Adsense

Khamis, 11 November 2010

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Penghijrahan Ramlah

Posted:

Penghijrahan Ramlah

Penghijrahan Ramlah

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar SAHARUDDIN ABDULLAH


Imej baru... Ramlah Ram kini tampil dengan imej bertudung.


KEHIDUPAN sentiasa mencorak fasa tertentu yang membawa perubahan demi perubahan dalam diri seseorang.

Begitu jugalah yang berlaku dalam kehidupan penyanyi bersuara lantang, Ramlah Ram yang kini tampil dengan imej bertudung.

Pertama kali melihat wajah penyanyi genit ini bertudung litup tampil membuat persembahan sebagai penyanyi undangan peringkat separuh akhir pertama Muzik-Muzik ke-25 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor baru-baru ini, imej baru Ramlah menarik perhatian ramai.

Tampil dalam persembahan yang disiarkan secara langsung di seluruh negara, jelas Ramlah, itu bukanlah gimik yang sengaja dilakukannya demi memancing perhatian ramai.

Atau mungkinkah kerana kekecewaan yang melanda diri berikutan keruntuhan rumah tangganya yang heboh dilaporkan media Jun lalu menyebabkan si pelantun lagu Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi itu membuat keputusan bertudung?

Tatkala persoalan tentang mengenakan hijab diajukan, Ramlah dengan tenang memberitahu, dia membuat keputusan bertudung secara rela hati dan bukan atas paksaan mana-mana pihak mahupun terdorong dengan kekecewaan kisah lalu.

Andai ada yang berfikiran sedemikian, segeralah buang jauh-jauh kerana Ramlah sebenarnya sudah lama berniat untuk bertudung cuma tunggu masa yang sesuai untuk tampil sebagai Ramlah yang baru di mata umum.

"Bukan kerana kecewa. Bertudung bagi saya tiada apa yang perlu dihebohkan. Saya bertudung sebab saya memang teringin nak pakai tudung dari dulu lagi malah, saya sangat suka melihat cara orang memakai tudung.

"Ini penampilan pertama saya bertudung di khalayak.

"Sebelum ini saya pernah sesekali bertudung tetapi hanya di kawasan rumah dan tidak di depan khalayak," kata penyanyi kelahiran Muar, Johor.

Ramlah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Kamal Roslim yang merupakan petugas Bahagian Sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 3 November 2000.

Pasangan itu bagaimanapun becerai Julai lalu setelah hampir 10 tahun melayari bahtera perkahwinan.

Penyanyi itu dikenali sebagai seorang yang mudah mesra dan sangat merendah diri. Luhur hatinya bagaikan sukar menghampakan sesiapa sahaja yang mengajukan persoalan demi persoalan yang adakalanya menghimpit tangkai hatinya.

Peribadinya menawan dan dia sentiasa tampil ceria di khalayak dan tidak lekang menguntum senyuman di bibir.

Mungkin bagi Ramlah, cukuplah kisah yang menyelak helaian kegagalan rumah tangganya kerana kini dia mempunyai arah baru dalam kehidupan.

Nada ceria Ramlah dilanjutkan dengan menyingkap rasa kesyukuran kerana tertunainya hasrat untuk bertudung selepas tamat persembahan pada Malam Gala 25 Tahun Ramlah Ram yang berlangsung di Hotel Impiana KLCC Oktober lalu.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Idola Kecil 3 menyengat

Posted:

Idola Kecil 3 menyengat

Idola Kecil 3 menyengat

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
Gambar WAHIDAH ZAINAL


SEPULUH peserta Idola Kecil 3.


TAHUN lalu, rancangan realiti mencari penyanyi kanak-kanak terbitan TV9 ini melakarkan sejarah tersendiri apabila mendapat sambutan di luar jangkaan ramai.

Rancangan Idola Kecil musim kedua 0 yang menobatkan Siti Amirah Dayana Mohd. Amerullah, 10, sebagai pemenangnya ditonton seramai 2.3 juta penonton pada konsert akhirnya sementara 1.2 juta penonton bagi episod mingguan.

Kesinambungan daripada itu, pada musim kali ini, TV9 menjanjikan yang terbaik dengan lebih keseronokan dan cabaran yang menghiburkan supaya penonton di rumah lebih terhibur.

Setelah mendapat sambutan yang amat mengagumkan sepanjang dua musim berturut-turut, Idola Kecil musim ketiga (IK3) kali ini bakal bersiaran di kaca televisyen pada setiap hari Sabtu, pukul 9 malam.

Seramai 10 orang peserta telah terpilih daripada uji bakat yang diadakan di seluruh Malaysia iaitu di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Sabah.

Menurut Ketua Penjenamaan TV9, Faizal Abdul Malik, kesan daripada kehebatan musim-musim yang lalu menyaksikan peningkatan kanak-kanak yang hadir ke sesi uji bakat 100 peratus.

Lebih daripada 1,000 orang kanak-kanak yang mencuba nasib berbanding tahun lalu iaitu lebih kurang 500 orang sahaja.

Ujar Faizal, pelbagai kelainan yang ditonjolkan demi meningkatkan lagi taraf kandungan program ini.

"Kalau dilihat, semua 10 orang peserta mempunyai tinggi yang lebih kurang sahaja, betul-betul bercirikan kanak-kanak di mana tahun lalu ada peserta yang kelihatan seperti sudah remaja.

"Pemilihan kali ini bagi melambangkan Idola Kecil yang sebenar. Malah kesemua peserta kali ini suara mereka belum pecah atau matang.

"Kali ini kami juga ada peserta dari Sabah dan Sarawak kerana buat pertama kali kami mengadakansesi uji bakat di Sabah.

"Para peserta bukan sahaja dipilih berdasarkan bakat nyanyian mereka yang hebat, malah kehandalan dan kemahiran mereka dalam bidang tarian dan juga lakonan.

"Klip mini IK3 dan juga klip ekstra IK3 turut disediakan kali ini supaya penonton dapat melihat dengan lebih dekat lagi setiap cabaran yang dilalui mereka setiap minggu.

"Setiap minggu, kanak-kanak ini akan diberi cabaran genre lagu yang berbeza dan turut diadakan minggu lagu Inggeris bagi menerapkan unsur pendidikan kepada mereka," ujarnya ketika ditemui di sidang akhbar Idola Kecil 3 di Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Peserta-peserta yang terpilih ialah Nurhamilya Adiba Hamzaidi, 10, atau lebih dikenali sebagai Adiba dari Perlis; Muhammad Afif Abdul Halim (Afif), 10, dari Kuala Lumpur; Farra Noradzlina Safwan, (Farra), 10, dari Kedah; Nor Harris Alif Nor Rashidi, (Harris) 11, dari Pulau Pinang; dan Angelica Paujin, (Angel), 11, dari Sabah.

Turut sertai ialah Abdul Hadi Abdul Mazlan, (Hadi), 11, dari Kuala Lumpur; Nor Balqis Ahmad Tajudin, (Balqis), 11, dari Terengganu; Nadeera Allysha Aminudin, (Deera), 11, dari Johor; Shazlin Salamat, (Shazlin), 12, dari Sarawak; dan Puteri Aszfaryna Khareeza, (Puteri), 12, dari Kuala Lumpur.

Klip mini IK3 akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis selama tiga minit pada pukul 7 petang manakala klip ekstra IK3 pula akan bersiaran selama setengah jam pada setiap hari Jumaat pada pukul 9 malam.

Klip ekstra Idola Kecil akan dikendalikan oleh penyampai radio Hot FM, Ikhwan, yang akan membawa penonton di sebalik tabir aktiviti-aktiviti peserta di luar kelas.

Sementara itu, Alif Satar terus dikekalkan sebagai hos pada musim ini setelah berjaya menambat hati jutaan penonton setia IK2.

Penyanyi terkenal, Atilia, turut dikekalkan sebagai juri tetap berdasarkan kepada pengalamannya yang pandai berkomunikasi dengan adik-adik ketika di atas pentas dan dia akan berpasangan dengan seorang juri jemputan setiap minggu.

"Kami akan terus mengekalkan markah daripada juri sebanyak 100 peratus dan tiada undian SMS kerana ini adalah rancangan kanak-kanak," tambah Faizal.

Seperti biasa, rutin harian IK3 tidak lengkap tanpa kelas-kelas vokal, tarian dan persembahan.

Mereka adalah Cikgu Alfa Booty (komposer), Cikgu Delly (vokal) dan Cikgu Affizal (tarian) yang sudah pun menurunkan ilmu tidak ternilai mereka pada musim-musim sebelum ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.