Celebrity News |
- Kutipan Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah Kutip 1 Juta pada Hari pertama ,
- Puisi Ariel Peterpan
- Sinopsis dan Trailer Filem Libas
- Gambar Terbaru Isma AF dan Suami Zul 2 by 2
Kutipan Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah Kutip 1 Juta pada Hari pertama , Posted: 12 Dec 2010 07:41 AM PST Ini yang Zoom baca hari ini mengenai kutipan filem arahan abang mamat khalid kita... Filem skuel Zombie kampung pisang kembali menghantui pawagam di Malaysia khasnya. Good Luck Hantu Kak Limah... Nak tau tak...filem Ngangkung dah capai RM10 Juta Kutipan.... Yeahhhhhh satu lagiiiii filem yang berjaya menarik minat penonton. Apa kata anda ? |
Posted: 12 Dec 2010 07:22 AM PST Walaupun diselubungi gossip panas mengenai video bersama kekasih dan bekas Ariel Peterpan ni. Namun dalam diam-diam beliau tampil dengan koleksi puisi semasa berada di dalam jeriji besi yang memisahkan dengan luar. Berikut ZoOm sertakan salah satu Puisi beliau. Jika saya bercerita sekarang, Maka itu hanya akan membuat sebagian orang memaklumi saya, Dan sebagian lagi akan tetap menyalahkan saya, Tetapi itu juga akan membuat mereka memaklumi dunia yang seharusnya tidak dimaklumi, apakah semua dapat memetik hal yang baik dari kemakluman itu, Atau hanya akan mengikuti keburukannya Maka lebih baik saya diam. Jika saya bersuara sekarang, Maka itu akan membuat, Saya terlihat sedikit lebih baik, Dan beberapa lainnya terlihat lebih buruk sebenarnya, Maka saya lebih baik diam. Jika saya berkata sekarang, Maka akan hanya ada caci maki, Dari lidah ini, Dan teriakan kasar tentang kemuakan, Serta cemoohan hina pada keadilan, Maka saya lebih baik diam. Saya hanya akan berkata pada Tuhan, bersuara pada yang berhak, Berkata pada diri sendiri, Lalu diam kepada yang lainnya, Lalu biarkan seleksi Tuhan, Bekerja pada hati setiap orang. Zoom : Apa Kata anda ? |
Sinopsis dan Trailer Filem Libas Posted: 12 Dec 2010 07:14 AM PST Sinopsis: Adnan Saladin seorang pakar libasan dalam permainan sepak takraw (Libas), sehingga dia di gelar sebagai raja libas malaysia. Kehebatan libasan raja libas sangat di geruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan siam (Thailand), lebih-lebih lagi Ak Nangkhon, "killer" pasukan mereka. Di perlawanan libas yang lalu, ak nangkhon secara kotor telah mencederakan kaki raja libas, menyebabkan kehebatannya merosot. Bukan itu sahaja, kecederaan itu juga telah mengakibatkan tekong malaysia (Dali) parah apabila libas gagal menampan libasan kuat ak nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Malah jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan Ratna anaknya.Kebimbangan raja libas memuncak bila Mr. Wilson seorang lelaki Inggeris sanggup menaja perlawan libas pada tahun ini, lebih awal dari selalunya. Masa yang suntuk dan kecederaan kaki yang belum pulih sepenuhnya menjadi masalah yang besar kepada raja libas. Malah kebimbangannya menjadi bertambah kerana pertaruhan perlawanan kali ini adalah bola warisan, simbol keagungan permainan sepak raga yang di warisi oleh orang melayu sejak lima ratus tahun dahulu. Seandainya kemenangan memihak kepasa pasukan Thailand, bermakna bola warisan menjadi milik mereka untuk selama-lamanya dan malaysia akan kehilangan bukti bahawa permainan sepak takraw adalah berasal dari tanah melayu dan merupakan permainan tradisi orang-orang melayu. Dan raja libas adalah waris penyimpan bola itu. Tanpa di ketahui oleh raja libas, bola warisan itu kini menjadi buruan oleh pengumpul barang-barang antik yang mengetahui bahawa bola warisan itu memiliki nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran terbaru untuk bola itu adalah sebanyak USD 15 juta dan tanpa di ketahui oleh raja libas juga, Mr. Wilson telah bersekongkol dengan pasukan Thailand demi mendapatkan bola itu. Raja libas tertekan bila jurulatih mendesaknya mencari pemain baru bagi berhadapan dengan pasukan thailand. Bagi raja libas, agak mustahil dalam masa yang singkat dia dapat mengumpul pemain bagi menubuhkan pasukan yang baru. Namun , demi mempertahankan maruah, tradisi dan keagungan adat, raja libas berusaha mencari pemain. Lebih dari itu, raja libas sebenarnya mencari pewaris kepada bola warisan itu, yang menurut jurulatih, pewaris itu haruslah seorang yang sebangsa dengan raja libas, seagama dan mempunyai akhlak yang tinggi. Dan bola itu hanya boleh di pegang oleh pewarisnya sahaja. Raja libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Baginya dia masih boleh bergantung harap pada megat, walaupun megat masih membenci libas kerana kekalahan yang lalu. Tanpa di ketahui oleh raja libas, Megat sudah pun menjadi duri dalam daging bila dia setuju belot setelah di rasuah oleh ak nangkhon. Malah sudah menghasut jurulatih untuk menjual permainan kepada thailand dan memberitahu ratna bahawa pertunangan libas dengannya sudah di putuskan oleh ayahnya. Ratna marah dan menuduh raja libas mementingkan bola warisan lebih daripadanya. Sewaktu memandu melewati KLCC, raja libas telah terlihat kehebatan seorang remaja (hamadi) menimang bola futsal, yang dengan kehebatannya itu dapat mempertahankan diri dari serangan tiga remaja yang lain dengan hanya menggunakan sebiji bola dan raja libas menawarkannya untuk bermain libas. Dan raja libas fikir mungkin dialah pewaris bola itu. Namun hamadi itu menolak tawaran libas kerana baginya permainan sepak raga adalah permainan yang ketinggalan zaman. Namun raja libas telah mempamerkan kehebatannya melibas apabila dia menyelamatkan hamadi dari di pukul oleh tiga remaja tadi yang kembali membalas dendam. Akhirnya hamadi setuju untuk menyertai libas selepas di beritahu bahawa dia harus mempertahankan maruah negara dalam permainan itu. Bagi raja libas dia harus mendapatkan pemain yang lain bagi mencukupkan satu regu. Sepengetahuan libas ratna juga mempunyai kehebatan menimang bola. Sewaktu dia ingin menemui ratna untuk memujuknya menyertai pasukan, libas terserempak dengan seorang remaja gemuk (Kumok) yang mempunyai kelebihan pada perutnya. Kumok dapat menyambut buah-buahan dan sayur-sayuran yang di lontarkan kerpadanya, malah telur yang di lontar tidak pecah bila di tampan dengan perutnya. Akhirnya raja libas dapat mengumpulkan regu pasukannya iaitu Megat, Hamadi dan Kumok. Raja libas berusaha mengajar mereka dengan segala pengetahuan yang dia ada untuk permainan libas. Libas sedar pasukannya tidak sehebat pasukan lawan. Namun dia masih mengharapkan Megat dapat mengepalai pasukan. Di hari perlawanan, megat tidak muncul, raja libas resah. Dia terus memupuk semangat Hamadi dan Kumok. Tanpa di duga, mereka berdua dapat mengalahkan pasukan dari china. Semangat raja libas bertambah dan Ak Nangkhon cemas bila melihat potensi pasukan malaysia. Ak Nangkhon merencana sabotaj kepada pasukan malaysia yan menyebabkan Kumok dan Hamadi tercedera ketika di perlawanan separuh akhir dengan Iraq. Raja libas sedar ada sesuatu yang di kehendaki oleh Ak Nangkhon bila Megat tiba-tiba muncul dalam keadaan parah selepas di belasah Ak Nangkhon. Akhirnya raja libas mengeluarkan bola warisan dari tempat simpanan rahsianya dan mempertaruhkan bola itu untuk perlawanan akhir antara Malaysia dan Thailand. Di perlawanan akhir pasukan Malaysia teruk di belasah oleh pasukan Thailand. Jurulatih mula kelihatan tidak yakin dan ketika raja libas melambung kain putih mengaku kalah, Ratna muncul menyelamatkan keadaan. Kelebihan ratna dengan aura rambutnya menyelamatkan Malaysia dari kekalahan. Dan ketika pasukan Malaysia alpa meraikan kejayaan, bola warisan di curi oleh Mr. Wilson. Namun jurulatih cepat sedar dan raja libas dengan libasan luar biasanya dapat menghalang bola itu dari di bawa lari oleh Mr. Wilson dan lebih mengujakan bila juru latih dan raja libas melihat bola itu di pegang oleh seorang budak lelaki sambil melaung "Malaysia juara". Raja libas melihat pewaris kepada bola warisan. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Gambar Terbaru Isma AF dan Suami Zul 2 by 2 Posted: 12 Dec 2010 06:55 AM PST Inilah gambar terbaru Isma Af dan suami beliau Zul 2 by 2, nampak ceria pasangan ini. Malah gossip panas yang mengatakan badi pasangan Sehati Berdansa tidak masuk akal kerana ada ramai lagi diluar sana yang berpisah tanpa mengikuti program ini. Mungkin dah takdir pasangan tersebut hanya sampai ditengah jalan..Semoga pasangan ini bahagia hingga akhir hayat |
You are subscribed to email updates from Celebrity News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |