Sensasi |
- Filem "Hantu Kak Limah Balik Rumah" memang best giler, berjaya kutip RM1.2juta dalam 2 hari
- Gambar-gambar Rabecca Nur Islam dengan Bakal Suaminya.
- Elyana menafikan Video menari dalam tandas bukan dirinya?
Filem "Hantu Kak Limah Balik Rumah" memang best giler, berjaya kutip RM1.2juta dalam 2 hari Posted: 12 Dec 2010 12:30 PM PST Sensasi baru jer pergi tengok Filem nie kat panggung Wayang bersama emak dan adik sensasi yang masih sekolah rendah. Memang bessst sgt citer nie,kelakar...dari awal awal sensasi gelak giler2....mak dengan adik sensasi pun ejoy,memang release tension lah tengok filem nie.. Al kisahnyer sensasi tak berapa ambik tahu sgt nak tengok citer Hantu kak Limah nie,sensasi nak bwk mak ngan adik g tgk movie,memandangkan my sister masih sekolah rendah,ingatkan dier suka la kot dengan citer Rapunzel ker,Narnia ke..hehe..Tapi tetiba dier request nak tengok citer hantu Kak Limah...Sensasi pun on kan jer.. Mak cakap derang tgk "the making of" kelakar,citer pasal kak Limah nie tinggal seorang,jadi bila dier meninggal sampai mayat dah berulat takda sapa pun tahu,jadi untuk memberitahu org kampung,hantu kak Limah nie buat kacau lah kan... Tapi sebenarnyer,,...kalau korang nak tau pergi panggung wayang tengok citer nie tak rugi.. Awie ,Johan ,dan pelakon-pelakon dalam filem nie kelakar.... ada watak "awak",seorang lelaki yang duduk atas kerusi roda tue kelakar sgt..HAHA... Hari tue sensasi tengok Filem Ngangkung yang dikhabarkan kelakar sgt2..tapi biler sensasi tengok Filem tue,takdelah kelakar mana...ada la beberapa babak yang mencuit hati,tapi sensasi tak gelak sakan pun,,..Overall i give 6/10 utk ngangkung...and 9/10 utk Filem Hantu Kak Limah balik Rumah. Tak tau la kot korang nyer citarasa tak sama ngan sensasi..Nie cume pendapat sensasi la sebagai sumone yang kaki wayang. Anyway tadi sensasi tengok Rancangan Fuhh,dan komen beberapa pengarah tentang filem nie Mamat Khalid~ rasa nie Filem paling best pernah dia buat Ahmad Idham~ Filem nie memang kelakar sangat dan menghiburkan seisi keluarga,dari awal sampai akhir gelak jer Raja Azmi~ Nie lah satu satunya filem komedi yang mampu menandingi Filem allahyarham P.Ramlee... dan beberapa komen lain sensasi tak ingat.. Walaupun jumlah kutipan filem Estet agak mengecewakan pengarah filem, Mamat Khalid, namun filem terbarunya, Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) pula menunjukkan perkembangan di sebaliknya. Dalam tempoh dua hari tayangan, filem sekuel filem Zombi Kampung Pisang itu didakwanya sudah berjaya mengutip sebanyak RM1.2 juta. Bagaimanapun jumlah itu belum disahkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang hanya akan mengeluarkan kenyataan selepas seminggu sesebuah filem ditayangkan. Menurut Mamat, beliau dimaklumkan, jumlah kutipan pada hari pertama tayangan filem HKLBR pada Khamis lalu, mencecah RM330,000 dan RM870,000 pada hari kedua. "Masa membaca skrip sahaja saya sudah dapat rasa ada kelainan yang akan berlaku dalam filem ini dan jangkaan itu boleh dikatakan menjadi sekarang," katanya |
Gambar-gambar Rabecca Nur Islam dengan Bakal Suaminya. Posted: 12 Dec 2010 12:07 PM PST Klik gambar untuk besarkan imej a l "Alhamdulillah setelah tiga tahun mengenali dia, saya terbuka hati untuk menerima lamarannya. Sikapnya yang penyayang dan mengambil berat terhadap anak-anak dan diri saya membuatkan hati saya terpaut. Saya yakin dia yang terbaik untuk saya," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media pengumuman perkahwinannya di butik Harrods, KLCC. Dilamar pada 25 Ogos 2010 yang lalu, kata aktres berusia 24 tahun ini, pengumuman perkahwinan tersebut diharapkan mampu melupuskan khabar angin yang mengatakan cintanya milik golongan VIP ataupun Datuk. "Bakal suami saya hanyalah seorang peguam dan bukan seorang Datuk atau golongan VIP yang acapkali diperkatakan. Harapan saya dengan pengumuman ini akan menutup segala spekulasi yang sering kali melanda diri saya," katanya tenang. Malah katanya, sebelum ini dia lebih selesa menyembunyikan identiti teman lelakinya kerana khuatir percintaan yang dibina terlerai di tengah jalan. "Dulu orang tanya, saya tak suka nak dedah siapa teman lelaki saya sebab kita tak tahu sama ada percintaan itu akan berakhir dengan perkahwinan atau tak. Macam-macam boleh berlaku jadi eloknya saya rasa lebih baik saya tak beritahu siapa teman lelaki saya. Apabila dah pasti, seperti hari ini saya umumkan kepada semua siapa bakal suami saya," tegasnya. Teruja membilang hari istimewanya itu, jelas anak ketujuh daripada lapan beradik ini, dia sudah bersedia untuk menempuhi fasa baru dalam kehidupannya sebagai isteri serta ibu tiri kepada anak-anak Nor Azam. "Saya sendiri dah ada anak angkat, Nor Adam Daniel jadi saya dah biasa dengan kehidupan seorang ibu. Saya juga tidak mempunyai masalah dengan kedua-dua anaknya.Tentang cabaran dalam rumahtangga, biasalah pastinya akan ada pasang dan surut serta cabaran, tapi saya yakin mampu mengendalikannya dengan sempurna," katanya yang tidak akan berhenti berlakon selepas mendirikan rumahtangga. Malah jelas Rebecca, dia bersyukur dan berterima kasih kepada bakal suaminya kerana menghadiahkan sebuah rumah buat dirinya sempena perkahwinan tersebut. "Dia mengotakan janji mahu membeli rumah sebagai hadiah perkahwinan kami. Rumah itu masih lagi dalam proses ubahsuai kerana lokasi pernikahan kami kelak akan diadakan di rumah tersebut," ujarnya yang memilih London sebagai destinasi berbulan madu. Berbicara mengenai perkahwinannya kelak, Rebecca sambil tersenyum memberitahu, perkahwinannya itu akan akan diadakan selama tiga hari. "Saya akan bernikah pada 14 haribulan Januari di Ampang, sehari selepas itu kami akan bersanding di Hotel Flamingo dan keesokkan harinya,kami akan mengadakan resepsi di Menara Kuala Lumpur," katanya. Sensasi:Laa Rabecca nie sebaya sensasi rupanyer,baru berusia 24 tahun,tapi nampak sgt matang ... Bagi sensasi , umur dan rupa paras bukan pengukur kebahagiaan,kalau lelaki tue muda,hensem,berduit,susah juga,mesti ligat dan kurang matang (tak semua)...kalau dah berumur mesti lebih caring,lebih penyabar dan pemurah gitu....hahaha...Ape pun sensasi doakan yang terbaik buat mereka,dan semoga suaminya dapat mebimbing Rabecca untuk berpakaian lebih sopan..hehe... takkan tak sayang bini kan,nak bg semua org tengok body isterinya jer..kene kasik tutup sikit la :P Bakal suami Rabecca adalah seorang peguam yang memiliki firma guaman bersama 2 rakan karibnya ,dan juga anak Dato Sulaiman. |
Elyana menafikan Video menari dalam tandas bukan dirinya? Posted: 12 Dec 2010 11:54 AM PST Sensasi dah tengok Video nie beberapa hari yang lepas...Tapi tak sempat nak hapdet sebab biasala weekend mesti sibuk dengan keluarga iaitu emak saya dan adik. Selepas sensasi mengamati Video nie,pada pandangan peribadi sensasi ini memang Elyana,...Tapi zaman Elyana masih kurush,maklumlah zaman remaja Elyana dulu. Dulu Elyana pun dikenali di Shah Alam sebagai seorang yang agak sosial.Lagipun suara yang dalam Video tue pun memang serupa ngan suara Elyana,cuma rakan-rakan dalam video itu ada bunyi sabah. Tapi menurut empunya badan iaitu Elyana,dia telah menafikan bahawa dalam Video nie adalah dia...Katanya mungkin pelanduk dua serupa.. Bagi sensasi kalau Elyana menipu sekalipun,memang patut pun,maklumlah Video tue lama,tambahan Elyana kini sudah berumahtangga banyak hati yang perlu dijaga.. Hati suami,mak bapak mertua lagi... Apepun sensasi sukee sgt lakonan Elyana dalam siri Dunia Baru Reunion yang lepas...BEST! Ini komen Elyana berkenaan Video tersebut : Adalah dimaklumkan bahawa perempuan yang mirip Elyana dalam video yang anda tonton adalah BUKAN Elyana. Diharap semua tidak ada salah faham dalam kepala tu. Memang 100% bukan. Perkara ni dah di-confirm-kan sendiri oleh tuan punya badan.. Kepada ElyanaLovers semua, kalau ada sesapa tanya, betul ke Elyana dalam video tu, korang just jawab, "NO!". Sekali lagi, memang BUKAN Elyana. Bukan kami menyangkalnya tetapi ianya fakta, bukan Elyana.. Samada Elyana yang dulu @ sekarang, memang bukan k. Harap semua sedia maklum, dan terima kasih atas sokongan korang semua selama ini. Elyana loves you guys .Kami berkeras disini agar tolong jaga sikap anda ketika mengomen. Thanks :3 p/s: ada jugak org mirip Elyana kat Malaysia ni, haha lol! |
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |