Celebrity News |
- Cerita Lawak : Kisah Suami Yang Pemalas
- Ketahui Rahsia Mata Anda
- Panas Aksi Minah Rempit Pakai Bra !!?
- Panas : Kutipan Filem 2 Alam Sekadar RM230 Ribu, Jatuh Tersasar Dari RM40 Juta
- Maya Kembali Dengan Album Baru Muncul Tahun 2011
- Betul ker Yuna Sedang Hangat Bercinta Dengan Qi Blogger Boy ?
Cerita Lawak : Kisah Suami Yang Pemalas Posted: 24 Nov 2010 09:15 AM PST Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye". "Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob. "Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi. "Betulakan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak. "Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob. "Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis. Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh. Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong pada siapa...?". "Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat". "Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu. "Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur dengannya". " Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob. "Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti...?!!!" hahahha... |
Posted: 24 Nov 2010 09:10 AM PST |
Panas Aksi Minah Rempit Pakai Bra !!? Posted: 24 Nov 2010 08:56 AM PST Iskkk Iskkk semakin moden anak-anak muda terutamanya si anak dara @ gadis tidak lagi peka dengan adat resam budaya melayu terutamanya. Mungkinkah ini yang dinamakan Zaman yang serba moden dan canggih dengan teknologi dan budaya. Kami di Zoomartis mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan dua anak gadis ni...nak tau kenapa...click baca lagi !!! Credit : Bicarahati OPS JANGAN MARAH...LAWAK PAGI2 ni.... :) |
Panas : Kutipan Filem 2 Alam Sekadar RM230 Ribu, Jatuh Tersasar Dari RM40 Juta Posted: 24 Nov 2010 04:08 AM PST Huh....memang panas info yang ZoOm dapat dari OHbulan; 83 pawagam menayang'kan filem 2 Alam, namun Finas melaporkan jumlah kutipan sehingga hari ini (24 November) hanya mencapai sekadar RM230 000, jauh terlajak daripada cita-cita asal DDR yang menyasarkan RM40 juta. Walaupun menerima 1000 macam publisiti daripada akhbar Kosmo & Hmetro, namun publisiti tersebut sekadar melepaskan batuk di tepi tangga apabila di'hentaman pelbagai pihak, terutama'nya wartawan yang memberikan review negatif berkenaan filem 2 Alam. Tergelak kami apabila ada rakan yang berkata, filem 2 Alam sebenarnya berkisarkan music video Ramli Sarip & Amy Search yang berdurasi 86 minit.ZoOm: Gelak je...memang dah agak dah, kalau zaman dulu mungkin bolehlah nak taburkan taufan dan riak sehingga seantereooo Malaysia... Nak tengok apa pula alasan DDR mengenai Gossip ini di Akhbar kesayangan beliau...Nampaknya betullah gossip sebelum ni :) APa kata anda ? |
Maya Kembali Dengan Album Baru Muncul Tahun 2011 Posted: 24 Nov 2010 03:23 AM PST Setelah sekian lama sepi daripada bidang nanyian akhirnya Maya Karin kembali dengan kombinasi album baru yang dikatakan akan muncul tahun 2011. Maya Karin mula menceburi bidang muzik pada tahun 2001 dengan album Erti Cinta yang membolehkan beliau merangkul anugerah Artis Baru Terbaik di AIM. Album yang belum mempunyai tajuk bakal menampilkan ramai penulis lagu professional termasuk Audi Mok. |
Betul ker Yuna Sedang Hangat Bercinta Dengan Qi Blogger Boy ? Posted: 24 Nov 2010 03:07 AM PST Entah betul ke tak tapi ini yang wartawan kosmo tulis hari ini mengenai kedua-dua artis yang dikatakan sedang hangat dan makin berkembang. Dengan raut wajah dan tutur kata kedua-dua pasangan yang masih bujang dan belum kahwinnnn ni, membuatkan semua orang ingin mengetahui kesahihan kisah percintaan mereka ( Jika Benar ). Penulis di KOSMO! hari ini berjaya mengorek sedikit rahsia pemuzik berbakat Malaysia, Yuna tentang kisah cinta'nya yang sedang berkembang. Yuna & Qi di'katakan nampak serasi ketika sama-sama hadir ke majlis Shout! Awards 2010 baru-baru ini. Ini menimbulkan keterujaan wartawan untuk bertanya lebih lanjut mengenai hubungan mereka. Ini jawapan Yuna; "Bercinta itu satu perkataan yang agak kuat sedangkan hubungan kami baru dalam peringkat awal untuk kenal antara satu sama lain." "Buat masa ini saya tidak nafikan kami memang rapat, tetapi untuk mengklasifikasikan kami sebagai pasangan yang bercinta rasanya itu terlalu awal," kata Yuna kepada wartawan hari ini. Tidak seronok jika bertanya kepada satu pihak sahaja, wartawan juga berusaha korek dari Qi si Blogger Boy. Ini jawapan beliau; "Sekarang masih terlalu awal untuk saya katakan yang hubungan kami sudah sampai ke tahap bercinta." "Namun, saya juga tidak menafikan bahawa hubungan kami buat masa ini memang rapat. Malah, terdapat keserasian dalam perhubungan kami," akui jujur Qi.ZoOM : kalau betul apa salahnya dua-dua pun bujang dan tak membuatkan rumahtangga orang bercerai berai. Betul tak !!!? komen la apa-apa yang patut :) |
You are subscribed to email updates from Celebrity News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |