Zon Artis |
Fiq (Mentor) Dedahkan Rahsia Mantapkan Vokal – Merokok Posted: 24 Nov 2010 02:32 PM PST Tak tahu pula kami yang merokok boleh memantapkan vokal. Yang kami tahu, tabiat merokok boleh menyebabkan kanser mulut dan kelahiran bayi pramatang. Ada tengok iklan Don't break my heart? (video). Tapi lain pula ceritanya dengan Fiq bila dia mengatakan yang rokok memantapkan vokalnya. Menurut Fiq, dia mula merokok sejak setahun yang lalu dan mendapati tabiat merokok'nya itu telah memberikan kesan positif terhadap suaranya. Tabiat itu banyak membantunya dalam memantapkan vokal sebagai seorang penyanyi rock dimana vokalnya bertambah kasar, besar dan serak. Selain menjadikan vokalnya bertambah power seiring dengan genre muzik yang diperjuangkannya iaitu rock, Fiq juga mengatakan yang selepas dia mula merokok, masalah mudah hilang suara dan sakit tekak selepas menyanyi juga sudah jarang berlaku berbanding sebelum dia merokok. Ntah la labu. Yang pasti, merokok membahayakan kesihatan. Ni pun kami tulis sebab takde modal nak update apa. Nak tulis pasal Yuna dan Qi (pelakon Blogger Boy) bercinta? Korang baca sendiri kat Kosmo Online sudah. PSSTT: Meh nengok gambar-gambar 5 tahun selepas Tsunami ni |
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |