Adsense

Khamis, 11 November 2010

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Siti Saerah dalam diam sudah bernikah

Posted: 10 Nov 2010 05:29 AM PST

Kalau si kakak melangsungkan perkahwinan besar-besaran, tapi lain pula dengan si adiknya.. Siti Saerah yang juga adik kepada Datuk Siti Nurhaliza dengarnya sudah sah bergelar isteri kepada Epul atau Saiful Anuar secara diam-diam.. Pernikahan Siti Saerah ni di lansungkan di Kuala Lipis, Pahang pada 27 Oktober yang lalu.. Majlis pernikahan ni diadakan secara sederhana yang dihadiri oleh kaum keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja…

Majlis pernikahan Siti Saerah dan epul ni di akui benar oleh kakak ipar Siti Saerah sendiri, Rozie Abd. Razak.. Jom kita baca apa kata beliau…

"Memang saya akui yang adik ipar saya itu telahpun bernikah kira-kira dua minggu yang lalu dan majlis hanya dibuat secara sederhana sahaja dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak di Kuala Lipis, Pahang, Bagi kami sekeluarga, apa yang lebih penting ialah Saerah sekarang sudah selamat bernikah dengan lelaki pilihannya dan menjadi seorang isteri sekarang,"

MyGosip juga ingin mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat Siti Saerah dan suaminya, Saiful Anuar.. Dua mempelai ni dikatakan sedang rancak berbulan madu di salah sebuah pusat peranginan di Johor sekarang..

siti saerah dan suami nikah kahwin

Siti Saerah dan suaminya, Saiful Anuar


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.