OHBULAN! |
Pesanan Sazzy Falak Ketika Lakukan Seks, Gunakan Kondom Posted: 12 Dec 2010 10:35 PM PST Ya! Sazzy Falak berpesan, kalau lakukan seks, gunakan kondom. Pesanan ini dibawa khas oleh Sazzy Falak serta rakan artis yang lain sempena kempen kesedaran AIDS anjuran ruumz.com. Mesej yang padat & ringkas ini amat relevan untuk semua bangsa, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Diharapkan kaki seks tegar tersentak dan mengamalkan seks selamat. No condom, no play! Kempen ini turut disertai oleh Erra Fazira, Sarima Ibrahim, Aisyah Sinclair, Sheila Majid & Ida Nerina yang membawa mesej tersendiri ketika sesi fotografi berlangsung. Enjoice! |
“Pom Pang Pom Pang Bikin Orang Bimbang!” – Sinis Azad Kepada Faezah Elai Posted: 12 Dec 2010 09:05 PM PST Semalam, kontroversi kisah percintaan Faezah Elai & pengarah drama, Heykal Hanafiah mendapat perhatian Melodi. Hasil temubual dengan Azad, banyak dakwaan Faezah Elai bercanggah dengan kenyataan beberapa orang yang terlibat dalam cinta 3 segi ini, terutamanya isteri si pengarah & Azad sendiri. Kronologinya, Faezah Elai berkata bahawa Azad (Pelakon filem Ngangkung) merupakan dalang utama yang menyebarkan gosip cinta antara dia & Heykal Hanafiah. Namun, minggu ini Azad muncul dengan slang Penang'nya memberi respon sinis + lawak terhadap Faezah Elai. Azad bengang apabila namanya dikaitkan semula. Dalam akhbar, Faezah Elai berkata bahawa baru-baru ini Azad ada menghubunginya. "Tetapi, si perempuan ni baru-baru ini ada claim dalam paper bahawa saya telefon dia. Bila masa aku telefon hang? Hang tunjuk bukti kat aku bahawa aku yang telefon hang? Sudahlah hang menghancuqkan rumahtangga orang, lepas tu hang tukar fakta pulak. Hang ingat ini global? Aku pulak yang buat cerita pasal si isteri ini? " balas Azad sinis, bengang. Sambung Azad lagi, "Hang ni orang kampung aku, malulah sikit! Aku orang Penang, hang pun orang Penang. Hang pi tanya satu Penang, siapa kedai aku, siapa kedai hang? Jangan ganggu harimau yang sedang tidoq. Tapi hang dah ganggu!" "Pom Pang Pom Pang bagi bimbang, buat apa? Jangan buat kacau kat sini, hang buat kacau isteri orang!" – begitu epik kata-kata Azad sehingga membuat kami tergelak besar. Faezah Elai & Azad pernah bercinta? "Pasal cerita ni saya nak bagi clear lah. Saya & Faezah ni, saya memang tak pernah bercinta dengan perempuan ni. Bila masa saya bercinta dengan dia? Cuma kami pernah berkawan rapat, sebab kami datang daripada satu syarikat yang sama. So, la ni kami dah takda company tu dah. Bila masa aku berkawan dengan hang?" "Dalam paper, dia dok cakap saya bekas kekasih dia. Kalau tak bercinta, macam mana boleh jadi bekas kekasih? " Azad dalang penceraian "Pasal hal penceraian, itu yang dah di-explain oleh si isteri ni." Kemudian, Azad membaca keratan akhbar yang mengandungi keterangan si isteri ini. "Punca keretakan rumah tangga kami bermula daripada F-A-E-Z-A-H, Faezah!" Tonton rakaman melodi semalam pada minit ke 31:00. Hanya di tonton.com.my (Melodi Episode 48). |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |