesia selain diperolehi daripada penanam tempatan.

    ''Sebelum ini saya pernah cuba untuk menanam sendiri kopi tetapi ia melibatkan kos yang terlalu tinggi.

    ''Lebih mudah membelinya melalui orang tengah terutama daripada Indonesia dengan harga RM5,000 untuk satu kontena,'' katanya yang mempunyai lapan orang anak.

    KopieSatu jenama semakin popular

    Posted: 12 Dec 2010 06:13 PM PST


    (dari kiri) Ketua Pengarah FAMA, Datuk Mohamed Sharif Abdul Aziz bersama Ahmad Shafeez Ibrahim, Shikh Maidin Abdul Kadir dan Badruddin Amiruldin pada pelancaran pengedaran KopieSatu di Restoran Seri Bidara, Petaling Jaya baru-baru ini.


    KOPI merupakan minuman yang dinikmati di seluruh dunia. Kenikmatan minuman ini dikongsi bersama oleh semua orang daripada pelbagai negara dan budaya.

    Menurut edisi 2010 Laporan Statistik Kopi, minuman ini berada di belakang petroleum sebagai komoditi paling banyak di urusniaga di dunia, iaitu lebih kurang 400 bilion cawan diminum setiap tahun.

    Minat terhadap kopi sudah menapak di Malaysia sejak sekian lama. Jenama kopi tempatan sudah lama memenuhi pasaran.

    Namun kini, ia diperkuatkan lagi dengan kehadiran jenama-jenama antarabangsa selain kopitiam yang tumbuh ibarat cendawan selepas hujan.

    Tarikan terhadap kopi kerana bau harum biji kopi yang baru digiling selepas direndang dengan dicampur gula, marjerin dan tepung.

    Selepas itu, ia dibancuh menjadi kopi yang pekat dan dihidangkan dengan cawan-cawan tembikar.

    Sementara warga desa dan peminat kopi veteran berpuas hati dengan keenakan kopi tanpa mengendahkan jenama di samping kurang memberi perhatian kepada persekitaran untuk menikmati kopi, penduduk bandar-bandar - khasnya golongan muda ada cita rasa tersendiri.

    Mereka suka bergaya - beratur panjang di francais-francais kopi seperti San Francisco, Gloria Jeans, Starbucks, dan Coffee Bean, yang menawarkan pelbagai jenis kopi berjenama bersama pelbagai perisa eksotik.

    Pelanggan mewah ini kini mempunyai satu pilihan jenama tempatan iaitu KopieSatu, satu adunan kopi premium istimewa yang cipta oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), yang semakin boleh dilihat di bistro dan kafe popular di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.

    Bagaimana ia bermula?

    Pada 1974, semasa industri kopi menghadapi kesukaran, FAMA membuka sebuah kilang kopi di Banting, Selangor, yang membawa harapan bagi penanam kopi di Kedah, Selangor dan Johor.

    Kilang itu membeli kesemua biji kopi Liberica yang dikeluarkan oleh warga tempatan, bersama biji kopi Robusta yang dimport dari Indonesia dan memprosesnya menjadi serbuk kopi yang diedarkan ke kedai-kedai kopi di seluruh Semenanjung.

    Operasinya kemudian diperluaskan dengan mengeluarkan uncang kopi Anggerik 3-in-1 menggunakan biji kopi robusta yang ditanam di Sabah dan Sarawak.

    KopieSatu adalah hasil ilham mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mahu melihat satu jenama tempatan bersaing dengan tawaran kopi istimewa yang didominasi oleh francais asing di negara ini.

    Kopi istimewa itu pula boleh dikatakan tidak berdasarkan adunan daripada sejenis biji kopi sahaja.

    Amalan lazim ialah mengadun biji kopi berlainan yang berlawanan rasa untuk mendapatkan rasa yang lebih lembut.

    Proses adunan, yang kini telah menjadi satu seni, mewujudkan rasa yang lebih hebat daripada setiap satu jenis kopi yang diadun itu.

    "Walaupun biji Arabica adalah yang terbaik dan menawarkan rasa yang kaya dan berperisa tinggi, rahsia dalam menghasilkan rasa yang unik dan tersendiri bergantung kepada proses adunan dan teknik rendang", kata Pengerusi Hab Operasi KopieSatu, Shikh Maidin Abdul Kadir.

    Katanya, mencari satu lagi kopi istimewa yang mempunyai perisa serta kualiti tersendiri merupakan tugas yang sukar.

    Ia mengambil masa hampir tiga tahun untuk mendapatkan formula bagi adunan yang tepat serta teknik merendang untuk menghasilkan KopieSatu", tambah Shikh Maidin.

    Akhirnya, KopieSatu, yang diadun daripada campuran tiga jenis biji kopi Arabica yang diimport dari Indonesia, pertama kali muncul pada 2003 bersama enam menu kopi.

    Perkenal rasa kepada orang ramai

    KopieSatu diperkenalkan kepada umum di konvensyen-konvensyen kebangsaan dan peringkat negeri serta pameran seperti Hari Petani, Penternak dan Nelayan (HPPNK).

    Untuk mengukur penerimaan antarabangsa, minuman itu juga dihidangkan pada acara sukan bermotor antarabangsa dan acara-acara sukan, termasuk pameran antarabangsa seperti acara dwi-tahunan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) yang diadakan baru-baru ini.

    Di ibu pejabatnya, FAMA menjalankan sesi ujian rasa bersama pakar-pakar perasa kopi dan para diplomat untuk mendapatkan pendapat mereka berhubung perisa, warna dan aroma pelbagai kopi istimewa. Minuman ini menerima sambutan baik daripada mereka.

    Hasil daripada penyelidikan insentif dan pembangunan produk, KopieSatu kini dihidangkan dalam 23 menu dengan slogan Good taste that comes to you (Rasa hebat yang datang kepada anda)

    Galak penyertaan bumiputera

    "Sebagai satu inisiatif untuk membangunkan sebuah pasaran bagi kopi Malaysia dan menggalakkan industri pertanian tempatan, KopieSatu merupakan platform paling baik untuk menceburi industri kopi bagi usahawan Bumiputera yang terbabit dalam industri kecil dan sederhana," kata Pengerusi FAMA Datuk Paduka Badruddin Amiruldin di pelancaran pengedaran KopieSatu di Restoran Seri Bidara di Bandar Sunway, baru-baru ini.

    Restoran Seri Bidara merupakan kedai makan pertama menawarkan keseluruhan 23 menu KopieSatu. Pemiliknya, Ahmad Shafeez Ibrahim, 23, berkelulusan diploma dalam Pengurusan Perniagaan dan Seni Masakan, merancang untuk membuka lima lagi kedai kopi yang sama dalam tempoh tiga tahun akan datang.

    Bagi mereka yang berminat untuk turut serta dalam perniagaan KopieSatu, FAMA telah menyediakan tiga mod penyertaan yang disediakan khusus untuk memenuhi keperluan berbeza bagi mereka yang berminat dalam perniagaan minuman kopi.

    Mereka yang baru mahu bermula mempunyai pilihan sama ada untuk melabur dalam satu warung tetap yang memerlukan pelaburan sebanyak RM35,000, atau pelaburan RM150,000 bagi karavan bergerak.

    Selain daripada kiosk atau kenderaan bermotor dan pengubahsuaian bagi karavan; kos itu turut mengambil kira pakaian seragam, mesin untuk bru kopi, peralatan lain, dan latihan intensif seminggu bagi dua orang, yang dijalankan di Pusat Hab Operasi KopieSatu FAMA di Puchong.

    Mereka yang sudahpun mempunyai kedai hanya perlu melabur RM30,000 bagi peralatan, pakaian seragam serta latihan sebelum mereka boleh menghidangkan KopieSatu di permis perniagaan mereka.

    Bukan seperti jenama kopi gourmet yang lain, usahawan KopieSatu tidak dikenakan bayaran deposit francais yang tinggi.

    Untuk memastikan setiap bru itu unggul dan kepuasan pada setiap cawan, kesemua kedai KopieSatu dilengkapi secara profesional Mesin Espresso Mairali yang dikilangkan di Singapura di bawah lesen Quality Espresso di Sepanyol. Bersama pakej pelaburan yang menarik ini, FAMA telah menetapkan sasarannya untuk mewujudkan 50 orang usahawan KopieSatu menjelang hujung tahun ini.

    Dalam gaya hidup pesat hari ini, menikmati segelas kopi panas yang menyegarkan sambil membaca buku, mendengar muzik yang diminati atau berbual bersama rakan-rakan karib; mungkin sesuatu yang begitu hebat rasanya. Dengan lebih ramai pengguna menemui tahap kualiti dan perisa pada KopieSatu, banyak pertanyaan diterima daripada pelabur dan usahawan yang berminat.

    Selain itu operasi peruncitan sedia ada merentasi kawasan-kawasan perumahan di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang; termasuk agro-bazaar di kawasan R&R di sepanjang lebuh raya PLUS, FAMA telah menerima permintaan daripada Terengganu, Kelantan, Johor dan Sabah.

    Terdapat rancangan untuk memperkenalkan KopieSatu di luar negara. Menurut Shikh Maidin, rundingan untuk memulakan sebuah kedai Kopiesatu di Perth, Australia sedang dijalankan.

    "FAMA akan mencari jalan bersama Perbadanan Pembangunan Pelancongan (TDC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) untuk menggunakan kelebihan daripada Kempen Global Dapur Malaysia dan memperkenalkan KopieSatu di arena antarabangsa", kata Badruddin.

    Sementara itu, mereka yang berminat untuk menjadi usahawan KopieSatu boleh sama ada menghubungi terus ibu pejabat FAMA di 03-61262020 atau Pusat Operasi Hab FAMA di Puchong Jaya di 03-58824172.

    Penjagaan pokok longan

    Posted: 12 Dec 2010 06:04 PM PST




    LONGAN adalah sejenis buah yang isinya meliputi biji dan isi longan boleh dimakan segar dan dibuat jus . Ia juga tergolong dalam keluarga Sapindaceae dan nama saintifiknya ialah Dimocarpus longan Lour.

    Pokok longan boleh mengeluarkan buah pada umur lapan bulan bulan ke atas yang mana ia bergantung kepada jenis tanah dan penjagaan selepas di tanam.

    Musim buah longan juga bergantung kepada keadaan cuaca terutama semasa pembungaan dan pembentukan buah.

    Bagi penanaman di dusun, jarak tanaman yang disyorkan ialah 9 meter (m) x 9 m dengan menggunakan sistem segi empat sama.

    Antara pokok longan yang ditanam di ladang UPM ialah seperti longan berlian, longan pingpong dan longan edow.

    RAWATAN fisioterapi untuk melegakan sakit belakang yang ringan. APA yang anda lakukan bila mengalami sakit belakang? Adakah cukup sekadar mengambil

    Posted: 12 Dec 2010 06:02 PM PST


    RAWATAN fisioterapi untuk melegakan sakit belakang yang ringan.


    APA yang anda lakukan bila mengalami sakit belakang? Adakah cukup sekadar mengambil ubat penahan sakit, berurut, mendapatkan rawatan pakar atau mencuba rawatan alternatif?

    Apa pun jawapannya, jangan ambil mudah kerana sakit belakang kronik juga boleh mengundang gangguan fungsi seksual terutama kepada kaum lelaki.

    Pakar Reumatologi dan Sakit Kronik, Dr. Anwar Samhari Md. Arshad berkata, sakit belakang kronik yang berterusan boleh menjejaskan keupayaan seks lelaki secara langsung atau tidak.

    "Ia berlaku apabila sakit belakang berada di tahap kedua dan ketiga di mana kesakitan dirasakan berterusan walaupun selepas pengambilan ubat penahan sakit.

    "Kesakitan tersebut menekan atau menghimpit saraf sakrum menyebabkan ia menekan terus saraf pelvik lalu mengganggu keupayaan seksual termasuk mati pucuk," kata pakar dari Pusat Perubatan KPJ Pulau Pinang itu.

    Selain itu kata beliau, pesakit juga boleh mengalami gangguan fungsi seksual secara tidak langsung akibat pengambilan ubat terapeutik dan juga disebabkan kemurungan, stres dan gangguan psikologi.

    Semua itu kata beliau berpunca daripada kesakitan biasa yang dipandang ringan oleh pesakit dan dibiarkan tanpa melakukan sebarang rawatan.

    Apa itu sakit belakang?

    Dr. Anwar berkata, rasa sakit di bahagian tengkuk, tulang belakang dan punggung yang berpanjangan lebih daripada enam minggu hingga tiga bulan boleh ditafsirkan sebagai sakit belakang kronik.

    "Jika bercakap tentang sakit belakang, hampir semua orang mengalami sakit belakang. Tapi bila diambil paracetamol atau ubat tahan sakit dan berehat, lama kelamaan kesakitan itu akan hilang," katanya.

    Jelas beliau sakit belakang berpunca daripada kecederaan di bahagian otot, saraf, tulang, sendi atau struktur lain pada tulang belakang.

    Kecederaan itu, katanya, disebabkan pekerjaan atau perbuatan berterusan hingga menjejaskan kesihatan tulang belakang. Biasanya ia berlaku kepada mereka yang melakukan sesuatu kerja untuk tempoh yang lama seperti pemandu lori, mengangkat bebanan berat dan juga tidak mempraktikkan kesihatan ergonomik dalam perbuatan seharian.

    Rasa sakit itu kata Dr. Anwar, mungkin seperti dicucuk-cucuk, rasa sengal atau berdenyut, mungkin untuk tempoh yang panjang atau sekali sekala.

    Ia juga mungkin dirasai pada satu tempat atau merebak dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

    Kata beliau lagi, jenis sakit belakang yang kerap menyerang lelaki berusia antara 30 hingga 40 tahun adalah sakit sendi dan slipped disc atau disc tergelincir.

    "Bagi mereka yang berusia antara 40 hingga 50 pula kerap mengalami sakit sendi faset. Manakala bagi lelaki berusia 60 hingga 70 tahun pula biasa mengalami spinal stenosis," katanya.

    Simptom umum:

    Menurut Dr. Anwar berkata, tanda-tanda utama sakit belakang adalah rasa sakit di bahagian pinggang yang menjalar ke punggung, paha dan seterusnya ke betis. Ada juga pesakit yang rasa sakit dan kebas mencucuk hingga bahagian betis, paha dan kaki.

    Kaki pesakit juga katanya, berasa lemah. Pada peringkat permulaan ia lebih bersifat mekanikal di mana bagi individu yang melakukan kerja berat akan mengalami rasa sakit. Selepas mengambil paracetamol atau ubat penahan sakit dan berehat, sakit itu akan beransur hilang.

    "Pada peringkat kedua, setiap hari pesakit akan merasa sakit. Walaupun berehat dan mengambil penahan sakit, kesakitan masih dirasai," katanya.

    Sakit itu berlanjutan hingga menekan saraf sakrum dan menjejaskan keupayaan seksual. Bukan setakat itu, ia juga menjejaskan fungsi pundi kencing menyebabkan pesakit gagal mengawal pembuangan air kencing dan juga besar.

    "Jika keadaan ini berlaku pesakit memerlukan rawatan segera," katanya.

    Jenis-jenis sakit belakang:

    1. Slipped disc - disc tergelincir adalah masalah kecederaan pada tulang lembut (disc) yang juga dikenali sebagai disc intervertebral. Dalam istilah perubatan ia disebut spinal disc herniated/ prolapsed. Disc intervertebral boleh diumpamakan sekeping tulang lembut di antara tulang vertebra. Ia terdiri daripada satu tisu yang kuat (annulus fibrosus) di mana di dalamnya terkandung sejenis bahan yang lembut (nucleus polposus). Jelasnya, kecederaan pada disc intervertebral menyebabkan kerosakan pada annulus fibrosus. Akibatnya, ia menjadi bengkak dan seringkali juga pecah pada disc intervertebral.

    2. Ankilosing spondilytis - merupakan sejenis artritis yang menjejaskan tulang belakang. Simptom termasuk kesakitan daripada leher hingga ke bahagian tulang bawah. Sakit tulang belakang jenis ini menjejaskan hingga 0.1 hingga 0.5 peratus orang dewasa. Biasanya kerap berlaku di kalangan lelaki berusia antara 20 hingga 30an. Ia jarang berlaku di kalangan wanita dan jika ada sekali pun, tidak begitu serius.

    3. Sakit sendi faset- Adalah masalah yang jarang berlaku dan ia boleh menjejaskan bahagian bawah serta leher. Boleh menyebabkan simptom serius dan mengundang kecacatan kekal kepada pesakit. Bagaimanapun, masalah sendi faset jarang melibatkan saraf tulang belakang.

    4. Spinal stenosis - Keadaan dimana saluran spinal mengecil dan menekan saraf spinal. Ini biasanya melibatkan kemerosotan spinal disebabkan penuaan. Kadangkala ia juga berpunca daripada disc tergelincir, osteoporosis atau tumor. Spinal stenosis boleh melibatkan kawasan cervical (tengkuk), torasik atau lumbar spinal. Jika ia berlaku di kawasan lumbar boleh menyebabkan kesakitan di bahagian bawah juga rasa kelainan di bahagian kaki, paha, tapak kaki atau punggung. Kadang kala ia juga boleh menjejaskan kawalan pundi kencing dan usus.

    5. Sindrom myofasial - Berlaku kesakitan kronik dan bagi sesetengah kes, sakit yang teramat sangat dirasai. Ia diikuti sakit pada bahagian tertentu yang menyucuk.

    6. Sindrom kauda equana - Kesakitan di bahagian bawah termasuk punggung, paha dan kaki. Juga berlaku kesakitan kronik dan bagi sesetengah kes, sakit yang teramat sangat dirasa. Boleh melibatkan penekanan di bahagian kelamin, menjejaskan kawalan pundi kencing dan sistem usus.

    Bagaimana diagnosis

    Biasanya pesakit perlu melalui ujian MRI di bahagian lumbar, pelvik dan torak. Ada juga sesetengah pesakit yang tidak dapat didiagnos menggunakan MRI perlu menjalani suntikan diagnostik blok.

    Ujian darah dan air kencing juga diperlukan untuk mengenalpasti sakit belakang kronik.

    Tidak seperti sakit belakang akut (akibat kemalangan), sakit belakang kronik tidak memerlukan ujian imbasan sinar-X.

    Rawatan

    Kata Dr. Anwar, sebanyak 70 hingga 80 peratus mereka yang mengalami sakit belakang tidak memerlukan pembedahan major.

    "Biasanya mereka memerlukan rawatan multimodel peringkat demi peringkat," katanya.

    Rawatan tanpa pembedahan jelasnya memerlukan kaunseling, fisioterapi, rehat otot corticosteroid dan pengambilan ubat tahan sakit neuropatik.

    Selain itu pemakaian alat sokongan tulang belakang juga membantu. Sekiranya rawatan tidak berkesan, doktor akan mengesyorkan suntikan minimalis seperti radio-frekuensi dan prosedur neurolysis.

    Salah satu rawatan yang termaju adalah spinal cord stimulation. Stimulasi ini dilakukan dengan memasang implan pada saraf tunjang.

    "Rawatan termoden ini sudah boleh didapati di dalam negara malah saya sendiri melakukannya. Walau bagaimanapun, ia memerlukan kos yang tinggi," katanya.

    Rawatan ini kata beliau dilakukan sekiranya lain-lain rawatan yang diberi tidak berkesan. Jelasnya, prosedur implan tersebut memerlukan generator dipasang di bahagian bawah kulit seperti pemasangan peacemaker pada jantung.

    "Pesakit akan diberi alat kawalan di mana jika mereka berasa sakit akan menekan alat tersebut dan kesakitan berkurangan," kata beliau.

    Hormon cantikkan kulit

    Posted: 12 Dec 2010 06:00 PM PST

    Yasmin mudah terkena jerawat dan noda-noda putih. Jerawat sering sahaja tumbuh pada pipi atau dahinya. Bahagian lain pada muka jarang dihinggapi jerawat. Bila Yasmin menyapu ubat, jerawat itu hilang dan meninggalkan kesan parut yang berwarna kehitaman.

    Ada kalanya jerawat yang tumbuh kelihatan seperti ruam kecil pada dahi. Jerawat juga tumbuh pada bahagian belakang badan. Kehadiran jerawat tidak pernah putus. Meskipun sembuh apabila dirawat namun ia akan tumbuh semula. Yasmin yang inginkan kulit licin tanpa cela mencuba pelbagai cara bagi menutupi kekurangan itu. Setiap bulan Yasmin akan ke salon bagi rawatan muka. Selepas rawatan kulit tampak cantik dan berseri namun selepas beberapa hari kulit menjadi kusam semula. Bintik putih dan hitam terlalu banyak sehingga menimbulkan rasa kurang selesa. Apabila bermekap, amat sukar sekali bagi meratakan bedak. Ini adalah kerana bintik hitam dan putih yang banyak menyukarkan bedak asas disapu rata. Lagi pun apabila dia memakai bedak asas jerawat tumbuh semakin banyak. Bintik-bintik putih juga semakin bertambah sehinggakan Yasmin terpaksa berhenti menggunakan bedak asas.

    Yasmin melihat sahabat baiknya Julia berkulit mulus dan bersih meskipun setiap hari Julia menggunakan bedak asas dan bersolek tebal. Kulit Julia seolah-olah kebal dan tidak bermasalah meskipun kerap bertukar produk kosmetik dan menggunakan pelbagai jenis bedak dan krim. Yasmin ingin tahu mengapa beliau sukar mendapat kulit yang licin dan cantik meskipun mencuba pelbagai cara.

    Saya memberitahu Yasmin terdapat perbezaan antara kulit Yasmin dan kulit Julia kerana kulit Julia mempunyai jumlah hormon yang cukup. Yasmin hairan kerana dia tidak tahu bahawa hormon turut mempengaruhi kulit.

    Bagi ramai orang kefahaman mengenai hormon sangat terhad. Mereka melihat kepentingan hormon dalam suatu perspektif yang sempit. Sebenarnya kepentingan hormon untuk meningkatkan kecantikan kulit juga sangat penting. Ada hormon yang bertindak secara langsung ke atas kulit kita. Tanpanya kulit ditumbuhi ruam dan berjerawat.

    Masalah kekurangan hormon bukan sahaja berlaku kepada mereka yang berusia, malahan di kalangan para remaja juga tidak dapat mengelakkan daripada masalah ini. Saya dapati masalah kekurangan hormon begitu ketara di kalangan para remaja sama seperti peringkat usia yang lain. Justeru mereka sukar mendapatkan kulit yang baik. Hormon yang kurang membuatkan kulit mereka dilanda pelbagai masalah.

    Jenis hormon yang mempengaruhi kulit.

    Hormon adrenal sangat mustahak bagi kecantikan kulit seseorang. Hormon ini dikeluarkan oleh kelenjar adrenal kita yang terletak pada buah pinggang. Kelenjar adrenal adalah kelenjar kecil yang terdiri daripada dua bahagian iaitu kortex dan medulla. Kedua-dua bahagian menghasilkan hormon yang berbeza. Kortisol iaitu hormon dari adrenal merupakan elemen penting dalam kecantikan. Ia juga mustahak bagi pembentukan badan yang cantik dan seimbang. Seseorang yang kurang hormon kortisol akan mempunyai masalah jerawat, pigmentasi, resdung, gatal-gatal dan juga noda putih yang sukar dirawat meskipun dengan pelbagai kaedah rawatan muka.

    Rawatan yang hanya memfokuskan pada kulit sahaja tanpa mengambil kira hormon dalam tubuh kita tidak mungkin memberikan hasil yang kekal pada jangkamasa panjang. Ini kerana sekiranya kelenjar hormon yang tidak dirawat sudah menghasilkan hormon pada tahap rendah, masalah yang dihadapi akan berulang. Jadi demi mendapatkan hasil yang terbaik kita perlu meningkatkan paras kortisol juga. Saya dapati rawatan laser dan peningkatan kualiti kulit perlulah disekalikan dengan rawatan peningkatan hormon dalam tubuh.

    Bintik-bintik putih adalah radang pada kulit. Ia terjadi apabila kelenjar sebum menghasilkan terlalu banyak sebum. Kekurangan hormon kortisol menyebabkan kulit menjadi terlalu sensitif. Proses keradangan membuatkan kulit rasa gatal dan tidak selesa. Bintik-bintik putih pada hidung dan dahi membuatkan pori-pori kulit kita terbuka dan kulit tampak kasar. Bila dipicit bintik-bintik keluar sebagaimana nanah, berbau dan membuatkan pengidapnya tidak selesa.

    Bagi memperolehi kulit mulus, kita juga harus menitikberatkan faktor mencukupkan hormon dalam badan. Setelah hormon ditingkatkan, bintik-bintik putih tidak lagi terjadi dan keradangan pula mula hilang. Kulit juga tidak berbau busuk lagi.

    Masalah kekurangan kortisol boleh berlaku kepada seseorang yang gemuk atau kurus. Jelas di sini faktor berat badan atau saiz badan tidak memainkan peranan dalam menentukan kualiti kulit seseorang. Seseorang yang terlalu kurus apabila kortisol ditambah akan berubah menjadi lebih berisi dan mendapat bentuk badan yang lebih menarik.

    Seseorang yang terlalu gemuk pula apabila kortisol ditambah akan mula mendapat penurunan berat badan yang seimbang dan berubah menjadi lebih cantik. Jelaslah bagi kita bahawa kepentingan hormon kortisol tidak boleh dipertikaikan lagi.

    Tanda tanda kekurangan kortisol.

    1. Mudah alah dan mendapat gatal-gatal kulit apabila makan makanan tertentu atau menggunakan produk tertentu (mudah mendapat alahan)

    2. Jerawat dan radang kulit

    3. Bintik-bintik putih yang banyak

    4. Tampak lebih tua daripada usia sebenar

    5. Kulit tampak gelap

    6. Terlalu gelap pada ketiak dan celah-celah lipatan badan seperti leher dan bawah buah dada

    7. Gelap di belakang lulut

    8. Parut-parut lama berwarna kehitaman

    9. Terlalu gemuk dan sukar untuk kurus meskipun berdiet

    10. Terlalu kurus dan sukar meningkatkan berat badan meskipun makan banyak.

    Di dalam tubuh kita terdapat pelbagai hormon yang saling berinteraksi. Apabila kortisol kurang maka hormon lain akan turut merosot. Hormon thyroxine misalnya amat sensitif dengan kehadiran hormon adrenal. Apabila hormon adrenal rendah ia turut menjadi rendah juga. Ini membuatkan seseorang menjadi gemuk dan sukar menurunkan berat badan. Proses metabolisme menjadi rendah dan seseorang akan mudah letih.

    Setelah menjalani terapi penambahan hormone Yasmin mula berubah. Bintik-bintik putih yang mengganggu telah tiada dan Yasmin bebas menggunakan mekap tebal serta bedak asas tanpa sebarang masalah.

    Kelah dipunggah, penguatkuasa tidur?

    Posted: 12 Dec 2010 05:58 PM PST


    JUMLAH yang didaratkan ini jika dibiarkan mampu menyebabkan kelah pupus dalam tempoh beberapa tahun lagi.


    KETIKA ini mungkin peminat aktiviti luar sedang tertanya-tanya mengenai keadaan Tasik Kenyir di Terengganu ekoran berita yang mengatakan airnya dicemari bakteria e-coli.

    Namun Rabu lalu, Pengarah Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Dr. Faizah Shaharom berkata, tidak ada sebarang pencemaran air berlaku di tasik buatan manusia yang lebih besar dari Singapura itu.

    Malah kata Faizah, air di tasik itu selamat digunakan untuk pelbagai aktiviti termasuk beriadah.

    "Kajian kualiti air tasik yang dijalankan sekumpulan ahli sains UMT dengan mengambil sampel air Sungai Comor di tasik itu, mendapati hanya suhu air mengalami kepanasan sehingga 31 darjah Celsius yang menyebabkan ikan mati.

    "Kalau ada pun bakteria e-coli di situ, ia tidaklah ditahap yang berbahaya seperti yang dilaporkan akhbar," katanya.

    Jadi selamatlah para pengunjung yang mahu ke Tasik Kenyir, lebih-lebih lagi musim bah ni yang memang ditunggu-tunggu oleh kaki pancing untuk mencari sebarau, kelah dan juga toman yang berhabitat dalam tasik itu.

    Tasik Kenyir sudah selamat. Namun baru-baru ini Bidai menerima satu e-mel daripada seorang rakan di selatan tanah air yang gelisah dengan beberapa gambar yang dimuat naik ke laman Facebook.

    Bukan gambar lucah atau sebagainya, namun gambar-gambar yang menunjukkan ikan kelah (Tor tambroides) 'dipunggah' dalam bilangan yang banyak - yang amat banyak.

    Bidai terkejut juga melihat gambar yang dimuat naik di laman Facebook seseorang yang menggelarkan dirinya Rimba Land yang boleh diakses di http://www.facebook.com/album.php?aid=12245&id=100001533461551.

    Pada mulanya Bidai agak tidak percaya dengan jumlah ikan yang ditunjukkan dalam beberapa gambar. Namun selepas diamati dan membaca keterangan beberapa gambar, memang ia menunjukkan spesies kelah dipunggah dengan jumlah yang tidak masuk akal.

    Setahu Bidai, spesies kelah merupakan haiwan terancam di Malaysia dan merupakan spesies dilindungi Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta76).

    Mengikut pengetahuan cetek Bidai, hanya Orang Asli yang boleh memancing atau mengambil ikan kelah dan ia hanya bertujuan untuk makan semata-mata.

    Namun gambar yang Bidai lihat di laman Facebook itu tidaklah menunjukkan mereka ini Orang Asli. Jumlah yang diambil pula begitu banyak sehinggakan ada keterangan gambar yang mengatakan selain dimakan, ia juga dijual kepada sesiapa yang berminat.

    Bidai terdiam seketika melihat gambar-gambar itu.

    Ikan kelah ini dilindungi akibat semakin pupus. Jumlahnya semakin sedikit ekoran sukar membiak.

    Sudahlah habitat ikan kelah ini semakin hari semakin berkurangan, aktiviti 'memunggah' ikan-iklan itu bakal menyebabkan ia pupus.

    Malaysia mempunyai satu spesies kelah yang tidak terdapat di mana-mana, dan aktiviti sebegini kalau dibiarkan mampu menyebabkan anak cucu kelah ini pupus.

    Menurut kata Rimba Land, mereka memunggah ikan itu di Ulu Dungun, juga di Terengganu.

    Tanpa segan silu, dia turut mengajak beberapa kenalan untuk ke sana bagi 'memunggah' kelah-kelah berkenaan.

    Ada juga gambar yang menunjukkan mereka memegang kelah yang menurut mereka mempunyai seberat 18 kilogram.

    Jika Raja Sebarau Tasik Kenyir, Latiff Ahmad mendapatkan kelah bersaiz mega dengan memancing, kelah yang dikatakan 18 kilogram itu Bidai rasakan ditembak.

    Mudah, sebab orang yang memegang ikan kelah itu mempunyai topeng muka di dahinya dan itu menunjukkan dia menyelam untuk menembak ikan. Ini merupakan satu kesalahan lagi.

    Tak kiralah gambar itu dirakamkan bila. Hakikatnya mereka melakukan dua kesalahan berat iaitu mengambil kelah dan menembak ikan.

    Jadi siapa yang nak dipersalahkan di sini?

    Adakah penguatkuasa atau renjer hutan tidak tahu apa yang berlaku di kawasan mereka.

    Ini berikutan jika hendak ke Ulu Dungun, mereka perlu menaiki kenderaan pacuan empat roda dan sepatutnya pihak berkuasa kena memeriksa kenderaan mereka apabila keluar daripada kawasan hutan di situ.

    Tak tahulah apa yang berlaku. Nak kata penguatkuasa tidur, mungkin mereka tidak perasan atau mungkin mereka saja buat-buat tak tahu.

    Atau mungkin Rimba Land penguatkuasa di situ?

    Fikirkanlah...