Adsense

Rabu, 24 November 2010

Sensasi

Sensasi


Hubungan Almy Nadia-Fizz Fairuz bagai retak menanti belah,Almy takut dengan kisah cinta Irma dan Nabil

Posted: 24 Nov 2010 10:49 AM PST


Mengakui sudah lelah dan penat untuk menangis akibat kehadiran orang ketiga dalam hubungan percintaannya dengan aktor Fizz Fairuz, anak kelahiran Pulau Pinang ini menjelaskan hanya tangisan yang sering menjadi teman pujuknya kala itu.

Enggan melayan perasaan marah dan cemburu yang bisa memusnahkan cinta mereka, berdiam diri merupakan langkah terbaik yang diamalkannya bagi menyelamatkan percintaan yang sudah pun dibina hampir tiga tahun itu. Namun Almy menafikan sekeras-kerasnya dakwaan hubungan mereka telah pun berakhir.

"Kehadiran orang ketiga atau keempat ini semua saya dah biasa. Nak menangis kerana semua itu pun, dah biasa, jadi langkah terbaik jangan terlalu memikirkan tentang cinta kerana ia akan membuatkan saya lebih makan hati.

"Tapi buat masa sekarang kami ini, masih lagi bersama cuma kurang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan kerja," jelasnya tenang mengenai status perhubungannya yang kononnya dikatakan sedang berada dalam fasa retak menanti belah.

Mengamal sikap mempercayai pasangan sebagai teras untuk meneruskan perhubungan ini, kata gadis berusia 24 tahun ini, sebolehnya dia tidak mahu mengalami nasib yang serupa dengan rakan selebriti yang lain.

"Saya mengaku takut apabila mendengar cerita Irma dan Nabil putus. Sedih apabila membaca cerita mereka hinggakan saya menangis. Saya mengaku takut dan tak mahu mengalami situasi yang sama dan berharap sangat perkara tersebut jauh daripada kami. Tapi saya juga manusia dan tak mampu untuk menghalang ketentuan Ilahi," katanya lagi.

Ditanya mengenai kenyataan ibu Fizz yang pernah dikeluarkan di murai.com.my bahawa aktor tersebut berkemungkinan akan mengakhiri zaman bujangnya pada Disember ini, sambil tersenyum manis Almy berkata: "Saya tak keluarkan apa-apa kenyataan akan menikah pada bulan tersebut. Tunggulah kenyataan dari saya sendiri mengenai perkahwinan dan saya pun tak boleh nak mengulas mengenai kenyataan ibu Fizz.

"Ada jodoh tak kemana kerana saya sendiri mengharapkan pengakhiran yang gembira untuk kisah cinta kami,"katanya lagi.

Gambar Noh Hujan dengan Lambang Illimunati dan gaya Lady Gaga

Posted: 24 Nov 2010 10:36 AM PST


Posing cam lady Gaga nie byk je dalam facebook..ikutan muda mudi untuk nampak kawai (cute)...sensasi malas bergambar nak posing kawai..

Gambar Noh Hujan Pakai Baju Lambang Freemason & illuminati ini…

Tali gitar = Checkered floor

Baju = All seing eyes



cey..obvious doe baju noh nie...mungkin dia tak tahu apa tue illuminati (bersangka baik)

Siti Nurhaliza tarik diri dari Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

Posted: 24 Nov 2010 10:28 AM PST


Pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) yang telah diadakan pada awal Julai yang lalu, penyanyi No.1 negara, Dato' Siti Nurhaliza telah mengeluarkan kenyataan untuk mengundurkan diri daripada menyertai pertandingan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang dianjurkan saban tahun oleh akhbar Berita Harian.

Namun, Jabatan Pengarang Berita Harian dan Jawatankuasa Induk ahli ABPBH seolah-olah seperti agak keberatan untuk menerima permohonan tarik diri daripada penyanyi yang popular dengan lagu Cindai itu.

Begitupun, dalam sidang media ABPBH2010 yang telah berlangsung di Hotel Villa, Subang petang tadi, Siti Nurhaliza telah mengesahkan bahawa dia sememangnya akan tetap berpegang kepada keputusannya untuk mengundurkan diri daripada menyertai pertandingan yang berasaskan populariti hasil undian daripada pembaca setia akhbar Berita Harian tersebut.

"Bukan mudah bagi Siti untuk ambil keputusan ini. Tapi, Siti dah pun fikir masak-masak dan Siti pun sudah dapat restu daripada ramai pihak terutama sekali dari kalangan peminat Siti yang selama ini telah banyak menyokong kerjaya seni Siti.

"Alhamdulillah, mereka nampaknya faham apa yang Siti buat ni. Jadi, keputusan Siti untuk mengundurkan diri daripada menyertai ABPBH adalah muktamad. Kebetulan pada tahun ini pula nama Siti tidak dicalonkan kerana tiada sebarang produk. Jadi, ia memudahkan lagi hasrat Siti untuk berundur.

"Siti juga tidak menyesal dengan keputusan yang Siti buat ini. Sebab, Siti rasa, dah banyak pencapaian yang Siti terima daripada ABPBH. Sudah sampai masanya pula untuk Siti jadi pemerhati serta penyokong,

Video lagu Shila OIAM -Ada saja,adalah Video berunsurkan illuminati?

Posted: 24 Nov 2010 09:36 AM PST

Yang sebenar benarnya...Sensasi sendiri tak arif dan tak faham sangat dengan illuminati..yang sensasi selalu dengar Lady gaga,la KLCC la,dan lambang segitiga bermata satu,lambang bintang terbalik sume sume tue adalah antara benda benda yang berkait dengan Illuminatti,alau dikatakan sebagai pengikut Dajjal...

Sensasi malas nak taksub dengan benda benda tak berfaedah nie,kadang kadang kalau kita terlalu taksub dengan sesuatu benda tue boleh memesongkan akidah kita...kadang kadang benda yang takda kaitan pun dikait kaitkan juga...segala bentuk segitiga sekarang nie dah jadi banned dah...
Dan kalau terlalu taksub takut nanti,kita terlalu cuba memahami benda tue sampai terleka untuk memahami agama kita sendiri..

Padahal apa yang penting adalah kepercayaan kita kepada tuhan dan agama Islam,dan mempunyai ilmu agama.

Kita semua risau akan kemunculan Dajjal al-masih dan kesannya terhadap hidup kita,,apa yang penting adalah cuba mendalami dari AL-Quran dan hadis,sensasi banyak membaca tentang Dajjal,tp sensasi tak tau sgt pasal illuminati nie..,berdoalah agar kita sentiasa dilindungi Allah s.w.t.

Adakah Video Shila OIAM nie pun mempunyai unsur illuminati???pandai pandai korang buat siasatan sendiri kalau dah takda kerja lain yg berfaedah..



Kalau betul wujud unsur nie,maka org disebalik pembikinan video nie lah yang memang sengaja nak tonjolkan lambang2 tersebut...ish3....memang tak habis habis nak menghuru hara kan keadaan,....

Magik: Kutipan tiket Filem 2 Alam menurun setelah mengutip 2 Juta pada hari Pertama

Posted: 24 Nov 2010 09:03 AM PST



Selalunya kita akan dengar kutipan Filem akan meningkat dari hari ke sehari..namun ajaib bagi Filem 2 Alam yang dibangga banggakan oleh DDR kutipan menurun,orang refund balik tiket ke ape nie?

DDR mendakwa dan menwar warkan dalam surat khabar mengatakan filem 2 Alam berjaya mengutip RM2 juta pada hari pertama tayangan iaitu pada 18 November 2010.

Hari ini dah seminggu Filem 2 Alam ditayangkan di pawagam,dan jumlah kutipan sebenar adalah RM230 ribu berdasarkan laporan dari Finas.hmmmm...dan daripada laporan finas sebanyak 83 panggung wayang menayangkan Filem tersebut,paling banyak yang menayangkan filem tue tp kutipan tidakla sebanyak yang diharapkan.namun RM230,000 pun sensasi rasa banyak jugakla memandangkan filem ini dikritik hebat oleh media dan org2 yang sudah menontonnya.


Musykil,adakah ini bermaksud lagi RM1.77juta adalah hasil kutipan dari alam fantasi DDR Rozmey? kalau ikut purata 230k/7 hari= RM32,857 sehari..

Jadi kalau RM32,857 kutipan hari pertama dengan 2 juta yang dikatakan DDR,jauh bangat bezanya tue!

DDR meletakkan target kutipan RM40 juta utk filem pertamanya ini...

Video Just for laugh: Toilet Prank

Posted: 24 Nov 2010 08:32 AM PST

Sinopsis Drama Putera Katak,Lakonan Hot mama Nora Danish

Posted: 24 Nov 2010 06:41 AM PST



tue katak betul ke? geli nyerrrr..yaikss




"Putera Katak" mengisahkan Putera Amar (Zizan Nin) yang telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma sebagai manusia walaupun sudah diberikan ciuman. Lantas Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai seekor katak. Dia telah dibela oleh seorang pencinta haiwan iaitu Trisha (Nora Danish). Amar yakin bahawa dia akan berubah menjadi manusia semula apabila sudah menemui cinta sejatinya.

Bakal membawa penonton ke alam fantasi dan magis, drama terbitan Talisman Pictures ini telah diarahkan oleh Adam Hamid. Selain Nora dan Zizan, drama bersiri 20 episod ini turut dilakonkan oleh Fazren Rafi, Norseha, Kaza, Puteri Sarah, Haniff Karamdin, Liza Abdullah dan Hamidah Wahab.

Oleh itu, jangan lupa temu janji anda bersama "Putera Katak" bermula 29 November, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang di TV3. Buat mereka yang sempat menonton, anda bolehlah menyaksikannya melalui siaran ulangan pada jam 8.30 malam di TV9.

Lagu Beggin by Madcon

Posted: 24 Nov 2010 06:31 AM PST



Lagu nie sensasi dengar time dalam rancangan Got to Dance UK,and immediately like it..its so catchy ..i loike..

Beggin you baby~ put your loving hands out baby

Gambar Sekitar 2010 Victoria's Secret Fashion Show ,Eksotik

Posted: 24 Nov 2010 07:56 AM PST



Wow,body model model Victoria Secret nie sangat lah mantap...
Bila kita tengok mereka semua dah mcm anak patung barbie...Jenama pakaian dalam Victoria Secret adalah pilihan selebriti selebriti terkenal seluruh dunia.Siapa yang tak pernah dengar nama Victoria Secret?ish ish..

Fashion show 2010 ini dimeriahkan lagi oleh Katy Perry dan Akon serta model-model ternama seperti Adriana Lima, Alessandra Ambrosio, Rosie Huntington- Whiteley, Chanel Iman dan Karolina Kurkova.