Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Senarai Pencalonan Kategori Anugerah Skrin 2010 Posted: 12 Dec 2010 05:16 PM PST USAHA MENGIKTIRAF PENGGIAT SENI TEMPATAN DITERUSKAN… Jika 2009 merupakan tahun bertuah kepada pengarah dan pelakon tersohor, Eirma Fatima dan rakan-rakan seperjuangan seperti Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Rosnah Mat Aris, Norish Ismail, Zulhuzaimy, Ida Nerina, Eman Manan, Liyana Jasmay dan Que Haidar, giliran siapa pula yang bakal menjulang trofi Anugerah Skrin kali ini? Utuh memasuki musim penganjurannya selepas sedekad, Anugerah Skrin 2010 merupakan antara majlis terunggul di dalam lipatan sejarah industri tanah air yang sentiasa ditunggu-tunggu penganjurannya saban tahun. Anugerah paling berprestij dekad ini bukan sahaja membei pengiktirafan trofi yang menjulang bakat penggiat-penggiat seni dan karyawan tanah air, malah, cetusan konsep dan identiti yang berlainan dan segar yang ditampilkan setiap kali penganjurannya menyerlahkan lagi keunggulan majis tersohor ini. Pada 9 Disember lalu jam 4 petang, Budiey.com dijemput untuk hadir di Sidang Media Anugerah Skrin 2010 yang diadakan di Hotel Empire, Empire Subang, Jalan SS 16/1 Subang Jaya, Selangor. Dihadiri oleh para pelakon, penerbit dan tetamu jemputan lain seperti media dan penaja ASK. Tonton Video Sekitar Sidang Media Anugerah Skrin 2010 Part 1 Part 2 Anjuran Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3), Anugerah Skrin 2010 bakal berlangsung dengan gilang-gemilang pada 24 Disember 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan bersiaran secara langsung menerusi TV3 bermula jam 9.00malam. Selain itu, para penonton juga boleh melayari laman web www.tv3.com.my ataupun www.tonton.com.my yang akan memaparkan klip menarik di sebalik takbir, kemeriahan hamparan merah dan penyampaian anugerah secara langsung. Dihoskan oleh Ally Iskandar. Sementara itu, pendengar radio turut boleh mengikuti Anugerah Skrin 2010 menerusi siaran HotFM, selaku radio rasmi acara berprestij ini. Manakala majlis sidang media pada hari ini pula bertempat di Hotel Empire, kemudahan penginapan mewah 13 tingkat yang merupakan daya tarikan baru di Subang Jaya samada untuk tetamu tempatan mahupun pelancong dari luar negeri. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Dato' Sri Farid Ridzuan berkata, "Pentas seni penuh dengan warna-warni dan liku-liku perjalanan yang mencabar di dalam memperjuangkan industri tanah air. Apa yang penonton dapat lihat di layar perak merupakan hasil kerja keras anak-anak seni yang terlibat di dalam penghasilan sesebuah drama dan filem. Walaupun di sebalik perjalanan dalam menghasilkan karya yang bermutu, seribu satu kisah terpaksa ditempuhi demi menyudahkan produk yang berkualiti dan diiktiraf ramai. Melalui penganjuran yang diadakan saban tahun, kita dapat melihat betapa relevan dan pentingnya peranan anugerah paling berprestij dekad ini di dalam pembangunan seni perfileman, drama dan industri kreatif demi untuk meningkatkan keupayaan semangat dan tenaga kreatif tempatan." Setiap majlis anugerah berprestij pasti memerlukan pengacara majlis yang berkaliber dan mampu mengendalikan majlis sebaik mungkin. Anugerah Skrin sering menampilkan pengacara majlis yang berbeza untuk memberikan kelainan setiap kali penganjurannya. Tahun ini, pastinya para peminat turut sama teruja untuk menyaksikan gandingan hebat dua pengacara dan pelakon tersohor iaitu Awal Ashaari dan Vanidah Imran yang masing-masing mempunyai keunikan dan kepetahan yang tersendiri untuk mengemudikan majlis penganugerahan seperti ini. Tahun ini, majlis anugerah anjuran Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) itu bakal menampilkan Awal Ashaari dan Vanida Imran sebagai pengacara majlis. "Pemilihan Awal dan Vanida bukanlah keputusan saya seorang, tetapi ia adalah keputusan majoriti ahli jawatankuasa yang terlibat dengan ASK 2010. Sebelum dipilih, mereka juga telah menjalani sesi ujibakat terlebih dahulu dengan beberapa calon lain. Kami yakin baik Awal mahupun Vanida mampu memberikan yang terbaik. Kredibiliti Awal memang tidak perlu dipertikaikan lagi memandangkan dia sudah biasa mengendalikan program hiburan sama ada secara langsung mahupun rakaman. Begitu juga dengan Vanida. Walaupun dia lebih menyerlah sebagai pelakon, tetapi Vanida ada pengalaman mengendali acara besar sebelum ini. Jadi, tidak perlu risau tentang gandingan terbaru ini. Mereka ada kekuatan tersendiri dan berbeza dengan pasangan pengacara yang pernah ditampilkan. Sudah sampai masanya kami tampilkan muka-muka baru untuk mengacarakan anugerah berprestij ini" ujar Nurhul Huda. Sementara itu, Awal dan Vanida yang turut serta dalam sidang media itu turut meluahkan rasa gembira dan berdebar-debar dengan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka itu. Bagi Awal pula, dia sanggup menerima tugasan mengacara di ASK 2010 kerana dimaklumkan pihak produksi ingin mengadakan malam kemuncak nanti dalam suasana yang lebih serius berbanding sebelum ini. "Sama seperti Vanida, saya juga tidak pandai buat lawak. Saya diberitahu kali ini ASK hendak diadakan dalam suasana lebih serius, sebab itu saya berani datang ujibakat dan terima tawaran ini. Untuk melihat keserasian dengan Vanida, saya telah meminta pihak TV3 menggandingkan saya dan Vanida dalam satu ujibakat lain memandangkan sebelum itu kami dipasangkan dengan calon pengacara lain. Ketika ujibakat itu saya sudah dapat rasakan yang kami boleh berkerjasama dengan baik," cerita Awal pula. Dalam masa yang sama, Awal juga menolak kemungkinan yang menjangkakan dia akan menenggelamkan Vanida pada malam itu. Menurut Awal, walaupun dia dilihat lebih petah bercakap daripada Vanida, tetapi dia akan pastikan perkara itu tidak berlaku. "Memang kadangkala perkara sebegitu boleh berlaku apabila seseorang pengacara itu terlalu asyik berbicara. Tetapi saya akan pastikan perkara itu tidak berlaku pada malam kemuncak ASK 2010 nanti. Saya akan ikut skrip yang disediakan oleh pihak produksi. Selain itu, saya juga yakin Vanida bijak mengendalikan suasana agar kami tidak terlihat kekok. Saya sendiri menghormati Vanida sebagai 'orang lama' dalam industri, jadi tidak mungkin saya boleh lupa dengan kehadirannya,' ulas Awal lagi. Menyentuh tentang tema persembahan pada malam tersebut, kali ini pihak produksi telah memilih tema 'Glam and Classy' bagi menghiburkan audien di dalam dewan dan juga penonton di rumah. Sebanyak enam persembahan akan ditampilkan, di mana ia menggabungkan nama-nama baru dan lama dalam industri muzik tempatan. Antara mereka yang bakal membuat persembahan ialah Adibah Noor, Jacklyn Victor, Datuk Ahmad Nawab, Hillary Ang, Anuar Zain dan Ziana Zain serta pasangan yang baru sahaja melangsungkan pertunangan Mizz Nina dan Noh, Hujan. Secara keseluruhan, Anugerah Skrin 2010 bakal mempertandingkan 24 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman. 10 kategori drama bakal dipertandingkan termasuklah Anugerah Videografi Terbaik yang baru diperkenalkan pada tahun lepas. Manakala jumlah Kategori Filem yang dipertandingkan kekal 7 kategori dan 6 kategori penerbitan dalaman. Calon-calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca TV dan pawagam mulai 1 Julai 2009 hingga 30 Jun 2010 selain pencalonan drama yang berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen Media Research mengikut 'genre' masing-masing. Untuk kategori drama, 17 buah drama, 12 drama rantaian dan 5 drama komedi telah dicalonkan. Manakala untuk kategori filem pula 25 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan untuk Anugerah Skrin 2010 ini. Antara telefilem yang layak bertanding seperti Taubat Nasuha, Bagaikan Sumayyah, Sebelum Akhirat, Masyitah, Kaki, Lillahi Ta'ala, Perempuan, Antara Garisan dan Selipar Jepun Suria. Manakala filem yang layak bertanding di dalam Anugerah Skrin 2010 adalah seperti Momok The Movie, Mualaf, Pisau Cukur, Evolusi KL Drift, Papadom, Lagenda Budak Setan, Setem, Belukar, Adnan Sempit, Kecoh Betul dan Santau. Semua pencalonan akan dinilai oleh panel juri profesional yang dipilih. Dato' Sri Farid Ridzuan menjelaskan lagi, "Tahun ini juga merupakan kali kedua Anugerah Yasmin Ahmad dipertaruhkan di dalam kategori Anugerah Khas Juri. Nama ini diambil sempena menghargai jasa arwah Yasmin Ahmad dalam sumbangannya menghasilkan konsep filem yang berkualiti dan memperkenalkan bakat-bakat baru di dalam filem terbitannya. Justeru, trofi ini akan dianugerahkan kepada bakat baru yang berpotensi untuk pergi lebih jauh di dalam industri tanah air. Sementara itu, drama-drama yang dicalonkan pula adalah hasil penerbitan syarikat yang memenuhi slot-slot drama di semua rangkaian televisyen setiap minggu." Selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad yang terdiri daripada TV3, NTV7, 8TV dan TV9, pihak penganjur juga turut menjemput stesen televisyen RTM dan ASTRO untuk sama-sama menyertai anugerah yang berprestij ini. Kesemua rangkaian televisyen ini layak untuk menghantar penyertaan bagi terbitan drama dan terbitan dalaman yang pernah disiarkan di stesen televisyen mereka untuk merebut anugerah bagi kategori yang dipertandingkan mengikut syarat yang telah ditetapkan. "Seperti yang pernah kami tegaskan sebelum ini, Anugerah Skrin bukanlah pertandingan antara stesen televisyen, tetapi drama dan terbitan yang disiarkan melalui stesen-stesen ini yang dipertandingkan. Kami merasa bangga kerana Anugerah Skrin 2010 turut mendapat kerjasama dan sokongan positif dari rakan-rakan stesen televisyen yang lain dan menerima banyak pencalonan yang menampilkan muka-muka baru dalam bidang ini. Ia merupakan satu petanda positif dalam meningkatkan mutu seni tanah air yang mana dengan adanya anugerah seperti ini, ia dapat menggalakkan penggiat-penggiat seni untuk berusaha lebih gigih lagi agar hasil karya mereka dihargai dan mendapat pengiktirafan. Kami berharap dengan adanya Anugerah Skrin ini, akan menyemarakkan lagi usaha pengiat seni tanahair untuk menerbitkan produk-produk yang lebih bermutu di masa akan datang," tambahnya. Pantene sekali lagi menjadi penaja utama untuk Anugerah Skrin 2010 dan menurut Puan Ellie Xie, Ketua Pegawai Operasi Procter & Gamble Malaysia & Singapore, "Pihak kami berbangga untuk menjadi penaja utama Anugerah Skrin sejak beberapa tahun dan teruja Anugerah Skrin telah dimartabatkan kedudukannya sehingga menjadi majlis penganugerahan tersohor di dalam industri hiburan tanahair. Kami berasa gembira Pantene terlibat di dalam penganjurannya kali ini." "Tahun ini juga memperlihatkan penganjuran pertandingan Pantene 14 Days Challenge yang bakal menyerlahkan lagi Anugerah Skrin 2010! Seramai 14 gadis terpilih akan dinilai melalui prestasi penjagaan rambut masing-masing dalam tempoh dua minggu dan diadili oleh orang awam. Untuk mengundi, anda hanya perlu memilih gadis-gadis yang tercalon dan berpeluang memenangi wang tunai bila anda menyusunkan peserta mengikut urutan siapa yang paling layak menang. Tempoh menyusun bermula pada 16 Disember – 19 Disember 2010 dan juara Pantene 14 Days Challenge yang bertuah akan membawa pulang hadiah-hadiah bernilai RM20,000. Untuk menyertai pertandingan ini sila layari laman web: www.tv3.com.my/ask2010," tambah Puan Ellie Xie lagi. KATEGORI-KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN KATEGORI DRAMA 1. Drama Terbaik KATEGORI FILEM 1. Filem Terbaik KATEGORI PENERBITAN DALAMAN 1. Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik ANUGERAH KHAS JURI SENARAI PENCALONAN ANUGERAH SKRIN 2010 KATEGORI DRAMA – Telemovie
KATEGORI DRAMA – Drama Berantai
KATEGORI DRAMA – Drama Komedi
KATEGORI FILEM CEREKA
Pembukaan dari penari-penari yang berkonsepkan Fiesta masquarade Piala trofi ASK2010 yang bakal menjadi rebutan. Pantene sebagai penaja Dihiburkan oleh Noryn Aziz yang dah lama tak jumpa dan juga Adibah Nor featuring pakcik Hamid Gurkha memang kelakar giler. Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |